SILA "CLICK NEW TAB FOR DETAIL POST" JIKA MENGHADAPI MASALAH MEMBACA ENTRI SILA EMAIL KAN PADA CAKERAWALA IBTISAM TERIMA KASIH

SELAMAT DATANG

Rasulullah Saw bersabda, “Janganlah sekali-kali engkau menganggap remeh suatu perbuatan baik, meskipun (perbuatan baik itu) dengan engkau menjumpai saudaramu (sesama muslim) dengan wajah yang ceria." (HR. Muslim).

IBTISAM = SMILE = SENYUM

semua insan adalah sama dan yang membezakannya hanya taqwa

HEART FOR RABBI

tiada perkara yang lebih indah melainkan jatuh cinta pada Allah

PETUA IMAM SYAFIE

Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati

ISLAM THE WAY OF LIFE

syariah- akidah- akhlak = BAIK (B= bahasa, A= adab, I=imej, K=kelakuan)

Oct 20, 2012

Hantaran Untuk Lelaki dan Perempuan




Adakah anda akan mendirikan rumahtangga dalam masa terdekat ini atau mungkin ini amat berguna apabila jodoh anda telah sampai nanti?  Sudahkah anda merancang perkara yang mesti dilakukan dan diselesaikan dalam proses perkahwinan anda? Berikut adalah sedikit sebanyak panduan dan senarai semak untuk proses merisik, majlis pertunangan serta hari pernikahan.

MERISIK
Pihak lelaki yang ingin melamar dan merisik si gadis pilihan, mereka perlulah memastikan perkara-perkara berikut di bawa bersama. Antaranya ialah:
•       Cincin belah rotan. (cincin tanda)
•       Wang tanda (hantaran)
•       Baju sepasang atau kain
•       Buah-buahan
•       Kuih-muih
•       Menentukan siapakah yang akan menjadi wakil anda. (ibu bapa atau ibu bapa saudara)
•       Wakil pihak lelaki tersebut perlulah bertanya kepada ibu bapa si perempuan sama ada anak gadisnya itu telah mempunyai teman atau tidak.
•       Jika tidak, maka wakil pihak lelaki perlulah menyatakan hajat untuk melamar si gadis.
•       Jika ibu bapa si gadis telah bersetuju, maka cincin tanda dan lain-lain barang iringan seperti wang tanda, kain, buah-buahan dan kuih-muih diberikan.
•       Jika mereka menerima barang-barang yang diberikan, maka secara tidak langsung, si gadis telahpun bersetuju untuk melayari hidup bersama lelaki tersebut.
•       Wakil pihak lelaki berbincang tentang wang hantaran.
•       Menetapkan hari untuk melangsungkan majlis pertunangan.

PADA HARI PERTUNANGAN
•       Cincin berlian
•       Sirih junjung
•       Lain-lain hantaran (separuh dari wang hantaran, sepasang baju, buah-buahan, kasut, kek, dan lain-lain) bergantung kepada apa yang telah anda rancangkan.
•       Wakil pihak lelaki (ibu atau ibu saudara) yang akan menyarungkan cincin kepada si gadis.

MALAM BERINAI
•       Minta bantuan dari ahli keluarga dan sanak saudara untuk menginaikan anda.
•       Jika ingin mengenakan henna, pastikan anda telah menempah mereka yang pakar dalam hal sedemikian sebulan sebelum majlis malam berinai anda.
Berikut adalah senarai semak untuk majlis perkahwinan atau persandingan. Sebaik sahaja kedua-dua belah keluarga telah menetapkan hari persandingan, maka perkara-perkara di bawah boleh dijadikan landasan dalam memastikan kelancaran majlis perkahwinan anda.

ENAM-LAPAN BULAN SEBELUM PERKAHWINAN:
Bakal pengantin lelaki dan perempuan perlulah berbincang terlebih dahulu tentang beberapa perkara seperti berikut:
Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
•       Berbincang hal-hal perkahwinan (adat perkahwinan) dengan ibu bapa dari kedua-dua belah pihak bakal pengantin.
•       Menentukan perbelanjaan yang akan dikeluarkan oleh kedua-dua belah pihak pengantin untuk majlis perkahwinan tersebut.
•       Menentukan konsep majlis perkahwinan (hantaran, pelamin, bilik tidur dan lain-lain hiasan) yang anda ingini.(Majlis di hotel atau taman.)
•       Rujuk direktori perkhidmatan perkahwinan (jurusolek, koleksi pakaian pengantin, bunga, kad jemputan perkahwinan dan lain-lain) di majalah, internet, buku atau melalui rakan-rakan yang telah berkahwin bagi mendapatkan gambaran awal.
•       Mengenalpasti baju pengantin serta tetapkan bilangan pakaian persalinan yang diingini. (bagi yang bertudung, pastikan anda memilih pakaian yang disediakan sekali dengan pakaiannya)
•       Tempah jurusolek/juruandam untuk majlis perkahwinan anda
•       Mencari rumah baru, sama ada sewa atau membelinya.
•       Kenalpasti Jabatan Agama Islam, Pejabat Agama Islam Daerah atau badan-badan Islam (swasta) yang berdekatan dengan kawasan anda, untuk mendaftar kursus pra perkahwinan. (Sila klik di sini untuk senarai Jabatan Agama Islam seluruh Malaysia)
Bagi pengantin lelaki:
•       Semak semula jumlah sebenar wang hantaran yang dikenakan, (jika berlaku perubahan pada wang hantaran yang telah ditetapkan pada hari pertunangan anda) dan lain-lain hantaran.

LIMA BULAN SEBELUM PERKAHWINAN:
Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
•       Menghadiri kursus pra perkahwinan di tempat dan pada tarikh yang telah ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam, Pejabat Agama Islam Daerah atau badan-badan Islam swasta. (Sila klik di sini untuk alamat Jabatan Agama Islam seluruh Malaysia)
•       Menempah tok kadi untuk majlis pernikahan anda. (Sila klik di sini untuk Senarai Kadi Seluruh Malaysia)
•       Menempah videografi atau jurufoto untuk merakamkan detik-detik indah majlis perkahwinan anda.
•       Membeli cincin kahwin.
•       Tentukan sama ada anda ingin memasak sendiri atau menggunakan khidmat katerer. Jika ingin menggunakan khidmat katerer bincangkankan menu hidangan untuk majlis anda, serta harga yang ditawarkan.
•       Menyediakan senarai tetamu yang akan dijemput
•       Menempah sekumpulan pemuzik dan DJ (jika perlu)
•       Lakukan rawatan muka, badan dan rambut.
•       Jika ingin berbulan madu (dalam negara atau luar negara), tentukan tempat dan budjet untuknya. Segerakan bayaran pendahuluan bagi mengelakkan tempat ditempah orang lain.

TIGA BULAN SEBELUM PERKAHWINAN:
Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
•       Memilih dan mencetak kad jemputan kahwin.
•       Mengesahkan tempahan di hotel atau taman termasuk jumlah meja dan kerusi, menu dan sebagainya.
•       Melakukan pemeriksaan kesihatan di klinik atau hospital.
•       Rawatan intensif muka, badan dan rambut.
Bagi pengantin lelaki:
•       Memaklumkan kepada saudara-mara tentang hari berlangsungnya majlis pernikahan anda.
•       Mengenalpasti beberapa orang (saudara mara atau jiran-jiran) yang akan menyertai rombongan pihak lelaki.
Bagi pengantin perempuan:
•       Kenalpasti dua orang saksi untuk majlis pernikahan anda.
•       Bagi wanita yang kematian bapa, sila pastikan siapa wali nikah anda. (sila klik di sini untuk Panduan Perkahwinan – 8. Wali Nikah) Jika anda tidak mempunyai wali nikah, sila dapatkan wali hakim, dari mana-mana Jabatan Agama Islam untuk menikahkan anda. (Sila klik di sini untuk alamat Jabatan Agama Islam Seluruh Malaysia)

DUA BULAN SEBELUM PERKAHWINAN:
Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
•       Membeli barang kemas
•       Tentukan pengapit anda, jika perlu carikan baju yang bersesuaian untuk pengapit anda.
•       Menghantar kad jemputan kepada para tetamu yang ingin dijemput.
•       Merujuk kepada Jabatan Agama Islam dan Pejabat Islam Daerah untuk proses mendaftar pernikahan anda. (Sila klik di sini untuk senarai Pendaftar Nikah dan Penolong Pendaftar Nikah seluruh Malaysia)

TIGA MINGGU SEBELUM PERKAHWINAN:
Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
•       Pastikan pakaian pengantin anda telah siap dan ambil pakaian tersebut jika anda telah berpuashati.
•       Pastikan ada seseorang yang akan menjaga barang-barang anda semasa majlis perkahwinan berlangsung.
Bagi pengantin perempuan:
•       Pilih gaya rambut yang anda ingini semasa majlis perkahwinan anda (bagi yang bertudung, pastikan gaya tudung yang akan dikenakan pada majlis perkahwinan anda nanti).

TIGA – SATU HARI SEBELUM PERKAHWINAN:
Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
•       Menghias pelamin, bilik tidur pengantin, membuat sirih junjung dan lain-lain hantaran.
•       Sediakan seterika, papan seterika, cermin, jarum dan benang, bagi memudahkan anda jika berlaku kecemasan.
•       Jika perlu ingatkan tetamu anda tentang majlis perkahwinan anda melalui telefon.
•       Hubungi jurufoto, juruvideo dan lain-lain (kompang, silat dan sebagainya) anda dan minta mereka datang awal pada majlis tersebut.
•       Sediakan (packing) barang-barang yang perlu dibawa ke majlis tersebut. Elakkan melakukannya di saat-saat akhir kerana dikhuatiri ada barang yang tertinggal.
•       Mandi air panas bersama aromaterapi untuk kesegaran badan.
•       Tidur awal dan bersedia untuk menghadapi hari bahagia anda.
Bagi pengantin lelaki:
•       Tentukan siapa yang akan menjadi jurucakap bagi rombongan pihak lelaki dan tuan ruamh pada majlis pernikahan.
Bagi pengantin perempuan:
•       Hubungi hair dresser anda dan minta mereka datang awal pada majlis tersebut.
•       Kenalpasti siapakah yang akan ditugaskan untuk menyambut tetamu pada hari perkahwinan anda. (begitu juga bagi majlis di pihak lelaki)

PADA HARI PERNIKAHAN

Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
•       Pastikan anda membawa kad pengenalan, gambar, dan apa-apa dokuman yang diperlukan semasa majlis ijab dan kabul.

Bagi pengantin lelaki:
•       Pastikan anda telah menyediakan wang mas kahwin pada hari pernikahan anda.
•       Pastikan wang hantaran (terutamanya wang tunai) diamanahkan kepada orang yang boleh dipercayai.
•       Pastikan anda telah menyediakan wang (upah) untuk diberikan kepada tok kadi.
•       Cincin / gelang tangan / rantai.
•       Sirih junjung dan lain-lain hantaran.
•       Pihak lelaki dan pengiring mestilah datang lebih awal sekurang-kurangnya setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan.
•       Pastikan mereka yang menjadi saksi dan wali turut ada pada majlis pernikahan tersebut.
•       Pastikan tok kadi yang akan menikahkan anda, telah diberitahu lebih awal tentang hari pernikahan anda. (Sila klik di sini untuk senarai Kadi seluruh Malaysia)
•       Pada malam majlis pernikahan, majlis persalinan baju (jika perlu) diadakan. Pakaian yang biasa dipakai ialah baju yang menjadi kebanggan sesebuah negeri seperti baju Sari, Cheongsam, Minangkabau, Jawa, Mendaling dan lain-lain.

PADA HARI PERKAHWINAN:
Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
•       Ambil sarapan seawal tujuh pagi, bagi mengelakkan anda lapar, mengantuk dan tidak bermaya.
•       Jangan takut untuk menghadapi hari bahagia anda. Bertenang dan sentiasa senyum.
•       Pastikan majlis anda berjalan lancar seperti yang telah dirancangkan.
Bagi pengantin lelaki:
•       Pastikan anda datang tepat pada masanya atau sekurang-kurangnya sepuluh minit awal dari waktu yang telah ditetapkan
•       Pastikan kesemua hantaran telah dibawa termasuk sirih junjung
Bagi pengantin perempuan:
•       Pastikan anda telah bersiap satu setengah jam lebih awal sebelum pengantin lelaki sampai ke rumah anda.

TIGA HARI SELEPAS PERKAHWINAN:
•       Melawat keluarga dan sanak saudara kedua-dua pihak.





KALAM NISAK SI SYAIR QALBU


< Kekasih Hatiku >>
(¯`*•.¸_..ƸӜƷ.._¸.•*´¯)

Kupandangi lelaki di hadapanku. Lelaki yang pernah meminangku tujuh tahun yang lalu. Masih terbayang jelas dalam ingatku, masa itu.... Pemuda biasa yang sederhana namun sangat bersahaja. Lelaki dengan sorot mata nan teduh dan tutur kata yang lembut. Aku sungguh terpesona, pada indah akhlak dan semangat dakwahnya yang membara.

Kini, tujuh tahun telah kulewati. Bersamanya ku harungi bahtera ini. Dialah suamiku, kekasihku....Lelaki yang begitu sederhana namun sangat kucinta.Senyumnya tak pernah sirna meski berjuta cobaan mengukir kerut di wajahnya. Kulit yang kuning bersih itu pun telah menghitam, terwarna oleh terik kehidupan. Dan aku tahu dia sentiasa tegar.

Dialah lelaki itu.... Yang selalu membasuh khilaf dan salahku dalam telaga maafnya. Senyum adalah keredhoannya, dengan tatap mata yang penuh cinta. Dalam rengkuhannya kutemukan damai tiada tara...

Dialah dasar ilmu bagi dangkalnya akalku, penjawab bagi setiap tanyaku. Kala duka menyapa, dialah yang slalu setia. Menyeka tiap bulir air mata dan menggantinya dengan senyum bahagia. Dialah yang slalu menaungiku dengan sayap-sayap kasihnya dan membawaku terbang menaklukkan dunia.

Akulah wanita yang paling bahagia....Telah kupilih dan kuterima cintanya. Kepapaan ini tak kan mengurangi kasihku padanya. Dia memang lelaki biasa tetapi bagiku luar biasa.
Kuingin selalu menjadi bidadarinya, di dunia mahupun di syurga. Semoga cintaku padanya adalah jalan untuk meraih CINTANYA. Aamiin ya Rabbal 'alamiin...






Semoga bermanfaat

Salam Ukhuwah fillah

Oct 19, 2012

sketsa soleh & solehah


Isnin (MULA2 BERKENALAN di stesen ktm)
Mamat : Assalamualaikum…hai awak,sy nak berkenalan dgn awk boleh x???
Minah : waalaikumussalam…boleh tapi kene jumpa mak bapak aku dulu..minta izin kalau mak bapak aku bagi..aku on je…
Mamat : waaa..boleh tahan ek awk ni…ok sy jumpa mak bapak awk…bg alamat umah awk...
Minah : ni i/c aku, cepat la salin alamat aku..
Mamat : tangan menyalin sambil tersenyum2 (d
alam hati :ceh malas tol punye minah..xpe2..waa nama NURUL IMAN …lembut je nama tp perangai brutal tol..)

Selasa (SAAT SI MAMAT JUMPA MAK BAPAK SI MINAH)
Mamat : Assalamulaikum pak cik mak cik..sihat..?
Pkcik & makcik : waalaikumussalam..alhamdulillah kami sihat..tapi..anak ni siape?
Mamat : sy MOHD AIMAN.. sy datang jumpa makcik ngan pakcik ni sebab nak mintak izin nak berkenalan dengan anak pakcik yg bernama NURUL IMAN..
Pak cik : Alhamdulillah..ade lagi pemuda yg gentelmen cam kamu ni lg ye zaman skrg..sbnr ye kamu la pemuda yg pertama datang mintak izin sblm nk berkenalan dgn anak pkcik NURUL IMAN tu..
Mamat : (dalam hati: waaa bangge aku sebagai seorang lelaki sejati..)
Mak cik : Sebelum2 ni xde siape yg berani dtg..kateye..si NURUL IMAN tu garang sangat org ye..sebenarnya x..si NURUL IMAN tu org ye lembut sgt, sopan, budi bahasa, rajin dan agama ye pun baik..
Mamat : sambil angguk2 dan tersenyum2 mendengar cerita mak bapak minah (dalam hati: ceh..lembut ke??sopan ke?? Budi bahsa ke?? Xde gaye langsung..xpe2..wait n c minah)
Pakcik : pak cik izinkan anak berkenalan dengan anak pakcik NURUL IMAN…
Mamat : terima kasih pakcik makcik..

Rabu (BILA DAH DAPAT KEIZINAN..)
Mamat : awak parents awak da izinkan sy berkenalan dgn awk..
Minah : so what????ade aku kisah…..
Mamat : tersenyum dalam kebengangan (dalam hati: eh2..sabar hati..sabar…)
Minah : wei aku nak jumpa mak bapak ko plak…ni fon aku, ko salin kan alamat ko..pastu save message..
Mamat : awk nak wat pe jumpa ibu ayah sy…??(sambil tangan laju menaip alamat umah dan save message)
Minah : yg ko sibuk kenape?? ? macam mak nenek..banyak tanye..sok ko jgn ade kat umah dr jam 11 a.m sampai jam 12 p.m , ko merayap la kemane2 pun...lau ade gak kt uma aku bakar ko hidup2 depan mak bapak ko ..paham????
Mamat : ok2 ….awk,sy nak no.tepon awk…mane lah tau lau rindu2 t boleh calling2..
Minah : ooiiitt…geli aku..rindu2 ingat aku ni bini ko ke…nak termuntah aku dengar.. ko call je 999 mintak no. tepon aku kt dorang..kompem dapat..dapat pelempang..hahahahaha..
Mamat : senyum jela (dalam hati : eieieieieieieieieeieiieieie…geram ye aku..xpe2..sabar hati..sabar)

Khamis ( APABILA MAMAT BALIK KERUMAH SELEPAS JAM 12 pm)
Ibu : MOHD AIMAN..sampai hati senyap2 ye…xnk kongsi langsung kat ibu ngan ayah ye..
Mamat : apa ibu cakap ni..aiman xpaham la… (dalam kepale sambil memikir apa sebenarye telah terjadi)
Ayah : MOHD AIMAN..jangan nak main nyorok2 lah kami da tau..tadi jam 11 GIRLFRIEND kamu datang..ayah bekenan lah lau dia jadi menantu ayah..
Ibu : ibu pun setuju..cantik,sopan, budi bahasa, pandai masak, pandai amik hati orang tua..seronok ibu lau dapat menantu yg boleh jd kawan ibu…kalau kami masuk meminang NURUL IMAN minggu depan cane MOHD AIMAN..kamu setuju..?
Mamat : kalau ayah dgn ibu setuju dan suka..terus kan jela niat nak masuk minang NURUL IMAN tu… (dalam kebingungan :sejak bile plak aku de GF ni,. GIRLFRIEND yg d ckp oleh ayah dan ibu dala minah a.k.a NURUL IMAN.. peerrrrrr…gila la aku da la xkenal sape minah tu..brutal plak tu tetibe je ibu ayah nk wat menantu..xpe..jalan je…ade sesuatu kt NURUL IMAN tu sampai ibu ngan ayah pun suka..hihihi)

Jumaat (HALAL & HARAM)
Mamat : awk..minggu depan ibu ayah sy nak masuk meminang awk..xpe ke awk??
Minah : ko setuju ke mak bapak ko minang aku???
Mamat : setuju
Minah : da ko setuju wat pe tanye aku lagi..ape la... cume aku nak lau kite b’tunang aku cume nak barg hantaran telekung,sejadah dan al-quran yg ko khatam kn je..duit hantaran ikut suke ko nak bg berape..aku xkisah..10 sen pun aku terima..pastu 2 minggu je bertunang dan pastu kawin.. da kite tutup kes ni..
Mamat : amboi dasyat tol awk ni….awk ni garang la tp sweettt..( sambil tangan mamat nak pegang tangan minah)
Minah : oooiiittttttttt setan…kuar la ko dari badan mamat ni…ko tau x HARAM sentuh orang yg bukan mahram…selagi ko x lafaz “AKU TERIMA NIKAHNYA” selagi tu ko HARAM nak sentuh aku..ko ade wudu’ x???
Mamat : xde…nak wat pe…?
Minah : ko g amik sekarang..cepat la….
Mamat : merungut dalam hati sambil kaki melangkah mencari paip untuk berwudu’ (eiei minah ni cube la cakap sopan sikit ngn aku..garang cam singe..singe pun xcam dia.)

SEKEMBALI MAMAT DARI MENGAMBIL WUDU’
Mamat : awk, sy da amik wudu’..awk nak sy wat pe???
Minah : diam la..banyak bunyi la ko ni…nah amik ni AL-QURAN..ni HALAL tok ko pegang 24 jam pun,cium, pelok pun boleh…pahale bergande 1000x lau ko bace…ha…aku nak ko hafaz juzu’ 30..minggu depan kita tunang aku tau ko da hafaz semua surah dalam juzu’ 30 tu…
Jumaat (SEMINGGU SELEPAS BERTUNANG)
Mamat : awk ape kate kite tukar panggilan..sy panggil awk SAYANG dan awk panggil sy ABANG..
Minah : ooiiiittt..geli aku nak panggil ko abang..ABANG tu hanya SUAMI aku je..ko tu bukan suami aku lagi..baru tunang nak gempak2..bla la wei…ha daripada ko dok ngarot yg bukan2,..ko da hafaz pun lom juzu’ 30..????
Mamat :..emmmmmmm…da..da…nape???
Minah : ha..ha cube bace kt aku ape yg ko hafaz..
Mamat : (dengan mulai dgn surah al-fatihah dan seterus ye membace semua surah juzu’ 30 tu sampai habis…)
Minah : Alhamdulillah…pas ni ko bace plak makne2 surah dalam juzu’ amma tu..minggu depan aku nak dengar ko bercerite depan aku…
Mamat : da macam peserte pertandingan hafazan dan bercerite plak (ckp dlm nada slow)
Minah : ooiitt ko kutuk aku ek…xpe2..
Mamat : mane ade…awk memang cantik comel..
Minah : da..da..jgn nk ckp lg aku tau da aku memang cantik comel.. sbb tu ko soh mak bpk ko minang aku kn..
Mamat : tersenyum (dalam hati: ceh masuk troli sorong sendiri la weii..)

Jumaat (2 MINNGU SELEPAS BERTUNANG)
Mamat : awk..awk..awk xrase ke apa yg sy rase..sy rase cam ade sesuatu yg indah antara kite berdua la..setiap kali ingat awk mesti terase yg awk dekat sgt dlm hati sy..
Minah : ooiitt yg ko nak berjiwang karat sangat ni nape?? Bengkak telinge aku dengar..ko ingat ko berjiwang2 ni aku cair ngn ko..jgn harap la weii..da2 sekarang ko cerita kn kt aku kisah2 dlm juzu’ amma tu..
Mamat : (dalam hati : dy ni memang xde perasaan langsung..baru nak jiwang2 da xboleh..xpe..sabar hati..sabar..)
Minah : ooiitt berangan plak…aku soh cerite bukan berangan..cepat la cite aku nak dengar..
Mamat : sabar la…ngah susun ayat ni…(Dengan nama Allah yg Maha Pemurah lg Maha Penyayang..dy memulakan kisah dari 1 surah ke surah yg lain hingga khatam dlm juzu amma tu)
Minah : Alhamdulillah.. minggu depan kita nikah…aku nak sehari sebelum kite nikah ko wat qiamulllaill…Allah tu Maha Melihat..lau ko xwat..ko tunggu la mase ko lafaz aku terime nikahnya mesti ko tersangkot2…
Mamat : xnk la la sy..malu la tersangkut2..ok2.insyallah sy wat…
Minah : tau plak malu..ok..ag 1..hari nikah tu aku nak ko senyum je sepanjang majlis..xkisah la waktu tu ko sedih ke.kecewa ke..yg aku nak tengok ko senyum je..paham???
Mamat : faham..awk..sy teringin nak tengok awk senyum..senyum la awk..mesti manis..slalu tengok muke garang awk je…senyum la kit wak..
Minah : ade..ade aku kisah..xboleh..lau nak tengok sgt aku senyum..tunggu hari kite nikah t..mesti ko xboleh tidur pas tengok senyuman aku yg menggoda sgt ni tau…hahahahahahahaha..
Mamat : emmmmmm..yelaaaaa….

Jumaat (HARI PERNIKAHAN)
Mamat : dengan sekali lafaz..“AKU TERIMA NIKAHNYA NURUL IMAN BINTI ISHAK DENGAN MAS KAWIN 80 RINGGIT TUNAI..”
Tok kadi : sah..sah..sah..
Minah : Alhamdulillah (terus dy sujud syukur tanpa menghirau kan org sekelilng dy)

(SAAT MEMBATALKAN AIR SEMBAHYANG)
Minah : terima kasih ABANG kerana sudi mengambil NURUL IMAN sebagai isteri abang. Bimbinglah AYANG menjadi isteri yg solehah..(sambil tangan terketar-ketar tok salam dan cium tangan suci suaminya)
Mamat : subhanallah..terima kasih SAYANG sudi terima ABANG sebagai suami mu.. (sambil mengucup dahi isteri tercinta)
(MALAM PERTAMA)
Mamat : sayang , abang xsangka plak rase ye belum sebulan kite kenal ..tetibe je da kawin..ajaib betul..
Minah : tu nama ye jodoh..kekusa Allah bang..kite hanya merancang tapi Allah juga yg menentukan segalenye..
Mamat : Sayang boleh abang tanye sesuatu…?
Minah : Tanya la abang,.(dengan nada suare yg manje)
Mamat : nape sayang dulu garang sangat ngan abang..? tapi bile ngan orang tua abang n orang tua sayang ckp sopan….?
Minah : maafkan sayang abang..ayang bukan sengaje nak berkasar dengan abang..ayang wat semua tu sebab nk uji sama ada abang sabar x dengan kerena ayang..ayang nak abang terima ayang dengan seadanya..sebab sayang xnk kite hilang kemanisan cinta selepas berkawin gare2 abang da sentuh ayang sebelum kawin..ni sekarang kite da kawin..ayang milik abang..abang boleh sentuh ayang tanpa kene sound ngan ayang lagi..hihihi..abang nape abang kawin dengan ayang…??
Mamat : subhanallah…terima kasih sayang ku kerana menjaga batasan kita selama ini..abang pilih sayang kerana Allah…lepas abang wat qiamullai yg sayang suruh wat sehari sebelum nikah baru la abang dapat jawapan bagi perasaan yg tersembunyi antara kita berdua iaitu perasaan cinta.. I LOVE U SAYANG..waktu tu juga abang baru sedar ape hikmah ye kenape sayang suruh abang menghafal juzu amma dan membace terjemahan ye..semua nya indah sayang..terima kasih sayang…sekarang pun abang sedang berusaha menghafal juzu’2 yg lain…
Minah : Alhamdulillah ya Allah kau kurniakan aku suami yg soleh (sambil tangan ye menadah doa). Abang, nape abang bagi ayang banyak sangat duit hantaran RM 20 ribu dengan kerete ALPAHRD sebijik.. kan ayang da cakap kalau abang bagi 10 sen pun ayang terima..
Mamat : sayang..anggap la tu hadiah daripada abang..berape sgt la nilai ye jika nak dibandingkan dengan nilai seorang isteri solehah cam ayang..I LOVE U SAYANG UNTIL JANNAH.. ,
Minah : I LOVE U TOOO ABANG…UNTILLLL JANNAHTUL FIRDAUS…AMINNNNNNN….:)



madah acu


Jika kamu memancing ikan... Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu 

mengambil ikan itu... Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja.. Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu & mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.


Begitulah juga...setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang... Setelah ia mulai MENYAYANGIMU, hendaklah kamu MENJAGA hatinya... Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja... Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu, & mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu...

 
Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya & janganlah menganggap ia begitu teguh...cukuplah sekadar keperluanmu... Apabila sekali ia retak...tentu sukar untuk kamu menambalnya semula... Akhirnya ia dibuang... Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya, mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi...

 
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya... Janganlah kamu terlalu mengaguminya & janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa... Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN, bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya... Akhirnya kamu KECEWA & meninggalkannya. Sedangkan, jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....

 
Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi, yang kamu pasti baik untuk dirimu... Mengenyangkan - Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..?? Terlalu ingin mengejar kelazatan... KELAK.. Nasi itu akan basi & kamu tidak boleh memakannya... Lalu kamu akan menyesal.

 
Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan, yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU.. MENGASIHIMU... Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain..?? Terlalu mengejar kesempurnaan... KELAK.. Kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain... Lalu kamu juga yang akan MENYESAL...!!

Oct 13, 2012

“Nur hasanah”…


Assalamualaikum sahabat-sahabat sekalian..moga antum sihat walafiat disamping keluarga yang tercinta. Tidak dilupakan juga selawat ke atas junjungan besar kita nabi Muhammad s.a.w.. hehe ana da lama x update blog tp kalu sekali da update sekali 2 entri ana keluarkan tau..bila ingatkan balik kisah Hasanah ana terpanggil untuk mengkaji tentang “dia”..Dia mmg la tersngt istimewa bagi keluarga disebabkan dia adalah seekor bkn seorang tau. Ana xtau la ni kisah betol atau x tp ana sendiri pg tgk dgn mata ana sendiri tau..
Ni adalah cerita yang telah disampaikan oleh bapak beliau..


Nama bapaknya adalah M.Aini dan isterinya bernama Asmah..dahulu mereka tinggal di desa Sukujaya Kampung Bayung Lencir di daerah Musi Banyuasin di negeri Sumatera Barat..Pertemuan kami pada hari itu adalah untuk melihat adakah benar apa yang telah diceritakan oleh kawan2 kami kepada kami..

Hasanah dilahirkan pada 6 Jun 1991, dalam calendar Islam 25 Safar 1410 H pada hari Ahad jam 12.01 pagi waktu Sumatera Barat di kampung yang telah ana catatkan di atas . Waktu Malaysia adalah pada pukul 1.00 pagi..Di Sumatera lewat 1 jam tau.. 
riawayat hidup Hasanah adalah bermula dengan orang yang membantu kelahiran Hasanah yg juga merupakan bidan di situ. Keadaan sewaktu hndak melahirkan mmg sgt menyakitkan tetapi hasilnya hanya keluar darah sahaja..Bidan yg menyambut Hasanah kaget kerana bayi itu hilang dlm sekelip mata.. Bapanya memberitahu Hasanah diambil oleh bunian dan akn balik x lama lg.. 

Pada mlm tersebut, ibunya bermimpi bahawa Hasanah dtg hanya untuk menyampaikan khabar yg dia sihat2 sahaja.. Dia akan pulang tp dgn bntuk atau rupa yg lain..selang tiga hari kemudian,kembarnya seorang lelaki dilahirkan dan namanya ana xtaula sbb xtanyer hehehe asif ye..mngikut cerita bapanya, mereka mmg ada keturunan kembar binatang semasa kelahiran.jadi kami hanya mngangguk saja la…

Mmp hasanah dtg dgn berpakaian sopan dan berjilbab..ibunya bertanya bila mau pulang, Hasanah hanya menjawab dia akn pulang tp bkn dlm bentuk manusia. Disebabkan 2 la,ada papan tertulis dilarang menyentuh mukanya kerana dikatakan Hasanah berpakaian jilbab..Hasanah akn makan peha aym sja dan die akn berpuasa 40 jumaat..sebelum kedatangan Hasanah dlm bntuk buaya,die sudah menjadi ular yg melingkar di bantal ibunya dan ghaib. Dan akhirnya die btukar menjadi buaya tp persoalannya,mcne buaya 2 dtg ke rumah keluarga ??

  kami pon xtau sbb xtnyer jgk hehehe..antum pkir la sndri ye..skg Hasanah menetap di Saba’ jauhnya perjalanan selama 1 jam 30 mnit.. antara kesaktian yg dikatakan oleh bapanya adalah Hasanah ini boleh menghilangkan sakit2 dan demam budak2 kecil..kdg2 Hasanah akan merasuk ke dlm bdn seseorang tuk meminta sesuatu..Hasanah akn mengalirkan air mata pabila mendengar org mengatakan die seekor buaya..dan boleh tersenyum..

Tuk maklumat antum,kulit Hasanah x sperti kulit buaya yg len sbbnyer kulitnya sngt lmbut dan xde kasar2 tau..mgkin Hasanah perempuan jd kulit die pon lmbut la..tp mmg lmbut sgt kulit die..ms bapanya angkat tuk diletakkan di ats katil,kami berdoa jgk agr Hasanah x dtg kt kami tp meleset..

hasanah trus pegi ke bantal dan duk2 saja..bapanya ckp Hasanah x prnah marah tp hanya sekali die mrh disebabkan keadaan terlalu bsing..erm agk melucukan jgk Hasanah bley bergerak ke blik ibunya tuk tdo..oh sblum terlupa tmpat Hasanah di luar kwsn blik supaya org ramai ramai boleh melihatnya tnpa masuk ke ruang kamarnya..

Jadi ini adalah kuasa Allah,kita wajib percaya kepada bnda2 ghaib kerana itulah nk tentukan tahap keimanan kita kepada Rabbul Jalil..Wallahualam


3 POTENSI QALB




Al-Quran sentiasa mengetuk hatidan fikiran manusia bahawa kalau manusia itu mahu memerhatikan alam sekelilingnya, bahkan pada diri mereka sendiri, terdapat tanda-tanda bukti dan berlaku peraturan-peraturan yang menunjukkan adanya Kahliq, pencipta law of nature (Sunnahtullah) yang memelihara semua itu dengan undang-undang-Nya. Al-Quran juga mengetuk hati sebagai peringatan bahawa pada umumnya darjat manusia boleh diturunkan sehingga pada darjat yang lebih rendah sekali. 

Dalam Surah At-Tin ayat 6:
çŽöx
6. kecuali orang-orang Yang beriman dan beramal soleh, maka mereka beroleh pahala Yang tidak putus-putus.

Al-Quran mendorong manusia untuk menjadi manusia yang arif, bukan menjadi manusia yang jelik dipandangan Allah dan pasif dalam menghadapi kehidupan. Islam mendidik umatnya agar sentiasa bersikap dinamik, bukan bersifat statik dalam menempuh proses kemajuan zaman. Al-Quran mengajarkan agar manusia memperhatikan potensi yang ada dalam diri mereka.

Manusia adalah makhluk yang telah diberikan berbagai potensi oleh Allah agar ia boleh melaksanakan misi kekhalifahannya di muka bumi. Manusia yang lahir dari rahim ibu dilengkapi dengan alat keperluan hidup yang sempurna iaitu pendengaran, penglihatan dan hati.

Ana akan tekankan pada potensi hati ye…

Ada beberapa potensi hati yang terus menerus saling berebut kekuasaan iaitu fu’ad, shadr dan hawa. Setiap potensi mempunyai fungsinya yang tersendiri yang mengatur perkitaran antara diri manusia sebagai peribadi dengan lingkungannya dan memancarkan kualiti batinnya sambil berinteraksi dalam tiga dimensi iaitu: Allah, manusia dan alam.

1.      Fu’ad: Merupakan potensi hati yang berkaitan dengan pancaindera, mengolah maklumat yang sering dilambangkan di dalam otakmanusia (fungsi kognitif). Potensi ini cenderung dan selalu merujuk kepada objektif, mempunyai tanggungjawab intelektual yang jujur pada yang dilihatnya dan jauh daripada bersikap berbohong. Perhatikan firman Allah dalam suran an-Najm 11 “fu’ad (hati)nya tidak mendustakan apa yang dilihatnya”

2.      Shadr: Merupakan potensi hati yang berperanan untuk merasai dan menghayati atau dengan kata lain mempunyai fungsi emosi. Potensi ini adalah dinding hati yang menerima limpahan cahaya keindahan sehingga mampu menterjemahkan sesuatu yang rumit kepada suatu keadaan yang indah.

3.      Hawa: Merupakan potensi hati yang menggerakkan kemahuan. Di dalamnya ada cita-cita, kekuasaan,pengaruh dan keinginan duniawi. Potensi ini lebih cenderung ke arah untuk merasakan kenikmatan dunia yang fana. Potensi ini mendorong manusia melakukan kerosakan, melanggar undang-undang dan kebenaran.

Ketiga-tiga potensi tersebut berada di dalam bilik-bilik qalb yang bertugas dan berfungsi sesuai dengan peranan masing-masing. Dalam hubungan dunia luar atau menerima rangsangan, ketiga-tiga potensi tersebut akan memberikan respon dalam bentuk perilaku, pada hakikatnya, ketiga-tiga fungsi tersebut akan bekerjasama dan saling mengisi. Mari kita lihat dari sudut struktur keperibadian manusia iaitu:

        i.            Satu dimensi: Perilaku atau respon yang ditunjukkan kepada dunia luar yang hanya dikuasai atau didominasi oleh satu potensi sehinggakan potensi yang lainnya kehilangan kekuatan.

      ii.            Dua dimensi: Gabungan dua potensi dan mengalahkan potensi yang lain. Dalam struktur keperibadiannya terdapat gabungan di antara fu’ad dan shadr (fusha), fu’ad dan hawa(fuha) dan juga shadr dan hawa (shaha).

    iii.            Tiga dimensi: Gabungan seluruh dimensi secara professional di mana seluruh potensi memberikan kerjasama dan mengimbangi dalam memberikan respon kepada dunia luar. Dalam kenyataannya, keperibadian manusia akan menggunakan ketiga-tiga potensinya. Walaupun ketiga-tiga saling bergeseran tetapi ia tidak akan hilang sama sekali. 


Oct 4, 2012

pengalaman di muara jambi


Assalamualaikum semua..asif sgt2 sbb da lama x update blog ni..kesian Ibtisam tau..xpe arini ana akn berikan cerita terbaru tuk Ibtisam ye..ana di Jambi sekarang ni da makin sibuk disebabkan banyak masuk seminar2 di fakultas..ha antum jgn terkejut sbb buat pertama kalinya ana pegi hantar imam muda Fatah pegi ceramah di Saba’..kabupaten (daerah) Jambi dengan kereta tau..jauh perjalanan ana xtaula tp kalu ikut jam erm hampir 2 jam tau..mujurlah jalan die sma mcm di Malaysia..senanglah ana bawak kereta Avanza dgn bertemankan Saudara Naufal..junior ana masa di menengah dolu2 hehehe..Imam Muda Fatah ermmmmm yela anta tau la kan Imam Muda Fatah ni adalah finalis dlm rancangan 2,jd ana diamanahkan untuk membawa die ke posko (tempat) 2 bahasa Jambi tau dan selamat sampai ke destinasi sblum pkul 10.45..ana smpai 10.40 trus disambut kwn2 yg menjadi penyambut masa 2,syukran Ya Allah..Alhamdulillah Allah bg kesempatan bertemu dgn die sbbnya ana mmg xpenah kenal die n watpe nk kenal..yela rumah ana ne la ade astro hehehe…ana x kaya la..family ana banyak ajar ana erti hidup susah n hinggakan ana da biasa merantau jauh2 n cepat betah dgn keadaan tau..adik2 ana yg len mana la pernah merantau jauh mcm ana..tp mgkin belum sampai waktunya hehehe…bukan nk ujub dgn diri kita tp ana nk antum tau bahawa kita ni 1 ms nnti akn berpisah n hidup perlu dtruskan dgn acuan Illahi..bak kata acu la..

Oh ya,ana nk cerita pengalaman ana sebelum, semasa dan selepas ceramah tau..hehhe banyak kelakar tau sbb ana yg lalui mmg la ana akn gelak sorg2 tau..ms nk pegi hampir tersesat ana sbb da lupa jln..tnya lah kt sorang abg..die bg pelan jln tp kami sesat jgk tau hahaha..kali ke-4 barulah jmpa jalan dan jmpalah Jambatan Auduri..jambatan yang memisahkan antara telanai dgn sabak,muaro jambi dan muaro bogor..maf ye acu,kwsn tu org banjarnyer kurang hehehe…di Indonesia, jalan 2 kite kene ati2 sbb dorg men potong aje n tahap keselamatan mmg paling buruk dlm sistem jalanraya..dgn jalan yg berlopak2,berlubang huhu smpai tayar kereta meletup la hahaha tp ms nk blik la..ha t ana cerita ye..nk dijadikan cerita, ana smpai n disambut kwn2 la..ana tgk sekolah menengah dorg masyallah sedih sgt2 tau..kt sini tahap korupsi atau rasuah mmg amalan yg paling mulia dikalangan org2 kaya tau..ha 2 ana xmo amik tau juz ana omong aje psl 2.. 

Ceramah bermula dan ceramah yg bertemakan halal bi halal telah disampaikan oleh Imam Muda Fatah dgn baik dgn diselang selikan lawak spontan..pakcik dan makcik gelak sakan tau..ana pon gelak jgk..akhir sesi ceramah, ade selawat serta salam beramai2 tau..ha masa ni la ana tgkp gmbar semua orang tau..ha ni la gmbar2 kami hehhe..









toib khalas fil majlisi..udah selesai jgk mjlis dan lepas 2 kami pegi ke rumah kwn yg dipanggil  posko (tempat)..ni gambar rumah kwn kami..dan nama tuk sesi ni dipanggil KKN (kerja kuliah nyata).setiap orang yg nk konvo WAJIB untuk melalui ujian ni..di Malaysia dipanggil kerja semai bakti..ha yg best nyer,KKN ni mewajibkan atau memberikan kerja2  kepada pelajar seperti menukang,menjadi imam,khatib,bilal,penceramah,mengajar budak2 mengaji atau KAFA..ha bes kn..huhu ana mmg nk sgt jd imam atau ustaz..Insyallah ana akn jd jgk sbb 2 la ana da mula membaca riadhatus solihin..antum bacalah sbb akan ade manfaatnya..sngt bayak tau lbih2 lagi bg mereka yg akn menempuh alam perkahwinan..insyallah..ha kami pun nk balik..sebenarnya sebelum persimpangan untuk masuk ke kawasan kawan kami, ade sebuah rumah yang mempunyai seorang anak perempuan yg bernama Hasanah tp seekor buaya..ha xpercaya kn???tp ni semua kuasa Allah, tiasa yg mustahil bg Allah tau..hanya manusia aje yg memustahilkan bnda2 mcm 2..dan ana sndiri da pegi sndiri siap pegang lg tau..fatah mula2 takut tp lama2 pgg jgk hehehe..kelakar tgk die..ana dgn naufal jgk yg pgg dulu tau..lgpon ana tau fatah ni die da mula baca2 ayat supaya buaya 2 x terkam die hahaha..die la yg paling besar di kalangan kami..tp sebelum nk ke rumah Hasanah,ops sebelum 2 kalu nk tgk Hasanah jgn sesekali ckp BUAYA, t die akan menangis 2 kata mak die la..ha sbb die manusia tp mak die hamil anak buaya..suami die ckp mmg dah ade keturunan tau..Wallahualam..

ha sebelum pegi ke rumah Hasanah,kwn ana ajk pegi solat kt masjid berdekatan tp kami pkir nk solat di masjid sbelah rumah Hasanah..Allah 2 Maha Kuasa..tayar kami pancit,meletup tau..mujurlah Naufal yg perasan..ana da mengucap panjang tau..rupa2nya tayar da terbelah panjang tau..kami b3 btol kan tayar 2..nk tgk gmbar imam muda Fatah jd mekanik???mempersembahkan hahaha..siap bukak baju luar die tau..da siap kami solat jgk di masjid..da usai solat,kami pg jgk tgk Hasanah..ha ni la gambaran buaya yg bernama Hasanah..die da berumur 21 tahun..ade kembar lelaki namanya ntahla ana da lupa la hahaha..klu nk tgk buaya baik ni ade di muara Jambi,Jambi Indonesia..bayangkan die ade surat beranak dan sjil kelakuan baik sbb x serang org kg hahhaa…jd ana bergambar jgk la dgn die..naufalpon sme jgk..mgkin die nk bwk pg toko (kedai) gambar..nk buat frame la katekan hahaha..ana ade org kt sebelah yg pandai bwk kereta xpela..ana ingtkan Fatah pandai bwk kereta rupanya x hehehe..mujurlah Naufal ade..die la yg paling bnyk berpeluh sbb bukak tayar..tp ana n Fatah tlg jgk tau juz kemahiran 2 kurang yela jarang tayar meletup or bocor di jalanan tau..


tukar tayar spare part pon sme jgk tau..dala tayar botak, da nk terkoyak siap da nmpk urat dawai tayar tau…ish3 bahaya tau klu tuan sewa 2 x selenggarakan mobil..ps2 pandai nk mntak duit lebih2..mntang2 la duit Malaysia tinggi berbanding Indonesia tp die xtau bnyak yg kayap drpada kaya tau..ha 2 la hakikat di muka bumi ni sma aje tau..moga dilindungkan Allah terhadap semua kejahilan di dunia,moga dipancarkan cahaya Illahi,kasih dan sayang disemarakkan, mengajar kita erti keharmonian akan teguhkan perpaduan..kita ni sama aje di muka bumi Allah ni..xde yg sempurna sbb orang yg sempurna bukan pada tubuh fizikalnya tp pada imannya..Tegarkah kita untuk kita ingkar pada perintah Allah???ape mksud Islam dalam diri kita???fikir2 kan lah..anak muda sekarang banyak nk enjoy tp mereka x ingat kiamat bakal tiba Cuma xtau kapan akan berlaku..harap apa yg ana coretkan akan menjadi sandaran pada akal dan tahappemikiran antum semua..semoga kita akn menjadi seorang yg kuat dlm bermujahadah kepada Pencipta..Aminnnnnnnnnnnnnnnnn