SILA "CLICK NEW TAB FOR DETAIL POST" JIKA MENGHADAPI MASALAH MEMBACA ENTRI SILA EMAIL KAN PADA CAKERAWALA IBTISAM TERIMA KASIH

SELAMAT DATANG

Rasulullah Saw bersabda, “Janganlah sekali-kali engkau menganggap remeh suatu perbuatan baik, meskipun (perbuatan baik itu) dengan engkau menjumpai saudaramu (sesama muslim) dengan wajah yang ceria." (HR. Muslim).

IBTISAM = SMILE = SENYUM

semua insan adalah sama dan yang membezakannya hanya taqwa

HEART FOR RABBI

tiada perkara yang lebih indah melainkan jatuh cinta pada Allah

PETUA IMAM SYAFIE

Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati

ISLAM THE WAY OF LIFE

syariah- akidah- akhlak = BAIK (B= bahasa, A= adab, I=imej, K=kelakuan)

Sep 3, 2015

Kelemahan CELCOM BROADBAND Yang Mengecewakan



"huhu...sedih"

ana baru lepas selesaikan bayaran penalty celcom broadband postpaid sebanyak RM200 selepas ana menjadi pengguna broadband pada awal bulan lepas, dalam hitungan hanya sebulan untuk menggunakan khidmat broadband kemudian dikenakan penalty pula untuk menamatkan penggunaan

BARU dalam tipu helah

sebenarnya ana merupakan salah seorang pengguna tegar untuk broadband, buktinya ana tidak pernah menggunakan internet lain selain pelan internet yang ditawarkan selepas, hampir 10 kali juga ana "off" dan "on" semula atas beberapa sebab dan alasan, tapi tak pernah kena penalti disebabkan penamatan broadband, jadi ana buat keputusan untuk kongsikan kepada semua helah celcom serta seller yang disogokkan

-BROADBAND POSTPAID CELCOM kini (update 02/09/2015) telah mempunyai syarat kontrak penggunaan setahun, dan juga access limited internet, jika pemberhentiaan sebelum tamat kontrak maka dikenakan penalty kemudian baru boleh buat penamatan-

semua isi penting diatas tiada satu pun dinyatakan oleh seller, ana amat menyesali keadaan tersebut kerana terus menyangka celcom seperti dulu, ditambah pula dengan segala cas GST, ana ingatkan kepada seller supaya lebih telus untuk menyampaikan maklumat terutama perkara yang melibatkan wang yang keluar dari pengguna, lagipun seller perlu diingatkan bahawa anda bukan menanggung keuntungan mahupun kerugian sebagaimana pengguna, tak perlu bersikap membela "boss" yang anda sendiri pun tak kenal kelibatnya

capaian internet pun tak gah mana, "open website" makan masa sehari untuk clear, manakala youtube atau video lebih laju tapi makin lama makin lambat juga,

"kata orang, kalau dah tak suka, hanya benci yang nampak rupa"

ha betol la tu, ana dah tak suka dengan celcom broadband, kali terakhir untuk menjadi pengguna celcom broadband, kalau nak "device" boleh bagi alamat

Aug 25, 2015

Petua Atasi HB/DARAH Rendah Ibu Mengandung





" call ur sister then ask her about hb all of them if the problem of yours brings by family" pesan doctor yang melawat

mata ana terbaca pada cop tandatangan beliau pada kertas laporan kesihatan bahawa beliau adalah seorang doktor pakar, doktor pakar ni gaji mahal..itulah yang terlintas dari pengetahuan ana tentang doktor pakar selain daripad kepercayaan bahawa titlr doktor pakar adalah merujuk kepada individu yang istimewa dalam bidang perubatan atau mungkin dalam keadaan pada masa tu iaitu pakar sakit puan?


'HB"? happy bufday @ HARI BULAN

bagi ibu mengandung tidak akan terlintas sama-sekali jawapan sebegitu, kerana mereka sudah betah dengan soalan dan pemeriksaan darah, cuma ada sebahagianb yang terlupa singkatan HB adalah merujuk kepada HemogloBin atau sel-sel darah, ringkas ada dua jenis darah dalam badan manusia, itu sahaja ana tahu, yang lain boleh rujuk pada sakit puan..hehehe

ana sendiri pun tak pernah "alert" tentang HB tapi disebabkan risiko mengalami simptom HB rendah semasa mengandung menyebabkan kepala ana sentiasa disumbat-sumbat dengan perkataan tersebut, antara yang ana ingat jika mengalami simptom HB rendah adalah

! nafas pendek
-memang betol, sepnjang mengandung ana sukar untuk bernafas dengan selesa dalam niqob sedangkan kini ana rasa selesa dan biasa, malahan ana juga sering menghidu nafas seolah2x orang sesak nafas kerana xcukup rasa oksigen yang masuk jantung

dan yang paling parah bila mana ana sukar untuk meneran dalam proses bersalin, kerana gagal curi nafas dan menahan nafas sehingga berakhir kontraksi

!! risiko pada baby
-ini yang selalo di-provoke kan, tapi tak kurang buat hati ibu gundah gulana, alhamdullillah baby ok tapi ana check bawah matanya nampak pucat, mungkinkah dia juga mewarisi HB low? don't worry macam kakak ana kata " nasib baik keturunan HB low daripada gila babi" what?

!!! boleh rujuk mana-mana untuk simptom lain

6.6G/DL BACAAN HB PADA 7BULAN

dari awal memang turun dan tak pernah naik sampailah tahap bacaan tersebut ana dimasukkan dalam wad, yang paling jelas paksaan apabila doktor tu mengarahkan ana dail no suami depan beliau dalam masa kurang 1 saat, mujur suami "cool" ja dengar berita dan boleh ajak pegi makan tengahari dulu sebelum ke hospital, ana rasa sihat ja, tapi doktor dah risau tahap lopong punya, surat "emergency" dikeluarkan terus "refer" wad,

masuk wad menangis la ana, sebab ana cukup alergi dalam keadaan sana, ana SIHAT LAAA..huhu,
doktor pun tak berani sapa dan biarkan ana menangis sendirian,

3 beg darah dalam masa 3 hari juga ana ditempatkan dalam wad, mujur wad lebeih privacy sebab ada bilik air sendiri serta dalam bilik, belum termasuk beg darah selepas bersalin


COKLAT UNTUK KITA

"kita" merujuk kepada yang sama keadaan, dengan ini ana memegang amanah doktor pakar tadi untuk menyampaikan coklat yang lebih sedap dan "sikit lagi hampir rasa dengan hershers" kata doktor mariah,

"maltofer" (gambar rujuk diatas) tak semua farmasi ada jual katanya, biasanya farmasi yang besar sahaja dan perlu order terlebih dahulu, dalam coklat tu ada ion sekali jadi sesuai untuk yang bermasalah darah rendah terutama ibu mengandung dan alah pada ubat sedia ada serta sukar diet,

kalau boleh istiqamah diet makanan yang menambah darah,insyaAllah masalh lebih mudah diatasi sebagaimana sahabat ana yang sumbat diri dengan bayam sepanjang mengandung...popeye puttt putt!

so, after this, jangan ikutkan perasaan provoke klinik tu, hehehe

ops sebelum terlupa, selepas berpantang boleh la makan diet untuk stabilkan darah, risiko juga masuk darah orang lain, mak ana risau lagi bila dengar ana terpaksa masuk darah, siap keluarkan arahan agar sepupu ana disedut darahnya, hehehe




Aug 11, 2015

CERPEN : Inilah Jihadku - Ana Althofunnisa'




selepas balik dari rumah mertua, aku rasa dahaga kebetulan nampak ada sebotol air yang bawak dari rumah mertua tadi, lagipun mertua pesan air tu untuk mudahkan bersalin, jadi dalam teguk aku minum aku selawat dan basmallah sambil niat supaya Allah mudahkan aku juga untuk bersalin, perut dah membesar memang tunggu hari ja, kalau ikut tarikh klinik lagi dua minggu, macam-macam dah berlegar dalam kepala untuk dua minggu akan datang,

suami aku biasa la lepas kepenatan, tido bukan kepalang lagi, keletihan dengan kerja-kerja masjid, sampai jam 1 pagi baru dapat rehatkan kaki, tangan dan kepala, tak ganggu dia dan biar dia rehat,

"adoiih sakit pinggang, masyaAllah anak ummi,"
biasa la orang mengandung, tido bukan lena sangat, kadang-kadang kena tendang, nak muntah, sakit pinggang, kebas kaki, hampir setiap malam merasa sepanjang 9bulan tu, tapi kali ni lain pulak rasa, sakit tak henti-henti, tak boleh tido terus camni

"ya Allah..sakitnya pinggang hamba, sabarkan tubuh hamba agar sabar hamba diterima sebagai amal yang ikhlas disisiMU,"

"ya Allah, hamba tak tahan sakit ni, adakah sakit ajal lebih teruk dari ini, tiada kekuatan melainkan kekuatan yang Engkau pinjamkan"

"ya Allah, jadikanlah namaMu penguat tubuhku, maafkan segala dosa ku dari kifarah ini, astagfirullahala'zim"

berpuluh kali tawaf sekitar ruang tamu bersama zikir supaya kurang dan kuat menahan sakit yang menikam, keluar dari bilik sebab risau akan ganggu suami rehat, selagi dapat tahan akan aku tahan,

"arghhhh tak mampu, sakit ya Allah astagfirullahala'zim..ampunkan aku"

bilik kedua pulak aku menumpang sakit, tak jugak reda tikaman ni, sudah hampir 5 jam aku menahan sakit, apakah ini dinamakan "contraction bersalin" macam mana pulak aku nak tau, ok google

ada contraction palsu, ada contraction betul, tapi kalau contraction tak yah g hospital dulu, tunggu bukaan 7cm baru ke hospital sebab anak sulung biasanya paling kurang 10jam nak tunggu, lamaa gilerrr..alergi aku ngan klinik eh hospital, apatah lagi wad..ya ampun

sakit terus menikam dan menusuk urat dan makin terasa sampai ke tulang belulang, sakit perut sangat pulak, nanti dulu contraction takat ni aku boleh tahan lagi, kalau tak boleh tahan baru ke hospital, nombor pun dah ada tapi tandassss dulu

"alamak, apa ni?"

ya Allah sakitnya lagi, sayup-sayup aku mengejutkan suami yang masih lena, beberapa minit lagi azan subuh,

"abang..abang..masyaAllah abang bangun..bangunlaa" tak mampu aku tahan

suami aku terkial-kial dalam jaga dan lena tapi lantas bangun bila melihat ak bersujud kat katil, eh nak semayang kiblat salah ni,

"kenapa ni?"

"jom g hospital sekarang, darah dah turun ni" balasku lemah tapi mampu berjalan dan tukar pakaian yang sesuai, pesan suamiku aurat mesti dijaga, pakai niqob

dalam melangkah aku titipkan pesan pada suami supaya dia tenang dan tahu nak buat apa, aku serahkan buku "pink" dan sediakan ayat untuk kaunter kecemasan, barangan lain dah lama aku sediakan dalam kereta sebab aku mahu mudahkan suamiku sekaligus kurang tekanan dia atau tekanan aku?

aku masih boleh berjalan hingga ke kaunter mahu pun pemeriksaan wad buat kali terakhir, suamiku diminta tunggu di kaunter untuk urusan lain

........................................................................................

"7cm..dah bukaan 7cm, tolak labour room"

.......................................................................................

dalam kereta tadi aku dah sampaikan maaf pada suami aku, mohon dia doakan dan halalkan setiap rezeki yang aku hadap sepanjang menjadi isterinya, aku juga mohon suami telefon mak serta mertua untuk sampaikan maaf aku sebelum apa-apa berlaku,

"abang..tolg doakan syg ye, abang tolong bacakan surah maryam, sayang nak dengar"

aku kelihatan suami aku masih tak tenang dalam kerisauan
"abang dah solat subuh? abang solat la dulu" tapi dia tetap bimbang dan hanya mengangguk

"nurse..boleh ka solat kat sini?" tanya suamiku yang juga berada dalam wad bersalin dari tadi disisiku sejak nurse mulakan proses persiapan bersalin

"boleh tapi agak kotor, saya rasa lebih baik ustaz solat di aras 1 ada surau, tapi cepat sikit la sebab dah nak bersalin ni" balasnya tanpa menghiraukan telinga aku yang seram mendengar,

jam dah pun menunjukkan hampir jam 7, tadi nurse ada 'test' meneran, aku ingat betol rupanya buang tenaga ja, kena tunggu doktor cari jalan kata nurse lain yang hadir, hampir 5 orang nurse yang turut sama dalam wad bersalin termasuk dua doktor, semuanya perempuan kecuali suamiku yang dah selesai solat namun aku tetap minta suamiku agar teruskan bacaan surah maryam kerana aku dah baca terjemahan surah maryam, dan ia menjadi apirasi sekaligus motivasi untuk aku, dan juga ketenangan untuk aku saat itu, aku mencari kalamullah..tiada mp3 melainkan suara suamiku sahaja yang dapat mendengarkannya ketika itu


"pergi amik air selusuh" kata nurse pada suamiku

"bukak penutupnya dan biarkan atas sana, mungkin dapat bantu isteri ustaz, dia tak reti teran, nafas pendek"

"you tengok sini, itu sudah nampak kepala baby, bagitau isteri you, tolong dia, sikit lagi..jantung baby tak ok ni, kalau 15 minit lagi tak boleh juga, kena vacuum..kalu vacuum pun kena teran" kata doktor

"sayang...normal syg..normal..syg boleh, tengok baby dah nak keluar, tarik nafas panjang dalam-dalam, bila sakit lepas sikit-sikit jangan putus" bisik suamiku, aku masih dengar dan waras

kerana permintaan suami, apakan daya dapat aku pinggirkan, bagi aku ia adalah arahan dan sokongan, aku mohon pada suami untuk hulurkan air selusuh agar dapat aku teguk jadi kekuatan untuk teran perut, tanpa henti mulutku mengucapkan subhanaAllah wallahamdullillah Allahuakbar, istighfar dan selawat,

"ya Allah, bersama syafaat Rasul-Mu, ku mohon dalam khilaf dan lemahku agar Engkau mudahkan untuk aku mengeluarkan anak ini, pinjamkan sedikit kekuatanMu, kerana sesungguhnya Engkau jualah yang memilih jihad ini untukku rasakan" doa ini aku haluskan dalam hati saat tegukan air selusuh melalui anak tekak

jeritan menahan sakit memerah kekuatan, dan aku rasa ada air panas yang banyak telah keluar dan ada suara baby menangis, bibirku tanpa sedar masih mengucapkan kalimah Alhamdullillah dengan kuat dan laju dari nafas yang berombak didada,

anakku bersuara dan aku masih bernyawa

...................................................................................................

"Allahuakbar Allahuakbar..asyhadu an la ilaha illalah...." iqamat buat anakku dari abi

Dia perempuan, syukur Alhamdullillah, dia dah tidur nyenyak,

"terima kasih sayang..ana althofunnisa' dah ke dunia"

hanya senyuman membalas kucupan dahi dari suami tercinta, sungguh berharga dia disisi, terima kasih atas segalanya,

.........................

inilah jihadku
hasil karya buatmu ana althofunnisa' binti muhammad syahmi

Aug 10, 2015

Aku BENCI Budak 11 Tahun Bersalin



"pastu ko terus jadi lawyer la ye?" tanya sahabat ana

"hurmm..macam mana ak nak pegi chambering 9 bulan, bla pikirkan keadaan anak-anak zaman sekarang, baru 11 tahun dah bersalin, aku ni 27tahun umur bersalin pun kena 'brainwash' ngan suami, motivate, kena teman lagi dalam wad, sebab alam bersalin yang tak pernah dialami, dan sekarang selepas 4 bulan berlalu pun, aku masih tak jumpa satu 'word' yang dapat jelaskan atau sampaikan dengan tepat perasaan dan segala kesakitan semasa proses bersalin....." panjang lebar respon daripada kecil pertanyaan

(sabar ajelah dapat kawan banyak cakap)

...........................................................................................

perihal planning sebagai lawyer memang tak dapat dipendekkan sebab andai kalian mengetahui sejauh dan seberat mana malah mengira keluasan segala pengorbanan dan 'struggle' untuk mengejar segalanya, namun dengan kekangan yang memberat dan kerisauan akan sejuta kes yang makin menular dalam masyarakat kini, membuat ana berfikir dua kali walaupun sebenarnya untuk berfikir dua kali tiada dalam aplikasi sebelum ini dalam menjayakan misi lawyer,

apa yang ana ingin kongsikan pada entri kali ini bukan soal lawyer atau menceritakan planning atau yang berkaitan dengannya tapi adalah lebih mendekati keutamaan yang tidak lagi boleh dipinggirkan oleh setiap ibu bapa dalam mendidik dan menjaga anak, iaitu generasi keturunan kita, yang beratnya akan melibatkan dan mengaitkan tebalnya nama kita,


KERANA BENCI AKU KONGSIKAN


berkisar daripada berita murid 11 tahun bersalin, esoknya ada lagi berita umur yang sama bersalin tapi bezanya dua orang pula sekaligus mengiyakan pertambahan statitistik murid bawah umur bersalin, apapun alasan dan kisah di belakang tabir ana tak dapat nak khadam untuk secara lapang dada menerima berita sebegitu, rosak anak bangsa..ROSAK generasi masa depan, ROSAK keturunan, ROSAK maruah dan harga diri, ROSAK ROSAK ROSAK...

"saat melihat kelibat anak sendiri, selalu terdetik dalam hati, bagaimana dapat aku jaga dia dalam dunia sebegini, sedang hati aku sangat takut akan amanah ini tetap juga Allah takdirkan anak ini sebagai kebahagiaan, kamu adalah kebahagiaan ramai orang, orang selalo senyum dan hepi walaupun dengar ketawa dari jauh, tapi mengapa bila dah menganjak dewasa kamu tak lagi pedulikan perasaan kasih sayang yang dibelanjakan" monolog dalam terkenangkan berita murid 11 tahun tadi


bersama-sama ni ana kongsikan dan tekankan kepada ibubapa untuk ambil berat tentang perkara yang bakal ana ketengahkan kemudian daripada ini, jangan anggap mudah, apatah lagi keluar dari detik hati kata biasa, tapi apa yang ana harapkan ibu dan bapa terus lakukan dan cuba dan cuba sehingga betul-betul berjaya, kerana inilah kuncinya, buktinya para ulamak dah tunjukkan pada diri mereka dan anak-anak mereka, jadi tak perlu ragukan serta pertikaikan lagi,


BUAT SAMPAI BOLEH, HADAM SAMPAI LUMAT

apa perkataan pertama bila anak mula belajar sebut? nah..kali ni ajar LA ILLAHA ILLALLAH bersama maksudnya, TIADA TUHAN SELAIN ALLAH, bukan lagi ajar panggil ibu ayah dulu,

"ana selalu berpesan pada diri dan saat itu juga ana berdoa dan berharap Allah jadikan anak ana bukan penghalang ibadah ana sebaliknya jadikan dia sebagai sesuatu yang akan dekatkan ana pada illahi serta ingatkan ana dalam ibadah"

kadang-kadang selalu risau nak bawa anak ke masjid untuk solat, takut nangis dan sebagainya, tapi bagi ana ada satu prinsip "anak-anak ibarat kain putih" apa yang kalian faham? betol itulah jawapannya, jadi "link" antara anak adalah doa, alhamdullillah dengan kepercayaan tu, ana mampu bawa anak ke masjid dan usaikan solat terawih walaupun anak ana baru usia 3bulan,


SURUH SOLAT umur 7 tahun, jadi sebelum tu ajak jemaah sekali,

BACA CERITA NI! dah last perenggan pun

ketika berumur tiga tahun, aku bangun malam dan melihat bapa saudaraku (BS) mendirikan solat, suantu hari dia bertanya "tidakkah engkau mengingati Allah yang menciptakanmu?

Sahl : bagaimana aku mengingati-Nya?
BS : ucapkanlah dalam hati sebanyak TIGA kali tanpa menggerakkan lidahmu
        1) Allah bersamaku
        2) Allah melihatku
        3) Allah saksi perbuatanku

selepas beberapa malam, bapa saudaraku menasihati lagi dalam amalanku katanya

BS: ucapkanlah sebanyak TUJUH kali setiap malam

selepas beberapa malam, bapa saudaraku menasihati lagi dalam amalanku katanya

BS : ucapkanlah ia setiap malam SEBELAS kali

aku mengamalkannya dan mula merasakan kemanisan dalam hatiku sehingga setahun berlalu, bapa saudaraku berpesan

BS : hafal apa yang aku ajarkan sehingga masuk kubur, ia memberi manfaat di dunia dan akhirat kerana orang yang Allah bersamanya, melihatnya dan menjadi saksi setiap perbuatannya, adakah akan melakukan maksiat? jauhilah maksiat

                                                               RAHSIA DIDIK ANAK JADI ULAMAK DARI HATI,
                             
                                                               TARBIYATUL AULAD BY ABDULLAH NASIH ULWAN


bukan itu sahaja, tapi kita mulakan dengan ini, jika telah lulus dengan senpurna tahap mumtaz, baru berganjak pada langkah seterusnya iaitu HALAL dan HARAM didikan syariat (entri seterusnya, praktis ni dulu)





Jun 23, 2015

KURTA DEWASA MURAH ONLINE- SEMPENA RAMADHAN



Kurta adalah pakaian lelaki yang telah lama diterima di Malaysia, ia seperti jubah yang hanya potongan aras peha dengan poket di atas serta sisi kanan dan kiri,

Biasanya kurta amat selesa jika dibawa ke masjid atau program ceramah dan islami, namun bagi yang menggemari kurta tidak kira tempat ia tetap nampak elegan dan sesuai,

Kurta diterima pemakaiannya di sektor-sektor awam terutamanya pada hari jumaat bagi lelaki, jadi tiada masalah bagi sector swasta dengan pemakaian kurta kerana ia sopan dan longgar serta kemas


SEMPENA RAMADHAN 2015, ANA BERIKAN DISKAUN RAMADHAN SEBAGAI WADAH SEDEKAH BAGI YANG INGIN MEMAKAI KURTA ATAU MEMILIKI KOLEKSI KURTA SENDIRI 
v  PEMBELIAN 3PCS KE ATAS, HARGA AKAN TURUN KE BAWAH TANPA CAS POSTAGE 
v  TANPA CAS GST 
v  PENGHANTARAN SECEPAT MUNGKIN


 Size M 
Shoulder / Ukuran Bahu : 44cm
Chest / Ukuran Dada : 53.5cm
Body Length / Labuh Baju : 88cm
Sleeve Length /Labuh Lengan : 56cm

                        Size L
Shoulder / Ukuran Bahu : 48cm
Chest / Ukuran Dada : 57cm
Body Length / Labuh Baju : 94cm
Sleeve Length /Labuh Lengan : 60cm

Size XL
Shoulder / Ukuran Bahu : 51cm
Chest / Ukuran Dada : 62cm
Body Length / Labuh Baju : 100cm
Sleeve Length /Labuh Lengan : 60cm


KOMENTAR VIRAL AYAH DAEN



Baru-baru ni dikejutkan dengan viral lagi, terkejut-kejut aja dengan viral, kali ni ana sengaja nak komen viral, sebab rasa agak melampau bila melabelkan masjid dengan anti-sunnah apabila menyediakan ruangan solat khas untuk kanak-kanak lelaki, katanya seperti kandang dan menafikan sunnah yang membenarkan kanak-kanak masuk saf solat dengan lelaki dewasa,


ANTARA MASLAHAT DAN SUNNAH

Untuk perbincangkan tentang konsep maslahat boleh buat rujukan pada buku yang berkisar tentang pengambilan hukum, ternyata setiap hukum yang belum dihukumkan secara tetap atau qat’ie biasanya boleh berubah mengikut keutamaan atau darurat, namun dalam persoalan berhubung sunnah perlu melihat pengertian sunnah yang merangkumi perbuatan, perkataan dan taqrir Rasullullah s.a.w,

Apa hukum mengerjakan sunnah? Jika ia dilakukan akan mendapat ganjaran pahala namun jika tidak tidak akan dihukum dosa, jadi dalam menangkap tuduhan anti-sunnah oleh Abang Daen tersebut tidak sepatutnya berlaku hanya kerana masjid bertindak membuat pengasingan jemaah kanak-kanak lelaki, hukum beramal dengan sunnah ringan jika dibandingkan dengan keperluan maslahat dan menghapuskan elemen darurat,

Merujuk kepada pengertian darurat dan maslahat pula boleh difahami sebagai keadaan yang membenarkan seseorang menafikan hak hukum ke atas sesuatu perbuatan sebagai contoh makan khinzir dibenarkan sekadarnya jika tiada langsung makanan lain didapati dan kesan daripada tidak makan akan menyebabkan dirinya atau orang lain akan menerima akibat yang parah, ia sama juga difahami dalam konsep maslahat apabila keperluan kepada sesuatu sebab itu lebih mendominasi daripada sesuatu yang telah didapati hukum padanya, sebagai contoh keadaan yang di-viral-kan oleh Ayah Daen, kita perbincangkan dan bagi yang tidak bersetuju, ana alukan pendapat anda


VIRAL AYAH DAEN

Ana anggapkan beliau seorang jemaah yang hadir pada ramadhan kali ini sama seperti ana tapi bezanya ana solat di bahagian solat muslimat aras atas dan beliau solat di bahagian solat utama, pertamanya daripada viral yang disebarkan memang ana kenal sangat masjid mana yang dilabelkan sedemikian, jadi sebagai salah seorang jemaah yang belum lagi pernah iftar di mana-mana masjid selain masjid tersebut maka ana jugak layak membuat penilaian tapi tak perlu jadi viral pula,

Hari pertama ana dapat viral tersebut, esoknya ana perhatikan dan cari tempat yang dimaksudkan, memang betul ada ruangan khas kanak-kanak di akhir jemaah dari persegi kawasan yang tidak begitu luas, jadi ana bersetuju pada awalnya bahawa menjadi kesilapan masjid mengambil tindakan sedemikian namun sebaliknya apabila hari berikutnya masjid tersebut tidak lagi melaksanakan pengkhususan pada jemaah kanak-kanak lelaki, apa yang berlaku?

Keadaan sangat merimaskan dan menggangu kerana kanak-kanak lelaki tidak henti-henti berlari-lari dan terlompat-lompat di kawasan yang tiada jemaah, keadaan tersebut mengganggu apabila ana bawa ‘baby’ yang ditidurkan di sebelah ana ketika ana solat, pernah juga berlaku kanak-kanak lelaki hampir terpijak ‘baby’ ana kerana asyik dengan rakannya, hal ini tidak berlaku pada kanak-kanak perempuan yang mungkin lebih mudah dikawal,

Lagi, kanak-kanak lelaki juga tidak mahu turut serta solat jemaah kerana ibubapa tidak dapat mengawal anak masing-masing, jadi apa salahnya jika masjid mengambil tanggungjawab ini dengan menyediakan pengawalan yang lebih selamat dan manfaat pada masjid dan jemaah?
Satu lagi, dalam saf lelaki mahupun perempuan, kanak-kanak akan diletakkan di akhir saf kerana belum baligh dan menyebabkan putusnya saf, hal tersebut tiada bezanya jika masjid mengambil mereka dan menyediakan tempat khas untuk seumur mereka dalam satu jemaah, tapi kini, masjid tersebut tidak sanggup menerima tohmahan viral kerana mengutamakan darurat, yang merujuk kepada ketidak-fahaman masyarakat yang menganggap ia adalah sikap anti-sunnah,

Tuduhan sebagai anti-sunnah pada institusi masjid lebih berat timbangannya daripada mengekalkan ruangan solat khas bagi kanak-kanak kerana kewajipan mengawal dan menjaga anak-anak kembali semula kepada ibubapa, jika berlaku sebarang kekecohan dan ketidak-selesaan maka ia adalah salah ibubapa,

PENUTUP
Bersikap terbuka jangan jumud dan terlalu prejudis, kaji dengan ilmu, entri ini sebagai pendapat ana sahaja tiada kaitan dengan mana-mana pihak, jika tidak tepat ana sedia terima teguran

DISKAUN 15% TANPA KAD AHLI MPH



“hasrat hati dah lama nak beli buku tarbiyahtul aulad fil Islam karangan Abdullah Nasih Ulwan, jadi singgah di MPH sekitar Alamanda, kad MPH tak dak tapi dapat diskaun 15% tuk dua jilid buku tu”

SECEBIS PERTOLONGAN, SEKUNTUM SENYUMAN

Tema bagi sebuah usaha yang wajib dipuji kepada MPH kerana menawarkan satu bentuk derma dalam diskaun, “win to win” satu pihak dapat diskaun manakala satu pihak lagi dapat pertolongan, biasanya ana seringkali melihat putar belit keadaan, sepertimana pelaksanaan GST oleh mydin dan tema GST dapat menurunkan harga barang, ana puji idea pasaraya mydin dalam meringankan belanja masyarakat tapi ia seolah permainan tikam balik,

‘mind set’ yang sama dalam perniagaan jadi ana tak berminat pun bila diterangkan tentang kad diskaun MPH tadi, malah ana minta ‘cashier’ untuk mengira harga asal dahulu kemudian dibandingkan dengan harga selepas diskaun,

                Harga asal tarbiyatul aulad jilid 1 RM65
                Harga asal tarbiyatul aulad jilid 2 RM75
                Novel habiburrahman ‘Api Tauhid’ RM22 
                                                                Jumlah kesemuanya, RM162 
HARGA DENGAN KAD DISKAUN MUTIARA MINDA 

                Kad diskaun RM10
                Tarbiyatul aulad diskaun 15% setiap jilid
                Novel ‘api tauhid’ RM22
                                                           
                                                                           Jumlah kesemuanya, RM151
    BEZA HARGA ASAL DENGAN KAD MUTIARA MINDA = kira sendiri hehe

Sebagai penyambung penerangan tentang kad diskaun tadi, 15% diskaun pada buku yang disenaraikan dalam catalog sahaja, antaranya Ahmad Deedat-the coice volume 1&2, ensiklopedia syamail Muhammad, terbaru ustaz pahrol juoi-beduk diketuk lagi, ensiklopedia alam jin syaitan dan pelindung diri, bimbingan mukmin dan banyak lagi termasuk novel, buku resepi, buku fesyen dan majalah,

Sebenarnya kad diskaun ni untuk beberapa syarikat terbitan serta edaran dari MPH, koleksi daripada MPH juga, jadi tidak semua terbitan mendapat diskaun sedemikian, dan jika tiada senarai atau stiker diskaun 15% pada buku tapi dari terbitan atau syarikat yang sama dapat 10% diskaun, antara syarikat terbitan yang popular mendapat diskaun mutiara minda seperti Jasmin, PTS, inteam publishing, karya seni,group karangkraf, mustread sdn bhd, telaga biru dan penulisan2u, ada beberapa lagi terbitan dari senarai edaran yang disenaraikan

Dan yang terakhirnya, kad diskaun dari MPH ni berkuatkuasa sehingga Julai 2015 sahaja, selepas itu dah tak laku, kad diskaun tiada no siri atau khusus untuk seseorang, jadi boleh pinjam jika ada kawan-kawan atau nak buat permohonan pinjam kad diskaun ana pun boleh



MEMBACA BUKU MEMBUKA DUNIA

Jun 14, 2015

Inni Soo-Im Membawa Halwah




                                                           *halwah itu manis


PENGHAYATAN RAMADHAN 1436H/2015
OLEH IBNU SU @ USTAZ MAT ZIN BIN SU
PENGAJIAN UMUM AHAD MASJID PUTRA
10.00 A.M - 12.00PM

hampir 4 hari sahaja lagi yang tinggal untuk memasuki madrasah ramadhan, macam-macam sudut mula mempromosikan dan menyibukkan diri seperti biasa, paling meriah tak perlu disenaraikan sebab umum sedia maklum,

" madrasah ramadhan hanya membuat jemputan kepada orang beriman"

dari ayat yang mensyariatkan wajibnya berpuasa, Allah telah mengkhususkan seruanNya hanya kepada orang beriman dengan panggilan yang baik, sebahagian ulama menjelaskan bahawa madrasah ramadhan hanya panggilan buat orang yang beriman walaupun ramai yang berpuasa namun tiket hanya diberikan kepada orang yang beriman sebagaimana seruan dalam ayat syariat puasa tersebut

" taqwa adalah matlamat ramadhan"

amalan puasa tidak 'claim' ke atas sesuatu yang lain melainkan latihannya untuk mengukuhkan taqwa, dari kesan lapar yang membentuk sabar, menutup mulut dari berkata perkara sia, banyakkan diri dalam ibadah, serta prihatin pada keperluan disekeliling, pelbagai lagi buah hasil pucuk puasa

malah istilah taqwa jika didefinisikan terdapat dalam surah al-Imran, menyatakan bahawa taqwa merupakan jentera yang membawa kita bertemu dengan Allah dalam keimanan, orang beriman memerlukan taqwa yang benar jika benar imannya pada jalan lurus,

taqwa lagi menjadi dorongan dalam sesi pembentukan sahsiah diri dan mengawal keuarga dalam mengatur setiap satu tepat dan beradab, dan ia adalah paling berkesan berbanding usaha lain melebihi cctv yang sering bertindak tanpa dilihat namun taqwa tidak sedemikian kerana ia mengawal dari hati dan kemudian laku

menyoroti sebuah hadis ketika mana muaz ditanya oleh Rasullullah s.a.w jika berlaku masalah yang memerlukannya untuk menghukum namun tiada diperutuskan dengan terang apa yang dilakukan, maka jawa Muaz, ia akan mengutamakan kitabullah, sunnah, ijmak dan terakhir barulah pendapat sendiri berdasarkan iman dan sokongan lain tanpa bercanggah dari usul, hal ini menunjukkan bahawa keutamaan yang diplih oleh Muaz adalah meletakkan Allah sebagai yang pertama, perkara sebegitu sewajarnya dimiliki oleh ciri orang yang diseru Allah sebagai 'amanu'

"hati yang hidup apabila bahagia dengan al-quran dan segala isinya"

untuk menyemak tiket puasa yang sahih sebagaiman dijelaskan di atas, kata kuncinya adalah semakan daripada hidup nya hati, nilaian hati yang hidup adalah dekat dan jauh, tenang dan gelisah, lapang dan malas, sedikit dan banyak, laksanaatau langgar dengan butiran al-quran, dari amalan membaca, hafaz, terjemahan, tafsir dan akhir sekali melaksanakan dengan yakin,

SALAM RAMADHAN ALMUBARAK
SAHKAN TIKET ANDA SEBELUM MENGAKUI SEBAGAI 'inni soo-im"

Jun 10, 2015

Jual Bantal Sejuk Online



dalam kesempatan memenuhi blogging entri, apa la salah jika ambil sedikit ruang untuk promosi Bantal Sejuk, 

MUDAH DAN BERKESAN MERAWAT KEPALA DAN BADAN Apakah Fungsi dan Manfaat bantal ini? Sejak ianya dikeluarkan, banyak kegunaan telah dibuktikan dan keberkesanannya. Diantara fungsi-fungsi dankegunaanya adalah:1. Melancarkan perjalanan darah disamping memperkuatkan daya tahan serangan penyakit.2. Mengatasi keletihan badan .3. Mengatasi kesukaran tidur dan tekanan yang menyebabkan kesakitan kepala.4. Melegakan kesakitan otot-otot di leher, pinggang, kaki dan tangan.5. Menolong mengubati tekanan darah tinggi dan sakit sendi.6.Berfungsi seperti " Cool Fever" mampu menyerap kepanasan badan. Apakah kandungan dan ciri2 bantal ini? -Mengandungi cecair garam bukit dan herba-mudah di bawa ke mana-mana.-Saiz : 32cm x 19 cm-Berat : 1.6 ++ kg-Boleh direndam dlm air-Boleh diletakkan di dlm peti ais (utk rawatan demam)-tak perlu cas seperti bantal terapi panas Siapa yang sesuai memakainya?? Semua golongan: -Bayi-Kanak-kanak -Dewasa-Warga emas. Bagaimanakah cara menggunakannya? Cara menggunakannya adalah seperti berikut:1. susah tidur, sakit kepala, keletihan dan tekanan darah tinggi - letakkan di kepala2. kesakitan otot-otot pinggang, tengkok, kaki tangan dan bahu - letakkan di bahagian2 yang perlu3. wanita yang hamil dan penyakit asma - gunakan di bahagian kaki sahaja
~ Sangat sesuai untuk dijadikan HADIAH utk mak ayah kita, bayi baru lahir , pengantin baru, ibu mengandung dan ibu yg sedang berpantang ~ *Bantal ini perlulah dijauhi daripada dijemur dibawah matahari, benda-benda panas, benda tajam dan api.



TESTIMONI

ana kongsikan sedikit pengalaman menggunakan bantal sejuk, ana pilih design kod 06, sebenarnya ana bukan la jenis yang suka berurut melainkan ada sebab yang besar seperti selepas bersalin jadi terpaksa berurut berkali-kali, jadi ana tak dapat nak kongsikan fungsi bantal dari segi fungsi tersebut,


bantal sejuk kena simpan dalam peti sejuk jika telah turun suhu jadi tak perlu ambil wayar usb untuk cas kembali, biasanya ana letak kat bawah sahaja bukan kawasan frozen peti ais, setengah jam dah boleh digunakan semula, memang sejuk macam masuk dalam air ais bila kaki sentuh bantal, mula la terasa kejutan lektrik,

bila keletihan dari balik kerja, suami gunakan bantal untuk rehatkan badan, memang selesa bila balik kerja dalam panas-panas peluh dan penat, letak bantal sejuk belakang badan cepat ja boleh terlena.

Jun 9, 2015

Cara Beli DRYPERS Dari Kilang






ü =>  Buat survey online kalau ada yang jual DRYPERS secara online, memang ada tapi tak aktif dan tak ramai follower, yang boleh dipercayai ana jumpa dua orang

1- https://www.facebook.com/yusrena.mohamed?fref=ts

2- https://www.facebook.com/dqillshop?fref=ts

Cuma satu masalah iaitu berhubung postage,sebab saiz kotak DRYPERS yang besar dan berat timbangan yang akan merosakkan harga yang ditawarkan, kalau dah kat kedai lagi murah jadi tak perlu susah payah menunggu online sampai walaupun harga barang lebih murah


ü =>  Tak berminat? Ok baca seterusnya – kali ni cari diskaun kat pasaraya atau kedai borong, tadi kawan ana bagitau AEON buat promosi semua saiz bagi DRYPERS dengan harga RM30 sahaja, sama macam kedai Darussalam,Putrajaya tapi dengan harga RM33.90 bagi semua saiz, kawan ana teruja dengan promosi so dia beli 4packet katanya,


                                Tapi suami ana kata – analoginya bukan murah pun tapi lari ke lain sebab suma saiz sama harga sedangkan berbeza saiz dan  kuantiti, sebagai contoh S88- RM30, M80-RM30, L-68-RM30..so bila fikir memang betol tu, biasanya kalau saiz kecil lebih murah daripada saiz besar atau kuantiti banyak lebih mahal dari kuantiti sikit, lagipun susah nak cari harga DRYERS bawah RM30 sebab termasuk cas GST


ü =>  Mana lagi alternatif, kilang DRYPERS sahaja yang tinggal, google kawasan kilang dan google sama ada boleh beli terus dari kilang atau sebaliknya, di sini ana kongsikan cara yang sebenarnya supaya yang ingin membeli DRYPERS untuk berniaga akan mendapat idea yang tepat,


 0355217488 nombor talian bagi kilang SCA HYGIENE SDN.BHD yang mengeluarkan produk DRYPERS, ana dapat talian ni daripada kilang tu sendiri sebab ana dapat maklumat yang tak update, ada pendapat kata boleh beli terus dari kilang tapi bila sampai ana dapat nombor talian ni, 

jadi tanpa buang masa, ana terus tekan talian tersebut tapi panggilan ditolak sebab kaunter tutup hari ahad, ana tetap ambil peluang untuk bertanya tentang proses yang mungkin ana patut lalui sebelum dapat membuat pesanan DRYPERS

berikut adalah butiran yang ana dapat :
                                                 
 belian secara perseorangan tak disediakan atau belian terus dari kilang juga tidak dibenarkan, pemesanan item hanya boleh dilakukan dengan melalui prosuder secara 'appointment' pada waktu bekerja sahaja  belian paling minima adalah 20kotak tapi tak pasti tentang saiz dan harga setiap item  pihak DRYPERS akan hantar setiap pesanan pada lokasi yang ditetapkan, tak perlu ke kilang untuk dapatkan stok DRYPERS yang paling penting hubungi talian untuk urusan demikian

0122519993 - Miss Agnes, cawangan Putrajaya, nombor personal pihak kilang bagi mengikut kawasan bagi sebarang pembelian, ana hubungi Agnes untuk dapatkan tempahan tapi tidak seperti diharapkan, memang senang sahaja proses tempahan sebab tanpa penjelasan panjang Agnes minta COD untuk hantarkan tempahan melalui sms sudah memadai, dan beliau akan hubungi semula untuk setting jadual penghantaran

berikut juga adalah butiran yang ana dapat :

tempahan melalui orang perseorangan tidak diterima malah dengan kata ringkas pembelian untuk jadi bisnes online tidak boleh melalui beliau, mereka hanya menerima pesanan daripada perniagaan dan mempunyai kedai, 

HIKMAH

 baru la ana faham kenapa sukar nak cari jualan DRYPERS dari google, walaupun perniagaan ini amat menguntungkan tapi kekangan tersebut menyebabkan hasrat terpaksa ditangguhkan dahulu dan memilih plan B

bagi yang berminat untuk menjadi DRYPERS sebagai bisnes rasanya secara online memang agak merugikan sebab harga postage yang mahal, tapi jika ingin berniaga kecilan tanpa kedai bolehlah 'deal' dengan tuan kedai sahaja untuk beli secara borong atau pukal dan tak perlu berhubung dengan pihak kilang walaupun kat sana lebih banyak kotak DRYPERS, tapi tak efisien sebab biasanya tuan kedai akan cas juga, melainkan ber-komplot dengan tuan kedai yang merupakan saudara atau kenalan rapat

hanya untuk membolehkan dapat stok dengan harga mudah daripada pihak kilang, secara survey yang ana sempat lakukan DRYPERS adalah jenama yang paling laris dan juga paling mahal di kedai walaupun tak jauh jaraknya, mungkin sebab tak mudah bocor, ana pun tak pernah try jenama lain,