Assalamualaikum..alhamdulillah selesai sudah solat Jumaat secara
berjemaah di sebuah masjid yg bernama Masjid Nurul Ehsan..msti antum tertanya2
apa entri ana kali ni kn..
ana nk ceritakan inti khutbah pada hari Jumaat tanggal 14 Juni
2013..ia disampaikan oleh seorang ustaz jemputan iaitu Ustaz Zainal
S.Ag..kebiasaannya kalau isi khutbah yang x menarik pastinya ana akn mengantuk
tp kali ni mata ana segar kerna rupanya ade rahsia di sebalik huruf-huruf dalam
SYA'BAN..
ش-شفعة = syafaat
ع-عزة kemuliaan=
ب- بر kebaikan=
ا- ألفا kelembutan=
ن- نور cahaya=
Inilah
dia intinya dan khatib mengupas 1 persatu setiap huruf dalam perkataan
tersebut. Semasa 15 Syaban kite disunatkan (15 Sya'aban), Solat sunat nisfu
sya'aban, 2 rakaat selepas solat maghrib dan surah yang perlu dibaca ialah
semasa di Rakaat 1 : baca Al-Fatihah & surah Al-Qadar 1x dan Rakaat 2 :
baca Al-Fatihah & surah Al-Ikhlas 3x
Selepas
itu para jamaah membaca Yasin 3x selepas
solat Maghribnya (15 Sya'aban) dan setiap kali selesai yasin yang pertama ialah
diniatkan supaya mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah, yasin
yang kedua pula diniatkan supaya mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada
Allah dan Yasin yang ketiga ialah diniatkan supaya mohon ditetapkan iman dan
Islam & mati di dalam iman & pohonlah segala yang baik. Kemudian baca
Istighfar 11x & selawat 11x Baca doa nisfu Sya'aban (ada di dalam Yasin
Majmuk). Baca surah ikhlas 1000x bagi yang mampu dan berpuasa pada siangnya.
Abul
Khair Al Talaqaani r.a. mengira nama2 malam Nisfu Syaaban sebanyak 22. Antaranya
yg termasyhur adalah:
1.
Malam Dimustajabkan Doa
2.
Malam Pembahagian Takdir
3.
Malam Rahmat
4.
Malam Berkat
5.
Malam Pengampunan (Taubat)
6.
Malam Penebusan
7.
Malam Syafaat
8.
Malam Penulisan
9.
Malam Keagungan dan Kemuliaan
10.
Malam Rezeki
11.
Malam Hari Raya ParaMalaikat
12.
Malam Penghidupan
Dan ade
diriwayatkan oleh Yahya bin Muaz bahawa barangsiapa yang menyucikan badan di bulan Rejab maka
mereka akan menyucikan hati pada bulan Syaban, dan barangsiapa yang menyucikan
hati mereka di bulan syaban maka mereka akan menyucikan jiwa pada bulan
Ramadhan.
Hukum Menghidupkan Syaban dengan Bacaan yasin 3 kali
Membaca
suroh yasin sebanyak tiga kali setelah shalat magrib bersama-sama, hal itu
masuk dalam perintah menghidupkan malam nisfu sya'ban (dengan catatan : jika
dilakukan bersama-sama setiap individu memperhatikan bacaannya). Terdapat
kelapangan dalam tata cara berdzikir. Mengkhususkan tempat atau waktu tertentu
untuk melakukan amalan ibadah secara terus menerus adalah dibolehkan selama
pelakunya tidak meyakini bahwa amalan tersebut adalah wajib dan tidak boleh
ditinggalkan.
Imam
Bukhari dan Muslim meriwayatkan dari Abdullah bin Umar r.a., ia berkata,
"Nabi saw. mendatangi masjid Quba setiap hari sabtu terkadang dengan
berjalan kaki dan terkadang menaiki tunggangan. Abdullah bin Umar radhiyallaahu
'anhumaa pun melakukan hal yang sama."
Al-Hafidz
Ibnu Hajar, dalam Fathul-Bari, mengatakan, "Hadist ini, dalam semua jalurnya
yang berbeda-beda, menunjukan kebolehan mengkhususkan sebagian hari untuk
melakukan beberapa amal saleh dan membiasakannya secara terus menerus."
Dengan
demikian, menghidupkan malam nisfu sya'ban dengan cara yang disebutkan di atas
bukan bid'ah yang sesat ataupun makruh. Dengan catatan bahwa hal itu dilakukan
tanpa keyakinan bahwa hal itu wajib dilaksanakan. Jika kegiatan itu dilakukan
dengan memaksa orang lain untuk ikut melaksanakannya dan menyalahkan mereka
jika tidak mengikutinya, maka hal itu menjadi amalan bid'ah karena telah
mewajibkan sesuatu yang tidak diwajibkan oleh Allah dan Rasul-Nya.
Maka
berakhirlah khutbah Syaban pada hari Jumaat, penghulu segala hari ini..
Wallahu
A’lam