SILA "CLICK NEW TAB FOR DETAIL POST" JIKA MENGHADAPI MASALAH MEMBACA ENTRI SILA EMAIL KAN PADA CAKERAWALA IBTISAM TERIMA KASIH

Jul 24, 2012

cerita saat lafaz sakinahku padanya


toing! toing! toing!
terpapar pada skrin 'handphone Nokia' bahawa sound tracks melalui bluetooth telah selamat sampai dalam peti inbox-nya, ditekannya butang tengah sebagai arahan untuk lagu saat lafaz sakinah disantapi oleh halwa telinganya,

kata Angah "besar ertinya setiap bait lirik lagu ni"
acu jawab "besar lagi maksud dalam watak lagu tu,"

acu kata " lagu ni ibarat warning dari wali untuk bakal azzauj atau lebih tepat lagi seorang muslim"

Angah jawab " memang betul pon acu..lagu ni ade amaran dan amanah yang akan diserahkan kepada suami 100% oleh wali puterinya. setiap apa perbuatan yang wali die pernah buat pada puterinya akan dikendalikan suaminya kelak..wali ni akn berjabat tangan sambil hatinya sentiasa mendoakan kesejahteraan puterinya di sepanjang perkahwinan anaknya tau..bakal azzauj yang baik adalah azzauj yang sentiasa menjaga kebajikan isterinya samada waktu sakit mahupon gembira tau. Sekiranya amanah yang diberikan wali puteri bakal azzauj die khianati masa 2 la segala pesanan dan amanah akan dimungkiri dan bakal azzauj die x mengikut cara hadis Nabi Muhammad S.A.W..Segalanya akan terserlah apabila dalam perkahwinan azzauj die tidak melaksanakan apa yang diamanahkan oleh wali isterinya..Wahai bakal azzauj yang soleh, ikutilah hadis nabi kita..jadikanlah diri kita sebagai seorang suami yang boleh membahagiakan isteri sehingga akhir hayat kita kerana isteri adalah amanah yang diberikan oleh Allah..didiklah ia dengan agama nescaya keturunanmu akan terdidik jua olehnya.. 

"cantik tak video ni?" tanya acu
Angah jawab " orang dalam video tu ja yang cantik sebab ada iras Kak Amah"
(hehe)

acu kata "orang laki takot ngan tok kadi kan angah? sebab tu la da situasi yang banyak kali ulang lafaz sakinah, di mana sakinah (ketenangan) tercampak?"

Angah diam tapi katanya "acu nak tau..saat lafaz sakinah bermula,segala nadi-nadi bakal azzauj akan mula bergetar,keringat peluh sejuk mula keluar sewaktu akad dimulakan..sepatutnya sakinah yang sempurna adalah sewaktu bakal azzauj sudah mula tahu tanggungjawab yang bakal dipikul dan dia sudah bersedia untuk menggalas amanah yang diberikan sewaktu berjabat tangan dengan wali bakal zaujahnya..sekiranya waktu heningnya bakal azzauj melafazkan dengan tenang maka dia adalah bakal azzauj yang terpimpin dan boleh memimpin ahli keluarganya..dalam Firman Allah dalam surah At-Tahrim ayat 6  " Wahai orang-orang Yang beriman! peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka Yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat Yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah Dalam Segala Yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan Segala Yang diperintahkan."

"pa makna mahar sebab lagu tu kata 'mengerti benar maharnya' "
"pemberian wajib suami kepada isteri disebabkan tok kadi" jawab acu.

 Angah kata "hahahaha jawapan acu kelakar la..sebenarnya mahar dengan hantaran sangat lain tau xde kene mnegena pon dengan tok kadi tau..mahar ni memang sudah ditetapkan dalam setiap negeri tau..kalau nak tau ada dalam hadis nabi ade dinyatakan wanita yang berkat ialah bernikah awal,ramai anak dan rendah maharnya. Sepertimana dalam peristiwa semasa zaman Saidina Umar Al-Khattab. Beliau ada memberi teguran di dalam satu majlis walimatulurus dan beliau menyatakan cukuplah mahar yang rendah kerana ada keberkatannya..Mahar adalah hak murni wanita, dan dalam perkawinan harus ada pemberian harta dari pihak laki-laki terhadap wanita sebagai mahar, adapun jenis dan kadar mahar berbeza-beza sesuai dengan kemampuan tau

Dalam suatu riwayat disebutkan, "Abdurrahman bin Auf pergi berjualan ke pasar dan mendapatkan  keuntungannya. Pada hari berikutnya ia pulang ke rumah membawa susu dan samin untuk keluarganya. Beberapa hari kemudian ia membawa lagi minyak za'faran yang semerbak bau wanginya. Rasulullah Shallallahu'alahi wa sallam menegur, 'Apa yang telah terjadi ?'. Ia menjawab, 'Ya, Rasulullah, saya telah berkahwin dengan seorang wanita Anshar'. Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bertanya lagi, 'Apa maharnya ?' Ia menjawab, 'Emas seharga lima dirham'. [1]

Dan dalam suatu riwayat lain, Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda kepada laki-laki yang meminang wanita (ia pernah menawarkan dirinya untuk dinikahi Rasulullah). "Carilah (mahar) walaupun berupa cincin besi".


Definisi Mahar 

Mahar berasal daripada perkataan Arab. Di dalam al-Quran istilah mahar disebut 
dengan al-sadaq, al-saduqah, al-nihlah, al-ajr, al-faridah dan al-‘aqd.  
Menurut istilah syara’ mahar ialah suatu pemberian yang wajib diberikan oleh 
suami kepada isteri dengan sebab pernikahan.   

Mengikut Tafsiran Akta Undang-Undang Keluarga Islam ( Wilayah Persekutuan ) 
1984  menyatakan “ mas kahwin “  bererti pembayaran perkahwinan yang wajib dibayar 
di bawah Hukum Syara’ oleh suami kepada isteri pada masa perkahwinan 
diakadnikahkan, sama ada berupa wang yang sebenarnya dibayar atau diakui sebagai 
hutang dengan atau tanpa cagaran, atau berupa sesuatu yang, menurut Hukum Syara’, 
dapat dinilai dengan wang. Terdapat banyak dalil yang mewajibkan mahar kepada isteri antaranya firman  Allah dalam surah al-Nisa’ ayat 4  : 

“ Dan berikanlah kepada perempuan-perempuan ( isteri ) akan mas kahwin mereka itu 
sebagai pemberian ( yang wajib ). Kemudian jika mereka menyerahkan kepada kamu 
sebahagian dari mas kahwinnnya, maka makanlah ( gunakanlah ) pemberian tersebut sebagai 
nikmat yang baik lagi lazat “

Pemberian mahar suami sebagai lambang kesungguhan suami terhadap isteri. 
Selain itu ianya mencerminkan kasih sayang dan kesediaan suami  hidup bersama isteri 
serta sanggup berkorban demi kesejahteraan rumah tangga dan keluarga. Ia juga 
merupakan penghormatan seorang suami terhadap isteri. 
Walau bagaimanapun mahar tidaklah termasuk di antara rukun-rukun nikah atau 
syarat sahnya sesuatu pernikahan. Sekiranya pasangan bersetuju bernikah tanpa 
menentukan jumlah mahar, pernikahan tersebut tetap sah tetapi suami diwajibkan 
membayar mahar misil ( yang sepadan ). Ini berdasarkan satu kisah yang berlaku pada 2
zaman Rasulullah s.a.w. di mana seorang perempuan telah berkahwin tanpa disebutkan 
maharnya. Tidak lama kemudian suaminya meninggal dunia sebelum sempat bersama 
dengannya ( melakukan persetubuhan ) lalu Rasulullah mengeluarkan hukum supaya 
perempuan tersebut diberikan mahar misil untuknya.  

2. Pemberian Mahar 
Memberi mahar kepada isteri hukumnya wajib. Menurut Abu Hanifah, isteri 
berhak mendapat mahar apabila akad nikahnya  sah  "

Rasulullah s.a.w. menggalakkan kita agar 
mempermudahkan mahar sebagaimana dalam sabdanya  : 

" اﻋﻈﻢ اﻟﻨﺴﺎء ﺑﺮآﺔ أﻳﺴﺮهﻦ ﻣﺆﻧﺔ "
 Kebanyakan perempuan yang berkat perkahwinannya ialah yang mudah ( rendah ) tentang  
perbelanjaan ( mahar ). 

     ( Riwayat Ahmad dan al-Hakim )

ha hal ini dikuatkan lagi dengan hadis ni 

Sabda Nabi Shallallahu'alaihi wa sallam, "Artinya : Diantara keberkahan seorang wanita ialah yang mudah urusannya dan murah maharnya." [Hadits Shahih Riwayat Abu DawudVI/77&91, Ibnu Hibban 1256, Al-Bazar III/158, Ath-Thabrani dalam Mu'jamus Shaghir I/169 dst...]

Dipertegas lagi dengan ucapan Umar bin Al-Khaththab Radhiyallahu 'anhu. "Ketahuilah janganlah berlebih-lebihan dalam menetapkan mahar para wanita. Karena sesungguhnya jika (mahar yang mahal) itu dimaksudkan sebagai bukti kemuliaan di dunia atau sebagai sarana bertakwa kepada Allah, maka orang yang paling bertakwa di antara kamu adalah Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam, namun beliau tidak pernah menetapkan mahar kepada seorangpun di antara istri-istrinya begitu pula kepada putri-putrinya melebihi 12 Uqiyah (1 uqiyah = 40 dirham).

Jenis Mahar 
   
a. Mahar Musamma 

Mahar yang disebut dengan jelas jumlah dan jenisnya dalam suatu akad nikah 
seperti yang diamalkan dalam perkahwinan masyarakat kita pada hari ini. 
Ulama’ telah bersepakat bahawa mahar  musamma wajib dibayar oleh suami 
apabila berlaku salah satu daripada perkara-perkara berikut :- 
1) Berlakunya persetubuhan di antara suami isteri. 
2) Kematian salah seorang di antara mereka sama ada suami atau isteri. 

b.   Mahar Misil ( mahar yang sepadan ) 

Mahar yang tidak disebut jumlah dan jenisnya dalam suatu akad nikah. 
Sekiranya berlaku keadaan ini, mahar tersebut hendaklah  diqiaskan  ( disamakan )
dengan mahar perempuan yang setaraf dengannya di kalangan keluarganya sendiri 
seperti adik beradik perempuan seibu sebapa atau sebapa atau ibu saudaranya. 
Sekiranya tiada, maka diqiaskan pula dengan mahar perempuan-perempuan lain yang 
setaraf dengannya dari segi kedudukan dalam masyarakat dan sekiranya tiada juga, 
terpulang kepada suami berdasarkan kepada adat dan tradisi setempat. 
Selain daripada itu terdapat perkara-perkara lain yang perlu diambil kira dalam 
menentukan mahar misil iaitu dari sudut rupa paras, kekayaan, keadaan setempat,  
keagamaan , ketakwaan, keilmuan, kecerdasan fikiran , keluhuran budi serta status 
perempuan tersebut sama ada gadis atau janda dan perkara-perkara yang boleh 
dijadikan penilaian. Ini kerana kadar mahar berbeza dengan berbezanya sifat-sifat        
di atas.

ha panjang lebar angan terangkan pasal mahar ni..sebab 2la dalam lagu 2 kite kene mengerti benar maharnya kerana mahar itu sangat penting bagi wanita..Wallahualam



"nak dengar tak satu cerita?"
acu kata "mestilah nak, asalkan bukan cerita dongeng"
Angah jawab " takla bukan dongeng tapi ni kisah para anbiya tentang lafaz sakinah."
"ok citerla"

Angah kata "ha ni kisah Nabi Sulaiman a.s saat baginda memilih ratu Balqis sebagai permaisuri hatinya..saat lafaz sakinah Nabi Sulaiman yang boleh membuatkan Ratu Balqis tertunduk malu dengan Allah..bacalah dan hayati la ye para pembaca lagi2 acu hehehe


Setelah Nabi Sulaiman membangunkan Baitulmaqdis dan melakukan ibadah haji sesuai dengan nadzarnya pergilah ia meneruskan perjalannya ke Yeman. Setibanya di San’a – ibu kota Yeman ,ia memanggil burung hud-hud sejenis burung pelatuk untuk disuruh mencari sumber air di tempat yang kering tandus itu. Ternyata bahawa burung hud-hud yang dipanggilnya itu tidak berada diantara kawasan burung yang selalu berada di tempat untuk melakukan tugas dan perintah Nabi Sulaiman. Nabi Sulaiman marah dan mengancam akan mengajar burung Hud-hud yang tidak hadir itu bila ia datang tanpa alasan yang nyata.
Berkata burung Hud-hud yang hinggap didepan Sulaiman sambil menundukkan kepala ketakutan: “Aku telah melakukan penerbangan pengintaian dan menemukan sesuatu yang sangat penting untuk diketahui oleh paduka Tuan. Aku telah menemukan sebuah kerajaan yang besar dan mewah di negeri Saba yang dikuasai dan diperintah oleh seorang ratu. Aku melihat seorang ratu itu duduk di atas sebuah tahta yang megah bertaburkan permata yang berkilauan. Aku melihat ratu dan rakyatnya tidak mengenal Tuhan Pencipta alam semesta yang telah mengurniakan mereka kenikmatan dan kebahagian hidup. Mereka tidak menyembah dan sujud kepada-Nya, tetapi kepada matahari. Mereka bersujud kepadanya dikala terbit dan terbenam. Mereka telah disesatkan oleh syaitan dari jalan yang lurus dan benar.”
Berkata Sulaiman kepada Hud-hud: “Baiklah, kali ini aku ampuni dosamu karena berita yang engkau bawakan ini yang aku anggap penting untuk diperhatikan dan untuk mengesahkan kebenaran beritamu itu, bawalah suratku ini ke Saba dan lemparkanlah ke dalam istana ratu yang engkau maksudkan itu, kemudian kembalilah secepat-cepatnya, sambil kami menanti perkembangan selanjutnya bagaimana jawaban ratu Saba atas suratku ini.”
Hud-hud terbang kembali menuju Saba dan setibanya di atas istana kerajaan Saba dilemparkanlah surat Nabi Sulaiman tepat di depan ratu Balqis yang sedang duduk dengan megah di atas tahtanya. Ia terkejut melihat sepucuk surat jatuh dari udara tepat di depan wajahnya. Ia lalu mengangkat kepalanya melihat ke atas, ingin mengetahui dari manakah surat itu datang dan siapakah yang secara kurang hormat melemparkannya tepat di depannya. Kemudian diambillah surat itu oleh ratu, dibuka dan baca isinya yang berbunyi: “Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Penyayang, surat ini adalah dariku, Sulaiman. Janganlah kamu bersikap sombong terhadapku dan menganggap dirimu lebih tinggi daripadaku. Datanglah sekalian kepadaku berserah diri.”
Setelah dibacanya berulang kali surat Nabi Sulaiman Ratu Balqis memanggil para pembesarnya dan para penasihat kerajaan berkumpul untuk memusyawarahkan tindakan apa yang harus diambil sehubungan dengan surat Nabi Sulaiman yang diterimanya itu.
Berkatlah para pembesar itu ketika diminta petimbangannya: “Wahai paduka tuan ratu, kami adalah putera-putera yang dibesarkan dan dididik untuk berperang dan bertempur dan bukan untuk menjadi ahli pemikir atau perancang yang patut memberi partimbangan atau nasihat kepadamu. Kami menyerahkan kepadamu untuk mengambil keputusan yang akan membawa kebaikan bagi kerajaan dan kami akan tunduk dan melaksanakan segala perintah dan keputusanmu tanpa ragu. Kami tidak akan gentar menghadapi segala ancaman dari mana pun datangnya demi menjaga keselamatanmu dam keselamatan kerajaanmu.”
Ratu Balqis menjawab: “Aku memperoleh kesan dari uraianmu bahwa kamu mengutamakan cara kekerasan dan kalau perlu kamu tidak akan gentar masuk medan perang melawan musuh yang akan menyerbu. Aku sangat berterima kasih atas kesetiaanmu kepada kerajaan dan kesediaanmu menyabung nyawa untuk menjaga keselamatanku dan keselamatan kerajaanku. Akan tetapi aku tidak sependirian dengan kamu sekalian. Menurut partimbanganku, lebih bijaksana bila kami menempuh jalan damai dan menghindari cara kekerasan dan peperangan. Sebab bila kami menentang secara kekerasan dan sampai terjadi perang dan musuh kami berhasil menyerbu masuk kota-kota kami, maka niscaya akan berakibat kerusakan dan kehancuran yang sangat menyedihkan. Mereka akan menghancur binasakan segala bangunan, memperhambakan rakyat dan merampas segala harta milik dan peninggalan nenek moyang kami. Hal yang demikian itu adalah merupakan akibat yang wajar dari tiap peperangan yang dialami oleh sejarah manusia dari masa ke semasa. Maka menghadapi surat Sulaiman yang mengandung ancaman itu, aku akan coba melunakkan hatinya dengan mengirimkan sebuah hadiah kerajaan yang akan terdiri dari barang-barang yang berharga dan bermutu tinggi yang dapat mempesonakan hatinya dan menyilaukan matanya dan aku akan melihat bagaimana ia memberi tanggapan dan reaksi terhadap hadiahku itu dan bagaimana ia menerima utusanku di istananya.”
Selagi Ratu Balgis siap-siap mengatur hadiah kerajaan yang akan dikirim kepada Sulaiman dan memilih orang-orang yang akan menjadi utusan kerajaan membawa hadiah, tibalah hinggap di depan Nabi Sulaiman burung pengintai Hud-hud memberitakan kepadanya rancangan Balqis untuk mengirim utusan membawa hadiah baginya sebagai jawaban atas surat beliau kepadanya. Setelah mendengar berita yang dibawa oleh Hud-hud itu, Nabi Sulaiman mengatur rencana penerimaan utusan Ratu Balqis dan memerintahkan kepada pasukan Jinnya agar menyediakan dan membangunkan sebuah bangunan yang megah yang tiada taranya yang akan menyilaukan mata utusan Balqis bila mereka tiba.
Tatkala utusan Ratu Balqis datang, diterimalah mereka dengan ramah tamah oleh Sulaiman dan setelah mendengar uraian mereka tentang maksud dan tujuan kedatangan mereka dengan hadiah kerajaan yang dibawanya, berkatalah Nabi Sulaiman: “Kembalilah kamu dengan hadiah-hadiah ini kepada ratumu. Katakanlah kepadanya bahawa Allah telah memberiku rezeki dan kekayaan yang melimpah ruah dan mengaruniaiku dengan karunia dan nikmat yang tidak diberikannya kepada seseorang dari makhluk-Nya. Di samping itu aku telah diutuskan sebagai nabi dan rasul-Nya dan dianugerahi kerajaan yang luas yang kekuasaanku tidak saja berlaku atas manusia tetapi mencakup juga jenis makhluk Jin dan binatang-binatang. Maka bagaimana aku akan dapat dibujuk dengan harta benda dan hadiah serupa ini? Aku tidak dapat dilalaikan dari kewajiban dakwah kenabianku oleh harta benda dan emas walaupun sepenuh bumi ini. Kamu telah disilaukan oleh benda dan kemegahan duniawi, sehingga kamu memandang besar hadiah yang kamu bawakan ini dan mengira bahawa akan tersilaulah mata kami dengan hadiah Ratumu. Pulanglah kamu kembali dan sampaikanlah kepadanya bahawa kami akan mengirimkan bala tentera yang sangat kuat yang tidak akan terkalahkan ke negeri Saba dan akan mengeluarkan ratumu dan pengikut-pengikutnya dari negerinya sebagai- orang-orang yang hina-dina yang kehilangan kerajaan dan kebesarannya, jika ia tidak segera memenuhi tuntutanku dan datang berserah diri kepadaku.”
Utusan Balqis kembali melaporkan kepada Ratunya apa yang mereka alami dan apa yang telah diucapkan oleh Nabi Sulaiman. Balqis berfikir, jalan yang terbaik untuk menyelamatkan diri dan kerajaannya ialah menyerah saja kepada tuntutan Sulaiman dan datang menghadap dia di istananya. Nabi Sulaiman berhasrat akan menunjukkan kepada Ratu Balqis bahawa ia memiliki kekuasaan ghaib di samping kekuasaan lahirnya dan bahwa apa yang dia telah ancamkan melalui rombongan utusan bukanlah ancaman yang kosong. Maka bertanyalah beliau kepada pasukan Jinnya, siapakah diantara mereka yang sanggup mendatangkan tahta Ratu Balqis sebelum orangnya datang berserah diri.
Berkata Ifrit, seorang Jin yang tercerdik: “Aku sanggup membawa tahta itu dari istana Ratu Balqis sebelum engkau sempat berdiri dari tempat dudukimu. Aku adalah pesuruhmu yang kuat dan dapat dipercayai.” Seorang lain yang mempunyai ilmu dan hikmah nyeletuk berkata: “Aku akan membawa tahta itu ke sini sebelum engkau sempat memejamkan matamu.”
Ketika Nabi Sulaiman melihat tahta Balqis sudah berada didepannya, berkatalah ia: “Ini adalah salah satu karunia Tuhan kepadaku untuk mencoba apakah aku bersyukur atas karunia-Nya itu atau mengingkari-Nya, karena barang siapa bersyukur maka itu adalah semata-mata untuk kebaikan dirinya sendiri dan barangsiapa mengingkari nikmat dan karunia Allah, ia akan rugi di dunia dan di akhirat dan sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Mulia.”
Menyonsong kedatangan Ratu Balqis, Nabi Sulaiman memerintahkan orang-orangnya agar mengubah sedikit bentuk dan warna tahta Ratu itu yang sudah berada di depannya kemudian setelah Ratu itu tiba berserta pengiring-pengiringnya, bertanyalah Nabi Sulaiman seraya menundingkan kepada tahtanya: “Serupa inikah tahtamu?” Balqis menjawab: “Seakan-akan ini adalah tahtaku sendiri,” seraya bertanya-tanya dalam hatinya, bagaimana mungkin bahawa tahtanya berada di sini padahal ia yakin bahawa tahta itu berada di istana tatkala ia bertolak meninggalkan Saba.
Selagi Balgis berada dalam keadaan kacau fikiran, keheranan melihat tahta kerajaannya sudah berpindah ke istana Sulaiman, ia dibawa masuk ke dalam sebuah ruangan yang sengaja dibangun untuk penerimaannya. Lantai dan dinding-dindingnya terbuat dari kaca putih. Balqis segera menyingkapkan pakaiannya ke atas betisnya ketika berada dalam ruangan itu, mengira bahawa ia berada di atas sebuah kolam air yang dapat membasahi tubuh dan pakaiannya.
Berkata Nabi Sulaiman kepadanya: “Engkau tidak usah menyingkap pakaianmu. Engkau tidak berada di atas kolam air. Apa yang engkau lihat itu adalah kaca-kaca putih yang menjadi lantai dan dinding ruangan ini.”
“Oh,Tuhanku,” Balqis berkata menyedari kelemahan dirinya terhadap kebesaran dan kekuasaan Tuhan yang dipertunjukkan oleh Nabi Sulaiman, “aku telah lama tersesat berpaling daripada-Mu, melalaikan nikmat dan karunia-Mu, merugikan dan menzalimi diriku sendiri sehingga terjatuh dari cahaya dan rahmat-Mu. Ampunilah aku. Aku berserah diri kepada Sulaiman Nabi-Mu dengan ikhlas dan keyakinan penuh. Kasihanilah diriku wahai Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.”
Demikianlah kisah Nabi Sulaiman dan Balqis Ratu Saba. Dan menurut sementara ahli tafsir dan ahli sejarah nabi-nabi, bahawa Nabi Sulaiman pada akhirnya kawin dengan Balqis dan dari perkawinannya itu lahirlah seorang putera. Menurut pengakuan maharaja Ethiopia Abessinia, mereka adalah keturunan Nabi Sulaiman dari putera hasil perkawinannya dengan Balqis itu. Wallahu alam bisshawab.
Al-Quran mengisahkan bahawa tidak ada tanda-tanda yang menunjukkan kematian Sulaiman kecuali rayap yang memakan tongkatnya yang ia sandar kepadanya ketika Tuhan mengambil rohnya. Para Jin yang sedang mengerjakan bangunan atas perintahnya tidak mengetahui bahawa Nabi Sulaiman telah mati kecuali setelah mereka melihat Nabi Sulaiman tersungkur jatuh di atas lantai, akibat jatuhnya tongkat sandarannya yang dimakan oleh rayap. Sekiranya para Jin sudah mengetahui sebelumnya, pasti mereka tidak akan tetap meneruskan pekerjaan yang mereka anggap sebagai siksaan yang menghinakan.
Berbagai cerita yang dikaitkan orang pada ayat yang mengisahkan matinya Nabi Sulaiman, namun karena cerita-cerita itu tidak ditunjang dikuatkan oleh sebuah hadis sahih yang muktamad, maka sebaiknya kami berpegang saja dengan apa yang dikisahkan oleh Al-Quran dan selanjutnya Allah lah yang lebih Mengetahui dan kepada-Nya kami berserah diri.
Kisah Nabi Sulaiman dapat dibaca di dalam Al-Quran, surah An-Naml ayat 15 sehingga ayat 44


pap! pap! pap!..tepuk tangan untuk cerita Angah,

" Kak Amah dah keluar dari pemeriksaan doktor tu, tahniah akan jadi papa tak lama lagi, acu doakan kembor siam ye"   
(hehe)

Acu terus berlalu meninggalkan pasangan bahagia itu selepas mengucapkan terima kasih kepada Angah yang sudi menjawab soalan-soalannya...

0 comments: