SILA "CLICK NEW TAB FOR DETAIL POST" JIKA MENGHADAPI MASALAH MEMBACA ENTRI SILA EMAIL KAN PADA CAKERAWALA IBTISAM TERIMA KASIH

Oct 13, 2012

3 POTENSI QALB




Al-Quran sentiasa mengetuk hatidan fikiran manusia bahawa kalau manusia itu mahu memerhatikan alam sekelilingnya, bahkan pada diri mereka sendiri, terdapat tanda-tanda bukti dan berlaku peraturan-peraturan yang menunjukkan adanya Kahliq, pencipta law of nature (Sunnahtullah) yang memelihara semua itu dengan undang-undang-Nya. Al-Quran juga mengetuk hati sebagai peringatan bahawa pada umumnya darjat manusia boleh diturunkan sehingga pada darjat yang lebih rendah sekali. 

Dalam Surah At-Tin ayat 6:
çŽöx
6. kecuali orang-orang Yang beriman dan beramal soleh, maka mereka beroleh pahala Yang tidak putus-putus.

Al-Quran mendorong manusia untuk menjadi manusia yang arif, bukan menjadi manusia yang jelik dipandangan Allah dan pasif dalam menghadapi kehidupan. Islam mendidik umatnya agar sentiasa bersikap dinamik, bukan bersifat statik dalam menempuh proses kemajuan zaman. Al-Quran mengajarkan agar manusia memperhatikan potensi yang ada dalam diri mereka.

Manusia adalah makhluk yang telah diberikan berbagai potensi oleh Allah agar ia boleh melaksanakan misi kekhalifahannya di muka bumi. Manusia yang lahir dari rahim ibu dilengkapi dengan alat keperluan hidup yang sempurna iaitu pendengaran, penglihatan dan hati.

Ana akan tekankan pada potensi hati ye…

Ada beberapa potensi hati yang terus menerus saling berebut kekuasaan iaitu fu’ad, shadr dan hawa. Setiap potensi mempunyai fungsinya yang tersendiri yang mengatur perkitaran antara diri manusia sebagai peribadi dengan lingkungannya dan memancarkan kualiti batinnya sambil berinteraksi dalam tiga dimensi iaitu: Allah, manusia dan alam.

1.      Fu’ad: Merupakan potensi hati yang berkaitan dengan pancaindera, mengolah maklumat yang sering dilambangkan di dalam otakmanusia (fungsi kognitif). Potensi ini cenderung dan selalu merujuk kepada objektif, mempunyai tanggungjawab intelektual yang jujur pada yang dilihatnya dan jauh daripada bersikap berbohong. Perhatikan firman Allah dalam suran an-Najm 11 “fu’ad (hati)nya tidak mendustakan apa yang dilihatnya”

2.      Shadr: Merupakan potensi hati yang berperanan untuk merasai dan menghayati atau dengan kata lain mempunyai fungsi emosi. Potensi ini adalah dinding hati yang menerima limpahan cahaya keindahan sehingga mampu menterjemahkan sesuatu yang rumit kepada suatu keadaan yang indah.

3.      Hawa: Merupakan potensi hati yang menggerakkan kemahuan. Di dalamnya ada cita-cita, kekuasaan,pengaruh dan keinginan duniawi. Potensi ini lebih cenderung ke arah untuk merasakan kenikmatan dunia yang fana. Potensi ini mendorong manusia melakukan kerosakan, melanggar undang-undang dan kebenaran.

Ketiga-tiga potensi tersebut berada di dalam bilik-bilik qalb yang bertugas dan berfungsi sesuai dengan peranan masing-masing. Dalam hubungan dunia luar atau menerima rangsangan, ketiga-tiga potensi tersebut akan memberikan respon dalam bentuk perilaku, pada hakikatnya, ketiga-tiga fungsi tersebut akan bekerjasama dan saling mengisi. Mari kita lihat dari sudut struktur keperibadian manusia iaitu:

        i.            Satu dimensi: Perilaku atau respon yang ditunjukkan kepada dunia luar yang hanya dikuasai atau didominasi oleh satu potensi sehinggakan potensi yang lainnya kehilangan kekuatan.

      ii.            Dua dimensi: Gabungan dua potensi dan mengalahkan potensi yang lain. Dalam struktur keperibadiannya terdapat gabungan di antara fu’ad dan shadr (fusha), fu’ad dan hawa(fuha) dan juga shadr dan hawa (shaha).

    iii.            Tiga dimensi: Gabungan seluruh dimensi secara professional di mana seluruh potensi memberikan kerjasama dan mengimbangi dalam memberikan respon kepada dunia luar. Dalam kenyataannya, keperibadian manusia akan menggunakan ketiga-tiga potensinya. Walaupun ketiga-tiga saling bergeseran tetapi ia tidak akan hilang sama sekali. 


0 comments: