Tarikh 12 Rabiulawal jatuh pada hari Khamis 24 Januari 2013..hehehe besnyer dapat pergi perarakan..dahulunya semasa ana di sek KAFA dapatla ana pg perarakan tau..tp skg tgk ajela lebih2 lagi kondisi ana yg demam jd tgk dari TV ajela..sambutan maulidur Rasul kt Jambi Indonesia ni meriah jgk tau..ana suka aje dengar budak2 berselawat dan berqasidah dengan selawat Sholatun daripada Habib Segaf..tp disebabkan ana dgr nama Nabi Muhammad,gagahkan jgk untuk membuat blog untuk marha kedatangan kelahiranya..ahlan wa sahlan ya Rabiul Awal
Wahai Rasulullah, sekiranya Engkau melihat blog aku, bahawasanya aku sangat kangen bangat sama kamu..orang lain ade aje yg dapat bermimpi bertemu denganmu..aku masih x dapat2 lg..banyak lg dosa2 ku yang mahu diputihkan lg..aku ingin benar bertemu denganmu..seluruh selawat dan salam ku panjatkan ke atasmu Rasul Habibullah..berkat kesungguhanmu dalam menjaga martabat Islam sehingga sampai kepada kami, telah bercambah dengan meriahnya..kerinduanmu kepada umat-umatmu membuatkan kami xsabar2 bertemu denganmu..
Alangkah enaknya sekiranya kami dapat bersua denganmu tatkala kami menyambut tahun kelahiranmu wahai Rasullullah..diriku ini umpama sehelai kain buruk yang dirabak2 kainnya untuk diguna pakai untuk mengelap meja tapi Engkau lain Ya Rasulullah...Engkau adalah cahaya seluruh umat yang menerangi alam hak dan yang batil..Engkau lebih cantik akhlak daripada cahaya bulan, lebih sinar taqwanya daripada sang matahari, lebih berkelipan imannya daripada bintang2 di angkasa, lebih cntik budi pekertinya daripada batu permata,segala-galanya adalah untukmu Ya rasullullah..
aku rindu padamu..bawakanlah seluruh keturunan keluargaku untuk sentiasa berselawat kepadamu moga kami akan mendapat syafaatmu di akhirat kelak..aku tidak sabar mengikut sunnahmu yang paling akbar iaitu Pernikahan..istiqamahku tuk selawat kepadamu xkn ku alpakan sehingga Allah menarik nafas qudusku menghadap ILLAHI.
kuharapkan wanita yg memilikiku kelak akan bersama2 denganku untuk menyelusuri tebing2 cinta yang dihiasi taman2 iman dan bunga2 taqwa..sungai yang dipenuhi dengan akhlakmu dan minuman dan makanan yang sentiasa bertasbih memuji kebesaran Allah dan berselawat kepada mu..cambahkanlah benih nur kasih dalam diri generasi kami moga kehidupan kami yerpelihara..berikanlah kami kehidupan
SAKINAH MAWADDAH WA RAHMAH AMINNNN
hiasikanlah akhlakku dgn kalimah Ya Rabb..hindarikanlah daku dengan illat syubhat, jauhkanlah diriku dan keturunan daripada tulang sulbiku driapda perkara mazmumah..moga dengan selawat ke atasmu akan membuatkan diri kami terhindar daripada kecelakaan ini..amiiinnnnn
0 comments:
Post a Comment