الحديث
الثامن عشر
عن
أبي ذر جندب بن جنادة وأبي عبد الرحمن معاذ بن جبل رضي الله عنهما عن رسول الله
صلي الله عليه وسلم قال: اتق الله حيثما كنت واءتبع السيئة الحسنة تمحها وخالق
الناس بخلق حسن. رواه الترمذي وقال: حديث حسن. وقي بعض النسخ حسن صحيح
Terjemahannya
Dari abu dzar jundub bin junadah dan abu
abdul rahman mu adz bin jabal radiyallahu anhuma dari rasulullah sallallahu
alayhi sallam sabdanya bertaqwa la kamu kepada allh di mana saja engkau berada
dan ikutlah kejahatan dengan mengrjakan kebaikan nescaya menghapuskannya.dan
berperangailah kepada manusia yang bagus diriwayatkan oleh al – tarmizi dan
katanya hadith hasan dan pada naskhah hadith ini hasan sahih.
SYARAHANNYA
Hadith ini
diriwayatkan oleh Al Tarmizi Dari Abu Dzar Jundub Bin Junadah Dari Abu
Abdul Rahman Muadz Bin Jabal.Abu Dzar beragam Islam di Mekah kemudian hijrah ke Madinah. Beliau adalah seorang yang amat fasih percakapan dan penuh dengan ilmu
pengetahuan.hadith yang diriwayatkan ada sebanyak dua ratus Sembilan puluh satu
hadith. Manakala Abu Abdul Rahman adalah seorang pejuang banyak menyertai
peperangan bersama nabi. Beliau adalah juga seorang ulama yang banyak mengetahui
perkara yang halal dan haram.
NILAINYA
Hadith tersebut mengandungi nilai yang penting dalam
perkara yang berhubung dengan Allah dan manusia, penilaian ini dapat dilihat
dari penegasan nabi yang menjelaskan betapa dan bagaimana sifat taqwa kepada
Allah itu diamalkan dan menjelaskan juga betapa penting budi pekerti terhadap
manusia itu dilakukan.
Pada hadith ini nabi telah menjelaskan tentang taqwa
dan perkara yang berkaitan dengan taqwa. Erti taqwa ialah melaksanakan segala
suruhan Allah dan meniggalkan segala perkara yang dilarang olehnya .Pelaksanaan
ini wajib dipatuhi tidak kira di mana waktu dan tempat. Perkataan
taqwa (berbakti) adalah sedikit sebutannya tetapi maknanya luas dan
lengkap kalau dikatakan taqwa kepada Allah ialah berbakti kepada Allah. Menurut
ketentuan hukum pula ialah mematuhi dan tidak mengingkari segala suruhannya.
Taqwa kepada Allah diperlukan di mana saja kita
berada sama ada seorang diri mahupun bersama orang lain. Dalam Al-Quran ada ayat
yang menegaskan faedah taqwa kepada Allah. Diantaranya
ialah mengelakkan diri dari api neraka,untuk menempatkan diri kita dalam syurga
Allah, selain itu ianya juga boleh membaiki amal kita menghapuskan dosa, mencapai
kejayaan, mencapai kemenangan dan kejayaan. Untuk melepaskan diri kita dari
kesusahan dan memperolehi rezeki yang halal dan akhirat kita mesti bertaqwa
kepada Allah tanpa sekutukannya. Firman Allah’
ومن
يتق اللة يجعل له مخرجا وير زقة من حيث لا يحتسب
Dan barangsiapa bertaqwa kepada Allah
nescaya ia jadikan baginya satu jalan keluar
dan ia kurniakan dia dari jalan ia tidak sangka.
(surah
al-Thalaq ayat 2-3 )
Menurut
keterangan ahli tafsir ayat tersebut diturunkan berhubung dengan sesuatu
peristiwa di mana seorang sahabat telah mengadu kepada nabi mengenai hal
anaknya yang telah ditawan musuh. Nabi menyuruhnya bersabar,dan tidak lama
kemudian anaknya Berjaya melarikan diri dari tangan musuh, dan terus pulang
dengan membawa beberapa ekor kambing yang diambil dari musuh.
IKUTLAH
KEJAHATAN DENGAN KEBAIKAN
Sebagaimana telah diketahui bahawa nabi pada hadith
nya menyuruh kita bertaqwa kepada Allah dengan cara memelihara diri dari
dosa.Tetapi seorang bernama manusia tidak terlepas dari buat kesalahan untuk
itu nabi telah bersabda السيئة الحسنة تمحها واتبع dan ikutlah kejahatan
itu dengan mengerjakan kebaikan supaya kebaikan itu dapat menghapuskan , ini
bererti kejahatan yang dilakukan dosanya dengan melakukan kebaikan kemudian.
Kejahatan
( السيئة ) yang dimaksudkan di sini ialah dosa kecil dan kebaikan (الحسنة )
Yang dikatakan dapat menghapuskan kejahatan itu ialah sembahyang mengambil wudhu dan
lain-lain lagi. Dalam Al-Quran ada ayat menegaskan bahawa segala kebaikan
menghilangkan segala kejahatan sebagaimana yang difahamkan dari hadith ini..
( اء ن الحسنا ت يذهبن السيئات )
Sesungguhnya segala kebaikan dapat
menghapuskan segala kejahatan. ( surah al-hud 114)
Menurut keterangan hadith Sahih Bukhari dan Muslim
dari Ibn Mas ud Bahawa seorang lelaki telah mencium seorang perempuan kemudian
ia datang kepada nabi untuk menceritakan halnya. Nabi kemudian diam sehingga
diturunkan ayat tersebut.Kemudian nabi menceritakan hal kepada pemuda tersebut
.
Menurut hadith Abu Hurayrah bahawa nabi telah
bersabda demi diriku dalam tangannya seorang hamba yang solat lima
waktu, berpuasa pada bulan ramadhan mengeluarkan zakat menjauhi dosa besar yang tujuh
akan dibukakan baginya pintu-pintu syurga kemudian dikatakan kepada Masuklah
dengan selamat.
Berkata Ibn Umar kepada seorang lelaki adakah engkau
takut memasuki neraka dan engkau suka memasuki syurga? Katanya ya! Buatlah
kebaikan kepada ibumu lembutlah perkataan kepadanya,berilah makanan kepadanya
tentu engkau dapat masuk syurga selama engkau menjauhi dosa besar demikian kata
ibn umar kepadanya.
Kesimpulan segala kebaikan seperti wudhu sembahyang
puasa zakat dan lain-lainnya dapat
menghapuskan dosa.
BERPERANGAILAH
KEPADA MANUSIA DENGAN PERANGAI YANG BAGUS
Setelah nabi menerangkan perkara taqwa kemudian
dijelaskan kebaikan yang menghapuskan dosa maka diakhiri dengan menyatakan
perkara perangai budi pekerti dan sopannya santunnya yang dikehendaki kepada
seorang manusia dengan sabda dan
berperangailah kepada manusia dengan perangai yang bagus atau sopan.
Sesungguhnya kamu tidak akan melapangkan
manusia dengan harta kamu.sebab itu maka lapangkan mereka dengan muka yang
jernih berseri dan keelokan budi.sebaik baik kamu ialah orang yang paling elok
budi pekerti.
Sesungguhnya Allah telah memilih agama Islam
untuk kamu.Maka muliakan dia dengan budi yang baik dan murah hati.Kerana tidak
sempurna Islam melainkan dengan keduanya.
Sesungguhnya keelokkan budi adalah
seberat-berat barang yang diletakkan dalam timbangan (amal) dan orang yang
berbudi sekasih-kasih kepada Allah dan sehampir hampir orang tempat kedudukan
anbiya.
Jadi keterangan ini jelaslah betapa tinggi lagi mulia peribadi orang yang berakhlaq dan berbudi. Orang yang sedemikian ini dapat hidup
dalam masyarakat dengan sempurna kerana tidak ada yang yang dibimbangkan atau
ditakuti oleh ketiadaan suatu perbuatan dari akhlaqnya yang menghina atau
merosak orang yang di dalam masyarakat.
PETUNJUKNYA
Hadith ini secara keseluruhannya mengandungi tiga
hukum pertama hak Allah, kedua hak mukallaf ketiga hak hamba. Hak Allah ialah
taqqwa kepadanya. hak mukallaf ialah menghapuskan dosa yang telah dikerjakan.hak
hamba ialah pergaulan di antara sesama manusia dalam masyarakat. Ketiga-tiga
hak tersebut ini masuk dalam taqwa.Yang demikian bererti pula taqwa itu tidak
terhad kepada Allah tetapi meliputi juga sesama manusia.
Kebaikan yang dikerjakan dapat menghapuskan
kejahatan,yang demikian lenyaplah dosanya. Para ulama telah banyak memberitahu
tentang cara untuk menghapuskan dosa dengan ketiadaan taubat. Mereka telah
membahaskan adakah amal kebaikan (amal saleh) dapat menghapuskan dosa kecil
atau dosa besar ataupun dosa-dosa kecil sahaja?diantara mereka banyak
berpendapat bahawa amal kebaikan dapat menghapuskan dosa kecil sahaja tidak
dosa besar. Inilah yang diriwayatkan dari Atha dan ulama salaf hadith wudu yang
menyatakan penghapusan dosa kecil.
Adapun dosa besar maka penghapusnya ialah taubat
nasuha.sementara itu telah diijmakan pula bahawa taubat adalah fardu. Andaikata
segala dosa besar dapat dihapuskan dengan wudu sembahyang dan dengan
rukun-rukun islam yang lain maka tidak perlulah lagi kepada taubat. sebagai alasan untuk menetapkan segala amal fardhu itu Abu Hurayrah menyatakan bahawa nabi
bersabda.
(الصلو ات الخمس والجمعة اء لي الجمعة ورمضان اءلي رمضان مكفرات
لما بينهن مااجتنبت الكبائر)
Sembahyang yang lima waktu dan
sembahyang jumaat kepada jumaat (dari seminggu keseminggu ) dan puasa ramadhan
kepada puaa ramadhan adalah menghapuskan dosa di antara sekeliannya selama
dijauhi segala dosa besar.
KESIMPULANNYA
Pendapat jumhur ahli sunnah menyatakan bahawa
menjauhi segala dosa besar adalah syarat untuk menghapuskan segala dosa kecil.
Sebaliknya kalau masih juga melakukannya dosa besar maka tetaplah tidak berlaku
penghapusannya.Kedua pendapat yang mengatakan dosa kecil terhapus secara mutlak
sekalipun didapati dosa besar.Namun demikian disyaratkan pula taubat dari dosa
kecil itu dan jangan dikekalkan melakukannya.
Sekian wallahu A”lam.
;
2 comments:
syukran atas explanation, smlm acu jumpa ringkasan ja tak sangka hari ini ibtisam bgi penerangan panjang
Muadz bertanya" ya Rasullullah apakah ucapan la illaha Illallah termasuk kebaikan?
lalu jawab Baginda s.a.w "ucapan itu adalah merupakan kebaikan yang paling tinggi nilainya"
dikeluarkan oleh ibnu 'abdul bar
Post a Comment