Dalam dewasa ini, kebanyakan cerita-cerita yang kurang elok didengar dalam negara kita. Antaranya ialah isu militan IS ataupun Daesh. Perkara ini amat perlu dititikberatkan memandangkan pelbagai tafsiran tentang Islam wujud pada masa kini dan menyebabkan ada orang Islam yang terseret dengan kumpulam-kumpulan radikal seperti Pertubuhan Angkatan Sabiullah, Kumpulan Jundullah, Kumpulan Arqam, Syiah, Kumpulan Al-Maunah, Kumpulan Mujahiddin Malaysia (KMM), Jemaah Islamiah (JI), Militan Darul Islam dan Al-Qaeda.
Ana nak highlight kan pada Kumpulan Militan Islamic (IS) atau Daesh yang memang telah mengkucar-kacirkan dunia sejak kebelakangan ini. Mereka ini ada perkaitan rapat dengan konflik Syria dan sekarang ini sedang cuba mengganggu-gugatkan keamanan dan kestabilan negara. Ana yakin dan pasti bahawa unsur-unsur ini sangat merbahaya jika dibiarkan berleluasa di dalam masyarakat.
Ana ingin memberitahu bahawa IS ini adalah mirip khawarij, mereka ini menghalalkan darah untuk dibunuh bagi sesiapa yang menentang perjuangan mereka. Ana pelik dengan puak2 ini kerana kelompok mereka ini adalah mereka yang mendalami Ilmu agama Islam yang tinggi tetapi dengan disebabkan oleh matlamat yang salah maka kegelapan telah menyelebungi hati para kelompok tersebut.
Mujurlah dengan penerimaan dan pegangan kita kepada mazhab ASWJ membuahkan cahaya yang sentiasa mengeratkan perpaduan dan keamanan di kalangan masyarakat di Malaysia. Oleh itu, ana berharap sangat2 yang masyarakat kita kalau nak belajar agama Islam hendaklah merujuk kepada entiti yang berwibawa dan ada autoriti. Tapi janganlah gunakan nama Islam untuk menegakkan keadilan dengan semata-mata hendak mencapai matlamat ikut acuan sendiri.
petikan daripada keratan akhbar Oktober 06, 2015:
myJUN 2014
-
20 JUN 1988 pada jam 3.36 p.m 26 tahun yang lalu, ana dilahirkan di
Hospital Besar Taiping sebagai adik bongsu dalam keluarga, biasanya bagi
meraikan t...
10 years ago
0 comments:
Post a Comment