SILA "CLICK NEW TAB FOR DETAIL POST" JIKA MENGHADAPI MASALAH MEMBACA ENTRI SILA EMAIL KAN PADA CAKERAWALA IBTISAM TERIMA KASIH

Jun 23, 2015

KOMENTAR VIRAL AYAH DAEN



Baru-baru ni dikejutkan dengan viral lagi, terkejut-kejut aja dengan viral, kali ni ana sengaja nak komen viral, sebab rasa agak melampau bila melabelkan masjid dengan anti-sunnah apabila menyediakan ruangan solat khas untuk kanak-kanak lelaki, katanya seperti kandang dan menafikan sunnah yang membenarkan kanak-kanak masuk saf solat dengan lelaki dewasa,


ANTARA MASLAHAT DAN SUNNAH

Untuk perbincangkan tentang konsep maslahat boleh buat rujukan pada buku yang berkisar tentang pengambilan hukum, ternyata setiap hukum yang belum dihukumkan secara tetap atau qat’ie biasanya boleh berubah mengikut keutamaan atau darurat, namun dalam persoalan berhubung sunnah perlu melihat pengertian sunnah yang merangkumi perbuatan, perkataan dan taqrir Rasullullah s.a.w,

Apa hukum mengerjakan sunnah? Jika ia dilakukan akan mendapat ganjaran pahala namun jika tidak tidak akan dihukum dosa, jadi dalam menangkap tuduhan anti-sunnah oleh Abang Daen tersebut tidak sepatutnya berlaku hanya kerana masjid bertindak membuat pengasingan jemaah kanak-kanak lelaki, hukum beramal dengan sunnah ringan jika dibandingkan dengan keperluan maslahat dan menghapuskan elemen darurat,

Merujuk kepada pengertian darurat dan maslahat pula boleh difahami sebagai keadaan yang membenarkan seseorang menafikan hak hukum ke atas sesuatu perbuatan sebagai contoh makan khinzir dibenarkan sekadarnya jika tiada langsung makanan lain didapati dan kesan daripada tidak makan akan menyebabkan dirinya atau orang lain akan menerima akibat yang parah, ia sama juga difahami dalam konsep maslahat apabila keperluan kepada sesuatu sebab itu lebih mendominasi daripada sesuatu yang telah didapati hukum padanya, sebagai contoh keadaan yang di-viral-kan oleh Ayah Daen, kita perbincangkan dan bagi yang tidak bersetuju, ana alukan pendapat anda


VIRAL AYAH DAEN

Ana anggapkan beliau seorang jemaah yang hadir pada ramadhan kali ini sama seperti ana tapi bezanya ana solat di bahagian solat muslimat aras atas dan beliau solat di bahagian solat utama, pertamanya daripada viral yang disebarkan memang ana kenal sangat masjid mana yang dilabelkan sedemikian, jadi sebagai salah seorang jemaah yang belum lagi pernah iftar di mana-mana masjid selain masjid tersebut maka ana jugak layak membuat penilaian tapi tak perlu jadi viral pula,

Hari pertama ana dapat viral tersebut, esoknya ana perhatikan dan cari tempat yang dimaksudkan, memang betul ada ruangan khas kanak-kanak di akhir jemaah dari persegi kawasan yang tidak begitu luas, jadi ana bersetuju pada awalnya bahawa menjadi kesilapan masjid mengambil tindakan sedemikian namun sebaliknya apabila hari berikutnya masjid tersebut tidak lagi melaksanakan pengkhususan pada jemaah kanak-kanak lelaki, apa yang berlaku?

Keadaan sangat merimaskan dan menggangu kerana kanak-kanak lelaki tidak henti-henti berlari-lari dan terlompat-lompat di kawasan yang tiada jemaah, keadaan tersebut mengganggu apabila ana bawa ‘baby’ yang ditidurkan di sebelah ana ketika ana solat, pernah juga berlaku kanak-kanak lelaki hampir terpijak ‘baby’ ana kerana asyik dengan rakannya, hal ini tidak berlaku pada kanak-kanak perempuan yang mungkin lebih mudah dikawal,

Lagi, kanak-kanak lelaki juga tidak mahu turut serta solat jemaah kerana ibubapa tidak dapat mengawal anak masing-masing, jadi apa salahnya jika masjid mengambil tanggungjawab ini dengan menyediakan pengawalan yang lebih selamat dan manfaat pada masjid dan jemaah?
Satu lagi, dalam saf lelaki mahupun perempuan, kanak-kanak akan diletakkan di akhir saf kerana belum baligh dan menyebabkan putusnya saf, hal tersebut tiada bezanya jika masjid mengambil mereka dan menyediakan tempat khas untuk seumur mereka dalam satu jemaah, tapi kini, masjid tersebut tidak sanggup menerima tohmahan viral kerana mengutamakan darurat, yang merujuk kepada ketidak-fahaman masyarakat yang menganggap ia adalah sikap anti-sunnah,

Tuduhan sebagai anti-sunnah pada institusi masjid lebih berat timbangannya daripada mengekalkan ruangan solat khas bagi kanak-kanak kerana kewajipan mengawal dan menjaga anak-anak kembali semula kepada ibubapa, jika berlaku sebarang kekecohan dan ketidak-selesaan maka ia adalah salah ibubapa,

PENUTUP
Bersikap terbuka jangan jumud dan terlalu prejudis, kaji dengan ilmu, entri ini sebagai pendapat ana sahaja tiada kaitan dengan mana-mana pihak, jika tidak tepat ana sedia terima teguran

0 comments: