selepas balik dari rumah mertua, aku rasa dahaga kebetulan nampak ada sebotol air yang bawak dari rumah mertua tadi, lagipun mertua pesan air tu untuk mudahkan bersalin, jadi dalam teguk aku minum aku selawat dan basmallah sambil niat supaya Allah mudahkan aku juga untuk bersalin, perut dah membesar memang tunggu hari ja, kalau ikut tarikh klinik lagi dua minggu, macam-macam dah berlegar dalam kepala untuk dua minggu akan datang,
suami aku biasa la lepas kepenatan, tido bukan kepalang lagi, keletihan dengan kerja-kerja masjid, sampai jam 1 pagi baru dapat rehatkan kaki, tangan dan kepala, tak ganggu dia dan biar dia rehat,
"adoiih sakit pinggang, masyaAllah anak ummi,"
biasa la orang mengandung, tido bukan lena sangat, kadang-kadang kena tendang, nak muntah, sakit pinggang, kebas kaki, hampir setiap malam merasa sepanjang 9bulan tu, tapi kali ni lain pulak rasa, sakit tak henti-henti, tak boleh tido terus camni
"ya Allah..sakitnya pinggang hamba, sabarkan tubuh hamba agar sabar hamba diterima sebagai amal yang ikhlas disisiMU,"
"ya Allah, hamba tak tahan sakit ni, adakah sakit ajal lebih teruk dari ini, tiada kekuatan melainkan kekuatan yang Engkau pinjamkan"
"ya Allah, jadikanlah namaMu penguat tubuhku, maafkan segala dosa ku dari kifarah ini, astagfirullahala'zim"
berpuluh kali tawaf sekitar ruang tamu bersama zikir supaya kurang dan kuat menahan sakit yang menikam, keluar dari bilik sebab risau akan ganggu suami rehat, selagi dapat tahan akan aku tahan,
"arghhhh tak mampu, sakit ya Allah astagfirullahala'zim..ampunkan aku"
bilik kedua pulak aku menumpang sakit, tak jugak reda tikaman ni, sudah hampir 5 jam aku menahan sakit, apakah ini dinamakan "contraction bersalin" macam mana pulak aku nak tau, ok google
ada contraction palsu, ada contraction betul, tapi kalau contraction tak yah g hospital dulu, tunggu bukaan 7cm baru ke hospital sebab anak sulung biasanya paling kurang 10jam nak tunggu, lamaa gilerrr..alergi aku ngan klinik eh hospital, apatah lagi wad..ya ampun
sakit terus menikam dan menusuk urat dan makin terasa sampai ke tulang belulang, sakit perut sangat pulak, nanti dulu contraction takat ni aku boleh tahan lagi, kalau tak boleh tahan baru ke hospital, nombor pun dah ada tapi tandassss dulu
"alamak, apa ni?"
ya Allah sakitnya lagi, sayup-sayup aku mengejutkan suami yang masih lena, beberapa minit lagi azan subuh,
"abang..abang..masyaAllah abang bangun..bangunlaa" tak mampu aku tahan
suami aku terkial-kial dalam jaga dan lena tapi lantas bangun bila melihat ak bersujud kat katil, eh nak semayang kiblat salah ni,
"kenapa ni?"
"jom g hospital sekarang, darah dah turun ni" balasku lemah tapi mampu berjalan dan tukar pakaian yang sesuai, pesan suamiku aurat mesti dijaga, pakai niqob
dalam melangkah aku titipkan pesan pada suami supaya dia tenang dan tahu nak buat apa, aku serahkan buku "pink" dan sediakan ayat untuk kaunter kecemasan, barangan lain dah lama aku sediakan dalam kereta sebab aku mahu mudahkan suamiku sekaligus kurang tekanan dia atau tekanan aku?
aku masih boleh berjalan hingga ke kaunter mahu pun pemeriksaan wad buat kali terakhir, suamiku diminta tunggu di kaunter untuk urusan lain
........................................................................................
"7cm..dah bukaan 7cm, tolak labour room"
.......................................................................................
dalam kereta tadi aku dah sampaikan maaf pada suami aku, mohon dia doakan dan halalkan setiap rezeki yang aku hadap sepanjang menjadi isterinya, aku juga mohon suami telefon mak serta mertua untuk sampaikan maaf aku sebelum apa-apa berlaku,
"abang..tolg doakan syg ye, abang tolong bacakan surah maryam, sayang nak dengar"
aku kelihatan suami aku masih tak tenang dalam kerisauan
"abang dah solat subuh? abang solat la dulu" tapi dia tetap bimbang dan hanya mengangguk
"nurse..boleh ka solat kat sini?" tanya suamiku yang juga berada dalam wad bersalin dari tadi disisiku sejak nurse mulakan proses persiapan bersalin
"boleh tapi agak kotor, saya rasa lebih baik ustaz solat di aras 1 ada surau, tapi cepat sikit la sebab dah nak bersalin ni" balasnya tanpa menghiraukan telinga aku yang seram mendengar,
jam dah pun menunjukkan hampir jam 7, tadi nurse ada 'test' meneran, aku ingat betol rupanya buang tenaga ja, kena tunggu doktor cari jalan kata nurse lain yang hadir, hampir 5 orang nurse yang turut sama dalam wad bersalin termasuk dua doktor, semuanya perempuan kecuali suamiku yang dah selesai solat namun aku tetap minta suamiku agar teruskan bacaan surah maryam kerana aku dah baca terjemahan surah maryam, dan ia menjadi apirasi sekaligus motivasi untuk aku, dan juga ketenangan untuk aku saat itu, aku mencari kalamullah..tiada mp3 melainkan suara suamiku sahaja yang dapat mendengarkannya ketika itu
"pergi amik air selusuh" kata nurse pada suamiku
"bukak penutupnya dan biarkan atas sana, mungkin dapat bantu isteri ustaz, dia tak reti teran, nafas pendek"
"you tengok sini, itu sudah nampak kepala baby, bagitau isteri you, tolong dia, sikit lagi..jantung baby tak ok ni, kalau 15 minit lagi tak boleh juga, kena vacuum..kalu vacuum pun kena teran" kata doktor
"sayang...normal syg..normal..syg boleh, tengok baby dah nak keluar, tarik nafas panjang dalam-dalam, bila sakit lepas sikit-sikit jangan putus" bisik suamiku, aku masih dengar dan waras
kerana permintaan suami, apakan daya dapat aku pinggirkan, bagi aku ia adalah arahan dan sokongan, aku mohon pada suami untuk hulurkan air selusuh agar dapat aku teguk jadi kekuatan untuk teran perut, tanpa henti mulutku mengucapkan subhanaAllah wallahamdullillah Allahuakbar, istighfar dan selawat,
"ya Allah, bersama syafaat Rasul-Mu, ku mohon dalam khilaf dan lemahku agar Engkau mudahkan untuk aku mengeluarkan anak ini, pinjamkan sedikit kekuatanMu, kerana sesungguhnya Engkau jualah yang memilih jihad ini untukku rasakan" doa ini aku haluskan dalam hati saat tegukan air selusuh melalui anak tekak
jeritan menahan sakit memerah kekuatan, dan aku rasa ada air panas yang banyak telah keluar dan ada suara baby menangis, bibirku tanpa sedar masih mengucapkan kalimah Alhamdullillah dengan kuat dan laju dari nafas yang berombak didada,
anakku bersuara dan aku masih bernyawa
...................................................................................................
"Allahuakbar Allahuakbar..asyhadu an la ilaha illalah...." iqamat buat anakku dari abi
Dia perempuan, syukur Alhamdullillah, dia dah tidur nyenyak,
"terima kasih sayang..ana althofunnisa' dah ke dunia"
hanya senyuman membalas kucupan dahi dari suami tercinta, sungguh berharga dia disisi, terima kasih atas segalanya,
.........................
inilah jihadku
hasil karya buatmu ana althofunnisa' binti muhammad syahmi
0 comments:
Post a Comment