SILA "CLICK NEW TAB FOR DETAIL POST" JIKA MENGHADAPI MASALAH MEMBACA ENTRI SILA EMAIL KAN PADA CAKERAWALA IBTISAM TERIMA KASIH

SELAMAT DATANG

Rasulullah Saw bersabda, “Janganlah sekali-kali engkau menganggap remeh suatu perbuatan baik, meskipun (perbuatan baik itu) dengan engkau menjumpai saudaramu (sesama muslim) dengan wajah yang ceria." (HR. Muslim).

IBTISAM = SMILE = SENYUM

semua insan adalah sama dan yang membezakannya hanya taqwa

HEART FOR RABBI

tiada perkara yang lebih indah melainkan jatuh cinta pada Allah

PETUA IMAM SYAFIE

Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati

ISLAM THE WAY OF LIFE

syariah- akidah- akhlak = BAIK (B= bahasa, A= adab, I=imej, K=kelakuan)

Oct 31, 2012

syg pemuda,hormati org tua..


Assalamualaikum semua..hal antum fi sihhah?? naam au la?? ha da lama ana x praktikkan penggunaan bahasa Arab ni sbb hanya kadang2 aje ana sebut2..hehe nk kene ingat balik “vocabulary Arabic” la puler hehehe..arini ana nk tujukan kepada antum tentang yg tua dihormati dan yg muda disayangi..lepas baca antum simpulkan sendiri ye..xpon minx tolong acu huraikan sedikit cerita ana ni hehehe..


Ikhwan A: “die 2 berlagak da mcm ketua plak padahal xde pape pangkat pon ,”
Ikhwan B: “haah tau xpe, aku punyer la ta’ban nian keje kt belakang dorg sedap2 je tdo kt dlm bilik”
Ikhwan A: (nada kuat+sindir) “wei kawan2,bile aku nk tdo ni,aku da pnt ni, memanjang kacau sop aje,mkn nk!!!!”
Kawan2: “haahlah aku pon da penat,rehat ajelah klu tdo lg bes hahaha ”,nama je sambut hari Qurban,tp   dalam jiwa xde pengorbanan langsung!!ppppuuuuiiiiihhhhhh!!!!!!! (buat2 meludah aje hehehe)
Ikhwan A: “pergh,aku da mnyirap ni, die ingat die budak lama bley la ni pijak2 budak baru,”bentaknya..
Ikhwan B: “aku bley hormat die pasal die bdk lama tp dorg xley nk hormat kita sbb kite ni da lebih umur daripada mereka..ape ingat org tua aje nk kene syg org muda,org muda xde hormat org tau lngsung”!!!!!!

Ha ni la senario dalam kehidupan..adakalanya kita bila sudah jiwa meningkat remaja, ati da perasaan memberontak untuk menjadi yg lebih baik di kalangan yg terbaik TETAPI adakah antum semua pasti apa yg telah direncanakan di atas adalah sifat negative atau positif??ataupun dalam bahasa Arabnya sifat mazmumah atau sifat mahmudah???

Zaman la ni adalah zaman di mana anak2 muda bangkit untuk mengejar ilmu,harta benda,pangkat dan segalanya..tp mereka sudah tidak mengerti apa itu nilai2 murni terhadap org yg lebih tua daripada mereka..sebagai contoh,ucapan salam sepatutnya dimulakan oleh anak2 muda apabila bertembung sesame pakcik2 atau makcik2 tetapi sebaliknya adakalanya hanya menonong diam membisu..

Sedangkan semasa Baginda Rasulullah saw berjalan ke mana sebelum smpat sahabat Baginda memberi salam, Nabi Muhammad saw sudah memberikan salam..nah, dimanakah sifat2 ataupon akhlak2 nabi dlm diri kita??adakah ditelan arus sesuai dgn mengikut zaman..ish bak kata IMAM MUDA FATAH, “CAME ON LA” hahahah..xde salah pon  yg muda hormat yg tua kerana tiada org yg tua pasti tiada org muda..mereka pon pernah jgk muda2 mcm kita tp 2 dulu..ha dalam kitab fiqih, ade hadis yg menyatakan “anak itu adalah cabang daripada ayah”..jika masa muda kita da perangai sudah tiada hormat pada org tua,bagaimana dgn ank2 kita akn dtg??mereka pasti akn mngikut genetik2 mazmumah bapa atau ibu mereka..antum semua xtkut ke bile jd mcm 2??

Beringat la selalu sheikh..antum bukan muda selalu..tp akn meningkat dewasa,berkahwin, punya isteri, punya anak dan akan punya cucu insyallah..cube la cara yg fleksibel dalam bergaul dgn masyarakat agr org x mencemuh diri kite dlm diam2..cbe berbuat bek pada semua manusia, habluminnas agar org sekeling akn suke melihat kita..ini TIDAK,dengan muka toya,berlagak da mcm ketua aym kampong, sombong, ckp selalu ingin menang sahaja..masyallah,apakah nilai2 akhlak al-quran udah tidak ada dlm jiwa antum sekalian???
Ana ingat, ini lah akibat apabila rohani kita tidak dihiasi dgn bacaan quran, time usrah baca quran,buat2 skit perut pasal nk mengelak jd naqib..dimanakah ciri2 seorang pemimpin, ini ke lelaki yg wanita inginkan?? adakah seperti lelaki yg berlagak pandai berkata2 tp xwat keje, tau mengarah aje tp xpenah laksanakan dahulu, buat2 sakit sblum baca quran, lepas semua selesai bace quran da ok plak alahai labu2..erm kdg2 ana tergelak sendirian dan berfikir sejenak..apakah ana akn jd mcm 2?? ana nk jd pemimpin yg akn memimpin makmum ana..ana ingin bakal generasi (anak) menyambung dakwah ana..insyallah,cubelah kita buat dari sekarang mulakan dgn langkah baru tuk berubah,berqurban la ckit tuk meningkatkan taqwa pada Allah dan maslahat akn dtg..ingat, ank2 akn ikut serba sedikit tingkah laku kite dan mgkin akn lebih truk drpada apa yg kita buat skrang..kalu baik acuan,maka cantikla bntuknya dan sebaliknya..buanglah segala kekotoran hipokrit dan suburkan muraqabah..


salah satu sifat yang terpenting yang patut ada pada setiap dalam diri diri kita ialah sifat muraqabah.apakah maksud muraqabah? ..rasa diri sentiasa dilihat ,dinilai,dipantau dan diawasi oleh allah , jadi pernahkah rasa rasa ini hadir dalam setiap diri diri kita sebelum ini?

kalau tanya islam,awal awal lagi islam mahu sifat sifat ini diusahamilikan oleh seluruh dan setiap umat umatnya hingga benar benar mendarah daging dalam setiap diri diri mereka.pendek kata,kalau sifat sifat ini tidak ada dalam diri diri kita,maka bermacam macam kejahatan dan kerosakan yang bakal dilakukan secara berleluasa seperti yang berlaku pada abad ini.






Ingatlah org2 tua adalah teras masyarakat..mereka yg lebih makan asam garam,gula pasir,gula Melaka dan sebagainya hehehe..bnyak kite xtau ttg budaya dan adat resam..kite yg muda bru nk naik ni..belajar la hidup bertoleransi sesame kawan ye..

Adakalanya kita hanyut dalam arus dunia, adakalanya kita alpa dalam mainan dunia, adakalanya kita jatuh dan tersungkur di dalam dunia nyata mahupon maya..ha maya???mcne 2??la maya 2 mcm dlm bayangan kite sndiri la..ha adik2 kn pndai hehehe..kerna kite manusia yg lemah lagi tidak berdaya disisiMU ya Rabb..tunjukkanlah hamba2 Mu ini jalan yg Engkau Redhoi ye..heheheh
Perbanyakanlah belajar menguatkan hati dgn bercakap dgn org2 soleh,bnyakkan berfikir,jgn bnyak ckp yg 
lagha ataupon merapu2 yg sia2..nescaya antum akn dpt jawapannya selepas antum amlkan semua ini..
papon INGAT,BERBUATLAH KEBAIKAN WALUPUN SEBESAR ZARAH YE..dalam surah al-
Zalzalah ayt 7-8 ada menyatakan:    



7. maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!
8. dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!

Akhir kalam..ana mutaassif ye..beringat pada diri sndiri dan pada org lain, smpai jmpe lg..daaaaaaaaaaa

La Tahzan Innallah Maa'na- Acu
"Ustaz Novela"


PETUA IMAM SYAFIE PETUA IMAM SYAFIE






Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

4 CARA TIDUR

1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan
bumi.

2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat
malam.

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak
dimakan.

4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

Kalau rajin.... :P Tolong sebarkan maklumat ini kepada saudara
Muslim Muslimat yang lain agar menjadi amalan kepada kita semua. Ilmu
yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang
mengajarnya meskipun dia sudah mati.


Oct 28, 2012

RAYA QURBAN DI JAMBI


Assalamualaikum para sahabat handai dan teman2 seperjuangan..ha belum terlambat lg ana nk ucapkan minal aidil wal faizin wa antum bikhoir kepada umat Islam di seluruh dunia..kerana meraikan hari bersejarah putera baginda Nabi Ibrahim lahir..eh btol ke???ade kene mngena ke? Syahmi, anta jgn nk wat pembaca pening ye!!…eh marah plak ibtisam ni hehehe..toib2 ana melawak aje la..ok ana nk ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha la..ia juga untuk mengingatkan kita kepada peristiwa dimana Nabi Ibrahim mendapat perintah daripada Allah s.w.t untuk menyembelih putera Baginda, Nabi Ismail…

ha bayangkan betapa besar pengorbanan Nabi Ismail kerana menyahut seruan Allah..Ha antum jgn la terkejut plak, Allah swt x kn membiarkan utusan-Nya mcm 2 saja tau.. Allah swt hanya ingin menguji sejauh mana ketaatan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail dalam melaksanakan tanggungjawab..jadi Allah swt telah menggantikan Nabi Ismail dengan seekor kibas..ha menarik kan adik2??ha pndai adik2 ni..t da besar belajaq pandai2 na,pas2 tlong la ibu bapa kerana mereka telah mngorbankan banyak benda dalam membesarkan kita tau..SYUKRAN UMI WA ABI..LUV U SO MUCHHH MUUUUAAAAHHHHHHH HEHEHEH…da2 syahmi,ibtisam nk teruskan bicara ni,’kata ibtisam..hehe yela cik ibtisam oiiii

 pertama kali ana beraya di perantauan tau..ni la pling jauh nun die seberang Selat Melaka..ana kn belaja di Jambi Indonesia jd ana dapatla beraya bersama teman2 yg x blik Malaysia tau..ha meriah tau ana x tipu hehehe..dpt tlog2 sme2,mkn sme2 tp walaupun ana xdtg wk2 pagi tp ana akn tlog bersihkan pd wk2 malam..yela t ade mulut2 jahat yg bersuara..papon kita mesti habluminannas tau..kene la khusnol zon selalu ye..ha ni la gambar2 ana bersama teman2 seperjuangan yang berkorban untuk meningkatkan mujahadah di Negara orang..sedih,pilu,tawa gembira semua ada tau..ana juga x ketinggalan tp ana pasrah..ini lah pengorbanan..xpela sekurang-kurangnya ana dapatla tau psl qurban di tempat org tol x ibtisam...ha ni ana ade ckit buah tangan tuk pembaca..ha iqra!!hehehe

LAFAZ TAKBIR RAYA..ALLAHUAKBAR..!!

Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar,
Tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Allah dan Allah Maha Besar,
Allah Maha Besar dan segala puji-pujian hanya layak bagi Allah.
Allah Maha Besar Yang Teramat Besar, Segala Puji bagi Allah Yang Teramat Banyak,
Maha suci Allah pada waktu pagi dan petang,
Tiada Tuhan melainkan Allah, dan Tidak ada lain yang kami sembah melainkan Dia,
Kami ikhlas kepadaNya (mengikuti ajaran agama Islam) sekalipun dibenci oleh orang-orang kafir,
Tiada Tuhan melainkan Allah Yang Tunggal,
Yang Menepati janjiNya, Yang Menolong hambaNya,
Dan Yang Memuliakan tenteraNya dalam mengalahkan tentera al-Ahzab dengan sendiri (KekuasaanNya),
Tidak ada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar,
Allah Maha Besar dan segala puji-pujian hanya bagi Allah.

Ha baca la ayat die pon da wat kita sayu betapa besar,agungnya kuasa Allah swt..Allahu Akbar
Ni la gambar2 ana bersama kawan2..selamat menbaca da senyum selalu ye hehehe..
Salam ukhuwah fillah

La Tahzan Innallaha Maa’na  -  acu




bergambar dgn Imam Muda Fatah


ruang legar bersama kawan2 ana hehehe


pelajar malaysia di jambi..


ha kenangan bersama..


gambar 1960 kami..

여성 알림

Assalamualaikum semua hehehe..da lme ana x celoteh dlm blog kn..ha skarang kn ramai akhwat2 kt luar sana 2 minat korea..jd ana terpikir nk letak tajuk entri ana dalam bahasa korea hahaha..agak2 ape mksudnyer???ha ape lg google translate la hahahha..tau tgk bahasa korea tp klu x manfaatkan perkataan mereka pon x guna jgk kn hehehe..hehehe.. ni entry ana kali ini..mempersembahkan...

Sekali wanita ternoda, gugurlah sekuntum wardah di syurga.

Duhai Hawa, dirimu begitu berharga.
Peliharalah dirimu dengan sebaik-baik pemeliharaan.
Tebalkanlah sifat malumu yang merupakan fitrah semulajadi kejadian seorang wanita.
Dan jagalah pandangan, pendengaran, percakapan, pemikiran, hati dan tingkah lakumu.

Jangan biarkan dirimu hanyut dengan gelombong dunia yang tiada sempadan. Jangan biarkan dirimu lemas dalam ombak dunia yang melalaikan.

Sedarlah Hawa. Hidup ini hanya sementara.

Hanya kepada ALLAH SWT, kita memohon perlindungan daripada tipu daya "musuh" yang nyata. Hanya kepada DIA-lah kita menyerah diri. Semoga ALLAH SWT memelihara kita dengan sebaik-baik pemeliharaan kerana tiada yang lebih berkuasa melainkan DIA Yang Esa..

:: .Muhasabah. Istighfar. Taubat. ::














Oct 25, 2012

IMAN SEMUT DI ZAMAN NABI SULAIMAN A.S



Pada zaman Nabi Allah Sulaiman AS, berlaku satu peristiwa apabila Nabi Allah Sulaiman nampak seekor semut melata di atas batu; lantas Nabi Allah Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus. Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut, " Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan
 cukup untuk kamu?"

Semut pun menjawab, "Rezeki di tangan Allah, aku percaya rezeki di tangan Allah, aku yakin di atas batu kering di padang pasir yang tandus ini ada rezeki untukku."

Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya, " Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?"

Jawab semut, "Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan."

Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan, "Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong."

Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, angkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas; kemudian diambilnya gandum sebiji, dibubuh ke dalam bekas dan ditutup bekas itu. Kemudian Nabi Allah Sulaiman meninggalkan semut itu di dalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan.

Setelah cukup satu bulan, Nabi Allah Sulaiman melihat gandum sebiji tadi hanya dimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi Allah Sulaiman menempelak semut itu, "Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah sahaja."

Jawab semut, "Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong. Kalau aku ada di atas batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa."

Itulah Iman Semut!!!





~~Kenali Wanita~~




a) Tanah - anak pertama, kelima, kesembilan.
b) Air - kedua, keenam, kesepuluh
c) Api - ketiga, ketujuh, kesebelas
d) Angin- keempat, kelapan, keduabelas

WANITA BERUNSUR TANAH
1) Merendah diri,serta hormat dan patuh, setia serta
rela berkorban.
2) Tidak cerewet, tidak meninggi diri, tidak
sombong dan bukan seorang pemarah.
3) Tenang diri, aman, dan memberi sokongan.
4) Tidak suka membantah atau membangkang
5) Berwatak manis, lemah lembut, bersih dan
sentiasa menjaga kecantikan.

WANITA BERUNSUR AIR
1) Menghidupkan hati pasangan dan pemberi
semangat.
2) Mengambil berat
3) Hatinya bersih dan boleh membahagiakan
pasangan
4) Menenangkan pasangan.
5) Sangat romantis
6) Mudah menangis

WANITA BERUNSUR API
1) Cintanya sentiasa hangat dan memberahikan
2) Cergas, cepat dlm gerak geri dan tangkas
menguruskan rumah tangga.
3) Penasihat yang baik
4) Pandai dan cekap mengurus rumahtangga
5) Pandai menghias diri agar kelihatan cantik selalu
6) Berwaspada selalu

WANITA BERUNSUR ANGIN
1) Lemah lembut dan menenangkan
2) Pandai bermain kata dan memujuk rayu
3) Sopan santun dan berbudi pekerti mulia
4) Bijak mewujudkan suasana selesa.
5) Hati yang cepat berubah ubah





Warkah Buat Suami

Renungan untuk diriku dan sahabat sekalian :)


Wahai lelaki, fahamilah erti perkahwinan…

Perkahwinan menyingkap tabir rahsia, 

Isteri yang kamu nikahi, 
Tidaklah semulia Khadijah, 
Tidaklah setaqwa Aisyah,
Pun tidak setabah Fatimah…



Isterimu hanyalah wanita akhir zaman,
Yang punya cita-cita,
Menjadi solehah..

Perkahwinan, mengajarkan makna kewajipan bersama,

Isteri menjadi tanah,
Kamu langit penaungnya,
Isteri menjadi ladang tanaman, Kamu pemagarnya,
Isteri ibarat ternakan,
Kamu gembalanya,
Isteri adalah murid,
Kamu gurunya,
Isteri bagaikan anak kecil,
Kamu tempat bermanjanya,

Saat Isteri menjadi madu,
Kamu teguklah sepuas-puasnya, Saat Isteri menjadi racun,
Kamulah penawar bisanya,

Seandainya Isteri tulang rusuk yang bengkok,
berhati-hatilah meluruskannya…

Perkahwinan, menyadarkan Kamu perlunya IMAN DAN TAQWA,
Untuk belajar lebih SABAR DAN REDHA,

Kerana Kamu miliki isteri yang tidak sehebat mana,
Hanyalah wanita akhir zaman,
Yang punya cita-cita, menjadi solehah..



Kamu akan tersentak dari alpa, Kamu bukanlah Rasulullah,
Pun bukanlah Saidina Ali Karamaullahhuwajhah,

Cuma suami akhir zaman,
Yang berusaha menjadi soleh

************************



Dalam sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yg duduk diatas pintu rumah. Tugasnya ialah utk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan dihati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah.

Sebab itulah Rasulullah saw tidak akan masuk rumah sehinggalah Baginda mendengar jawapan salam daripada isterinya. Disaat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu.

Oct 24, 2012

PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN TAQWA


الحديث الثامن عشر

عن أبي ذر جندب بن جنادة وأبي عبد الرحمن معاذ بن جبل رضي الله عنهما عن رسول الله صلي الله عليه وسلم قال: اتق الله حيثما كنت واءتبع السيئة الحسنة تمحها وخالق الناس بخلق حسن. رواه الترمذي وقال: حديث حسن. وقي بعض النسخ حسن صحيح


Terjemahannya
Dari abu dzar jundub bin junadah dan abu abdul rahman mu adz bin jabal radiyallahu anhuma dari rasulullah sallallahu alayhi sallam sabdanya bertaqwa la kamu kepada allh di mana saja engkau berada dan ikutlah kejahatan dengan mengrjakan kebaikan nescaya menghapuskannya.dan berperangailah kepada manusia yang bagus diriwayatkan oleh al – tarmizi dan katanya hadith hasan dan pada naskhah hadith ini hasan sahih.




 SYARAHANNYA

Hadith ini  diriwayatkan oleh Al Tarmizi Dari Abu Dzar Jundub Bin Junadah Dari Abu Abdul Rahman Muadz Bin Jabal.Abu Dzar beragam Islam di Mekah kemudian hijrah ke Madinah. Beliau adalah seorang yang amat fasih percakapan dan penuh dengan ilmu pengetahuan.hadith yang diriwayatkan ada sebanyak dua ratus Sembilan puluh satu hadith. Manakala Abu Abdul Rahman adalah seorang pejuang banyak menyertai peperangan bersama nabi. Beliau adalah juga seorang ulama yang banyak mengetahui perkara yang halal dan haram.


NILAINYA

Hadith tersebut mengandungi nilai yang penting dalam perkara yang berhubung dengan Allah dan manusia, penilaian ini dapat dilihat dari penegasan nabi yang menjelaskan betapa dan bagaimana sifat taqwa kepada Allah itu diamalkan dan menjelaskan juga betapa penting budi pekerti terhadap manusia itu dilakukan.





Pada hadith ini nabi telah menjelaskan tentang taqwa dan perkara yang berkaitan dengan taqwa. Erti taqwa ialah melaksanakan segala suruhan Allah dan meniggalkan segala perkara yang dilarang olehnya .Pelaksanaan ini wajib dipatuhi tidak kira di mana waktu dan tempat. Perkataan taqwa (berbakti) adalah sedikit sebutannya tetapi maknanya luas dan lengkap kalau dikatakan taqwa kepada Allah ialah berbakti kepada Allah. Menurut ketentuan hukum pula ialah mematuhi dan tidak mengingkari segala suruhannya.

Taqwa kepada Allah diperlukan di mana saja kita berada sama ada seorang diri mahupun bersama orang lain. Dalam Al-Quran ada ayat yang menegaskan faedah  taqwa kepada Allah. Diantaranya ialah mengelakkan diri dari api neraka,untuk menempatkan diri kita dalam syurga Allah, selain itu ianya juga boleh membaiki amal kita menghapuskan dosa, mencapai kejayaan,  mencapai kemenangan dan  kejayaan. Untuk melepaskan diri kita dari kesusahan dan memperolehi rezeki yang halal dan akhirat kita mesti bertaqwa kepada Allah tanpa sekutukannya. Firman Allah’

ومن يتق اللة يجعل له مخرجا وير زقة من حيث لا يحتسب

Dan barangsiapa bertaqwa kepada Allah nescaya ia jadikan baginya satu jalan keluar  dan ia kurniakan dia dari jalan ia tidak sangka. (surah al-Thalaq ayat 2-3 )

Menurut  keterangan ahli tafsir ayat tersebut diturunkan berhubung dengan sesuatu peristiwa di mana seorang sahabat telah mengadu kepada nabi mengenai hal anaknya yang telah ditawan musuh. Nabi menyuruhnya bersabar,dan tidak lama kemudian anaknya Berjaya melarikan diri dari tangan musuh, dan terus pulang dengan membawa beberapa ekor kambing yang diambil dari musuh.

IKUTLAH KEJAHATAN DENGAN KEBAIKAN

Sebagaimana telah diketahui bahawa nabi pada hadith nya menyuruh kita bertaqwa kepada Allah dengan cara memelihara diri dari dosa.Tetapi seorang bernama manusia tidak terlepas dari buat kesalahan untuk itu nabi telah bersabda     السيئة الحسنة تمحها واتبع  dan ikutlah kejahatan itu dengan mengerjakan kebaikan supaya kebaikan itu dapat menghapuskan , ini bererti kejahatan yang dilakukan dosanya dengan melakukan kebaikan kemudian.

Kejahatan   (    السيئة ) yang dimaksudkan di sini  ialah dosa kecil dan kebaikan  (الحسنة )
Yang dikatakan dapat menghapuskan kejahatan  itu ialah sembahyang mengambil wudhu dan lain-lain lagi. Dalam Al-Quran ada ayat menegaskan bahawa segala kebaikan menghilangkan segala kejahatan sebagaimana yang difahamkan dari hadith ini..
( اء ن الحسنا ت يذهبن السيئات )
Sesungguhnya segala kebaikan dapat menghapuskan segala kejahatan. ( surah al-hud 114)

Menurut keterangan hadith Sahih Bukhari dan Muslim dari Ibn Mas ud Bahawa seorang lelaki telah mencium seorang perempuan kemudian ia datang kepada nabi untuk menceritakan halnya. Nabi kemudian diam sehingga diturunkan ayat tersebut.Kemudian nabi menceritakan hal kepada pemuda tersebut .
Menurut hadith Abu Hurayrah bahawa nabi telah bersabda demi diriku dalam tangannya seorang hamba yang solat lima waktu, berpuasa pada bulan ramadhan mengeluarkan zakat menjauhi dosa besar yang tujuh akan dibukakan baginya pintu-pintu syurga kemudian dikatakan kepada Masuklah dengan selamat.
Berkata Ibn Umar kepada seorang lelaki adakah engkau takut memasuki neraka dan engkau suka memasuki syurga? Katanya ya! Buatlah kebaikan kepada ibumu lembutlah perkataan kepadanya,berilah makanan kepadanya tentu engkau dapat masuk syurga selama engkau menjauhi dosa besar demikian kata ibn umar kepadanya.

Kesimpulan segala kebaikan seperti wudhu sembahyang puasa zakat dan lain-lainnya  dapat menghapuskan dosa.

BERPERANGAILAH KEPADA MANUSIA DENGAN PERANGAI YANG BAGUS

Setelah nabi menerangkan perkara taqwa kemudian dijelaskan kebaikan yang menghapuskan dosa maka diakhiri dengan menyatakan perkara perangai budi pekerti dan sopannya santunnya yang dikehendaki kepada seorang manusia dengan sabda  dan berperangailah kepada manusia dengan perangai yang bagus atau sopan.



Sesungguhnya kamu tidak akan melapangkan manusia dengan harta kamu.sebab itu maka lapangkan mereka dengan muka yang jernih berseri dan keelokan budi.sebaik baik kamu ialah orang yang paling elok budi pekerti.
Sesungguhnya Allah telah memilih agama Islam untuk kamu.Maka muliakan dia dengan budi yang baik dan murah hati.Kerana tidak sempurna Islam melainkan dengan keduanya.
Sesungguhnya keelokkan budi adalah seberat-berat barang yang diletakkan dalam timbangan (amal) dan orang yang berbudi sekasih-kasih kepada Allah dan sehampir hampir orang tempat kedudukan anbiya.

Jadi keterangan ini jelaslah betapa tinggi lagi mulia peribadi orang yang berakhlaq dan berbudi. Orang yang sedemikian ini dapat hidup dalam masyarakat dengan sempurna kerana tidak ada yang yang dibimbangkan atau ditakuti oleh ketiadaan suatu perbuatan dari akhlaqnya yang menghina atau merosak orang yang di dalam masyarakat.
  

PETUNJUKNYA

Hadith ini secara keseluruhannya mengandungi tiga hukum pertama hak Allah, kedua hak mukallaf ketiga hak hamba. Hak Allah ialah taqqwa kepadanya. hak mukallaf ialah menghapuskan dosa yang telah dikerjakan.hak hamba ialah pergaulan di antara sesama manusia dalam masyarakat. Ketiga-tiga hak tersebut ini masuk dalam taqwa.Yang demikian bererti pula taqwa itu tidak terhad kepada Allah tetapi meliputi juga sesama manusia.

Kebaikan yang dikerjakan dapat menghapuskan kejahatan,yang demikian lenyaplah dosanya. Para ulama telah banyak memberitahu tentang cara untuk menghapuskan dosa dengan ketiadaan taubat. Mereka telah membahaskan adakah amal kebaikan (amal saleh) dapat menghapuskan dosa kecil atau dosa besar ataupun dosa-dosa kecil sahaja?diantara mereka banyak berpendapat bahawa amal kebaikan dapat menghapuskan dosa kecil sahaja tidak dosa besar. Inilah yang diriwayatkan dari Atha dan ulama salaf hadith wudu yang menyatakan penghapusan dosa kecil.

Adapun dosa besar maka penghapusnya ialah taubat nasuha.sementara itu telah diijmakan pula bahawa taubat adalah fardu. Andaikata segala dosa besar dapat dihapuskan dengan wudu sembahyang dan dengan rukun-rukun islam yang lain maka tidak perlulah lagi kepada taubat. sebagai alasan untuk menetapkan segala amal fardhu itu Abu Hurayrah menyatakan bahawa nabi bersabda.

(الصلو ات الخمس والجمعة اء لي الجمعة ورمضان اءلي رمضان مكفرات لما بينهن مااجتنبت الكبائر)

Sembahyang yang lima waktu dan sembahyang jumaat kepada jumaat (dari seminggu keseminggu ) dan puasa ramadhan kepada puaa ramadhan adalah menghapuskan dosa di antara sekeliannya selama dijauhi segala dosa besar.



KESIMPULANNYA

Pendapat jumhur ahli sunnah menyatakan bahawa menjauhi segala dosa besar adalah syarat untuk menghapuskan segala dosa kecil. Sebaliknya kalau masih juga melakukannya dosa besar maka tetaplah tidak berlaku penghapusannya.Kedua pendapat yang mengatakan dosa kecil terhapus secara mutlak sekalipun didapati dosa besar.Namun demikian disyaratkan pula taubat dari dosa kecil itu dan jangan dikekalkan melakukannya.

Sekian wallahu A”lam.











;

KISAH PILU PEMBUNUHAN SAIDINA USMAN


KEWAFATAN SAIDINA USMAN





Teringat plak kisah selepas raya haji tau tapi kisah sedih huhu..antum hayati ye elok2..


Saidina Usman mati dibunuh pada petang khamis 16 Zulhijjah tahun 35 hijrah dan dimakamkan pada hari jumaat keesokannya pada usia 80 tahun atau 82 tahun. Menjadi khalifah selama 11 tahun 11 bulan dan 14 hari. Meninggalkan 16 orang anak iaitu 9 lelaki dan 7 perempuan.

Saidina Uthman dibunuh oleh oleh golongan Khawarij dan pengikut Abdullah bin Saba’. Para sahabat pernah mencadangkan agar kaum munafik ini di bunuh, akan tetapi Uthman ra. melarang kerana mengikuti langkah Nabi yang melarang membunuh kaum munafik kerana di khuatiri musuh Islam akan menuduh orang Islam membunuh rakan mereka sendiri.

Ibn al-Musayyib menjelaskan bahawa terhadap 7000 bangsa Mesir datang mengadu kepada Uthman ra. mengenai gobenor mereka Ibn Abi Sarh yang zalim. Maka Uthman pun berkata : Pilihlah seseorang yang akan memerintah kamu. Lalu mereka memilih Muhammad ibn Abi Bakr. Uthman ra. menulis perlantikan untuknya dan mereka pun kembali.

Didalam perjalanan pulang, yang mengambil masa perjalanan 3 hari dari Madinah, seorang hamba hitam bertemu mereka dengan membawa berita bahawa terdapatnya arahan dari Uthman ra. kepada Gobenor Mesir. Mereka mengeledahnya dan mendapati surat dari Uthman ra. kepada Ibn Abi Sarh mengarahkan kematian Muhammad ibn Abi Bakr dan beberapa orang sahabatnya.

Mereka pun kembali ke Madinah dan mengepong Uthman ra. Mereka mendapati bahawa Unta, hamba hitam dan cop mohor adalah kepunyaannya, akan tetapi Uthman ra. bersumpah bahawa dia tidak menu
lis surat tersebut atau mengarahkan agar surat tersebut ditulis. Diketahui bahawa surat tersebut ditulis tangan oleh Marwan ibn al-Hakam. Uthman ra. telah dikepong selama 22 hari dimana beliau enggan menyerahkan Marwan dan enggan mengundurkan diri.

Pemberontak yang terdiri daripada perancang pemberontakan dan mereka yang diperdaya dan termakan hasutan untuk turut serta dalam pemberontakan, mereka merempuh masuk ketika para sahabat telah kembali ke rumah masing-masing setelah diperintahkan oleh Saidina Uthman. Pintu rumahnya di bakar, diugutnya untuk melepaskan jawatan, atau dibunuh!

“Aku tidak akan menanggalkan pakaian (jawatan khalifah) yang telah Allah pakaikan kepadaku! Aku akan terus berada dikedudukanku sekarang sehingga Allah memuliakan ahli sa’adah (orang yang dijanjikan kebahagiaan oleh Allah) dan menghina ahli syaqa’ (orang yang dijanjikan kecelakaan oleh Allah ). ” demikian kata Uthman sebagaimana yang diriwayatkan didalam tarikh al-Tabari ketika diugut meletakkan jawatan khalifah kaum muslimin.

Akhirnya beliau dibunuh, ditetak perutnya..mengalir darah syahid.. menitis darah di mushaf yang berada ditangannya,isterinya Na‘ilah, yang cuba mempertahankan suami tercinta, putus tangannya ditetak pemberontak laknatullah.

Kedua-dua pihak gembira dan berbahagia dengan peristiwa ini, berbahagialah Uthman menemui tuhannya sebagai syahid,berbuka puasa bersama Baginda s.a.w didalam syurga, sedang munafiq bergemb
ira dengan kejayaan perancangan mereka menjatuhkan khalifah, nantikanlah kalian azab Allah yang membakar di akhirat kelak..

Beliau telah di bunuh pada hari terakhir Zulhijah, pada hari Jumaat, dalam keadaan beliau berpuasa, oleh beberapa orang pemberontak yang merempuh masuk kerumahnya. [al-Dhahabi, Siyar A`lam al-Nubala’ 1/2: 566-614]