PENGENALAN
SISTER DALAM ISLAM (SIS)
Sepertimana
yang kita ketahui SIS telah ditubuhkan pada 1988 dan didaftar sebagai
Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) pada 1993 di bawah nama SIS Forum (Malaysia)
Berhad. Nama Sisters in Islam terus digunakan dalam penulisan mereka.
Sepertiamana yang kita ketahui juga mereka ini merupakan semangat revolusi Islam, satu agama yang
telah mempertingkatkan martabat wanita sejak 1400 tahun dahulu. Mereka ini
menolak penindasan wanita dan penafian hak-hak asasi mereka seperti kesaksamaan
dan martabat kemanusiaan. Mereka menganggap agama telah diperalatkan untuk
membenarkan amalan dan nilai-nilai budaya serta menganggap wanita sebagai
berkedudukan lebih rendah daripada lelaki.
Perkara ini berlaku kerana mereka merasakan kaum lelaki sahaja yang
telah menguasai hal dalam dunia dan secara eksklusif hak mentafsir al-Qur'an.
Mereka percaya bahawa setiap orang mesti
diberi peluang sepenuhnya untuk menyertai segala bidang kehidupan demi
pertumbuhan dan pengembangan ummah. Mereka juga mahu, penyertaan wanita Islam
sebagai rakan kongsi yang setaraf, dalam erti kata sepenuhnya dalam pembangunan
dan kemajuan sosio-ekonomi ummah adalah menjadi keperluan masa kini. Mereka juga
merumuskan bahawa adalah penting pengalaman, fikiran dan suara wanita
dimasukkan ke dalam tafsiran al-Qur'an dan pentadbiran agama dalam dunia Islam.
Mereka mendakwa dan memperolehi ilham daripada penglibatan aktif wanita dalam
kehidupan awam semasa zaman Nabi Muhammad S.A.W serta koleksi riwayat hidup
para Sahabat Nabi memuatkan lebih daripada 1,200 riwayat Sahabat Nabi yang
terdiri daripada wanita. Antara mereka ialah para penyampai hadith, para wali
dan sufi, para syahid, pembebas abdi, dan wira peperangan. Mereka ini juga
berusaha mempromosi hak-hak wanita Islam adalah berasaskan prinsip-prinsip
kesaksamaan, keadilan, kebebasan dan martabat seperti yang diperintah oleh
al-Qur'an dan diperjelaskan oleh kajian kami mengenai kitab suci ini.
OBJEKTIF
SISTER DALAM ISLAM (SIS)
Objektif utama mereka
adalah:
Ø Menegak
dan membangunkan satu kerangka hak-hak wanita dalam Islam yang mengambil kira
pengalaman dan realiti wanita.
Ø Menghapuskan
ketidakadilan dan diskriminasi terhadap wanita dengan mengubah amalan-amalan
serta nilai-nilai yang menganggap bahawa taraf wanita adalah lebih rendah
daripada lelaki.
Ø Membina
kesedaran awam dan memperbaharui undang-undang serta dasar-dasar mengenai
kesaksamaan, keadilan, kebebasan, martabat dan demokrasi dalam Islam.
Untuk
mencapai objektif-objektif tersebut, SIS telah memulakan aktiviti-aktiviti
dalam empat bidang program:
Ø Penyelidikan
dan Tafsiran sumber-sumber teks Islam
Ø Advokasi
untuk pembaharuan dasar dan undang-undang
Ø Meningkatkan
kesedaran orang ramai dan pendidikan awam
Ø Perancangan
strategik dan pembentukan dasar
MISI
SISTER DALAM ISLAM (SIS)
Mereka
(SIS) adalah untuk meningkatkan kesedaran mengenai prinsip-prinsip Islam yang
sebenar, prinsip-prinsip yang memuliakan konsep kesaksamaan di antara wanita
dan lelaki, dan berjuang ke arah pembentukan masyarakat yang mendokong
prinsip-prinsip Islam seperti kesaksamaan, keadilan, kebebasan dan martabat
dalam negara demokrasi. Sisters in Islam (SIS) ialah sekumpulan wanita
profesional beragama Islam yang memperjuangkan hak-hak wanita dalam kerangka
Islam.
AKTIVITI-AKTIVITI HARIAN SISTER DALAM ISLAM (SIS)
1. KLINIK
BANTUAN GUAMAN UNDANG-UNDANG SIS
Klinik
Bantuan Guaman Undang-undang SIS telah berfungsi sejak tahun 2002. Ia dibuka
setiap hari Isnin dan Jumaat dari pukul 10 pagi hingga 5 petang. Perkhidmatan
yang diberikan adalah percuma. Klinik Bantuan Guaman ini memberi perkhidmatan
kepada pihak awam yang memerlukan nasihat undang-undang terutamanya mengenai
undang-undang keluarga Islam. SIS dapati bahawa terdapat kurang perkhidmatan
yang memberi nasihat guaman dengan percuma. Kebanyakan perkhidmatan yang ada
lebih berupa khidmat kaunseling dan tidak dapat membantu pihak awam mengenai
langkah-langkah yang boleh diambil bagi menuntut hak mereka. SIS amat prihatin
mengenai keperluan awam khasnya wanita yang mahu hak-hak mereka terpelihara.
Ramai wanita yang masih tidak mengetahui hak-hak mereka yang telah
diperuntukkan di dalam undang-undang Syariah dan undang-undang keluarga Islam.
Contohnya, seorang isteri masih mempunyai hak ke atas nafkah walaupun dia
bekerja. Tanggungjawab seorang suami adalah tidak berubah. Hak ke atas nafkah
ini boleh dituntut di Mahkamah Syariah tanpa perlu berlakunya perceraian. Ramai
wanita yang beranggapan bahawa Mahkamah Syariah hanyalah untuk bercerai sahaja.
Selain dari informasi mengenai hak yang diperuntukkan, Klinik ini juga
memaklumkan wanita mengenai prosedur mahkamah yang perlu diikuti. SIS dapati
bahawa ramai wanita terhalang dari menuntut hak mereka kerana mereka tidak
mampu untuk membayar perkhidmatan peguam. Wanita menganggap bahawa hanya peguam
yang boleh membawa kes di mahkamah. Wanita boleh membawa kesnya sendiri di
mahkamah. Ia termaktub di dalam undang-undang keluarga Islam. Kekurangan sumber
kewangan tidak sepatutnya menjadi penghalang untuk menuntut hak. SIS boleh
membantu wanita mengenai prosedur-prosedur yang perlu diikuti. Melalui cara
ini, wanita-wanita yang bergaji rendah dan sederhana boleh memastikan hak
mereka terpelihara. Perkhidmatan Klinik tidak hanya tertumpu ke atas prosedur
mahkamah sahaja. SIS juga membantu dari segi mendapatkan perkhidmatan dari
agensi-agensi kerajaan. Ini adalah termasuk urusan dengan Pejabat Tanah bagi
kemasukan kaveat dan jual-beli tanah atau Pejabat Agama bagi urusan permohonan
perkahwinan dan kaunseling rumahtangga. Pihak awam juga selalu merasakan bahawa
urusan pembahagian harta bagi masyarakat Islam hanya terikat dengan sistem
faraid. Ia menjadi satu kerunsingan terutamanya bagi ibu tunggal yang hanya
mempunyai anak perempuan dan waris yang ada adalah tidak bertanggungjawab.
Sekiranya harta diberikan kepada waris, hidup anaknya tentu tidak akan
terjamin. Terdapat berbagai cara yang boleh dilakukan bagi menguruskan harta
orang Islam. Ia adalah tidak bertentangan dengan perundangan Islam dan dapat
memastikan hak-hak seseorang dilindungi. SIS dapat memberi penerangan bagi
membantu wanita yang mahukan harta mereka dikendalikan dengan wajar apabila
mereka meninggal dunia. Contoh mengenai urusan pembahagian harta yang boleh
dilaksanakan adalah seperti hibah, wakaf dan amanah. SIS juga membantu
wanita-wanita yang ingin berkahwin untuk merangka perjanjian takliq mereka.
Perjanjian takliq ini adalah amat penting kerana ia dapat menjamin keharmonian
rumahtangga. SIS dapati ramai pasangan yang ingin berkahwin tidak memahami
tanggungjawab yang akan dipikul.Masing-masing berfikir bahawa pasangannya
memahami sifat dirinya. Melalui perjanjian takliq, pasangan akan sama-sama
berbincang dan berfikir mengenai alam rumahtangga yang bakal dilalui. Jelas
sekali dengan cara ini keruntuhan rumahtangga dapat diminimakan.
2. BENGKEL
HAK-HAK WANITA DALAM ISLAM
Bahagian
Pendidikan Awam SIS melaksanakan aktiviti-aktivi seperti seminar, bengkel,
latihan, syarahan umum, dan sesi perbincangan bulanan dengan ahli-ahli. Antara
pemikir-pemikir Islam dan penyelidik-penyelidik yang pernah turut terlibat dalam
aktiviti-aktiviti tersebut adalah seperti Dr. Fathi Osman (cendikiawan Islam
yang terkemuka dan pernah menjadi tenaga pengajar di beberapa universiti di
seluruh dunia termasuk Universiti Al-Azhar, Mesir), Dr. Amina Wadud (seorang
ahli teologi Islam), Prof. Dr. Abdullahi An-Naim, Prof. Dr. Amin Abdullah
(Rektor Institut Agama Islam Negeri Sunan Kalijaga, Yogyakarta, Indonesia), dan
ramai lagi. Pada 24 Januari 2004 lalu
mereka telah menganjurkan bengkel "Hak-hak Wanita dalam Islam, Isu
Poligami dan Pembahagian Harta" di Hotel Grand Continental Kuala Lumpur.
Bengkel tersebut diadakan untuk ahli-ahli Gabungan Hak Wanita dalam Islam, yang
terdiri daripada beberapa organisasi wanita di
Malaysia. Untuk mendapatkan
maklumat terkini mengenai aktiviti-aktiviti Bahagian Pendidikan Awam Sisters in
Islam.
ANTARA
TERBITAN ARTIKEL SISTER DALM ISLAM (SIS)
SIS
telah menerbit, menjual dan memberi percuma penerbitan-penerbitan mereka kepada
pusat-pusat sumber, badan-badan bukan kerajaan, organisasi-organisasi wanita
dan individu-individu yang berkaitan. Di antara penerbitan-penerbitan SIS
termasuklah:
Ø Islam
dan poligami
Ø Islam
dan perancangan keluarga
Ø Wanita
sebagai hakim syarie
Ø Wanita
Islam dalam keluarga dan masyarakat
Ø Islam,
kesihatan reproduktif dan hak-hak wanita
Mereka ini
adalah Puan Nori Abdullah, Puan Hanis Husein and Datin Paduka Marina Mahathir adalah
orang kuat dalam sis di Malaysia. Disini saya lampirkan gambar yang membawa
maksud keislaman yang dibawa mereka ini semua:
KESIMPULAN
Sepertimana yang
kita tahu, semakin hari semakin bertambah kefahaman islam yang membawa kearah
kejahilan yang menduakan Allah S.W.T dan kejahilan dalam islam terus merebak
dikalangan generasi dan pada era sekarang. Tetapi apakah yang menyebabkan
mereka-mereka ini terjebak perkara-perkara seperti ini walhal setiap individu
mempunyai kemazhaban yang telah diterap sejak kecil, malah ada juga yang
terpesong kerana ingin berkuasa dengan ideologi sendiri dan malah ada juga yang
tidak faham bahawa pegangan sunnah waljamaah adalah fahaman yang betul dan
harus dijadikan contoh untuk dipegangi.
0 comments:
Post a Comment