SILA "CLICK NEW TAB FOR DETAIL POST" JIKA MENGHADAPI MASALAH MEMBACA ENTRI SILA EMAIL KAN PADA CAKERAWALA IBTISAM TERIMA KASIH

Apr 16, 2014

MEMBACA DOA SELEPAS SOLAT SECARA BERJEMAAH

Assalamualaikum..kelmarin ana ade solat di masjid Negeri Sembilan la..ps2 ana ade tgk hamba Allah ni yg x tadah tangan ms doa..jd ana pelik la..mungkin die ni lain mazhab kot haha..jd ana nk ceritakan ckit ttg doa ni..insyallah

Dalam Tuhfah al-Ahwazi Sharh Sunan al-Tirmizi, ulama telah berbeza pendapat dalam hal ini dan sebehagiannya mengatakan harus dan sesetengah yang lain mengatakannya tidak harus dan menganggapnya bidaah.

Ulama yang mengatakannya harus berpegang kepada tiga buah hadis, antaranya:
Daripada Abu Hurairah ra “Sesungguhnya Nabi mengangkat tangannya selepas memberi  salam dalam keadaan Baginda mengadap kiblat lalu berdoa yang bermaksud, Ya Allah,tewaskanlah Khalid al Walid (tatkala sebelum masuk Islam), Ayyash bin Rabi’ah..”

Daripada Muhammad bin Abi Yahya: “Aku melihat Abdullah az-zubayr, dan beliau melihat seorang lelaki mengangkat tangannya berdoa sebelum tamat daripada solat, Abdullah az-zubayr berkata kepadanya, Rasulullah tidak pernah mengangkat tangannya sehingga Baginda tamat daripada solatnya  ” (Riwayat Abi Shaibah)

Daripada Anas bin Malik: “Telah datang seorang lelaki daripada kalangan orang kampong kepada Rasulullah saw pada hari Jumaat lalu berkata: Wahai Rasulullah, musnahlah binatang, keluarga dan manusia. Maka Baginda terus mengangkat tangannya lalu berdoa bersama-sama Nabi saw.” (Riwayat Bukhari)

Dalam hadis Al-Aswad bin al-A’mrii dan al-Fadl bin ‘Abbas, mereka berpegang dengan umum hadis mengangkat dua tangan semasa berdoa lalu berkata bahawa berdoa selepas solat fardhu adalah elok dan digalakkan, dan telah sah dariapda Nabi Muhammad saw bahawa Baginda berdoa selepas solat dan mengangkat tangan adalah merupakan salah satu daripada adab untuk berdoa. Mereka juga berkata bahawa tiada sebarang dalil yang melarang daripada mengangkat tangan ketika berdoa selepas solat.


Setelah mengutarakan perbincangan masalah ini, Sheikh al-Mubarakfuri berpendapat, bahawa pendapat yang rajih adalah menyatakan perbuatan mengangkat tangan semasa berdoa selepas solat adalah harus dan tidak mengapa bagi mereka yang melakukannya. (Tuhfah al-Ahwazi, jilid 1, hlm.235)






0 comments: