SILA "CLICK NEW TAB FOR DETAIL POST" JIKA MENGHADAPI MASALAH MEMBACA ENTRI SILA EMAIL KAN PADA CAKERAWALA IBTISAM TERIMA KASIH

SELAMAT DATANG

Rasulullah Saw bersabda, “Janganlah sekali-kali engkau menganggap remeh suatu perbuatan baik, meskipun (perbuatan baik itu) dengan engkau menjumpai saudaramu (sesama muslim) dengan wajah yang ceria." (HR. Muslim).

IBTISAM = SMILE = SENYUM

semua insan adalah sama dan yang membezakannya hanya taqwa

HEART FOR RABBI

tiada perkara yang lebih indah melainkan jatuh cinta pada Allah

PETUA IMAM SYAFIE

Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati

ISLAM THE WAY OF LIFE

syariah- akidah- akhlak = BAIK (B= bahasa, A= adab, I=imej, K=kelakuan)

Jul 24, 2013

Didik Anak Fahami Erti Ramadan










          Setiap kali tiba Ramadan, ramai ibu bapa begitu bersemangat untuk memastikan anak kecil mereka berpuasa. Tidak dapat sehari, separuh hari pun jadilah. Yang penting kena berpuasa.

           Sebagai ibu ataupun bapa, tanya dahulu pada diri sendiri, apa sebenarnya yang ingin diterapkan pada anak tentang puasa. Adakah sekadar menahan lapar dan dahaga ataupun lebih daripada itu? Jika hanya ingin mengajar anak tentang lapar dan dahaga semata-mata, rasanya bukanlah satu langkah yang bijak kerana ibadat berpuasa di bulan Ramadan yang juga merupakan rukun Islam ketiga itu sungguh luas maknanya. Memahami makna atau pengertian sebenar puasa itu lebih penting daripada terus berpuasa tanpa tahu hujung pangkalnya.

         Sebenarnya, sebelum seseorang itu (tidak kira kanak-kanak mahupun orang dewasa) berpuasa, dia kena tahu apa itu puasa. Hal ini penting agar kita dapat menjalani ibadat puasa dengan sempurna dan bukan sekadar menahan lapar dan dahaga.

         Asasnya, puasa berertinya menahan diri daripada makan dan minum serta segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai daripada terbit fajar sehinggalah terbenam matahari. Ini kunci utamanya. Ayuh, kita sekeluarga fahami perkara asas ini. Apabila sudah memahaminya barulah boleh diamalkan. Disarankan agar sebelum melatih anak berpuasa, ajar mereka perkara-perkara asas tentang berpuasa seperti niat, tempoh berpuasa, perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa, perkara-perkara sunat diamalkan semasa berpuasa dan perkara yang makruh dilakukan.

Firman Allah SWT :
“Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa, (iaitu) dalam beberapa hari yang tertentu. Maka barang siapa di antara kamu ada yang sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), maka (wajiblah baginya berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. Dan wajib bagi orang-orang yang berat menjalankannya (jika mereka tidak berpuasa) membayar fidyah, (iaitu): memberi makan seorang miskin. Barang siapa yang dengan kerelaan hati mengerjakan kebajikan, maka itulah yang lebih baik baginya. Dan berpuasa lebih baik bagi mu jika kamu mengetahui.

(Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan yang batil). Kerana itu, barang siapa di antara kamu hadir (di negeri tempat tinggalnya) di bulan itu, maka hendaklah ia berpuasa pada bulan itu dan barang siapa sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), maka (wajiblah baginya berpuasa), sebanyak hari yang ditinggalkannya itu, pada hari-hari yang lain. Allah menghendaki kemudahan bagi mu, dan tidak menghendaki kesukaran bagi mu. Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepada mu, supaya kamu bersyukur.” (Al Baqarah: 183-185):




Menurut Imam Al-Ghazali dalam bukunya Ihya al-Ulumuddin, puasa ada tiga tingkat :

1. Puasa Orang Awam
Puasa yang menahan diri daripada melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa seperti makan dan minum.

2. Puasa Orang Khusus
Pancaindera dan seluruh tubuh turut berpuasa daripada melakukan dosa.

3. Puasa Orang Istimewa, Super Khusus
Turut berpuasa ‘hati nurani’ iaitu tidak terlalu memikirkan soal keduniaan.

Jul 23, 2013

MSK 2013

MSK...Minggu Suai Kenal yang diwajibkan oleh kesemua pelajar baru yang datang ke Jambi..Kali ini ana yang dipertanggungjawabkan untuk menjadi pengarah program..tarikh 9.5.2013 adalah tarikh bermulanya program tersebut.. ia dilakukan selama 3 hari 2 malam. semuanya berjalan dengan lancar walaupun pada hakikatnya ramai fasi2 ikhwan dengan akhwat yang ana anggap masih mentah dalam dunia program ilmiah..ade pelbagai ragam dan gelak tawa yang ade dalam program tersebut..ana banyak santai sbbnya penasihat ana yang x bagi ana buat yang teruk2 tp akn datang ana akan buat yg paling dsyat sbb skg ana da pegang HEM PKPMI cawangan Jambi Indonesia..ni la die pic2 semasa MSK..




















ragam2 pelajar- pelajar baru di jambi