ISI KANDUNGAN
PENDAHULUAN
Hibah(pemberian)
mencakupi hadiah dan sedekah kerana hibah,sedekah,hadiah dan ‘atiyyah membawa
makna yang hampir sama.Hibah yang akan dibicarakan
nanti adalah sebahagian daripada sistem ekonomi masyarakat Islam yang terlalu
jauh daripada pandangan dan amalan masyarakat Islam itu sendiri, berbanding
dengan zakat (fardhu), sedekah (sunat), hadiah (sunat), wakaf (sunat), wasiat
(sunat – pelaksanaan wajib satu pertiga harta) dan sumbangan lain. Lantaran
itu, adalah wajar perbicaraan tentang Hibah ini diketengahkan kepada masyarakat
Islam dan bukan Islam untuk difahami dan dipraktikkan dalam kehidupan.
DEFINISI
HIBAH
Hibah(pemberian)
1 mencakupi hadiah dan sedekah kerana hibah,sedekah,hadiah dan
‘atiyyah membawa makna yang hampir sama.Jikalau memberi sesuatu kepada orang
yang memerlukan dengan tujuan mahu mendekatkan diri kepada Allah Ta’ala,ini
dipanggil sedekah.Jikalau menyampaikan sesuatu kepada orang yang dihadiahkan
kerana sesuatu penghargaan dan kasih sayang kepadanya,disebut hadiah ataupun
hibah(pemberian).’Atiyyah pula ialah pemberian di kala sakit.
_____________________________________
1.
Wahbah Al - Zuhaili penterjemah Dr.
Ahmad Shahbari Salamon.(2002).Fiqh dan Perundangan Islam Jilid V .
Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka
Kuala Lumpur.hlmn 1.
Hibah di Sudut Bahasa
Hibah 2
merupakan kalimah Arab yang memberi maksud ‘pemberian’. Di sudut bahasa, hibah
adalah pemberian yang tidak didahului oleh tuntutan hak, dan padanya (barang
yang diberikan itu) ada kegunaan bagi orang yang diberikan.
Mengikut
pengertian ini, hibah boleh jadi pada zat yang tertentu dan bukan zat
tertentu.Contoh ada ‘ain atau zat tertentu ialah mengurniakan dan memberi anak
lelaki atau perempuan (lihat : surah As-Syuura ayat 49),
Firman
Allah S.W.T :
°!
Ûù=ãB
ÏNºuq»yJ¡¡9$#
ÇÚöF{$#ur
4
ß,è=øs
$tB
âä!$t±o
4
Ü=pku
`yJÏ9
âä!$t±o
$ZW»tRÎ)
Ü=ygtur
`yJÏ9
âä!$t±o
uqä.%!$#
ÇÍÒÈ
Maksudnya : bagi
Allah jualah hak milik Segala Yang ada di langit dan di bumi; ia menciptakan
apa Yang dikehendakiNya; ia mengurniakan anak-anak perempuan kepada sesiapa
Yang dikehendakiNya, dan mengurniakan anak-anak lelaki kepada sesiapa Yang
dikehendaki-Nya.
(Surah As – Syuura
42:49)
Mmanakala
contoh tiada ‘ain atau zat tertentu ialah mengurniakan rahmat (lihat : surah Ali
‘Imran/ 8).
_____________________________________
Firman Allah S.W.T :
$oY/u
w
ùøÌè?
$oYt/qè=è%
y֏t/
øÎ)
$oYoK÷yyd
ó=ydur
$uZs9
`ÏB
y7Rà$©!
ºpyJômu
4
y7¨RÎ)
|MRr&
Ü>$¨duqø9$#
ÇÑÈ
Maksudnya : (Mereka berdoa Dengan berkata):
"Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau memesongkan hati Kami sesudah Engkau
beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada Kami limpah rahmat dari
sisiMu; Sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberian-Nya.
(Surah Ali ‘Imran
3:8)
Disebut
kepada pemberi hibah sebagai ‘Waahib’ (واهب), penerima hibah sebagai
‘Mauhuub lahu’(موهوب له) dan harta yang diberikan sebagai ‘Mauhub’ (موهوب) dan ‘Mauhabah’موهَبة)).
Hibah di
Sudut Istilah
Hibah di
sudut istilah syara’ ialah memberi milik benda tanpa ganjaran atau gantian
(al-Jurjaani) atau hibah adalah memberi milik harta kepada orang lain tanpa
ganjaran atau gantian (al-Majallah) 3.
Hibah di dalam
istilah syara’ ialah satu aqad yang dapat memindah milik sesuatu tanpa perlu
menukar ganti kerana dibuat secara sukarela 4.Mazhab Hanbali
mentakrifkan dengan maksud pemindahan milik barang pemberian yang harus
diselenggara atau digunakan pada harta yang diketahui atau sukar diketahui,ada
dan berkuasa menyerahkannya,bukan perkara
_____________________________________
3. Sa’diy Abu Jaib . (1988) . al-Qaamus al-Fiqhi
Lughatan wa Istilaahan . Kuala Lumpur . Darul Fikri Sdn. Bhd.
4. Wahbah Al - Zuhaili penterjemah Dr. Ahmad Shahbari Salamon.(2002).Fiqh
dan Perundangan Islam Jilid V .
Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala
Lumpur.hlmn 1.
wajib
di dalam kehidupan tanpa mengganti dengan sesuatu yang mana dari segi ‘uruf
hibah dapat dikira daripada lafaz hibah(pemberian) dan memberi hak milik dan
seumpamanya.Ia bukan berbentuk pinjaman,anjing,hamil,nafkah isteri,wasiat dan
juga jual beli.Perkataan memindah milik bukan termasuk makna pinjaman,harta
benda dan bukan bermaksud yang selain harta benda seperti anjing.Berkuasa
menyerahkannya pula bukan bermaksud hamil,bukan perkara wajib tidak termasuk
hutang dan nafkah,di dalam kehidupan tidak termasuk wasiat dan tanpa mengganti
bukan termasuk aqad pertukaran seperti jual beli.
Penulis
kitab al-Fiqh al-Manhajiy menyatakan : ‘Akad yang memberi faedah pemilikan ‘ain
tanpa gantian, semasa hidup, secara sukarela.
Kata Imam
al-Raghib al-Ishfihani dalam bukunya ‘Mu’jam Mufradat Alfaz al-Qur’an’ : “الهبة أن تجعل ملكك لغيرك بغيرعوض ” yang bermaksud : “Hibah ialah
anda menjadikan harta milik anda kepada orang lain tanpa gantian/ganjaran.”
Sekian dipetik. Jika pemberi mengatakan, aku berikan kain ini dengan ganti
beras itu, lalu dipersetujui oleh penerima, maka ini bukan hibah tetapi menjadi
jual beli, meskipun disebut ‘beri/ hibah’.
HUKUM HIBAH
Dari segi
syara’ hibah adalah sunat 5 berdasarkan firman Allah S.W.T :
Maksudnya : ....... Kemudian jika mereka Dengan suka hatinya
memberikan kepada kamu sebahagian dari maskahwinnya maka makanlah (gunakanlah)
pemberian (yang halal) itu sebagai nikmat Yang lazat, lagi baik kesudahann
(Surah An – Nisa’ 4:4)
(Surah An – Nisa’ 4:4)
Dan firman Allah S.W.T :
Makdudnya : .... dan
mendermanya seseorang akan hartanya sedang ia menyayanginya, - kepada kaum
kerabat, dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan orang Yang terlantar
Dalam perjalanan, ..........
(Surah Al – Baqarah 2:177)
Manakala sabda Rasulullah S.A.W :
تهادوا
تحابوا
Maksudnya : Berilah hadiah,kamu akan berkasih sayang.
_____________________________________
5. Wahbah
Al - Zuhaili penterjemah Dr. Ahmad Shahbari Salamon.(2002).Fiqh dan
Perundangan Islam Jilid V .
Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka
Kuala Lumpur.hlmn 2.
Dan sabdanya
lagi :
لا
تحقرن جارة أن تهدي لجارتها ولو فرسن شاة
Maksudnya : Janganlah kamu menghina jiran tetangga yang memberi
hadiah kepada jirannya sekalipun hanya sepotong kambing iaitu kukunya,yang
merupakan pada asalnya ialah unta yang kecil,tetapi di sini meminjam perkataan
kambing.
Ijma’ para ulama telah sepakat mengatakan sunat hibah ini dengan
segala bentuk dan jenisnya.Tolong menolong sesama kaum keluarga adalah lebih
afdal kerana ia boleh mengeratkan silaturrahim.
Maka
haram bagi pemberi hibah mengambil balik pemberian yang telah sah menjadi hak
milik bagi penerima hibah, kecuali hibah si ayah kepada si anak di mana harus
si ayah mengambil balik pemberiannya daripada si anak.
Tidak
halal bagi seseorang mengambil kembali apa yang telah diberikannya.
Sabda Baginda :
العائد
فى هبته كالكلب يقيء ثم يعود في قيئه
Maksudnya : Orang yang menarik balik barang pemberiannya adalah
seumpama anjing yang muntah,kemudian menjilat semula muntahnya itu.
Tidak
halal 6 bagi seseorang mengambil kembali apa yang telah diberikannya
melainkan bapa terhadap anaknya.Dari Ibnu ‘Amru Ibnu ‘Abbas meriwayatkan :
قَالَ
النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : لاَ يَحِلُّ لِرَجُلٍ مُسْلِمٍ
أَنْ يُعْطِىَ الْعَطِيَّةَ ثُمَّ يَرْجِعَ فِيْهَا
إِلاَّ الْوَالِدَ فِيْمَا يُعْطِي وَلَدَهُ.
Maksudnya : Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wasallam telah bersabda :
Tidaklah halal bagi seseorang lelaki Islam yang memberikan sesuatu
pemberian,kemudian dia kembali padanya melainkan bapa pada apa yang
diberikannya kepada anaknya.
(Diriwayatkan
oleh Ahmad,dan disahkan oleh At – Tarmizi dan Ibnu Hibban)
Menarik balik
pemberian harus di sisi Mazhab Maliki 7 pada barang yang diberi oleh
bapa kepada anaknya yang masih kecil ataupun yang besar dengan lima syarat
berikut iaitu :
1.
Anak tidak berkahwin selepas hibah
2.
Tidak membaharui hutang yang sudah matang.
3.
Barang yang diberi tidak berubah keadaanya.
4.
Penerima tidak membaharui atau mengubah barang pemberian.
5.
Pembeli atau penerima tidak ditimpa sakit.
_____________________________________
6.
Al – Ustaz Abdul Hamid Hakim .
(2006) . Al – Mu’in Al – Mubin Jilid 3 & 4 . Kuala Lumpur :
Al – Hidayah Publishers Kuala Lumpur.hlmn 513.
7. Wahbah Al - Zuhaili penterjemah Dr. Ahmad
Shahbari Salamon.(2002).Fiqh dan Perundangan Islam Jilid V .
Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka
Kuala Lumpur.hlmn 21-22.
Para
imam juga telah sepakat bahawa sesuatu pemberian hibah hanya sah dengan
ijab(penawaran),dan qabul(penerimaan) serta terima serahan harta atau
memegangnya.
Para
imam juga bersepakat bahawa menepati pada janji yang baik adalah dituntut dan
mengkhususkan beberapa orang anak dalam sesuatu pemberian adalah makruh,begitu
juga melebihkan sebahagian mereka daripada sebahagian yang lain.
RUKUN HIBAH
Perkara 837 daripada Al – Majallah 8 menyebutkan bahawa
“Sesuatu pemberian dapat berkuatkuasa dengan ijab dan qabul dan disempurnakan
dengan penerimaan serahan.”Rukun hibah menurut jumhur ulama ada 4 iaitu
pemberi,penerima,barang yang diberi dan sighah(lafaz).
1.
Pemberi
Pemberi ialah orang yang memiliki barang yang diberi,jikalau benar
ia pemilik yang sah,dia berhak memberi.Menurut pendapat jumhur,sekiranya
pemilik barang sakit memberi sesuatu kepada seseorang,kemudian
mati,pemberiannya itu hanya 1/3 (20%) daripada harta peninggalannya.
_____________________________________
8. Wahbah Al - Zuhaili penterjemah Dr. Ahmad Shahbari Salamon.(2002).Fiqh
dan Perundangan Islam Jilid V .
Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka
Kuala Lumpur.hlmn 4.
2.
Penerima
Penerima ialah
semua orang dan seseorang itu harus memberikan semua hartanya kepada orang
lain melalui persetujuan.Manakala
pemberian semua hartanya kepada sebahagian anak – anaknya dalam pemberian
adalah makruh hukumnya,menurut jumhur ulama,sekalipun ada yang berpendapat
harus.
3.
Barang yang Diberi
Segala barang
yang dimiliki.
4.
Sighah
Segala perkara yang dituntut dalam ijab dan qabul berupa perkataan atau perbuatan seperti lafaz hadiah,hibah,pemberian dan yang seumpama dengannya.
Ijab sama ada
secara terus – terang seperti kata pemberi, “Aku berikan barang ini kepadamu”,
atau ijab secara tidak terus terang seperti kata pemberi, “Aku telah
menyerahkan hak milik kepadamu”,atau “Aku telah jadikan barang ini untukmu”
atau “Dia untukmu” atau “Aku telah berikannya” atau “Aku telah serah untuknya”
atau “Aku hadiahkan untuknya” atau “Aku berikan makanan ini untuknya” atau “Aku
bawa kamu di atas tunggangan ini” dan berniat barang itu sebagai pemberian.Qabul
pula ialah seperti “Aku terima”.Ini kerana menyerahkan barang pemberian atau
menjadikan barang pemberian itu untuk si penerima tanpa perlu mengganti adalah
makna sebenar kepada hibah dan kerana
lafaz – lafaz yang lain mengikut keadaan uruf manusia atau penggunaan
mereka sudah cukup membawa makna memindah hak milik.
Di syaratkan pada shighah 9 (ijab dan qabul) 3
perkara berikut :
1.
Bersambung
penerimaan (qabul) dengan pemberian (ijab), di mana waktu ijab dan qabul itu
tidak dipisahkan oleh ‘pemisah’ (samada percakapan, perbuatan atau diam) yang
diambilkira (diterimapakai) secara ‘uruf (kebiasaan setempat). Jika pemberi
berkata, saya berikan duit ini kepada awak, lalu penerima bercakap-cakap
tentang kereta kemudian menjawab, saya terimalah duit itu. Maka pemberian/
hibah itu tidak sah.
2.
Tidak
mengikat shighah tersebut dengan apa-apa syarat. Maka jika pemberi mengatakan,
saya berikan duit ini kepada awak jika hujan turun, pemberian/ hibah itu tidak
sah kerana bersyarat.
3.
Tidak
mengikat shighah tersebut dengan waktu. Maka jika pemberi mengatakan, saya
berikan buku ini kepada awak sebulan, pemberian itu tidak sah kerana terikat
dengan waktu tertentu.Namun begitu, jika pemberi mengatakan, saya berikan rumah
ini kepada awak selagi saya hidup, apabila saya mati rumah ini menjadi pusaka
anak-anak saya, pemberian itu tetap dikira
_____________________________________
sah
dan menjadi hak milik pemerima secara mutlak, meskipun bersyarat demikian. Ini
adalah kes pengecualian yang menjadikan hibah berlangsung dan syarat terbatal.
Hibah ini disebut hibah Umra. Rasulullah s.a.w menyebut : “al-Umra jaaizah”
bermaksud : Hibah Umra harus (berlangsung dan menjadi hibah yang sah). Begitu
juga hibah Ruqba di mana pemberi mengatakan, saya berikan rumah ini kepada awak
selama saya atau awak hidup, jika saya mati ia tetap milik awak dan jika awak
mati ia kembali kepada saya. Pemberian ini tetap berlangsung dan menjadi milik
penerima hibah, manakala syarat masa itu lagha/ batal/ sia-sia. Hibah sebegini
dinamakan hibah Ruqba.
Dan
terkecuali dari mengi’tibarkan ijab dan qabul 10 itu beberapa
perkara iaitu :
1.
Kalau
perempuan memberikan gilirannya kepada
madunya tidaklah berkehendak kepada qabul menurut pendapat yang sah.
2.
Apa
yang dilucutkan oleh sultan atau gabenor – gabenor hakim dan lain – lain
pegawai kerana berlakunya adat demikian.
3.
Kalau
dibelinya perhiasan untuk anaknya yang masih kecil,maka itu adalah memilikkan
baginya.Kata Al – Imam As – Subski “berlainan dengan yang kalau dibelikannya
untuk isterinya,tidaklah jadi memilikkan baginya,sedang perbezaan di antara
keduanya ialah dia sebagai wali anak yang masih kecil itu tetapi tidak
isteri.Yang muktamadnya tentang ini adalah menurut adat”.
_____________________________________
10. Al –
Ustaz Abdul Hamid Hakim . (2006) . Al – Mu’in Al – Mubin Jilid 3 & 4 . Kuala
Lumpur :
Al – Hidayah Publishers Kuala
Lumpur.hlmn 518.
SYARAT – SYARAT
HIBAH
Terdapat
syarat-syarat pemberi dan syarat-syarat barang yang diberi. Ulama' Mazhab Hanbali pernah menyebut
11 syarat 11 dalam hibah iaitu:
1.
Barang itu harus diselenggarakan.
2.
Pilihan
barang yang baik.
3.
Harta yang sah untuk jual beli.
4.
Tiada tukar ganti.
5.
Hadiah itu diberi kepada orang
yang sah memilikinya.
6.
Ada qabul daripada penerima.
7.
Menjaga barang pemberian sebelum
dipergunakan.
8.
Pemberian disempurnakan.
9.
Tiada jangka waktu
tertentu.
10. Orang
yang harus menyelenggarakan pemberian itu ialah seorang
yang merdeka, mukallaf
dan
cerdik.
11. Bentuk
barang yang diberi mestilah harta, bukan barang-barang yang tertentu.
Syarat – syarat Pemberi
Seorang pemberi hadiah itu disyaratkan `berkeahlian' untuk menderma iaitu seorang yang berakal, baligh, serta matang
atau cerdik. Syarat ini telah pun
berkuat kuasa, kerana hibah merupakan
satu `aqad sukarela. Dengan itu juga
tidak harus pemberi itu seorang kanak-kanak
_____________________________________
11. Wahbah Al - Zuhaili penterjemah Dr. Ahmad Shahbari Salamon.(2002).Fiqh
dan Perundangan Islam Jilid V .
Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka
Kuala Lumpur.hlmn 7.
atau seorang yang gila.
Ini kerana kedua-duanya tidak berupaya untuk menderma lantaran keadaannya
yang susah dan bahaya. Demikian pula seorang bapa yang tidak
mampu memberi hibah, kerana harta
yang sedikit tanpa mensyarat ganti. Keadaan ini tiada
perselisihan kerana keupayaannya terbatas terhadap bentuk-bentuk manfaat dan
pemberian, yang mana derma atau sumbangannya mendatangkan
kesusahan semata-mata. Oleh itu tidak harus
bagi bapa yang sedemikian mengeluarkan derma.
Menurut pendapat Abu Hanifah dan Abu Yusuf tidak harus seorang bapa mensyaratkan mengganti sesuatu pemberian pada anak-anak. Ini kerana `pemberian' dengan syarat mengganti hanya suatu `aqad sukarela di permulaan iaitu sebelum menerima serahan,
kemudian menjadi jual beli pada
akhirnya iaitu selepas menerima serahan. Bapa pula tidak berupaya menjelaskan derma. Menurut Muhammad,
pemberian hibah daripada bapa dengan
syarat mengganti adalah harus kerana perkara ini dalam makna jual beli menurut
kaedah pengajaran melalui penyesuaian
makna.
Syarat – syarat Barang yang Diberi
Barang yang diberi dikenakan beberapa syarat :
1. Barang itu hendaklah ada pada waktu pemberian (Hibah)
Oleh itu suatu pemberian itu
tidak berlaku jika tiada barang pada waktu `aqad seperti memberi pohon tamar yang berbuah pada
tahun ini, atau anak kambing yang
lahir pada tahun ini. Di sini, hibah tidak
berlaku kerana menyerahkan pemberian bagi benda yang belum ada. Oleh sebab itu
`aqad seperti ini batal.
Contoh lain ialah memberi anak kambing yang
masih berada di dalam perut (kandungan) dan memberi
kuasa untuk memegangnya selepas lahir.Di
sini tidak berlaku
hibah kerana berlaku dua kemungkinan sama ada anak kambing ada atau tidak. Ini kerana perut yang
membuncit kadang - kadang disebabkan mengandung ataupun sesuatu penyakit
di dalam perut.Begitu juga kalau memberi tepung yang masih di
dalam biji gandum, minyak yang
menjadi biji, mentega di dalam susu atau minyak zaitun pada biji zaitun, hukumnya tidak harus sekalipun
pemberi kuasa menerima serahan
setelah semua benda tadi siap. Ini disebabkan pembelian itu belum ada. Barang yang belum ada tidak boleh dipindah
milik. `Aqad yang dibuat itu batal,
serta 'aqad itu perlu diperbaharui semula.
Sementara itu pemberian
susu yang masih dalam kantung susu Iembu, bulu biri-biri yang masih
berada di tubuh kambing, tanaman dan pohon tamar yang masih di dahan
dan tamar yang masih berada di atas pokoknya adalah seperti hibah sepadu yang ditakuti pada
masa akan datang berlaku kerosakan. Jikalau pemberi itu memotong bulu
biri-biri, memetik buah tamar dan menyerahkan kepada penerima, hukumnya harus,
kerana barang itu ada dan dimiliki. Namun masih tidak harus jikalau tidak menghilangkan halangan iaitu
pemberi sibuk dengan perkara lain.
Oleh sebab itu jika pemberi memotong bulu biri-biri atau memetik buah
tamar, hilanglah halangan dan menjadikannya harus. Dengan itu, pemberian seperti ini harus dan betul.
Ulama' Mazhab Syafie dan Hanbali sepakat
dengan ulama' Mazhab Hanafi tentang syarat
ini. Mereka berkata, "Segala benda yang sah berjual beli, sah jugalah sebagai pemberiannya." Kata
ulama' Mazhab Maliki, harus juga
pemberian barang yang tidak sah dijual beli seperti hamba yang lari dari tawanan, unta yang sesat, benda yang tidak
diketahui dan buah yang belum masak serta barang yang dirampas.
2.
Barang
itu hendaklah harta yang halal.
Oleh sebab itu pemberian hibah tidak berlaku pada
harta benda yang bukan asal seperti panas, bangkai, darah, berburu di
Tanah Haram, dalam keadaan berihram dan sebagainya. Tidak harus
satu pemberian itu daripada barang yang tidak betul seperti arak.
3.
Barang
itu hendaklah dipunyai oleh dirinya sendiri.
Pemberian
tidak boleh pada benda-benda yang harus. Syarat-syarat yang lepas semuanya adalah syarat-syarat berkuatkuasanya suatu pemberian.
4. Barang itu hendaklah
dimiliki oleh pemberi.
Oleh sebab itu suatu pemberian tidak boleh berlaku
pada harta benda kepunyaan
orang lain tanpa izinnya, kerana adalah mustahil menyerahkan hak milik pada barang yang tidak dimilikinya.Syarat ini dilaksanakan menurut
Mazhab Hanafi.Harus hukumnya memberi
hadiah pada barang yang dimiliki, menurut Mazhab Hanafi, sama ada barang itu miliknya atau barang berhutang. Oleh
itu harus memberi barang hutang
kepada orang yang mempunyai hutang, kerana orang yang dalam tanggungan berkuasa
menyerahkan barang pemberian dan memegangnya. Malahan penerimaan barang
menyamai taraf penerimaan barang orang yang dalam tanggungan. Di samping
itu harus pemberian hibah barang hutang kepada orang yang tiada berhutang,
sekiranya diizinkan kepadanya menerima
serahan secara terang-terangan. Penerimaannya diizinkan berdasarkan
kaedah istihsan.
5.
Barang itu hendaklah
terpelihara atau terpilih.
Oleh sebab itu menurut Mazhab Hanafi, tidak sah
pemberian hibah sepadu sekiranya ada kemungkinan
berlaku pembahagian seperti rumah atau tempat tinggal yang besar, di
mana pemberian itu menjadi rosak. Namun jikalau
barang yang dihibahkan itu dibahagi-bahagikan dan juga diserahkan, pemberian itu sah. Ini adalah syarat sah
bagi suatu pemberian hibah.
Pemberian itu harus, jika barang sepadu yang dihibahkan kepada orang tiada kemungkinan terbahagi, seperti kereta,
bilik mandi, tempat tinggal yang kecil dan benda yang tidak boleh
dibahagi. Pemberian di sini diharuskan
kerana darurat di mana pemberi kadang-kadang perlu kepada pemberian sebahagian barang atau harta tersebut.Dalil mereka ke atas keadaan yang pertama : bahawa penerimaan dalam
suatu pemberian adalah tei ulasuk syarat, seperti kes gadaian yang akan
diterangkan. Sedangkan pemberian hibah sepadu menghalang daripada
penerimaan kerana penggunaan atau
penyelenggaraan pada setengah barang sepadu sukar digambarkan. Oleh
sebab itu mendiami separuh rumah yang dihibahkan adalah mustahil. Penyelenggaraan atau penggunaan pada rumah itu tidak dapat dijalankan kecuali pada keseluruhan rumah.
Sementara itu 'aqad pemberian tidak
bermaksud seluruh rumah. Oleh sebab pemberian hibah sepadu yang tidak boleh dibahagi atau diagihkan,
ia menghalang kesempurnaan clan kesahihan penerimaan barang.
Kata ulama' Mazhab Maliki, Syafi`i dan Hanbali
bahawa pemberian barang
sepadu yang dihibahkan adalah harus seperti di dalam kes jual beli. Oleh sebab itu, penerimaan pada pemberian barang
sepadu yang dihibahkan
juga sah seperti penerimaan di dalam barang jualan sepadu. Sifat penerimaannya ialah pemberi menyerahkan segala
barang yang berkenaan
kepada penerima. Dengan itu dia telah melunaskan hak penerima secukupnya clan bahagian perkongsiannya yang berada
di tangan penerima menjadi miliknya seperti
wadi`ah.
6.
Barang
yang diberi itu hendaklah berbeza daripada barang yang lain.
Pemberian disertakan dengan
barang yang ada hubungan dengannya dan akhirnya tidak mengasingkan barang yang ada
kena-mengena dengan barang pemberian. Ini
kerana yang dimaksudkan penerimaan barang ialah kepastian untuk menyelenggarakan dan mengurus barang yang diterima tidak dicapai jikalau barang pemberian tidak
dicampur dengan barang lain yang ada kaitan. Ini adalah syarat sah pemberian.
Berdasarkan
perkara tadi, jikalau seseorang memberi tanah yang ada tanaman tetapi pemberian itu mengecualikan tanaman
atau pemberian tanaman
dengan mengecualikan tanah, pohon tamar yang ada buah tetapi mengecualikan buahnya, buah tamar dengan mengecualikan pohon
tamar, hukumnya
tidak harus, sekalipun telah menerima barang pemberian. Hibah seperti ini tidak boleh dipakai. Seandainya
buah-buahan telah dipetik
dan tanaman telah dituai, kemudian diserahkan dalam keadaan kosong tanpa hasil tadi, hukumnya harus, kerana
`penghalang' kepada perlaksanaan
hukum `aqad yang mensabitkan pemilikan barang telah gugur.
Begitu juga jikalau seseorang memberikan rumah yang
ada kelengkapan perabot dengan mengecualikan kelengkapan
perabot, atau bekas yang
ada barang yang lain dengan mengecualikan barang itu, atau memberi binatang tunggangan
(kuda) yang ada di atasnya muatan, dengan mengecualikan muatan sementara barang pemberian telah diserahkan,
pemberian seperti ini tidak boleh, dan barang itu masih menjadi kepunyaan pemberi. Ini kerana barang pemberian dicampuradukkan
dengan yang lain. Ini sama
kedudukannya dengan pemberian hibah
sepadu. Hibah ketika itu menjadi rosak.Jikalau barang pemberian itu
dibezakan daripada barang lain dan
penyerahan itu tetap pada satu barang tanpa mengecualikan apa yang ada di dalamnya, hukum pemberian itu harus.
JENIS PENERIMAAN
Penerimaan barang pemberian menurut Mazhab Hanafi
ada dua jenis. Penerimaan dengan jalan asli
dan penerimaan dengan jalan wakil.
1. Penerimaan dengan jalan asal.
Penerimaan dengan jalan asal, iaitu memegang harta itu untuk dirinya. Syarat harusnya hanya berakal sahaja. Oleh sebab
itu kanak-kanak yang belum mumaiyiz
dan juga orang gila tidak boleh memegangnya. Orang yang sudah sampai umur baligh, bukanlah menjadi syarat
sah penerimaan dari segi istihsan.
Dengan itu juga, harus kanak-kanak
yang berakal (iaitu mumaiyiz)
memegang barang yang diberi kepadanya.
Dari segi qiyas pula yang merupakan pendapat
selain Mazhab Hanafi, mereka menjadikan sampai umur baligh sebagai
syarat kerana katanya penerimaan termasuk dalam bab bidang kuasa clan kanak-kanak tidak ada
bidang kuasa terhadap dirinya. Oleh sebab itu, kanak-kanak tidak harus memegang barang pemberian. Sebagaimana mereka
tidak boleh berjual beli.
Dari segi istihsan pula, penerimaan
barang pemberian digunakan untuk penyelenggaraan yang bermanfaat. Hal ini
diketahui oleh kanak - kanak yang berakal.
2.
Penerimaan dengan jalan wakil.
Penerimaan dengan wakil. Dalam hal penerimaan
barang, wakil terbahagi kepada
dua jenis iaitu jenis yang merujuk kepada penerimaan serahan dan jenis yang merujuk kepada penerimaan itu sendiri.
i.
Penerimaan
bagi kanak – kanak
Jenis yang pertama ialah penerimaan bagi
kanak-kanak. Syarat harusnya ialah
bila ada penjaga atau orang yang memberi nafkah iaitu keadaan kanak-kanak yang di bawah perlindungan atau jagaan
seseorang, iaitu di bawah
pemeliharaan dan didikannya ketika tiada wali.
Jika orang lain memberi sesuatu kepada budak kecil, lalu walinya yang menerima barang itu hendaklah berdasarkan
tertib yang ditentukan oleh Mazhab
Hanafi, bapa kemudian wasuiya, datuk kemudian wasinya. Seandainya mereka ini tiada dan sukar dicari,
penjaga barang itu berpindah kepada orang yang lebih jauh,sama seperti di dalam
kuasa menikahkan kerana sebarang kelewatan wali yang tidak ada atau sukar
dicari ini membawa kepada lenyapnya manfaat terhadap budak kecil itu.Wali atau
penjaga hendaklah berpindah kepada orang yang selepas bapa dan datuk.
Sehubungan dengan itu, sekiranya salah
seorang wali memberikan sesuatu dan
harta yang ada pada mereka, kepada budak kecil, sah pemberiannya dan ada orang
- orang yang memegang barang itu bagi pihak budak kecil Begitu juga jikalau bapa menjual harta
anaknya yang kecil, kemudian harta
yang dijual itu musnah akibat jualan, kemusnahan itu juga menimpa budak kecil kerana budak itu juga dikira sebagai
penerima serahan dengan penerimaan
bapa.
Sekiranya budak kecil yang berakal menerima barang
yang diberi oleh salah seorang wali yang
disebutkan, hukumnya harus menurut kaedah istihsan. Sebaliknya menurut qiyas tidak
harus seperti yang ada pada bahagian
penerimaan dengan jalan asli.
Tidak harus juga selain empat orang wali yang
disebut tadi di samping ada
salah seorang daripada mereka, menerima barang pemberian bagi pihak kanak - kanak, sama ada orang lain atau orang
yang mempunyai hubungan
kerabat seperti saudara lelaki, pakcik dan ibu, kerana mereka tidak mempunyai kuasa menjalankan harta budak
kecil.
Sekiranya salah seorang daripada wali yang empat itu tiada, orang yang memberi
perlindungan dan jagaan kepada budak itu, harus menerimanya, menurut kaedah istihsan. Dari segi qiyas pula, tidak harus kerana tiada kuasa menjalankannya, tetapi dari segi istihsan perkara ini boleh kerana dia merupakan orang yang memberi perlindungan kepadanya, juga termasuk jenis kuasa menjalankan kerana dialah
yang mengasuhnya dan berusaha memberi kebaikan kepadanya. Penerimaan
barang pemberian untuk kanak-kanak hanya
boleh pada barang yang berguna. Dengan itu perkara ini termasuk dalam
bab penjagaan.
ii.
Jenis
yang merujuk kepada penerimaan itu sendiri.
Manakala
jenis kedua, penerimaan dengan jalan wakil ialah jenis yang merujuk kepada penerimaan itu sendiri. Penerimaan
di sini wujud dengan sebab
adanya wakil daripada penerimaan (hibah) pemberian,
sama ada penerimaan pemberian mahupun lebih kuat daripadanya. Keterangannya seperti berikut:
a. Jika barang yang diberi pada tangan
penerima sebagai wadi'ah (titipan) atau
pinjaman, pemberiannya itu harus dan tidak perlu memperbaharui penerimaan selepas majlis 'aqad, menurut kaedah istihsan.
Tetapi secara qiyas, tidak boleh jadi, orang yang menerima
pemberian selagi tidak memperbaharui penerimaan selepas `aqad antara penerima dan barang yang diberi. Ini kerana kuasa orang yang menerima wadi`ah (titipan)
pada hakikat dan makna ialah sama
dengan kuasa pemberi wadi`ah. Oleh sebab itu, harta benda
yang ada di tangannya, perlu diperbaharui penerimaannya.
Dilihat dar-i segi istihsan bahawa
penerimaan pemberian dan
penerimaan wadi`ah
ataupun pinjaman saling mempunyai kesamaan kerana kedua-duanya adalah penerimaan amanah
yang tidak diganti di mana pemberian adalah `aqad
sukarela. Wadi`ah
dan pinjaman, kedua-duanya sama-sama menerima atau
memegangnya, yang mana pihak penerima dan pemberi
berada pada kedudukan yang sama semasa penerimaan berlaku.
b.
Jika
barang pemberian di tangan penerima dalam keadaan dikenakan ganti seperti barang rampasan dan
dipegang di atas harta
yang dipelihara untuk dijual dan barang yang dipegang dengan
jualan yang rosak, sah pemberian itu dan bebas dari jaminan ganti. Ini kerana penerimaan jaminan ganti
lebih kuat daripada penerimaan amanah.
Oleh itu penerima menggantikan did
pemberi kerana wujud kelayakan dengan jalan 'aqad iaitu penerimaan clan
ditambah dengan jaminan ganti
c.
Jika barang yang diberi berada
di tangan penerima dalam keadaan dijamin ganti oleh orang lain,
seperti barang gadaian dijamin dengan hutang dan barang yang dijual, dijamin
dengan bayaran harga. Menurut Karkhi, pemilik barang memberikannya kepada penerima belum dikira
menjadi orangyang memegang atau menerima serahan jika belum
memperbaharui penerimaan. Ini kerana ia adalah penerimaan barang gadaian
dan jual beli. Biarpun dengan penerimaan itu ada jaminan ganti, tetapi tidak
sah pelepasannya. Oleh itu tiada kemungkinan memberi pelepasan
dengan sebab pemberian supaya menjadi penerimaan amanah, kemudian diikuti kesamaan dua
penerimaan. Ketika ini dipanggil penerimaan jaminan ganti. Jika berbeza dua
penerimaan, tidak boleh mengganti atau mewakilkan. Ini berbeza dengan
barang-barang rampasan dan harta yang dipelihara untuk dijual
kerana jaminan tersebut dapat mengesahkan pelepasan daripadanya. Pemberi membenarkan pemberian
dan penerimaan terus kekal tanpa jaminan. Dengan itu persamaan dua
penerimaan dapat saling mengganti atau mewakilkan satu sama lain.
PEMBERIAN KEPADA ANAK – ANAK.
Tiada khilaf antara jumhur ulama'
mengatakan sunat 12 memberi sama rata di dalam pemberian kepada (sesama) anak-anak, makruh melebihkan sesama mereka seperti yang kami kemukakan sebelum
ini. Namun mereka telah berselisih pendapat di dalam menerangkan maksud
persamaan atau sama rata yang
disunatkan.
Abu Yusuf dari Mazhab Hanafi, Mazhab Maliki
dan Syafi`i pernah berkata
yang juga merupakan pendapat jumhur iaitu sunat kepada seorang
bapa memberi sama rata sesama anak-anak, lelaki dan perempuan di dalam pemberian.
_____________________________________
12. Wahbah Al - Zuhaili penterjemah Dr. Ahmad Shahbari Salamon.(2002).Fiqh
dan Perundangan Islam Jilid V .
Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka
Kuala Lumpur.hlmn 28.
.
Bapa hendaklah memberi kepada anak perempuannya seperti juga ia memberi kepada anak
lelakinya, berdasarkan sabda Nabi S.A.W. :
سووا بين أولادكم في العطية,
ولو كنت مؤثراً لاثرت النساء على الرجال
Maksudnya : Berilah sama
rata sesame anak – anakmu di dalam pemberian,sekalipun kamu mahu mengutamakan
kerana keutamaan wanita terhadap lelaki.
Di samping itu juga kerana keadilan di dalam
pembahagian mu`amalah adalah amat dituntut.Para ulama' telah menerangkan Hadith-hadith ini tentang Sunnah memberi hadiah kepada
anak-anak secara sama rata.
Mazhab Hanbali dan Muhammad dari Mazhab Hanafi pernah berkata bahawa seorang bapa boleh membahagi-bahagikan pemberian
harta antara anak - anaknya
berdasarkan pembahagian yang ditetapkan oleh Allah di dalam Mirath(harta pusaka), iaitu Allah telah menjadikan untuk
bahagian seorang lelaki bersamaan dua
orang perempuan kerana Allah S.W.T.
telahpun membahagikan sesama mereka
seperti itu. Pilihan yang lebih baik ialah
mengikuti pembahagian yang telah ditentukan Allah. Juga kerana pemberian hibah di dalam kehidupan salah
satu daripada dua keadaan pemberian, iaitu menjadikan untuk bahagian seorang lelaki
bersamaan dua orang perempuan seperti
semasa kematian dan kemudian diiringi oleh Mirath (harta pusaka) pula. Ini menunjukkan bahawa
pemberian perlu dipercepatkan atau
disegerakan selepas berlaku kematian. Pemberian itu sewajarnya
berdasarkan pembahagian yang telah Allah tetapkan dalam harta pusaka.
‘UMRA (عُمْرَى) DAN
RUQBA (رُقْبَى)
‘Umra
13 diambil dari kata – kata umrun (عُمْرٌ) iaitu
hidup. Al-‘Umra 14
bermaksud pemberian semasa tempoh hidup penerima hibah atau pemberi hibah
dengan syarat harta tersebut dikembalikan setelah kematian penerima hibah.
Al-‘Umra juga bermaksud suatu pemberian yang bersifat sementara yang merujuk
kepada hayat salah seorang sama ada pemberi hibah atau penerima hibah.
Sekiranya penerima hibah meninggal dunia maka harta yang dihibahkan itu
dikembalikan kepada pemberi hibah. Sebaliknya, jika pemberi hibah meninggal
dunia maka harta hibah akan dikembalikan kepada waris pemberi hibah. Contoh
lafaz hibah al-‘umra adalah seperti pemberi hibah berkata: “tanah ini aku
berikan (hibahkan) kepada kamu semasa kamu hidup dan jika kamu mati maka harta
itu kembali kepada aku jika aku masih hidup dan kepada waris aku jika aku telah
mati” atau "Aku bagi rumah ni kepadamu selagi aku hidup" atau "
Kau tinggallah dirumah tu selagi hayat kamu"
Ruqba 15 pula diambil dari
kata – kata muraqabatun (مُرَاقَبَةٌ) yang bererti
berinti – intipan kerana satu sama lainnya saling mengintip bilakah ia mati
supaya kembali kepadanya. Manakala al-ruqba pula ialah pemberian dengan syarat
kematian salah satu pihak sama ada pemberi hibah atau penerima hibah sebagai
syarat pemilikan kepada salah satu pihak yang hidup.
_____________________________________
13.
Al – Ustaz Abdul Hamid Hakim .
(2006) . Al – Mu’in Al – Mubin Jilid 3 & 4 . Kuala Lumpur :
Al – Hidayah Publishers Kuala Lumpur.hlmn
509.
14.
http://e-wasiat.blogspot.com/2011/02/hibah-dalam-bentuk-al-umra-dan-al-ruqba.html
15.
Al – Ustaz Abdul Hamid Hakim . (2006) . Al – Mu’in Al – Mubin Jilid 3
& 4 . Kuala Lumpur :
Al – Hidayah Publishers Kuala Lumpur.hlmn
509.
Al-Ruqba
16 juga bermaksud suatu pemberian bersyarat yang ditentukan oleh
pemberi hibah, di mana harta hibah akan menjadi milik penerima hibah sekiranya
pemberi hibah meninggal dunia. Tetapi jika penerima hibah meninggal dunia
sebelum pemberi hibah maka harta hibah akan kembali kepada pemberi hibah.
Contoh lafaz hibah al-ruqba adalah seperti pemberi hibah berkata: “tanah ini
aku berikan kepada kamu sebagai ruqba dan jika kamu mati dulu maka harta itu
kembali kepada aku dan jika aku mati dulu maka harta itu untuk
kamu”.
kamu”.
Para fuqaha’ sepakat tidak mengharuskan hibah yang disyaratkan pemilikannya akan terlaksana pada suatu tempoh masa yang akan datang. Majoriti ulamak berpendapat hibah yang bersifat sementara seperti hibah ‘umra dan ruqba adalah sah tetapi syaratnya terbatal. Mereka berhujah bahawa jika syarat itu terpakai maka ia bertentangan dengan kehendak akad hibah itu sendiri. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Peliharalah harta kamu dan janganlah kamu (menghibahkannya) secara ‘umra kerana sesungguhnya sesiapa yang (menghibah) sesuatu secara ‘umra, maka ia menjadi milik orang yang dihibahkan”.
Sebahagian daripada fuqaha’ mazhab
Hanbali, Imam Malik, Imam al-Zuhri, Abu Thur dan lain-lain serta qawl al-qadim
Imam Syafie berpendapat bahawa hibah ‘umra adalah harus dan syaratnya sah jika
tidak dinyatakan oleh pemberi hibah bahawa harta yang dihibahkan akan
_____________________________________
16.
http://e-wasiat.blogspot.com/2011/02/hibah-dalam-bentuk-al-umra-dan-al-ruqba.html
menjadi milik waris penerima hibah selepas kematian penerima hibah. Ini bermakna harta hibah akan kembali kepada pemberi hibah selepas kematian penerima hibah.
Sementara pendapat lain pula mengambil pendekatan bahawa hibah yang bersifat sementara pada hakikatnya bukanlah hibah tetapi ia adalah ‘ariyah (peminjaman). Imam Abu Hanifah dan Imam Malik mengharuskan hibah ‘umra tetapi tidak mengharuskan hibah ruqba. Pandangan mereka adalah berpandukan kepada hadis Rasulullah s.a.w yang telah mengharuskan hibah ‘umra dan membatalkan hibah ruqba. Namun hadis ini dikritik oleh Imam Ahmad kerana ia tidak diketahui kesahihannya. Mereka juga berpendapat bahawa hibah ruqba adalah hibah ta’liq ke atas sesuatu yang tidak jelas dari segi tempoh ia akan terlaksana.
Berdasarkan perbincangan di atas, dapat dirumuskan bahawa antara isu penting yang membawa perbezaan pandangan di kalangan fuqaha’ mengenai hibah ‘umra dan hibah ruqba ialah tertumpu kepada unsur hibah yang bersifat sementara dan hibah sesuatu yang dita’liqkan dengan hayat seseorang. Kedua-dua isu ini telah menimbulkan reaksi yang berbeza di kalangan fuqaha’.
Mazhab yang mengatakan hibah ‘umra
dan hibah ruqba tidak diharuskan adalah berpandukan kepada hadis Rasulullah
s.a.w yang bermaksud :
“Janganlah kamu memberi (hibah) sama ada secara ‘umra atau ruqba”.
Mazhab yang mengharuskan hibah ‘umra dan hibah ruqba pula berhujah dengan hadis yang bermaksud:
“(Hibah)
‘umra dan ruqba adalah diharuskan bagi mereka”.
Menurut Mazhab Syafie 17
hibah ‘umra dan ruqba ialah hibah sah, tetapi syarat tidak terpakai berdasarkan
Jabir r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda :
"
Umra dibenarkan untuk pemiliknya begitu juga ruqba dibenarkan untuk
pemiliknya"
Kesimpulannya kebanyakan ulama telah
mengharuskan pemberian ‘umra dan ruqba dengan menganggap kedua – duanya dari
jenis hibah juga,perlu kepada ijab dan qabul serta penerimaan barang dan
seumpamanya.Namun Mazhab Maliki dan Hanafi 18 melarang pemberian
ruqba dan mengharuskan pemberian umra.
KESIMPULAN
Hibah merupakan amalan membantu
ekonomi umat Islam dan merapatkan ikatan persaudaraan dan pertalian kasih
sayang sesama insan. Ianya amat wajar disuburkan dalam kehidupan semua ahli
masyarakat lantaran ia boleh dilakukan dalam bentuk harta, makanan, minuman,
dan wang ringgit. Alangkah bertuahnya masyarakat yang prihatin kepada masalah
umat yang hidup sezaman dengannya lalu memberi di saat orang memerlukan, tidak
meminta-minta walau pun amat berhajat kepada sesuatu, pemurah tidak kedekut,
pemaaf tidak pendendam, dan sentiasa sukakan kebajikan.Membantulah sesama umat
Islam untuk merapatkan silaturrahim dan dapat membantu memajukan ummah.
_____________________________________
18. Wahbah Al - Zuhaili penterjemah Dr. Ahmad
Shahbari Salamon.(2002).Fiqh dan Perundangan Islam Jilid V .
Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka
Kuala Lumpur.hlmn 6.
.
BIBLIOGRAFI
1.
Al – Ustaz Abdul Hamid Hakim . (2006) . Al – Mu’in Al – Mubin
Jilid 3 & 4 . Kuala Lumpur : Al – Hidayah Publishers Kuala Lumpur.
2.
Sa’diy
Abu Jaib . (1988) . al-Qaamus al-Fiqhi Lughatan wa Istilaahan . Kuala
Lumpur . Darul Fikri Sdn. Bhd.
3.
Wahbah Al - Zuhaili penterjemah Dr. Ahmad Shahbari Salamon . (2002)
. Fiqh dan Perundangan Islam Jilid V . Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka Kuala Lumpur.
4.
http://e-wasiat.blogspot.com/2011/02/hibah-dalam-bentuk-al-umra-dan-al-ruqba.html
0 comments:
Post a Comment