SILA "CLICK NEW TAB FOR DETAIL POST" JIKA MENGHADAPI MASALAH MEMBACA ENTRI SILA EMAIL KAN PADA CAKERAWALA IBTISAM TERIMA KASIH

SELAMAT DATANG

Rasulullah Saw bersabda, “Janganlah sekali-kali engkau menganggap remeh suatu perbuatan baik, meskipun (perbuatan baik itu) dengan engkau menjumpai saudaramu (sesama muslim) dengan wajah yang ceria." (HR. Muslim).

IBTISAM = SMILE = SENYUM

semua insan adalah sama dan yang membezakannya hanya taqwa

HEART FOR RABBI

tiada perkara yang lebih indah melainkan jatuh cinta pada Allah

PETUA IMAM SYAFIE

Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati

ISLAM THE WAY OF LIFE

syariah- akidah- akhlak = BAIK (B= bahasa, A= adab, I=imej, K=kelakuan)

May 15, 2017

Waktu subuh sampai zohor ka?

Kelmarin sengaja ajak suami ke taman berdekatan picc, mana la tau leh jumpa artis ABPBH, diorang mesti ngah setting dewan picc tu maklumla siaran langsung tapi tak jam plak putrajaya dengan event tu,
Tiket mahal agakny,

Tapi tujuan sebenarnya nak bawak anak bersukan, dah masuk 3hari demam, jadi kalau jumpa budak budak dan bemain boleh sekaligus keluarkan peluh yang berkurung dalam haba badan tu,

Dah selesai ke hulu hilir nampak suami di-interbiu, dari gaya bercakap tak macam kawan dikenali jadi ni mesti orang jogging berhenti untuk bertanya,
Yups tepat sekali

Jogger : assalamualaikum ustaz (nampak suami berjubah putih ke taman, mmg dia sorang ja kat situ dressing camtu)

Mr. :waalaikumsalam,

Jogger : sy da soalan, macam ni, saya ni slalu terlewat bangun subuh sebab tak terjaga
Jadi, saya dengar ada orang kata waktu subuh tu sampai ke zohor macam waktu solat yang lain
Apabila sampai waktu solat seterusnya baru bis waktu solat sebelumnya
Betol ka?

Mr. : macam ni encik, pertamanya kena bezakan antara waktu subuh dengan dhuha, waktu subuh berakhir apabila munculnya waktu dhuha,
Perantaraan antara waktu dhuha dengan subuh adalah syuruk atau terbit yang bermaksud terbitnya matahari di ufuk

Jogger: solat subuh saya camna plak ust?

Mr. :solat subuh tu wajib diqada' kan, pas bangun dari tido td, terus wudhuk dan solat
Ada ulamak kata solat qada' tapi da ulamak kata niat solat subuh ja

Jogger: ooooooo
Mr : tapi jangan dibiasakan diri buat camtu plak, subuh gajah memanjang, solat dhuha tu betol smpai waktu dkat zhor boleh wat lagi
Contoh kalau lagi 10min nak zohor tp nak wat dhuha pn boleh..tak dak masalah

Jogger :baiklah ust, terima kasih ye
Mr. : ya..sama sama

Buat tambahan, isteri memang recorder terbaik kan? Hahaha

May 12, 2017

KISAH TITANIC TENGGELAM DALAM SURAH YASSIN

KISAH TITANIC TENGGELAM DALAM SURAH YASSIN

Siapa yang tidak tahu tentang kisah tragik kapal RMS Titanic tenggelam di tengah laut Atlantik Utara tahun 1912.
Ramai sedia maklum bahawa kapal gergasi yang paling mewah ketika itu tenggelam kerana melanggar bongkah ais gergasi. Dengan sedikit sahaja kebocoran, kapal Titanic yang dibina dalam masa 3 tahun itu tenggelam dalam masa 3 jam sahaja.
Ucaplah, SUBHANALLAH!
Tetapi para sarjana dan ilmuwan Islam terkemuka dunia yang mengkaji sejarah kapal itu menemui hasilnya yang amat mengejutkan. Baca balik Surah Yaasin ayat ke 41 hingga ayat ke 44 :
-----------------------------------------------------------------------------------------
لَا الشَّمْسُ يَنبَغِي لَهَا أَن تُدْرِكَ الْقَمَرَ وَلَا اللَّيْلُ سَابِقُ النَّهَارِ وَكُلٌّ فِي فَلَكٍ يَسْبَحُونَ
41. Dan suatu tanda (kebesaran Allah yang besar) bagi mereka adalah bahwa Kami angkut keturunan mereka dalam bahtera yang penuh muatan.

وَآيَةٌ لَّهُمْ أَنَّا حَمَلْنَا ذُرِّيَّتَهُمْ فِي الْفُلْكِ الْمَشْحُونِ
42. dan Kami ciptakan untuk mereka yang akan mereka kendarai seperti bahtera itu [1269]. [1269] Maksudnya : binatang-binatang tunggangan, dan alat-alat pengangkutan umumnya.

وَخَلَقْنَا لَهُم مِّن مِّثْلِهِ مَا يَرْكَبُونَ
43. Dan jika Kami menghendaki niscaya Kami tenggelamkan mereka, maka tiadalah bagi mereka penolong dan tidak pula mereka diselamatkan.

وَإِن نَّشَأْ نُغْرِقْهُمْ فَلَا صَرِيخَ لَهُمْ وَلَا هُمْ يُنقَذُونَ
44. Tetapi (Kami selamatkan mereka) karena rahmat yang besar dari Kami dan untuk memberikan kesenangan hidup sampai kepada suatu ketika.

ALLAHUAKBAR!!

Dan mereka turut menyatakan bahawa maksud dari potongan itu bahawa berdasarkan kenyataan bongkak kapten kapal Titanic iaitu Kapten Edward J.Smith yang berkata :

''Tuhan sendiri tidak dapat menenggelamkan kapal ini. Dengan pengalaman lebih 40 tahun, tidak ada satu pelayaran di bawah saya pun yang pernah gagal saya kendalikan walau dalam apa jua keadaan laut yang menggila..''.

Kenyataan beliau itu cukup menunjukkan mereka telah lupa ada kuasa yang jauh lebih hebat iaitu Tuhan.

''Hasil'' dari kenyataan bongkak itu, Tuhan mentakdirkan kapal itu belayar hanya 3 hari saja dan lautan Atlantik Utara menjadi perkuburan besar bagi hampir 1500 orang ''mangsa'' Titanic.

May 11, 2017

Drama menanti febuari-kupasan syariah part 2

Ni paling jelas sekali, mufti dah jawab, pasni penonton drama menanti febuari leh nilai sendiri
......................................................
Soalan: Dalam drama 'Menanti Februari', si suami telah hilang selama 6 bulan di laut. Si isteri berkahwin dengan lelaki lain dalam tempoh tersebut. Pada satu hari, suami yang hilang muncul kembali dan mengetahui isterinya telah berkahwin dengan lelaki lain yang juga sahabat baiknya. Apakah hukum perkahwinan tersebut?
Jawapan:
Definisi Mafqud (Orang Yang Hilang)
Perkataan al-mafqud berasal dari bahasa Arab dari kata dasar fa qa da yang bermaksud tiada, hilang, dan lenyap[1]
Imam al-Syafie mendefinisikan mafqud sebagai: “Sesiapa yang tidak didengari khabar tentangnya”[2] Imam al-Nawawi menyatakan mafqud sebagai: “Orang yang terputus khabar berita dan tidak diketahui keadaannya semasa permusafiran atau keberadaannya dalam peperangan atau pada ketika kapal karam atau selainnya.[3]
Para ulama’ mazhab Syafie kontemporari menyatakan mafqud adalah: “Orang yang hilang dari tempat asalnya dalam tempoh yang lama sehingga terputus berita mengenainya dan tidak diketahui juga sama ada dia masih hidup ataupun telah meninggal dunia.” [4]

Tempoh Mafqud Dalam Mazhab
Tidak terdapat nas yang jelas daripada dalil-dalil Quran dan Sunnah berkenaan penetapan tempoh-tempoh tertentu secara tetap bagi tempoh mafqud sebelum diputuskan status kematiannya.
Kebanyakan pendapat yang dinukilkan adalah bersumberkan kepada pendapat-pendapat para sahabat dan pendapat-pendapat tersebut bukan dalam bentuk kesepakatan yang boleh dinilai sebagai hujah ijmak, kerana wujud perselisihan dalam kalangan sahabat dan tabi’en. Namun keperluan kepada tempoh pencarian bagi mafqud adalah disepakati oleh para ulama’.
Nabi SAW memberikan panduan umum dalan isu ini dengan sabdanya:
امْرَأَةُ الْمَفْقُودِ امْرَأَتُهُ حَتَّى يَأْتِيَهَا الْبَيَانُ
“Isteri orang yang hilang, masih dianggap isterinya sehingga datang bukti yang nyata.”
(Riwayat al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra, no. 15565)
Sebelum menghuraikan tempoh mafqud di sisi mazhab Syafie dan  mazhab-mazhab lain serta perundangan Malaysia, ingin kami jelaskan bahawa:
  1. Suami yang hilang tetapi keadaannya diketahui dan boleh dihubungi. Dalam situasi ini, si isteri tidak berhak untuk berkahwin lain berdasarkan kepada ijmak para ulama. Namun, sekiranyanya suami gagal untuk memberi nafkah harta kepada isterinya, maka isteri berhak untuk menuntut fasakh melalui qadhi.
  2. Suami yang hilang dalam keadaan terputus khabar berita dan tidak diketahui lokasi keberadaannya. Dalam keadaan ini, para fuqaha berselisih pendapat kepada beberapa pandangan seperti berikut:
Pertama: Mazhab Syafie
Menurut qaul jadid (pandangan baru) Imam al-Syafie, tempoh menunggu bagi isteri agar dia boleh menikahi lelaki lain adalah sehingga ada kepastian suaminya telah meninggal dunia atau mentalak isterinya. Manakala menurut qaul qadim (pandangan lama) Imam al-Syafie, tempoh menunggu adalah 4 tahun dengan tambahan masa ‘iddah 4 bulan 10 hari.[5] Pendapat ini juga dipegang oleh Umar bin Al-Khattab, ‘Uthman bin ‘Affan, Ibn ‘Abbas, Ibnu ‘UmarMalik bin Anas, dan Ahmad.
Pandangan yang sahih lagi masyhur di kalangan ulama Syafie ialah ia terserah kepada ijtihad para hakim dalam menentukannya. Namun begitu, terdapat juga pandangan-pandangan yang mengatakan ia ditentukan selepas 68 tahun, 70 tahun, 80 tahun, 100 tahun dan 120 tahun.[6]
Kedua: Mazhab Hanafi
Dalam mazhab Hanafi, orang yang hilang dihukumkan sebagai mati apabila tiada seorang pun orang sezamannya yang masih lagi hidup di tempatnya tinggalnya. Namun begitu, ulama Hanafi tidak sependapat dalam menentukan umur seseorang yang boleh disabitkan telah meninggal dunia.
Bagi Imam Abu Hanifah, beliau mensabitkan orang yang hilang itu telah meninggal dunia apabila mencapai usia 120 tahun dan pendapat ini disokong oleh al-Qadwari. Abu Yusuf mengatakan apabila berusia 100 tahun, dan terdapat sebahagian mereka yang mengatakan semua itu tertakluk kepada ijtihad hakim dengan mengambil kira keadaan orang yang hilang dan bukti-bukti yang dikemukakan.[7]
Ketiga: Mazhab Maliki
Dalam mazhab Maliki, seseorang yang hilang di negara Islam boleh disabitkan telah meninggal dunia apabila mencapai tempoh menunggu selama 4 tahun. Selain itu, selepas tempoh ini juga, isterinya hendaklah melalui tempoh ‘iddah selama 4 bulan 10 hari bagi menghormati kematian suaminya dan kemudiannya dia boleh berkahwin dengan lelaki lain.
Jika sekiranya dia hilang di negara bukan Islam, maka dia tidak boleh disabitkan meninggal dunia melainkan dikemukakan bukti-bukti yang sahih atau umurnya telah mencapai satu usia yang mustahil terdapat orang yang masih hidup pada usia sedemikian. Bagi Imam Malik dan Ibn Qasim, usia tersebut lingkungan dalam 80 tahun. Ibn Arafah pula berpandangan, usia 75 tahun yang dikira. Terdapat juga sebahagian ulama’ mazhab Maliki yang berpendapat, ia sama seperti kes orang hilang di negara Islam.
Sekiranya seseorang itu hilang di dalam peperangan bersama orang kafir, Imam Malik dan Abu Qasim berpandangan bahawa isterinya hendaklah menunggunya selama 1 tahun dan kemudian menjalani ‘iddah. Terdapat juga pandangan dalam mazhab Maliki yang mengatakan hukumnya adalah sama seperti kes orang hilang di negara Islam.
Sekiranya seseorang itu hilang dalam peperangan sesama orang Islam, maka terdapat pelbagai pendapat dalam mazhab ini, antaranya ada yang mengatakan hendaklah isterinya menunggu selama setahun kemudian menjalani ‘iddah, dan juga terserah kepada ijtihad para pemerintah.[8]
Keempat: Mazhab Hanbali
Bagi ulama Hanbali pula, terdapat dua pendapat bagi seseorang hilang yang secara zahirnya pemergian itu adalah selamat:
  1. Tidak akan terputus ikatan perkahwinan selagimana tidak disabitkan kematian suaminya.
  2. Isteri itu hendaklah menunggu sehingga suaminya berusia 90 tahun dan ada juga riwayat yang mengatakan tempoh itu ditentukan oleh pemerintah atau mufti. Inilah pandangan yang sahih dalam mazhab Hanbali.
Bagi orang yang hilang yang secara zahirnya pemergian itu adalah membawa bahaya kepada si suami, maka isterinya hendaklah menunggu selama 4 tahun kemudian dia menjalani ‘iddah bagi kematian suaminya.[9] Bagi menentukan masa yang dapat dijadikan dasar untuk menilai mafqud telah meninggal dunia, ia hendaklah diserahkan pada pertimbangan hakim iaitu apabila dia hilang dalam waktu yang sekian lama sehingga sudah tidak ada lagi orang yang seusia dengannya di daerahnya yang mungkin masih lagi hidup.[10]
Tempoh Mafqud Berdasarkan Undang-Undang Syariah di Malaysia
Seksyen 806 Akta Keterangan Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 (Akta 561) memperuntukkan:
Apabila soalnya ialah sama ada seseorang itu masih hidup atau telah mati, dan dibuktikan bahawa tiada apa-apa khabar telah didengar mengenainya selama empat tahun oleh orang yang sepatutnya mendengar khabar mengenainya jika dia masih hidup, maka beban membuktikan yang dia masih hidup beralih kepada orang yang menegaskannya.
Peruntukan ini diperkukuh dengan seksyen 53(1), Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 (Akta 303) yang menyebut bahawa:
“Jika suami mana-mana perempuan telah mati, atau dipercayai telah mati, atau telah tidak didengar perkhabaran mengenainya bagi suatu tempoh empat tahun atau lebih, dan hal keadaan adalah sebegitu hingga dia patut, bagi maksud membolehkan perempuan itu berkahwin semula, dianggap mengikut Hukum Syara' sebagai telah mati, maka Mahkamah boleh, di atas permohonan perempuan itu dan selepas apa-apa siasatan yang wajar, mengeluarkan dalam bentuk yang ditetapkan suatu perakuan menganggap kematian suami itu dan Mahkamah boleh di atas permohonan perempuan itu membuat perintah bagi pembubaran perkahwinan atau fasakh sebagaimana diperuntukkan di bawah seksyen 52.”

Kenyataan Mufti Wilayah Persekutuan
Setelah dibincangkan pendapat para ulama’ di atas, pendapat yang terpilih di sisi kami dalam isu tempoh mafqud adalah ianya bergantung kepada keputusan dan pertimbangan hakim. Ini selari dengan pandangan masyhur Syafi’iyyah dalam isu ini. Di samping itu, hendaklah meraikan akta yang ditetapkan di Malaysia melalui Mahkamah Syariah. Ini bermakna, jika penentuan hakim sehingga mengambil masa 4 tahun dan lebih, maka si isteri perlu menunggu dan dibenarkan berkahwin lain selepas ‘iddah. Manakala jika selepas 6 bulan - sebagai contoh - sudah dapat disahkan dengan bukti bahawa suaminya meninggal dunia, maka si isteri boleh terus berkahwin lain setelah tamat ‘iddah.
Sekiranya si suami yang hilang kembali semula setelah tamat tempoh mafqud, beliau berhak memilih untuk menikahi isterinya kembali, atau menerima pemulangan mahar (merelakannya dengan suami baru). Ini berdasarkan kenyataan Saidina Umar dan Saidina Uthman:
إِنْ جَاءَ زَوْجُهَا خُيِّرَ بَيْنَ امْرَأَتِهِ وَبَيْنَ الصَّدَاقِ الْأَوَّلِ
“Apabila suaminya kembali (setelah tamat tempoh mafqud), maka si suami diberi pilihan antara kembali memperisterikannya atau menerima pengembalian mahar isterinya tersebut”
(Riwayat Ibn Abi Syaibah, no. 16723)
Berkenaan isu drama “Menanti Februari” yang timbul di media sosial baru-baru ini, jika suaminya hilang di laut (di Malaysia contohnya) maka keputusan tempoh mafqud itu tertakluk kepada keputusan hakim yang pastinya mengambil kira pandangan dan kajian Agensi Peguatkuasaan Maritim Malaysia, Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab melaksanakan tugas mencari dan menyelamat maritim di Zon Maritim Malaysia dan di lautan lepas.
Maka, kami berpandangan bahawa:
  1. Pernikahan si isteri dengan suami baru adalah tidak sah kerana tempoh mafqud yang dinyatakan adalah 6 bulan sahaja tanpa ada babak yang menunjukkan si isteri mendapat keputusan daripada mahkamah syariah berkenaan status perkahwinannya dengan suami yang hilang.
  2. Isteri yang pertama masih dikira isteri yang sah bagi suami yang hilang kerana tempohnya tidak mencapai had tempoh mafqud.
  3. Anak yang dikandung si isteri hasil hubungannya dengan suami kedua adalah anak syubhah yang lahir daripada persetubuhan syubhah dan dinasabkan kepada ayahnya serta berlaku hukum waris antara si ayah dan anak tersebut. Ulama juga sepakat wajibnya ‘iddah dan sahnya nasab dari hasil pernikahan yang disepakati batalnya seperti menikahi isteri orang lain, jika di sana ada syubhah yang menyebabkan gugurnya hukuman zina, iaitu dia tidak mengetahui haramnya pernikahan tersebut. Oleh itu, pernikahan (yang batal) yang tidak dikira zina, maka anak itu dinisbahkan kepada lelaki yang menyetubuhi ibunya.[11]
  4. Si isteri tidak boleh meminta fasakh kerana fasakh hanya boleh diminta kepada mahkamah jika suami hilang lebih daripada setahun sedangkan dalam drama berkenaan, suami baru hilang 6 bulan. Rujuk Seksyen 52 Perintah untuk Membubarkan Perkahwinan Atau Untuk Fasakh Dalam Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 Akta 303
Penutup
Suami dan isteri perlu ada asas agama yang baik dan bertanyalah kepada mereka yang lebih arif dalam hal-hal kekeluargaan sekiranya tidak tahu. Nasihat kami kepada pengarah drama dan filem tanahair, sudah sampainya masanya pandangan pihak-pihak berwajib seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) diambil serius demi memartabatkan industri lakonan yang patuh syariah. Drama dan filem adalah satu medium yang sangat baik bagi menyebarkan pemahaman Islam dan nilai-nilai murni merentasi sempadan agama. Semoga Allah memberi kita pemahaman agama yang baik dan memelihara kita dan keluarga kita daripada sebarang hal yang menggoyahkan institusi rumahtangga.
Akhukum fillah
Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan
11 Mei 2017 bersamaan 15 Sya'ban 1438H
_______________________
[1] Ibn Manzur, Lisan al-'Arab
[2] Al-Syafie. Al-Umm, 6/182.
[3] Al-Nawawi, Raudhah al-Talibin, 6/34.
[4] Mustaffa al-Khan et.al. Al-Fiqh al-Manhaji. 2/331; Wahbah al-Zuhayli. Al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh, m. 784-785.
[5] Ibn Hajar al-Haitami. Tuhfat al-Muhtaj, 2/253-254
[6] Al-Khatib Al-Syarbini. Mughni al-Muhtaj, 3/38; Sulaiman bin Muhammad bin Umar. Hasyiah al-Bujairimi, 3/260.
[7] Muhammad bin Ahmad bin Abi Sahal al-Sarkhsi. Al-Mabsut, 11/ 37-38; ‘Ala al-Din Abi Bakar bin Mas’ud al-Kasani. Badai’ al-Sanai’ fi Tartib al-Syarai’, 5/289 & Ibn Nujaim.  Al-Bahr al-Raiq, 5/178.
[8] Malik bin Anas, Al-Mudawwanah al-Kubra, 2/30-31; Muhammad Arifah Al-Dusuki, Hasyiah al-Dusuki ala Syarh al-Kabir, 2/479.
[9] Al-Buhuti. Kasyfa al-Qina’ An Matan al-Qina’, 4/515.
[10] Muhammad Toha Abu al-Ula Khalifah, Ahkam al Mawarith: Dirasah Tatbiqiyyah, hlm. 542
[11] Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyah, 8/123-124.

May 10, 2017

Drama menanti febuari -pandangan syariah part 1

Ana tak follow drama menanti febuari ni tapi mula hangat dibincangkan semasa balik ke rumah mertua minggu lepas, kalau nak tahu ceritanya taip ja sinopsis kat google kan

Dari apa yang ana dapat tahu beberapa isu berbangkit berhubung undang-undang syariah yang dikelirukan atau pencapaian jalan cerita tak tepat

Isu berbangkit

1)prosuder mahkamah syariah yang membubarkan perkahwinan dalam tempoh 6bulan kehilangan suami

2) tuntutan fasakh bagi isu nafkah yang terabai sepanjang tempoh kehilangan

3)suami hilang dalam perundangan malaysia serta mazhab

4) penyelesaian yang sepatutnya bagi membolehkan isteri berkahwin jika suami hilang

Bersama ni ana titipkan sekalung pendapat yang ana selesa dalam menjawab beberapa isu berbangkit

......................................

"teringat drama menanti februari. tp sy cuma mengikuti awal mggu drama ini dipertontonkan. n kemudian trus ke ep akhir drama ini. namun stlh mendengar ep akhir smlm d mn arie (zul arifin) mempersoalkan fiza (bkn sy)😂 sng2 boleh menerima kehadiran org lain sdgkan dia hlg xlama cuma 6 bln. dan tdpt 1 ep xsilap d mn edie bwrbncang dgn ibu bapa ny bkata dia xslh sb perkahwinanny sah dan tlh mendapat kebenaran. d sini ttba sy musykil. husband pon ttbe tny sy ttg tempoh kehilangan trsbt. 😂

di sini, kita anggapkan arie dikategorikan sbgai org yang hilang @pun al mafqud.

Al-mafqud merujuk seseorang yang hilang daripada tempat asalnya dalam tempoh yang lama sehingga terputus berita mengenainya dan tidak diketahui sama ada dia masih hidup ataupun sudah meninggal dunia.

di dlm peruntukan uu keluarga islam n.selangor

BAHAGIAN V - PEMBUBARAN PERKAHWINAN

Seksyen 54. Anggapan mati

(1) Jika suami mana-mana perempuan telah mati, atau dipercayai telah mati, atau telah tidak didengar perkhabaran mengenainya bagi suatu tempoh empat tahun atau lebih, dan hal keadaan adalah sebegitu hingga dia patut, bagi maksud membolehkan perempuan itu berkahwin semula, dianggap mengikut Hukum Syarak sebagai telah mati, maka Mahkamah boleh, di atas permohonan perempuan itu dan selepas apa-apa siasatan yang wajar, mengeluarkan dalam bentuk yang ditetapkan, suatu perakuan menganggap kematian suami itu dan Mahkamah boleh di atas permohonan perempuan itu membuat perintah bagi pembubaran perkahwinan atau fasakh sebagaimana diperuntukkan di bawah seksyen 53.

(2) Suatu perakuan yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1) hendaklah disifatkan sebagai perakuan kematian suami itu dalam erti perenggan 14(4)(b).

(3) Dalam hal keadaan yang disebut dalam subseksyen (1), seseorang perempuan adalah tidak berhak berkahwin semula tanpa suatu perakuan yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1) walau pun Mahkamah Tinggi mungkin telah memberi kebenaran menganggap suami itu telah mati.

(4) Perakuan yang dikeluarkan di bawah subsekyen (1) hendaklah didaftarkan seolah-olah perakuan itu telah mewujudkan perceraian.

terdapat jg peruntukan di dalam uu sivil mengenai anggapan kematian cuma Yang membezakan antara peruntukan undang-undang sivil dan undang-undang Syariah hanyalah tempoh yang perlu ditunggu oleh waris untuk membentuk anggapan bahawa al-mafqud telah pun mati. Undang-undang sivil, waris perlu menunggu 7 tahun manakala undang-undang syariah, 4 tahun.

anggapan kematian jg boleh dirujuk melalui kes kehilangan penumpang dan krew MH370 d mn Keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan menyatakan tidak perlu untuk melakukan solat jenazah ghaib pada waktu ini kerana pada penilaian mereka, situasi penumpang dan anak kapal adalah masih mafqud (hilang) iaitu hukumnya diiktiraf masih hidup. Solat jenazah hanyalah pada mereka yang diyakini (pasti) sudah mati

oleh yg demikian pengamalan di malaysia penentuan sm ada org tersebut al mafqud atau sudah dibuktikam kematiannya hanya Mahkamah Syariah yg boleh utk menentukan perkara tsbt. dgn syarat mengikut peruntukan seksyen.54 uu keluarga islam."

Respon soalan Na_ad & syamsul rusydi

Lama agaknya baru jawab soalan dari komen..ada yang marah kerr? Sabar ye, memang tak nafikan blog ni makin bertambah sawangnya, tapi insyaAllah arini ana berkesempatan menjawab soalan tersebut

Ringkasnya, dua dua soalan adalah berkait dengan daij dan dsla, untuk pengetahun
daij maksudnya diploma administrative islamic judiciary

Dsla plak diploma syariah latihan dan amal,

Kat situ dah nampak beza kalau nak diukur kelayakan pada dua jawatan iaitu pegawai syariah (Ls) dengan peguam syarie, pertama sekali daij di ukm boleh diterima jika mahu memohon jawatan LS41, buktinya kawan ana sekarang sedang berkhidmat di JKSM  dengan jawatan tersebut
Beliau bukan graduan lepasan uia sebaliknya daij ukm

Tapi ana tak mahu bagi pendapat terlalu panjang sebab khuatir info ana sudah berubah mengikut semasa pihak uni, namun sekadar berkongsi boleh la ana coretka mudahan jadi pemangkin buat yang berminat dalam bidang ni,

Jawatan LS ni agak sukar dibuka, pernah dulu diberitahu tentang temuduga jawatan ini, salah satu ny perlu sinopsis kan 7 kitab muktabar yang digunakan dalam syariah,
Selain dari itu, turut diuji kebolehan dalam penghujahan serta balas hujah kepada pihak lawan

Oo lagi satu tentang tinggi rendah daij dan dsla, sebenarnya tak wujud pun ukuran tu sebab kedua duanya sememangnya berbeza, bagi jawatan yang mempunyai klasifikasi kerja dalam.bentuk kerja pentadbiran seperti ada orang bawahan, rekod data dan seumpamanya sebagai kerja hakiki maka sudah semestinya memerlukan daij sebab ia ada kursus soal pentadbiran dalam bidang syariah


Sebaliknya dsla secara khusus merupakan kelayakan yang disyaratkan untuk memohon jawatan peguam syarie di negeri, ia tidak berhenti disitu, sebagaimana yang kita sedia maklum menjadi peguam syarie memerlukan sijil guaman, ia diperolehi selepas selesai temuduga dan tapisan lain oleh badan berwajib


Dalam bidang syariah tiada istilah majistret hatta mahkamah majistret pun tiada, yang ada cuma hakim mahkmah rendah atau hakim mahkamah tinggi, untuk kelayakan hakim ia diukur dari keupayaan atau usia dalam bidang ini


Untuk lebih lanjut, ana syorkan untuk hubungi terus uni yang dipilih

Sekian

Kedai kain murah di kajang

Bila terbiasa bercerita tapi disuruh kurang bicara memang bosan kan, terutama bagi perempuan dan tinggal dalam ruang yang sama sepanjang hari

Jadi sebagai penyelesaian kita conteng coret kat blog yang dah lama bersawang ni, ada ka yang tunggu update?

Tadi baru g nagoya dekat tesco kajang, kat area saujana impian, sebab lalu highway jadi sekejap ja dah smpai, buat apa? Cari kain untuk tempahan baju seorang customer, fuh gagah sungguh kan? Nasib la suami sudi teman dan bagi pandangan

Tak susah la nak cari, sebab mata suami ni tajam record tone colour, ana plak paling bermasalah soal colour and tone, paling senang colour basic ajelah,

KEDAI KAIN MURAH DAN BERKUALITI

baru-baru ni saja la cuci mata kat page fb nagoya, rupanya kain ni jenis valentino satin, perghh mahal kalau kat gulatis apatah lagi jakel, alhamdullillah nagoya leh bajet, pilihan pun banyak, corak baru tau

Kalau nak tahu, setiap nagoya kekadang lain koleksinya, alamak jatuh hati kat nagoya plak kan, mak mertua pun sama suka nagoya textile

Besa la, ambang aidilfitri 2017 kan mulalah sibuk sibuk teropong mana design latest, nampak masih pucci menguasai, dan juga songket printed, santek memang santek, matching plak dengan valentino plain satin, fuhhh tenggelam anzalna

Ada banyak lagi nak citer, pasal kena marah sebab anak tolak troli kena cermin kedai rambut, ermm

Kena marah lagi sebab kuarkan anak dari troli

Kena marah lagi sebab anak ganggu drive

Kena marah lagi sebab tanya soalan pada temuduga surat

Kena marah lagi padahal nak tanya pasal makan tomato tak sebab nak potongkan

Kena marah lagi sebab buka lappy kuat operation no found tp bila dia buka windows kuar

Kena marah lagi sebab abg kandung rosakkan keypad no.2 dan no.4

Korang nilai la sendiri, tahap kesabaran macam mana nak sandarkan melainkan hanya namaMu,

La tahzan innallaha maana