SILA "CLICK NEW TAB FOR DETAIL POST" JIKA MENGHADAPI MASALAH MEMBACA ENTRI SILA EMAIL KAN PADA CAKERAWALA IBTISAM TERIMA KASIH

SELAMAT DATANG

Rasulullah Saw bersabda, “Janganlah sekali-kali engkau menganggap remeh suatu perbuatan baik, meskipun (perbuatan baik itu) dengan engkau menjumpai saudaramu (sesama muslim) dengan wajah yang ceria." (HR. Muslim).

IBTISAM = SMILE = SENYUM

semua insan adalah sama dan yang membezakannya hanya taqwa

HEART FOR RABBI

tiada perkara yang lebih indah melainkan jatuh cinta pada Allah

PETUA IMAM SYAFIE

Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati

ISLAM THE WAY OF LIFE

syariah- akidah- akhlak = BAIK (B= bahasa, A= adab, I=imej, K=kelakuan)

Showing posts with label PANDANGAN MATA. Show all posts
Showing posts with label PANDANGAN MATA. Show all posts

Jun 23, 2015

KOMENTAR VIRAL AYAH DAEN



Baru-baru ni dikejutkan dengan viral lagi, terkejut-kejut aja dengan viral, kali ni ana sengaja nak komen viral, sebab rasa agak melampau bila melabelkan masjid dengan anti-sunnah apabila menyediakan ruangan solat khas untuk kanak-kanak lelaki, katanya seperti kandang dan menafikan sunnah yang membenarkan kanak-kanak masuk saf solat dengan lelaki dewasa,


ANTARA MASLAHAT DAN SUNNAH

Untuk perbincangkan tentang konsep maslahat boleh buat rujukan pada buku yang berkisar tentang pengambilan hukum, ternyata setiap hukum yang belum dihukumkan secara tetap atau qat’ie biasanya boleh berubah mengikut keutamaan atau darurat, namun dalam persoalan berhubung sunnah perlu melihat pengertian sunnah yang merangkumi perbuatan, perkataan dan taqrir Rasullullah s.a.w,

Apa hukum mengerjakan sunnah? Jika ia dilakukan akan mendapat ganjaran pahala namun jika tidak tidak akan dihukum dosa, jadi dalam menangkap tuduhan anti-sunnah oleh Abang Daen tersebut tidak sepatutnya berlaku hanya kerana masjid bertindak membuat pengasingan jemaah kanak-kanak lelaki, hukum beramal dengan sunnah ringan jika dibandingkan dengan keperluan maslahat dan menghapuskan elemen darurat,

Merujuk kepada pengertian darurat dan maslahat pula boleh difahami sebagai keadaan yang membenarkan seseorang menafikan hak hukum ke atas sesuatu perbuatan sebagai contoh makan khinzir dibenarkan sekadarnya jika tiada langsung makanan lain didapati dan kesan daripada tidak makan akan menyebabkan dirinya atau orang lain akan menerima akibat yang parah, ia sama juga difahami dalam konsep maslahat apabila keperluan kepada sesuatu sebab itu lebih mendominasi daripada sesuatu yang telah didapati hukum padanya, sebagai contoh keadaan yang di-viral-kan oleh Ayah Daen, kita perbincangkan dan bagi yang tidak bersetuju, ana alukan pendapat anda


VIRAL AYAH DAEN

Ana anggapkan beliau seorang jemaah yang hadir pada ramadhan kali ini sama seperti ana tapi bezanya ana solat di bahagian solat muslimat aras atas dan beliau solat di bahagian solat utama, pertamanya daripada viral yang disebarkan memang ana kenal sangat masjid mana yang dilabelkan sedemikian, jadi sebagai salah seorang jemaah yang belum lagi pernah iftar di mana-mana masjid selain masjid tersebut maka ana jugak layak membuat penilaian tapi tak perlu jadi viral pula,

Hari pertama ana dapat viral tersebut, esoknya ana perhatikan dan cari tempat yang dimaksudkan, memang betul ada ruangan khas kanak-kanak di akhir jemaah dari persegi kawasan yang tidak begitu luas, jadi ana bersetuju pada awalnya bahawa menjadi kesilapan masjid mengambil tindakan sedemikian namun sebaliknya apabila hari berikutnya masjid tersebut tidak lagi melaksanakan pengkhususan pada jemaah kanak-kanak lelaki, apa yang berlaku?

Keadaan sangat merimaskan dan menggangu kerana kanak-kanak lelaki tidak henti-henti berlari-lari dan terlompat-lompat di kawasan yang tiada jemaah, keadaan tersebut mengganggu apabila ana bawa ‘baby’ yang ditidurkan di sebelah ana ketika ana solat, pernah juga berlaku kanak-kanak lelaki hampir terpijak ‘baby’ ana kerana asyik dengan rakannya, hal ini tidak berlaku pada kanak-kanak perempuan yang mungkin lebih mudah dikawal,

Lagi, kanak-kanak lelaki juga tidak mahu turut serta solat jemaah kerana ibubapa tidak dapat mengawal anak masing-masing, jadi apa salahnya jika masjid mengambil tanggungjawab ini dengan menyediakan pengawalan yang lebih selamat dan manfaat pada masjid dan jemaah?
Satu lagi, dalam saf lelaki mahupun perempuan, kanak-kanak akan diletakkan di akhir saf kerana belum baligh dan menyebabkan putusnya saf, hal tersebut tiada bezanya jika masjid mengambil mereka dan menyediakan tempat khas untuk seumur mereka dalam satu jemaah, tapi kini, masjid tersebut tidak sanggup menerima tohmahan viral kerana mengutamakan darurat, yang merujuk kepada ketidak-fahaman masyarakat yang menganggap ia adalah sikap anti-sunnah,

Tuduhan sebagai anti-sunnah pada institusi masjid lebih berat timbangannya daripada mengekalkan ruangan solat khas bagi kanak-kanak kerana kewajipan mengawal dan menjaga anak-anak kembali semula kepada ibubapa, jika berlaku sebarang kekecohan dan ketidak-selesaan maka ia adalah salah ibubapa,

PENUTUP
Bersikap terbuka jangan jumud dan terlalu prejudis, kaji dengan ilmu, entri ini sebagai pendapat ana sahaja tiada kaitan dengan mana-mana pihak, jika tidak tepat ana sedia terima teguran

Jun 4, 2015

4 *Star* Difikirkan Sebelum DROPSHIP

                                                          * tiada kaitan dengan pic


Selama pemerhatian ana sebagai sebahagian daripada pengguna laman sosial yang memang makin menjadi shopping mall yang largest daripada IOI city agaknya, seluruh pelusuk negeri lagi daerah menawarkan pelbagai jenis keperluan dan paling banyak kehendak peribadi jelah,

setakat ni, belum lagi ana jumpa page atau orang perseorangan jual bawang, cabai, asam jawa atau daun sup, hehe..agaknya kalau kelak akan ada sedemikian maka kemajuan bisnes melalui online menjadi persaing buta bagi kedai depan mata


4 KELEMAHAN DROPSHIP

* pengalaman ana sendiri apabila tidak dapat membuat bayaran tepat melalui bankin deposit tunai jadi mempunyai baki sebanyak RM3 dari pembelian, kesukaran untuk memulangkan baki

berbeza apabila ana beli bukan daripada dropship kerana penjual boleh membayar baki pembelian dengan menyelitkan wang lebihan pada parcel yang akan dihantar walaupun RM1 kita akan dapat semula,

awalnya ana tak tahu yang beliau adalah dropship namun dengan kejadian tadi akhirnya o0o0o0oooo ajelah


**  Penipuan online yang mungkin berjela dan lebih mudah, pengajaran ni ana amik daripada orang lain apabila akaun facebook di-block oleh dropship disebabkan ugutan daripada pembeli akan membawa kes kepada polis kerana barang yang dipiesan tidak sampai dalam jangka masa yang lama

dropship tidak dapat berbuat apa kerana tracking number postage dikawal oleh supplier dan penghantaran juga daripada orang lain, alasan ini tidak munasabah tuk diterima oleh pembeli walaupun ditimbang dengan neraca UMNO..hehe


* * *  hek eleh...jual dengan harga yang lebih rendah kepada dropship, kononnya lebih ramai lebih menguntungkan, padahal cuba bayangkan situasi ini secara adil,

harga untuk dropship rendah tapi sesiapa sahaja boleh menjadi dropship tanpa sebarang bayaran, jadi dropship boleh gunakan kesempatan daripada keistimewaan tersebut untuk dirinya, jadi apa la gunanya harga yang dipaparkan sebagai jualan, harga bagi satu item banyak tapi model yang sama, ketidak-adilan kepada pengguna

tapi ini kelebihan pada dropship tapi agak kurang cerdik kepada penjual kecuali jika penjual menghadkan dan memberi syarat terhadap pengambilan dropship,


* * * *  kualiti barang kepada pengguna menjadi tanggungan siapa? adakah adil disalahkan pada dropship jika berlaku penyelewengan tu? tapi itulah hakikatnya apabila dropship menjadi mangsa yang lebih berisiko tinggi walaupun untuk menjawat jawatan tersebut lebih mudah malah tanpa modal untuk ulang alik ke pejabat atau butik

situasinya begini, biasanya apabila kita membeli pakaian daripada sebuah butik dan jika berlaku sebarang kerosakan yang merugikan maka mudah untuk kita menyasarkan tanggungjwab pada siapa dan di mana, tapi sebaliknya pada situasi pembelian melalui dropship? namun yang masih sama adalah dropship menjadi sasaran yang bertanggungjawab atas kerugian tersebut walaupun kadang-kala mereka sendiri tidak pernah memegang pakaian tersebut,



CADANGAN

ana rasa lebih baik pembelian secara borong jika mahu dapatkan harga yang lebih rendah tapi kuantiti pulak yang banyak sehingga mengekang kewangan untuk membuat pesanan, tapi kaedah borong lebih selamat daripada dropship atau ;

kaedah stokis, menukarkan dropship kepada agen yang mengawal stokis bagi sesuatu kawasan, ia lebih menjimatkan masa untuk pembungkusan pos dan mengurangkan risiko dari pelbagai sudut atau mangsa dan pemangsa


PENUTUP

segala yang di atas adalah sekadar idea dari pemerhatian ana sahaja dan tiada kaitan dengan mana-mana yang tidak bersetuju dengannya, malah ana sentiasa terbuka untuk menerima sebarang pandangan kontra atau pengalaman pro daripada sesiapa sahaja,

jangan tanya mana "star" dari tajuk..hehe

Jan 28, 2015

Hukum DROPSHIP BISNES Untung Siapa?

Pensyariatan jual beli ini telah sabit dengan nas al-Quran, hadis dan juga ijmak. Terdapat lebih daripada sepuluh jenis akad jual beli dalam Islam yang boleh berlaku dalam bentuk dan gambaran yang berbeza. Antara jenis-jenis akad jual beli tersebut ialah:
  • Bai’ al-sil’ah bi al-naqd (بيع السلعة بالنقد): iaitu jual beli sesuatu barang dengan mata wang. Jenis ini adalah yang paling meluas berlaku dikalangan manusia. Contonya ialah membeli sehelai baju dengan Ringgit Malaysia atau US Dollar dan seumpamanya.
  • Bai’ al-muqayadhah (بيع المقايضة): iaitu jual beli sesuatu barang dengan barang, seperti menjual baju dengan beg atau menjual binatang ternakan dengan beras dan sebagainya.
  • Bai’ al-salam (بيع السلم): ialah jual beli sesuatu barangan secara tangguh dengan bayaran harga secara tunai, seperti menjual barangan yang telah disifatkan butiran bentuk, spesifikasi, kualiti dan kuantiti secara terperinci dengan bayaran harganya dibuat secara tunai, manakala penyerahan barang ditangguhkan pada suatu masa yang ditetapkan.
  • Bai’ al-sharf (بيع الصرف): iaitu jual beli mata wang dengan mata wang yang sama atau berbeza jenis, seperti menjual emas dengan emas, perak dengan perak atau emas dengan perak, ringgit Malaysia dengan rial Saudi dan sebagainya.
  • Bai’ al-murabahah (بيع المرابحة): iaitu jual beli sesuatu barangan pada harga kos bersama tambahan margin keuntungan, seperti menjual sesuatu barangan berharga RM100 dengan harga kos dan ditambah pula margin keuntungan sebanyak RM10 yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak.
  • Bai’ al-wadhiah (بيع الوضيعة): ia adalah lawan kepada jual beli secara murabahah, iaitu jaul-beli yang dibuat atas sesuatu barangan dengan harga yang lebih murah dari harga kos, seperti harga barangan adalah RM10 dan dijual dengan harga RM9 atau lebih rendah.
  • Bai’ al-tauliah (بيع التولية): ialah jual beli sesuatu barangan dengan harga kos tanpa ada lebih mahupun kurang dari harganya. Seperti barangan berharga RM100 dijual dengan RM100.
  • Bai’ al-urbun (بيع العربون): iaitu satu bentuk jual beli dimana pembeli membayar sejumlah wang pendahuluan. Sekiranya jual beli diteruskan maka wang pendahuluan ini akan menjadi sebahagian daripada harga barangan. Jika tidak, maka wang yang ini tidak akan dikembalikan kepadanya.
  • Bai’ al-talji’ah (بيع التلجئة): ialah suatu bentuk jual beli yang dibuat oleh penjual yang dalam kesempitan (terpaksa) kerana kuatir dan takut hartanya diambil oleh orang lain. Bagi menyelamatkan hartanya, ia bersepakat dengan seseoarang bagi menzahirkan akad jual beli dan menyembunyikan tujuannya yang sebenar. Seperti menjual rumah untuk mengelak dari dilelong oleh bank atau permiutang.
  • Bai’ al-wafa’ (بيع الوفاء): iaitu jual beli barangan dengan syarat apabila penjual membayar semula harga barangan yang dijual maka pembeli akan mengembalikan semula barangan yang dijual kepada penjual.
  • Bai’ al-istishna’ (بيع الاستصناع): iaitu jual beli dalam bentuk tempahan perbuatan barang tertentu dengan spesifikasi yang tertentu yang menghendaki penjual, pemaju, pengilan atau orang lain membuatkan barangan yang ditempah tersebut untuk pembeli. 
  • Bai’ al-inah (بيع العينة): iaitu jual beli yang berlaku antara penjual dan pembeli, di mana penjual menjual asetnya kepada pembeli dengan harga tangguh lebih tinggi, kemudian penjual membeli semula aset tersebut daripada pembeli dengan harga tunai yang lebih rendah. Keadaan sebaliknya boleh berlaku.
(sumber e-mualamalat,JAKIM)


pernah jadi perbahasan kecil tentang hukum jual-beli yang kian popular sekarang, malah ada juga yang menjadikan ia sebahagian daripada pekerjaan sampingan berikutan keadaan yang fleksibel dalam akad jual-beli yang berlangsung, ia merujuk kepada agen DROPSHIP, biasanya berlaku dalam jual beli secara maya/Online



kisahnya, ana salah seorang pembeli yang sering menggunakan Online sebab kekangan musabab yang mengurangkan kerajinan untuk melangkah sendiri ke pasaraya atau seumpamanya, baru-baru ni, ana memesan baju daripada kenalan tapi terlepas pandang bahawa beliau merupakan agen dropship kepada syarikat pakaian tersebut, apabila barang telah diterima, alamat dan nama pengirim yang tertera bukan nama kenalan ana sebaliknya pemilik syarikat yang beralamat di Kuala Lumpur sedangkan kenalan ana tinggal di Kedah, sah dropship rupanya,

ana pernah juga berniat untuk menjadi agen dropship jadi ana dapat sedikit pengetahuan tentang perjalanan juala beli yang ditawarkan, bila ditanya pada kenalan ana, dia mengiyakan sahaja, biasanya agen dropship akan mendapat harga borong dan harga kepada pelanggan adalah dibawah pertimbangan agen dropship sendiri, pertimbangan tersebut merupakan hasil keuntungan yang dipersetujui antara pelanggan dengan agen kepada agen kerana keuntungan kepada pembekal telah dimasukkan dalam keistimewaan agen yang ditawarkan,

lagi tentang dropship ialah baki jualan, biasanya jika pembekal mempunyai stok sendiri maka pembekal akan selitkan baki jualan bersama dengan bungkusan tetapi sebaliknya bagi agen dropship pula keadaan ini tidak berlaku dan ia menyukarkan bagi pendapat ana bila mana jual beli masih tidak selesai walaupun barang telah sampai, untuk bank in RM2-RM5 sebagai baki mungkin agak susah bagi agen jika tiada akaun yang sama dengan pelanggan, oleh itu, ana tidak begitu menggemari berurus-niaga dengan  agen dropship lagi, awalnya baki seperti rendah sahaja tapi jika dua-tiga bungkusan sedemikian makin bertambah pula,


SEKILAS RENUNGAN

Tiada unsur yang bercanggah dalam perjalanan jual beli dropship jika ia mengikut rantai jual beli seperti diatas, malahan terdapat dua bentuk jual beli yang dibenarkan dalam Islam menepati definisi dalam perjalanan jual beli dropship, di samping wujudnya persetujuan pihak pelanggan, agen dan juga pembekal berhubung dengan barangan serta proses yang berlaku,

oleh yang demikian, secara amnya ia masih tidak membawa hukum haram kecuali jika terdapat unsur haram seperti barangan, tipu dan seumpamanya

namun, berhubung dengan baki jualan kepada pelanggan adalah menjadi hak pelanggan untuk membuat tuntutan serta menjadi tanggungan agen untuk memulangkan hak tersebut dengan cara apa sekalipun,

jika merujuk kepada ceteknya pengetahuan agen dropship pada barang jualan sama ada tentang rasa, keadaan, bentuk, dan seumpamanya, ia tidak mampu menjatuhkan hukum haram pada pelanggan untuk membeli melalui agen kerana wujudnya redha pada pengetahuan sedia-ada yang dipromosikan oleh agen tersebut,

kemudian, perbahasan dilanjutkan pula tentang isu keuntungan atas angin kepada agen dropship yang mana tiada barangan dan harga keuntungan mengikut pertimbangan melalui gambar yang biasanya menjadi perantaraan antara agen dan pembekal?

ana masih mencari pencerahan tentang isu-isu yang berkaitan dengan dropship tambahan pula ana tidak begitu menggemari jual beli dengan agen dropship,

renungan diatas hanya pandangan dari sebutir fikrah dan sekecil pembacaan, jika ada yang mahu membincangkan tentang isu ini dengan ana, dialaukan untuk menghantarkan email pada alamat nihayahsaidah@yahoo.com, mungkin anda mampu menjadi sebahagian daripada cakerawala di sini,

sekian,

Jan 26, 2015

Bila 2 bukan DUA


bidang sains falak memang menarik untuk diterjemahkan dalam bentuk metafora yang tersendiri, biasanya melibatkan  alam semesta, tubuh badan, alam halus dalam mikroskopik, semuanya dalam diterjemahkan melalui istilah yang biasa atau diserasikan khusus untuk pengajian falak,
sehubungan dengan itu, ana memilih salah satu istilah dalam kamus perbahasan falak iaitu cakera**** menerima penggabungan dengan sebuah sunnah Baginda s.a.w yakni  @ :-)


GABUNGAN ITEM

dalam sebuah cakerawala termasuk alam buana ini  terdiri daripada jutaan item yang bergabung dibawah satu paksi sehingga ia seperti bekerjasama dalam menghidupkan satu sistem yang besar dan dinamik sekaligus berupaya mengawal lebih banyak kompenan, malah gabungan jutaan ini juga mampu membentuk satu dan dua tiga lagi spesimen yang baru dan istimewa dalam pengkajian humanisme,

keadaan sangat menguntungkan dan bersifat tranformasi yang berbaloi melebih KAMDAR di hujung tahun,

ada lagi yang tidak akan ditinggalkan dalam sebuah cakerawala adalah keindahannya dalam penggabungan tersebut, sepertimana planet dalam orbit dalam lingkaran paksi galaksi, kita juga sebahagian daripada makhluk asing yang mendiami salah sebuah planet dalam cakerawala itu, malah menjadi ciptaan terindah berbandingan mahkluk lain yang mungkin juga wujud tanpa diketahui keberadaannya,

Allah pernah berfirman dalam kalam-Nya:

قُلِ ٱنظُرُواْ مَاذَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضِ‌ۚ وَمَا تُغۡنِى ٱلۡأَيَـٰتُ وَٱلنُّذُرُ عَن قَوۡمٍ۬ لَّا يُؤۡمِنُونَ

katakanlah (wahai Muhammad): Perhatikan dan fikirkanlah apa yang ada di langit dan di bumi (dari segala kejadian yang menakjubkan, yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya). Dalam pada itu, segala tanda dan bukti (yang menunjukkan kekuasaan Allah) dan segala Rasul (yang menyampaikan perintah-perintah Allah dan memberi amaran), tidak akan memberi faedah kepada orang-orang yang tidak menaruh kepercayaan kepadanya. (SURAH YUNUS AYAT 101)


ZASSSSS *** POWER IBTISAM

senyum..senyum selalu, 
tiada seindah senyuman 
( lagu : aziz harun)

sebenarnya, ana nak luaskan IBTISAM, fikir dan terus fikir, nak masukkan motif sky sky sky daripada blog Sekelumit Fikrah Skyjamil ,
KENAPA? SEBAB? ALASAN?

itulah gabungan sebagaimana tersembunyi dalam istilah cakerawala, mudahan dalam sekeping tulisan dalam orbit maya terindah ini dapat berkongsi pelbagai manfaat di samping menjamput sekalian pembaca yang mendiami buana yang sama untuk terus berkongsi pengalaman dan ibrah yang kadang-kala dapat membantu dan mengurniakan dea pada yang lain walaupun ia nampak kecil daripada seekor cacing tanah.

JANGAN BERHENTI BLOGGING