Di Malaysia da digemparkan dengan isu penggunaan sewenang-wenangnya oleh orang kafir..mereka ingin meletekkan kalimah Allah tersebut di dalam Bible mereka..Apakah hukumnya??ba'da zalik, ana mmg terkejut sgt2 sbb dulu MKI sudah mengeluarkan fatwa bahawa penggunaan kalimah Allah adalah diharamkan sama sekali tetapi masih ade juga orang Islam yg masih tidak paham2..Isu ni adalah isu yg paling sensitive bg umat Islam kerna melibatkan kesucian Islam dan pegangan kita..Isu tuntutan penggunaan kalimah Allah oleh penganut
Kristian di negara ini seharusnya ditangani dengan bijak.
Perbincangan ilmiah dengan memahami maksud tersurat dan tersirat
terhadap tuntutan ini harus diselami oleh semua pihak. Kalimah Allah merupakan
kalimah suci yang melambangkan Islam itu sendiri. Umat Islam semestinya
mempertahankan penggunaan kalimah ini agar tidak tersasar dari maksud sebenar.
Ia adalah kewajipan bagi umat Islam dalam
mempertahankan kesucian Islam itu
sendiri.
Pada 31
Disember 2007, pengarang akhbar Herald-The Catholic Weekly, Paderi Lawrence Andrew
menyatakan bahawa pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah
memperbaharui permit penerbitan akhbar itu tanpa larangan menggunakan kalimah
'Allah'. Bagaimanapun kerajaan menegaskan bahawa larangan penggunaan
kalimah ‘Allah’ masih kekal. Pada 3 Januari 2008, kabinet mengekalkan
larangan bagi semua agama kecuali Islam daripada menggunakan kalimah ‘Allah’
dalam penerbitan akhbar masing-masing. Sebelum ini Kabinet telah
memutuskan keputusan yang sama dalam mesyuarat pada 18 Oktober dan 1
November 2006.
Pada 19 Mac 2008, Gereja Katolik telah memohon di Mahkamah Tinggi
untuk melakukan semakan kehakiman terhadap larangan penggunaan
kalimah ‘Allah’. Pada 5 Mei 2008, Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan
Kuasa-Kuasa Khas) telah membuat keputusan membenarkan
permohonan
Gereja Katolik untuk membuat semakan kehakiman (undang-undang) terhadap
larangan menggunakan kalimah ‘Allah’ dalam penerbitan mingguan Herald-The
Catholic Weekly. Oleh itu, artikel ini digarap dalam rangka menyediakan
hujah menolak penggunaan kalimah ’Allah’ oleh penganut Kristian.
Alasan
Gereja Katolik Menggunakan Kalimah ‘Allah’
Dalam akhbar The
Sun bertarikh 24 Disember 2007, terdapat laporan bertajuk
‘Church
leaders explain use of 'Allah'. Terdapat lima alasan utama yang
dikemukakan
oleh laporan tersebut mengapa Gereja Katolik ingin meneruskan penggunaan
kalimah ‘Allah’ di dalam akhbar terbitan mereka. Alasan yang dikemukakan
ialah seperti berikut:
a) Mendakwa
mereka mengikut Bible. Bible dalam bahasa Melayu menggunakan
kalimah ‘Allah’ sebagai terjemahan istilah God dan ‘Tuhan’ sebagai
terjemahan untuk istilah Lord.
b) Mendakwa
bahawa mulai awal abad ke-19, para penganut Katolik di Malaya telah pun
memiliki buku-buku doa dalam bahasa Melayu dan kalimah ‘Allah’ telah
digunakan sebagai terjemahan kepada istilah God. Para penganut
Katolik Malta juga menggunakan kalimah ‘Allah’ untuk merujuk kepada Tuhan
dan demikian juga masyarakat Kristian di Indonesia, Pakistan dan Asia Barat.
c) Mendakwa
ayat-ayat al-Quran sendiri telah menunjukkan bahawa golongan bukan Islam
juga telah menggunakan lafaz Allah.
d) Mendakwa
bahawa segmen (terjemahan) dalam bahasa Malaysia diwujudkan untuk
memenuhi keperluan kepelbagaian etnik dan bahasa yang wujud di
Malaysia sebagaimana yang wujud di dalam populasi penganut
Katolik di
Malaysia.
e) Mendakwa
kerajaan tidak mempunyai hak untuk campurtangan dalam urusan dalaman
gereja berdasarkan hak yang diberi oleh Perkara 11(3)A Perlembagaan
Persekutuan.
Hujah-hujah
Menolak Alasan Pihak Gereja Katolik
Alasan
pertama: Mendakwa mereka mengikut Bible. Bible dalam bahasa Melayu
menggunakan ‘Allah’ sebagai terjemahan istilah God dan ‘Tuhan’ sebagai
terjemahan untuk istilah Lord.
Hujah-hujah
Menolak:
a) Kalimah ‘Allah’
adalah kata nama khas berasal daripada bahasa Arab. Kalimah ini
tidak boleh digunakan dalam bentuk atau makna-makna lain. Menurut nahu
Arab, kalimah ini tidak boleh diumum, dikecil, dilelaki,
diperempuan
atau diterbitkan nama-nama lain daripadanya. Kalimah ‘Allah’ adalah bebas
dari segi struktur nahu dan maknanya dari segala korupsi. Kita tidak boleh
memanipulasikannya dengan apa cara sekalipun dalam bahasa asalnya. Dari
segi struktur linguistik, kalimah ‘Allah’ lebih superior daripada apa
jua perkataan daripada apa jua bahasa dalam memelihara dan mempertahankan
makna ke-Esaan dan keunikan satu-satunya Tuhan yang layak disembah 2
. Oleh kerana itu, umat Islam tidak sekali-kali menterjemahkan ‘Allah’
kepada apa jua bahasa melainkan dikekalkan lafaznya yang
asal iaitu ‘Allah’.
b) Di peringkat
antarabangsa, penggunaan kalimah ‘Allah’ dari segi istilah adalah amat
sinonim dengan agama dan umat Islam. Ia diiktiraf oleh kamus-kamus serta
eksiklopedia terkemuka di dunia. Antaranya:
i.
Kamus Oxford -
Allah : Name of God among Muslims3.
ii.
Eksiklopedia Britannica - Allah : “God”, the one and only God in
the
religion of Islam4.
iii.
Eksiklopedia Katolik - Let it be noted that although Allah is an
Arabic
term, it is used by all Moslems, whatever be their language,
as
the name of God5.
c) Dalam
konteks Malaysia kalimah ‘Allah’ tidak diterjemahkan kepada bahasa Melayu
atau bahasa Malaysia malah ia dikekalkan tanpa terjemahan. Oleh itu
kalimah ‘Allah’ di Malaysia adalah merujuk terus kepada makna yang terkandung
di dalam teks al-Quran tanpa pengubahsuaian pada lafaz (terjemahan)
mahupun maksud kalimah tersebut. Ini terbukti sebagaimana definisi ‘Allah’
yang kemukakan oleh Kamus Dewan Edisi Empat:
Allah : Ar
(Asal bahasa Arab) Tuhan (Yg Esa); ~ azzawajalla Tuhan Yg Maha Baik dan
Maha Mulia; ~ subhanahu wa taala terpujilah Tuhan yg Maha Tinggi6.
Berdasarkan hujah-hujah yang telah dinyatakan, tiada sebab untuk kerajaan membenarkan penggunaan kalimah ‘Allah’ kepada pihak Kristian. Malah keputusan kerajaan adalah selari dengan Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan yang menobatkan Islam sebagai agama bagi Persekutuan. Umat beragama di
Malaysia telah sedia maklum bahawa sebarang isu yang berkaitan dengan Islam sama ada secara langsung atau tidak seharusnya menghormati kedudukan istimewa agama Islam dan umat Melayu Islam di negara ini.
Ana berharap sgt umat Islam bersatu la semula bg menjadikan Islam kuat di seluruh dunia semula..jagalah maslahat tuk generasi masa akan datang.
Wallahu A'alam