SILA "CLICK NEW TAB FOR DETAIL POST" JIKA MENGHADAPI MASALAH MEMBACA ENTRI SILA EMAIL KAN PADA CAKERAWALA IBTISAM TERIMA KASIH

Jun 14, 2013

Rahsia Sya'ban..

       


         Assalamualaikum..alhamdulillah selesai sudah solat Jumaat secara berjemaah di sebuah masjid yg bernama Masjid Nurul Ehsan..msti antum tertanya2 apa entri ana kali ni kn..
            ana nk ceritakan inti khutbah pada hari Jumaat tanggal 14 Juni 2013..ia disampaikan oleh seorang ustaz jemputan iaitu Ustaz Zainal S.Ag..kebiasaannya kalau isi khutbah yang x menarik pastinya ana akn mengantuk tp kali ni mata ana segar kerna rupanya ade rahsia di sebalik huruf-huruf dalam SYA'BAN..


ش-شفعة  =    syafaat
ع-عزة        kemuliaan=   
ب- بر                     kebaikan=     
ا- ألفا        kelembutan=     
ن- نور             cahaya=   


                  Inilah dia intinya dan khatib mengupas 1 persatu setiap huruf dalam perkataan tersebut. Semasa 15 Syaban kite disunatkan (15 Sya'aban), Solat sunat nisfu sya'aban, 2 rakaat selepas solat maghrib dan surah yang perlu dibaca ialah semasa di Rakaat 1 : baca Al-Fatihah & surah Al-Qadar 1x dan Rakaat 2 : baca Al-Fatihah & surah Al-Ikhlas 3x

                 Selepas itu para jamaah  membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya (15 Sya'aban) dan setiap kali selesai yasin yang pertama ialah diniatkan supaya mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah, yasin yang kedua pula diniatkan supaya mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah dan Yasin yang ketiga ialah diniatkan supaya mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman & pohonlah segala yang baik. Kemudian baca Istighfar 11x & selawat 11x Baca doa nisfu Sya'aban (ada di dalam Yasin Majmuk). Baca surah ikhlas 1000x bagi yang mampu dan  berpuasa pada siangnya.

Abul Khair Al Talaqaani r.a. mengira nama2 malam Nisfu Syaaban sebanyak 22. Antaranya yg termasyhur adalah:

1. Malam Dimustajabkan Doa
2. Malam Pembahagian Takdir
3. Malam Rahmat
4. Malam Berkat
5. Malam Pengampunan (Taubat)
6. Malam Penebusan
7. Malam Syafaat
8. Malam Penulisan
9. Malam Keagungan dan Kemuliaan
10. Malam Rezeki
11. Malam Hari Raya ParaMalaikat
12. Malam Penghidupan


                   Dan ade diriwayatkan oleh Yahya bin Muaz bahawa barangsiapa yang menyucikan badan di bulan Rejab maka mereka akan menyucikan hati pada bulan Syaban, dan barangsiapa yang menyucikan hati mereka di bulan syaban maka mereka akan menyucikan jiwa pada bulan Ramadhan.



Hukum Menghidupkan Syaban dengan Bacaan yasin 3 kali

                       Membaca suroh yasin sebanyak tiga kali setelah shalat magrib bersama-sama, hal itu masuk dalam perintah menghidupkan malam nisfu sya'ban (dengan catatan : jika dilakukan bersama-sama setiap individu memperhatikan bacaannya). Terdapat kelapangan dalam tata cara berdzikir. Mengkhususkan tempat atau waktu tertentu untuk melakukan amalan ibadah secara terus menerus adalah dibolehkan selama pelakunya tidak meyakini bahwa amalan tersebut adalah wajib dan tidak boleh ditinggalkan.

                      Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan dari Abdullah bin Umar r.a., ia berkata, "Nabi saw. mendatangi masjid Quba setiap hari sabtu terkadang dengan berjalan kaki dan terkadang menaiki tunggangan. Abdullah bin Umar radhiyallaahu 'anhumaa pun melakukan hal yang sama."

                     Al-Hafidz Ibnu Hajar, dalam Fathul-Bari, mengatakan, "Hadist ini, dalam semua jalurnya yang berbeda-beda, menunjukan kebolehan mengkhususkan sebagian hari untuk melakukan beberapa amal saleh dan membiasakannya secara terus menerus."

                    Dengan demikian, menghidupkan malam nisfu sya'ban dengan cara yang disebutkan di atas bukan bid'ah yang sesat ataupun makruh. Dengan catatan bahwa hal itu dilakukan tanpa keyakinan bahwa hal itu wajib dilaksanakan. Jika kegiatan itu dilakukan dengan memaksa orang lain untuk ikut melaksanakannya dan menyalahkan mereka jika tidak mengikutinya, maka hal itu menjadi amalan bid'ah karena telah mewajibkan sesuatu yang tidak diwajibkan oleh Allah dan Rasul-Nya.


Maka berakhirlah khutbah Syaban pada hari Jumaat, penghulu segala hari ini..



Wallahu A’lam

0 comments: