SILA "CLICK NEW TAB FOR DETAIL POST" JIKA MENGHADAPI MASALAH MEMBACA ENTRI SILA EMAIL KAN PADA CAKERAWALA IBTISAM TERIMA KASIH

SELAMAT DATANG

Rasulullah Saw bersabda, “Janganlah sekali-kali engkau menganggap remeh suatu perbuatan baik, meskipun (perbuatan baik itu) dengan engkau menjumpai saudaramu (sesama muslim) dengan wajah yang ceria." (HR. Muslim).

IBTISAM = SMILE = SENYUM

semua insan adalah sama dan yang membezakannya hanya taqwa

HEART FOR RABBI

tiada perkara yang lebih indah melainkan jatuh cinta pada Allah

PETUA IMAM SYAFIE

Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati

ISLAM THE WAY OF LIFE

syariah- akidah- akhlak = BAIK (B= bahasa, A= adab, I=imej, K=kelakuan)

Dec 26, 2015

Gigi Atas Bayi Tumbuh Dulu - Mitos Dahulukala

Lingkungan umur 9bulan, ada nampak iras putih dari pandangan pada tebing gusi althof, tanda gigi akan mula muncul, baru semalam ana maklum dengan perubahan tersebut bila terasa sesuatu yang keras dari gusi seperti yang suami ceritakan ketika menyuapkan kismis pada althof, gigi awalnya berada di atas rahang gusi?

MITOS GIGI ATAS BAYI AWAL TUMBUH

Ana yakin ramai yang dah terbiasa dengan mitos ni, mitos sebegini memang besar mempengaruhi dalam kalangan orang kita, jangan dipersalahkan mana-mana pihak kerana kadangkala ada benar atau mungkin ada tujuan tersembunyi atau mungkin hanya mitos yang cuba diigaukan,

Berat untuk ana ulangi mitos tentang pertumbuhan gigi bayi yang bermula dari rahang atas gusi, kerana sedikit sebanyak menimbulkan gusar hati,

Semalam ana ke rumah mertua, berkongsi berita gembira gigi althof mula tumbuh, katanya anak tumbuh gigi atas awal akan bersikap cakao besar kemudian diperjelaskan lagi dengan contoh jika inginkan sesuatu maka ia tetap dengan kemahuan untuk dipenuhi dan akan berguling-guling jika tidak dapat, sebagai ibu..ana ambil iktibar dan pesanan, tapi jauh sudut hati ia tetap mengusarkan

Kebetulan, pada masa tersebut althof mengamuk nak makan ais batu dan makin menangis bila ais mencair, sekaligus mengiyakan mitos tadi,

HAKIKAT PERKEMBANGAN DARI SUDUT ILMIAH

di sini ana perjelaskan melalui bacaan bersumber, yang pertama tentang ais, sebenarnya adalah digalakkan beri sesuatu dari peti ais untuk bayi yang mula melalui perkembangan pertumbuhan gigi ni, kerana boleh mengurangkan rasa janggal padanya, termasuk teether yang dimasukkan dalam peti ais, jika diperhatikan dari belakang penggunaan teether ia ada menyatakan bahawa mainan tersebut turut berperanan untuk dimasukkan dalam suhu yang sejuk,

Kedua, mitos perkembangan yang mengusarkan, ana kongsikan pengalaman serta pembacaan, kerana ana yakin bukan seorang ibu sahaja yang pernah mengalami pengalaman pertumbuhan gigi atas awal,

Pertumbuhan bayi bermula dari rahim ibu, ia berkembang sehingga lengkap 20pasang gigi, serta kemunculan gigi kekal, umur 8bulan ke atas gigi atas akan tumbuh, sementara umur 6bulan dimulakan dengan gigi di bahagian rahang bawah, althof kini berumur masuk 9 bulan,

Seterusnya, perkembangan minda dan pembelajaran bayi, umur 2 tahun ke bawah perkara utama yang perlu difaham oleh kita, lingkungan umur ini anak-anak bukan kurang ajar, tidak sopan atau seumpamanya, sebaliknya ia benar-benar sedang belajar mengasingkan perkara baik dan tidak baik, maka hakikat mitos itu membawa sejauh mana kebenarannya?

2 perkara yang sering mak ana peringatkan dalam mendidik anak, yang pertama, jangan disebut, dipanggil, dihina, diherdik dengan kata-kata nista dan juga yang tidak baik pada anak, yang kedua adalah sabar setiap perangai yang jelek dilakukan oleh anak, kerana ia sedkit sebanyak dari kesalahan kita, istighfar dan doa,

Secara pengalamannya, jika mitos itu benar, ana merasakan yang ana adalah bayi tumbuh gigi atas awal dulu, kerana sikap dan perangai ana yang suka mengamuk semahunya di samping ramai yang mengiyakan ana degil dalam keputusan, jika mahukan sesuatu tetap juga walaupun dilanggar sejuta didepan, tapi siapa ana sekarang? Bukan penjenayah, atau pemaki orang sesuka hati,

Masa berubah dalam ilmu dan suasana, hingga kini ana dijodohkan dengan seseorang yang mungkin tumbuh gigi bawah dahulu, hehehehe...

KESIMPULANNYA

tahniah althof makin membesar, ummi sedang perbaiki diri ummi untuk didik kamu jadi orang yang membawa Islam pada jalan yang tepat, katanya sesuatu yang benar walau ia pahit, asal niat ikhlas jangan gentar pada apapun melainkan Allah menjadi genggaman, itulah jiwa mujahidah,

Berdoalah dan jangan berbangga untuk menceritakan tentang anak malah jangan sesekali membandingkan pada anak orang lain dengan simdiran atau seumpamanya, itu pun petua utama didikan mak ana dulu, sebab mak selalu ulang untuk beringat,

Anak-anak amanah Allah, ummi dan abi sayang althof kerana Allah

pic 001: Majlis Merisik untuk myBro Khairul Zambri a.k.a acik

Pic 002: hampir 9bulan althof, disember 2015, jap g tahun baru

Dec 16, 2015

Kenal Kumpulan Warna Dengan Mudah

Disember makin berlalu tanda 2015 pula telah nazak menunggu pengakhiran nafasnya selama 365 hari mencukupi putaran siang malam,

Mood year end sale pun berjinak-jinak menawarkan diri menjadi penjaga dompet yang paling setia

Kekangan hidup akan datang belum dapat dibayangkan apa lagi hentaman kerajaan kini dalam mengatur urusan kewangan, melihat perkembangan yang ditinggalkan, setiap keperkuan atau kegunaan harian dijadikan alat paling berkesan menindas tenaga dan gaji, tak dak yang gembira dengan berita tersebut melainkan yang bermotif selain kehidupan

Suami isteri banting tulang kerja, anak serah pada pengasuh, kononnya gaji suami tak cukup untuk keluarga, sedangkan gaji isteri hanya cukup bayar pengasuh, berbaloi kah jika difikirkan? Durjana semasa mengambil kesempatan pada anak yang kurang perhatian keluarga, semakin kecil semakin berani tapi iQ kebudakan tak berubah, kurang matang dan hanya mencuba, alasan dan jawapan balas yang sudah letih menutup kesalahan sendiri

-monolog berpagian ketika melihat mereka dari atas-

..................................,..,,.,.,............

Mengambil kesempatan mengurangkan kapasiti memory tab, ana share kan susunan kumpulan warna sekaligus bagi memudahkan mengenalpasti warna bagi yang merah tak merah, biru nampak kelabu, hijau kat gelap lumut kat cerah, tak perlu lagi hadapi masalah keliru warna, kalau silap warna tak pa, jangan silap cakap warna apa? Hehehe

Nah, tunjuk ni pada mereka yang menafikan kuning itu kadang-kadang jadi jingga,

.


Ok sekian, 2016 suka warna oren lagi ka erk? Ntah la, warna tu menarik dan memuaskan hati, mungkin ada benarnya warna dan personaliti,