SILA "CLICK NEW TAB FOR DETAIL POST" JIKA MENGHADAPI MASALAH MEMBACA ENTRI SILA EMAIL KAN PADA CAKERAWALA IBTISAM TERIMA KASIH

Jun 8, 2015

1 Taman Berkelah Yang Luas -Shah Alam

                                       * depan pintu masuk..candid by zara meow meow



SHAH ALAM, SELANGOR-7 JUN 2015,HARI AHAD

DIARI PERJALANAN


‘kata orang,biar suami sederhana tapi sudi bawa kita dan anak bersiar-siar atau jalan-jalan selalo ‘

Seronok berganda-ganda apabila suami sudi bawa makan angin di Bukit Cerakah @ Bukit Cahaya @ Taman Pertanian Sri Alam @ Taman Botani Negara Shah Alam – sekali perjalanan ana dapat ‘detect’ semua nama ni merujuk kepada tempat yang sama, kalau setakat  google sahaja yang begitu boleh la ditimbang tara tapi ‘signboard’ pun belum ‘update’ nama tempat, apa la alasan tu agaknya?

               
                WAZE – GPS PERCUMA , sebenarnya ana antara pesakit yang menerima kesukaran untuk baca peta, j adi ana tak suka GPS sebab banyak kali ana rasa tertipu dengan GPS dan peta, tapi tak sangka waze ni GPS yang boleh dipercayai dan senang untuk bergerak, tu pun bukan ana yang pegang GPS tapi adik ipar yang tengokkan, ana tetap stress bila tengok peta, ana lebih suka tengok ‘signboard’


                MEOW FIESTA 2015, kebetulan ada pameran kucing tapi rasa macam salah tema ja fiesta tu sebab            1-tak ramai orang hadir macam maksud ‘fiesta’ yang ditajukkan dalam banner           2- mana ada pameran kucing, kena tengok kucing dari jauh pulak tu pun secara intai dan terjenguk macam zirafah                3- tak dak jualan kucing, makanan kucing atau kucing atau sangkar atau apa sahaja tentang dunia kucing             4-mujurla masuk percuma dan ada competition kucing, tu jerrr
Tapi suami ana peminat tegar kucing dan mencari-cari kucing kacukan tuk di-kacuk-kan lagi dengan kucing belaannya, tepat tekaan suami bila kucing yang beliau modelkan dalam kamera jadi pemenang dalam pertandingan tu, umur kucing baru 7 tahun tapi besar dah macam anak kambing....eh? hehe


                13 TAMAN-TAMAN BOTANI, banyak tak taman yang ada dengan tiket masuk RM3,memang berbaloi kalau naik basikal sebab naik bas kena tunggu pulak lagi pula tak dapat jelajah keseluruhan taman yang ada, Cuma agak kecewa bila tak dijaga dengan rapi, alahaiii...antara taman yang ada contohnya taman haiwan, taman 1Malaysia, taman pendidikan, taman 4 musim, taman buah-buahan , taman bunga ,tu ja yang masih ingat


                MUSIM PANAS (SUMMER),betul la kata ustaz Badlishah – orang Malaysia teruja dengan salji tapi orang Arab pulak teruja dengan hujan, sebab tu merekntuk promosi suka datang Malaysia dan iklan  untuk pelancongan Malaysia tambah ustaz lagi hanya tunjuk gambar seorang yang melihat ke langit kemudian hujan turun-

Sebab hajat hati memang nak tengok dan pegang salji kat rumah 4musim tu tapi sekarang musim panas, jadi suasana musim panas la yang didekorasikan dalam rumah aquarium tu, salji bulan November sampai febuari, kalau dating masa lain jadi macam kami tadi la..melawat jugak la asalkan hilang sesak kerja kata suami



TUTUP DIARI

Ana cadangkan bagi yang ingin berkelah atau jogging atau riadah memang best jadikan taman botani sebagai salah satu tempat pilihan, alamatnya seksyen 12, shah alam – guna waze jangan tengok signboard sebab signboard tak update,

Taman botani tu memang luas dan puas hati kalau berbasikal, kawasan berbukit dan berangin MasyaAllah bahagia kalau beramai-ramai kayuh basikal

0 comments: