SILA "CLICK NEW TAB FOR DETAIL POST" JIKA MENGHADAPI MASALAH MEMBACA ENTRI SILA EMAIL KAN PADA CAKERAWALA IBTISAM TERIMA KASIH

SELAMAT DATANG

Rasulullah Saw bersabda, “Janganlah sekali-kali engkau menganggap remeh suatu perbuatan baik, meskipun (perbuatan baik itu) dengan engkau menjumpai saudaramu (sesama muslim) dengan wajah yang ceria." (HR. Muslim).

IBTISAM = SMILE = SENYUM

semua insan adalah sama dan yang membezakannya hanya taqwa

HEART FOR RABBI

tiada perkara yang lebih indah melainkan jatuh cinta pada Allah

PETUA IMAM SYAFIE

Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati

ISLAM THE WAY OF LIFE

syariah- akidah- akhlak = BAIK (B= bahasa, A= adab, I=imej, K=kelakuan)

Jan 29, 2016

Gelap Dalam Suluhan Cahaya

Dalam dewasa ini, kebanyakan cerita-cerita yang kurang elok didengar dalam negara kita. Antaranya ialah isu militan IS ataupun Daesh. Perkara ini amat perlu dititikberatkan memandangkan pelbagai tafsiran tentang Islam wujud pada masa kini dan menyebabkan ada orang Islam yang terseret dengan kumpulam-kumpulan radikal seperti Pertubuhan Angkatan Sabiullah, Kumpulan Jundullah, Kumpulan Arqam, Syiah, Kumpulan Al-Maunah, Kumpulan Mujahiddin Malaysia (KMM), Jemaah Islamiah (JI), Militan Darul Islam dan Al-Qaeda.

Ana nak highlight kan pada Kumpulan Militan Islamic (IS) atau Daesh yang memang telah mengkucar-kacirkan dunia sejak kebelakangan ini. Mereka ini ada perkaitan rapat dengan konflik Syria dan sekarang ini sedang cuba mengganggu-gugatkan  keamanan dan kestabilan negara. Ana yakin dan pasti bahawa unsur-unsur ini sangat merbahaya jika dibiarkan berleluasa di dalam masyarakat.

Ana ingin memberitahu bahawa IS ini adalah mirip khawarij, mereka ini menghalalkan darah untuk dibunuh bagi sesiapa yang menentang perjuangan mereka. Ana pelik dengan puak2 ini kerana kelompok mereka ini adalah mereka yang mendalami Ilmu agama Islam yang tinggi tetapi dengan disebabkan oleh matlamat yang salah maka kegelapan telah menyelebungi hati para kelompok tersebut.

Mujurlah dengan penerimaan dan pegangan kita kepada mazhab ASWJ membuahkan cahaya yang sentiasa mengeratkan perpaduan dan keamanan di kalangan masyarakat di Malaysia.  Oleh itu, ana berharap sangat2 yang masyarakat kita kalau nak belajar agama Islam hendaklah merujuk kepada entiti yang berwibawa dan ada autoriti. Tapi janganlah gunakan nama Islam untuk menegakkan keadilan dengan semata-mata hendak mencapai matlamat ikut acuan sendiri.


petikan daripada keratan akhbar Oktober 06, 2015:

'Jangan jadi hero dengan pakai baju lambang IS' - Mufti Perak


"Jika pakai baju berlambang syaitan pun salah, kalau baju itu menunjukkan gambar perempuan juga salah, ini yang selalu dipakai anak-anak muda hari ini terutamanya tanpa mengetahui ia sebenarnya salah."

-petikan Dr Harussani..

Islam itu indah,janganlah cemarkan ia dengan titisan darah sesama Islam.
Akhir kata daripada ana, salam ukhuwah fillah abadan abada

berhati2 bila melihat bendera ini,jika ada makanya ia sudah berada berhampiran dengan anda...