Rembesan kesedihan menjelma lagi..
tatkala hati dilambung dengan begitu
tinggi
tetiba sahaja ada badai yang datang menghempap
dengan begitu sahaja..
hatiku begitu terusik walaupun pada
mata kaca zahirku menolak sedemikian..
entah kenapa hatiku begitu terasa
dengan pernyataan tadi..
sang bayu tetiba datang menerpa
pipiku mengelos air mata yang kedinginan..
aku mengerti hanya cinta Illahi yang
paling abadi..
sesungguhnya aku amat mencintai dia
ya Allah..
Engkau lindungilah dirinya daripada
semua yang pernah aku alami selama ini..
Ku menarik tikar sejadah
kesayanganku, ku berteleku sendirian selepas mengucapkan salam..
Hati ini gagal untuk dikawal lagi
tanpa dipaksa..
Layakkah aku untuk menjadi zauj yang
mukmin disisiMu ya Rabb??
Ya Allah, ku hadiahkan Al-Fatihah
kepada kekasih Mu..
Tanda aku menyayangi Rasul Mu..
Di tikar sejadahku memohon
pengampunan..
Terasa diri ini tidak layak karena
hatinya mungkin pada si dia..
Tp aku harus sedar ayat “ana
uhibbuka fillah” yang membuatkan diriku normal semula..
Aku bersangka baik kepadanya karena
dia adalah muslimah yang terbaik pernah kutemui..
Cumanya aku hanya perlu untuk
menahan kesedihan daripada terus membanjiri dasar hatiku
Jika si dia diciptakan untukku,maka
Kau jaga la dia sebagaimana aku menjaga diriku untuknya..
Perbezaan aku dengannya hanyalah
setahun tapi matlamat kami sama..
Mencari redhaMu bukan kemurkaanMu ya
Rabbi..
Dalam bait-bait lagu kuberikan
kepadanya..
Moga dia faham ana uhibbuki
fillah Abadan abada..
0 comments:
Post a Comment