SILA "CLICK NEW TAB FOR DETAIL POST" JIKA MENGHADAPI MASALAH MEMBACA ENTRI SILA EMAIL KAN PADA CAKERAWALA IBTISAM TERIMA KASIH

Nov 28, 2015

Bengkel Kereta/Motor Melayu Perak Utara-KDF GARAGE

Baru-baru ni, balik kampung di sebelah perak utara, memang niat awal nak gantikan 'timing belt' yang dah lama guna malahan pula meter gerak jarak kereta sudah mencecah 100k, dalam anggaran, biasanya la perempuan kurang perhatian pada kereta, alhamdullilah suami 'alert' awal untuk minta 'check' keadaam timing belt

KDF GARAGE

Berhampiran dengan klinik kesihatan teluk medan, kalau perasan ada satu bengkel kereta KDF GARAGE, kami 'repair' timing belt kat situ ja, katanya ada nampak rekahan pada timing belt dan dah boleh tukar, sebab khuatir akan putus sekaligus sekitarnya yang jauh lebih tinggi bajet belanja

Kakak ana lupa 'check' minyak hitam dan hingga keadaan teruk dan enjin terpaksa ditukar baru, bayaran termasuk upah sekitar 2k, di bengkel kereta kawasan sungai petani, kedah

Rentetan daripada peristiwa tu, kami tak mahu ulangi kecuaian yang sama,


Rekahan pada timing belt, untuk ganti RM350 termasuk beberapa alat sokongan lain, upah pemasangan semula boleh berhubung dengan tuan kedai, satu hari sahaja siap pemasangan, susah juga rupanya sebab kena bukak bahagian enjin , ana tak pandai bercerita laniut tentang keadaan dalaman enjin, ana cuma sampaikan apa yang dijelaskan dari suami semasa mereka berbincang tentang perihal kereta,

Kebetulan lalu, bengkel ni di tepi jalan utama menuju ke pekan bagan serai, sebelum tadika kemas, boleh hubungi tuan kedai 0199565436, ada nombor talian tercatat pada bengkel, 

Alhamdullilah kereta dah baikpulih, 

0 comments: