SILA "CLICK NEW TAB FOR DETAIL POST" JIKA MENGHADAPI MASALAH MEMBACA ENTRI SILA EMAIL KAN PADA CAKERAWALA IBTISAM TERIMA KASIH

Oct 24, 2012

PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN TAQWA


الحديث الثامن عشر

عن أبي ذر جندب بن جنادة وأبي عبد الرحمن معاذ بن جبل رضي الله عنهما عن رسول الله صلي الله عليه وسلم قال: اتق الله حيثما كنت واءتبع السيئة الحسنة تمحها وخالق الناس بخلق حسن. رواه الترمذي وقال: حديث حسن. وقي بعض النسخ حسن صحيح


Terjemahannya
Dari abu dzar jundub bin junadah dan abu abdul rahman mu adz bin jabal radiyallahu anhuma dari rasulullah sallallahu alayhi sallam sabdanya bertaqwa la kamu kepada allh di mana saja engkau berada dan ikutlah kejahatan dengan mengrjakan kebaikan nescaya menghapuskannya.dan berperangailah kepada manusia yang bagus diriwayatkan oleh al – tarmizi dan katanya hadith hasan dan pada naskhah hadith ini hasan sahih.




 SYARAHANNYA

Hadith ini  diriwayatkan oleh Al Tarmizi Dari Abu Dzar Jundub Bin Junadah Dari Abu Abdul Rahman Muadz Bin Jabal.Abu Dzar beragam Islam di Mekah kemudian hijrah ke Madinah. Beliau adalah seorang yang amat fasih percakapan dan penuh dengan ilmu pengetahuan.hadith yang diriwayatkan ada sebanyak dua ratus Sembilan puluh satu hadith. Manakala Abu Abdul Rahman adalah seorang pejuang banyak menyertai peperangan bersama nabi. Beliau adalah juga seorang ulama yang banyak mengetahui perkara yang halal dan haram.


NILAINYA

Hadith tersebut mengandungi nilai yang penting dalam perkara yang berhubung dengan Allah dan manusia, penilaian ini dapat dilihat dari penegasan nabi yang menjelaskan betapa dan bagaimana sifat taqwa kepada Allah itu diamalkan dan menjelaskan juga betapa penting budi pekerti terhadap manusia itu dilakukan.





Pada hadith ini nabi telah menjelaskan tentang taqwa dan perkara yang berkaitan dengan taqwa. Erti taqwa ialah melaksanakan segala suruhan Allah dan meniggalkan segala perkara yang dilarang olehnya .Pelaksanaan ini wajib dipatuhi tidak kira di mana waktu dan tempat. Perkataan taqwa (berbakti) adalah sedikit sebutannya tetapi maknanya luas dan lengkap kalau dikatakan taqwa kepada Allah ialah berbakti kepada Allah. Menurut ketentuan hukum pula ialah mematuhi dan tidak mengingkari segala suruhannya.

Taqwa kepada Allah diperlukan di mana saja kita berada sama ada seorang diri mahupun bersama orang lain. Dalam Al-Quran ada ayat yang menegaskan faedah  taqwa kepada Allah. Diantaranya ialah mengelakkan diri dari api neraka,untuk menempatkan diri kita dalam syurga Allah, selain itu ianya juga boleh membaiki amal kita menghapuskan dosa, mencapai kejayaan,  mencapai kemenangan dan  kejayaan. Untuk melepaskan diri kita dari kesusahan dan memperolehi rezeki yang halal dan akhirat kita mesti bertaqwa kepada Allah tanpa sekutukannya. Firman Allah’

ومن يتق اللة يجعل له مخرجا وير زقة من حيث لا يحتسب

Dan barangsiapa bertaqwa kepada Allah nescaya ia jadikan baginya satu jalan keluar  dan ia kurniakan dia dari jalan ia tidak sangka. (surah al-Thalaq ayat 2-3 )

Menurut  keterangan ahli tafsir ayat tersebut diturunkan berhubung dengan sesuatu peristiwa di mana seorang sahabat telah mengadu kepada nabi mengenai hal anaknya yang telah ditawan musuh. Nabi menyuruhnya bersabar,dan tidak lama kemudian anaknya Berjaya melarikan diri dari tangan musuh, dan terus pulang dengan membawa beberapa ekor kambing yang diambil dari musuh.

IKUTLAH KEJAHATAN DENGAN KEBAIKAN

Sebagaimana telah diketahui bahawa nabi pada hadith nya menyuruh kita bertaqwa kepada Allah dengan cara memelihara diri dari dosa.Tetapi seorang bernama manusia tidak terlepas dari buat kesalahan untuk itu nabi telah bersabda     السيئة الحسنة تمحها واتبع  dan ikutlah kejahatan itu dengan mengerjakan kebaikan supaya kebaikan itu dapat menghapuskan , ini bererti kejahatan yang dilakukan dosanya dengan melakukan kebaikan kemudian.

Kejahatan   (    السيئة ) yang dimaksudkan di sini  ialah dosa kecil dan kebaikan  (الحسنة )
Yang dikatakan dapat menghapuskan kejahatan  itu ialah sembahyang mengambil wudhu dan lain-lain lagi. Dalam Al-Quran ada ayat menegaskan bahawa segala kebaikan menghilangkan segala kejahatan sebagaimana yang difahamkan dari hadith ini..
( اء ن الحسنا ت يذهبن السيئات )
Sesungguhnya segala kebaikan dapat menghapuskan segala kejahatan. ( surah al-hud 114)

Menurut keterangan hadith Sahih Bukhari dan Muslim dari Ibn Mas ud Bahawa seorang lelaki telah mencium seorang perempuan kemudian ia datang kepada nabi untuk menceritakan halnya. Nabi kemudian diam sehingga diturunkan ayat tersebut.Kemudian nabi menceritakan hal kepada pemuda tersebut .
Menurut hadith Abu Hurayrah bahawa nabi telah bersabda demi diriku dalam tangannya seorang hamba yang solat lima waktu, berpuasa pada bulan ramadhan mengeluarkan zakat menjauhi dosa besar yang tujuh akan dibukakan baginya pintu-pintu syurga kemudian dikatakan kepada Masuklah dengan selamat.
Berkata Ibn Umar kepada seorang lelaki adakah engkau takut memasuki neraka dan engkau suka memasuki syurga? Katanya ya! Buatlah kebaikan kepada ibumu lembutlah perkataan kepadanya,berilah makanan kepadanya tentu engkau dapat masuk syurga selama engkau menjauhi dosa besar demikian kata ibn umar kepadanya.

Kesimpulan segala kebaikan seperti wudhu sembahyang puasa zakat dan lain-lainnya  dapat menghapuskan dosa.

BERPERANGAILAH KEPADA MANUSIA DENGAN PERANGAI YANG BAGUS

Setelah nabi menerangkan perkara taqwa kemudian dijelaskan kebaikan yang menghapuskan dosa maka diakhiri dengan menyatakan perkara perangai budi pekerti dan sopannya santunnya yang dikehendaki kepada seorang manusia dengan sabda  dan berperangailah kepada manusia dengan perangai yang bagus atau sopan.



Sesungguhnya kamu tidak akan melapangkan manusia dengan harta kamu.sebab itu maka lapangkan mereka dengan muka yang jernih berseri dan keelokan budi.sebaik baik kamu ialah orang yang paling elok budi pekerti.
Sesungguhnya Allah telah memilih agama Islam untuk kamu.Maka muliakan dia dengan budi yang baik dan murah hati.Kerana tidak sempurna Islam melainkan dengan keduanya.
Sesungguhnya keelokkan budi adalah seberat-berat barang yang diletakkan dalam timbangan (amal) dan orang yang berbudi sekasih-kasih kepada Allah dan sehampir hampir orang tempat kedudukan anbiya.

Jadi keterangan ini jelaslah betapa tinggi lagi mulia peribadi orang yang berakhlaq dan berbudi. Orang yang sedemikian ini dapat hidup dalam masyarakat dengan sempurna kerana tidak ada yang yang dibimbangkan atau ditakuti oleh ketiadaan suatu perbuatan dari akhlaqnya yang menghina atau merosak orang yang di dalam masyarakat.
  

PETUNJUKNYA

Hadith ini secara keseluruhannya mengandungi tiga hukum pertama hak Allah, kedua hak mukallaf ketiga hak hamba. Hak Allah ialah taqqwa kepadanya. hak mukallaf ialah menghapuskan dosa yang telah dikerjakan.hak hamba ialah pergaulan di antara sesama manusia dalam masyarakat. Ketiga-tiga hak tersebut ini masuk dalam taqwa.Yang demikian bererti pula taqwa itu tidak terhad kepada Allah tetapi meliputi juga sesama manusia.

Kebaikan yang dikerjakan dapat menghapuskan kejahatan,yang demikian lenyaplah dosanya. Para ulama telah banyak memberitahu tentang cara untuk menghapuskan dosa dengan ketiadaan taubat. Mereka telah membahaskan adakah amal kebaikan (amal saleh) dapat menghapuskan dosa kecil atau dosa besar ataupun dosa-dosa kecil sahaja?diantara mereka banyak berpendapat bahawa amal kebaikan dapat menghapuskan dosa kecil sahaja tidak dosa besar. Inilah yang diriwayatkan dari Atha dan ulama salaf hadith wudu yang menyatakan penghapusan dosa kecil.

Adapun dosa besar maka penghapusnya ialah taubat nasuha.sementara itu telah diijmakan pula bahawa taubat adalah fardu. Andaikata segala dosa besar dapat dihapuskan dengan wudu sembahyang dan dengan rukun-rukun islam yang lain maka tidak perlulah lagi kepada taubat. sebagai alasan untuk menetapkan segala amal fardhu itu Abu Hurayrah menyatakan bahawa nabi bersabda.

(الصلو ات الخمس والجمعة اء لي الجمعة ورمضان اءلي رمضان مكفرات لما بينهن مااجتنبت الكبائر)

Sembahyang yang lima waktu dan sembahyang jumaat kepada jumaat (dari seminggu keseminggu ) dan puasa ramadhan kepada puaa ramadhan adalah menghapuskan dosa di antara sekeliannya selama dijauhi segala dosa besar.



KESIMPULANNYA

Pendapat jumhur ahli sunnah menyatakan bahawa menjauhi segala dosa besar adalah syarat untuk menghapuskan segala dosa kecil. Sebaliknya kalau masih juga melakukannya dosa besar maka tetaplah tidak berlaku penghapusannya.Kedua pendapat yang mengatakan dosa kecil terhapus secara mutlak sekalipun didapati dosa besar.Namun demikian disyaratkan pula taubat dari dosa kecil itu dan jangan dikekalkan melakukannya.

Sekian wallahu A”lam.











;

2 comments:

skyjamil said...

syukran atas explanation, smlm acu jumpa ringkasan ja tak sangka hari ini ibtisam bgi penerangan panjang

skyjamil said...

Muadz bertanya" ya Rasullullah apakah ucapan la illaha Illallah termasuk kebaikan?
lalu jawab Baginda s.a.w "ucapan itu adalah merupakan kebaikan yang paling tinggi nilainya"

dikeluarkan oleh ibnu 'abdul bar