Assalamualaikum semua..da lama ana tak isikan blog ana
dengan entri baru..diharapkan entri kali ini adalah sebagai panduan kepada para
pemuda yang mahu bernikah ataupun sudah bernikah..ana ada meminjam sebuah kitab
dari seorang kenalan di Jambi Indonesia..tajuk kitab 2 ialah Sakinah Cinta
karangan Ummu Azzam..
Awalul Kalam dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..Selawat
serta salam tidak pernah dilupakan dicurahkan selalu untuk teladan umat umat
sepanjang masa iaitu Nabi Muhammad s.a.w…Awal bermulanya kehidupan seseorang
berumahtangga adalah dimulai dengan ijab dan kabul. Saat itulah segala sesuatu
yang haram akan menjadi halal. Dan bagi yang telah bernikah, ia telah menguasai
separuh agamanya.
“Barangsiapa yang
bernikah maka ia telah menguasai separuh agamanya, kerana itu hendaklah ia
bertaqwa kepada Allah dalam memelihara yang separuhnya lagi.” (HR Al-Hakim)
Episode cerita KYT sudah berakhir..ana pun ade jgk membaca entri
blog yg bernama skyjamil.. Ending entrinya die menimbulkan persoalan “untuk apakah kita berkahwin”???
Ok ana akn cuba mengupas isu ni mengikut pengetahuan
ana..sebuah rumahtangga bagaikan sebuah bangunan yang kukuh.. dinding, siling,
sofa, atap genting dan pintu berfungsi sebagaimana mestinya. Jika pintu
digunakan sebagai pengganti atap genting maka rumah akan bocor atau salah
fungsi yang lain maka akan rapuh. Begitu juga dengan rumahtangga. Suami, isteri
dan anak harus tahu fungsi masing-masing.Jika tidak tahu maka institusi
kekeluargaan akan berantakan dan akan runtuh..
Setelah sebelumnya kita melewati masa-masa pencarian cinta,
melewati proses mencari pasangan, mengenalnya, kemudian melamar, dan menikahi
kekasih hati. Lalu, kini, sampailah kita pada fasa mengharungi bahtera
kehidupan baru yang bernama rumahtangga. Memasuki dunia baru bagi pasangan baru
atau lebih dikenali dengan nama pengantin baru memang merupakan sesuatu yang
membahagiakan. Namun bukan beerti tanpa kesulitan. Pertama kali melangkah kaki
ke alam perkahwinan, semuanya sudah akan terasa lain. Lepas daripada
tanggungjawab ibu bapa, teman, saudara dan kemudian mencuba hidup bersama orang
yang mungkin belum pernah kita kenal sebelumnya. Semua ini memerlukan persiapan
khusus (walaupun sebelumnya sudah kenal), agar tidak terjebak dalam sebuah
dilema rumahtangga yang dapat mendatangkan penyesalan di kemudian hari.
Bagaimanakah caranya agar pernikahan dan rumahtangga kita menggapai keluarga
sakinah mawaddah warahmah? Salah satu kuncinya adalah adanya cinta dan kasih
sayang seorang suami dan isteri yang
dibangun daripada semangat saling membahagiakan.
“Wei syami,ko bile nk kawen ni? Aku x sabar nk makan nasi
minyak ko ni tau..jgn lupa ajk aku k”,seorang kenalan baik ana di Malaysia yg
ckp mcm 2 hahaha..ana senyum aje..da sampai seru Allah akan mempercepatkan dan
menyenangkan pernikahan ana nnt aminnnnn..walaupun ade jgk kwn ana yg sudah berkahwin
seawal usia ana tp 2 semua rezeki..insyallah ana mmg sedang menunggu seorang
wanita solehah tuk mengisi ruangan tulang rusuk kiri ana ini..
Dalam kitab Riyadatus Solihin di dalam hadis menasihati
wanita:
“Daripada Abu Hurairah
r.a berkata, telah bersabda Nabi Muhammad s.a.w: Orang mukmin yang paling
sempurna imannya adalah yang mempunyai
budi pekerti yang baik,iaitu yang membuat kebaikan kepada isteri” [Riwayat Tirmizi]
Sampai sekarang ana masih berpegang pada hadis 2 tau sbb 2la
ana ssh ckit nk mrh2 kaum Hawa ni..tp sekiranya perempuan itu sudah diciptakan
untuk ana,insyallah ana akn jaga kebajikan zaujah ana sbb ana nk jd seorang
mukmin yg baik budi pekerti..Aminnnnnnnnnnn
Islam telah memberikan konsep yang jelas tentang keluarga
sakinah yang berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah yang sahih. Kita berkahwin
disebabkan mahu menyatukan 2 hati kaum Adam dan Hawa supaya mereka menjadi
pasangan yang sah. Terhindar daripada segala maksiat dan kemungkaran disisi
Allah. Cinta yang berlandaskan nafsu hanya akan menyebabkan manusia akan
terjebak dgn gejala yang tidak bermoral sehinggalah terjadinya perkara2 yang
jelik..
Cinta kerana Allah akan membawa kita kearah kecemerlangan dunia dan
akhirat. Pelbagai perkara kita dapat saksikan sekiranya kita mencinta pasangan
kita kerana Allah. Seorang suami yang soleh akan menjaga kebajikan isteri dan
anak2 supaya terhindar daripada api neraka.
Firman Allah s.w.t dalam surah At-Tahrim:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ عَلَيْهَا مَلَائِكَةٌ غِلَاظٌ شِدَادٌ لَا يَعْصُونَ اللَّهَ مَا أَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ
6. Wahai orang-orang Yang beriman! peliharalah diri kamu dan
keluarga kamu dari neraka Yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu
(berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat Yang keras
kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah Dalam Segala Yang
diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan Segala Yang
diperintahkan.
Nah, tengoklah sendiri dalam Al-Quran pun sudah dinyatakan
sedemikian!!! “Kita bukannya nk bernikah
tuk setaun dua aje tp untuk sampai ke syurga tau,” bak kata Bapak(Ustaz) Ismail,
pensyarah IAIN JAMBI..Tp mmg betul pon ckp die,sape nk perkahwinan die alami
tempoh yang pendek..bagi ana,siapa yang ikut perintah Allah dan Rasul,mesti die
dapat pertahankan keluarga sampai ada legasi akan datang tau..janganlah sebelum
bernikah cinta bagai nk rak sampai jalan seiring, kentut pun wangi aje tp lepas
bernikah,da beranak pinak jalan pun da asing2,agak2nya anak pun disuruh isteri
jgk yg jaga.. ha tak baik tau..takmo3 bak kata Prof.Izi hehehe..antum buatlah
mcm 2,sbb suami mcm 2 adalah suami yang tidak mempunyai kebaikan tau..
Ha,untuk apa kita berkahwin???da terjawab bukan..tanyalah iman antum
semua supaya antum dapat menghayati entri ini..bernikahlah seawal usia muda sbb
antum akan dapat buatkan syaitan iblis menangis sampai tergolek2 agakya sbb
mereka xdpt lagi suruh anak muda buat maksiat dan kemungkaran, ha padan muka
syaitan..
“Barang siapa di antara remaja berkahwin dalam usia muda ,maka menangislah syaitan . Dan ia (syaitan) mengeluh, “Aduh celaka aku, agamanya telah dipelihara dari godaanku .” HR. Ibnu ‘Addi.
Bagi yang tidak mampu berpuasalah ye untuk menghalang nafsu antum 2
ye..
Dari Abdullah Bin Mas'ud r.a berkata: “Ketika kami muda, kami berada bersama-sama Nabi s.a.w dan kami tidak mempunyai apa-apa harta. Baginda berkata kepada kami: “Wahai para pemuda! Jika kamu mampu hendaklah kamu berkahwin, sesungguhnya perkahwinan itu menutup pandangan dan menjaga kemaluan. Sesiapa yang tidak mampu hendaklah berpuasa kerana berpuasa itu adalah pendinding baginya.” (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)