SILA "CLICK NEW TAB FOR DETAIL POST" JIKA MENGHADAPI MASALAH MEMBACA ENTRI SILA EMAIL KAN PADA CAKERAWALA IBTISAM TERIMA KASIH

Dec 11, 2013

pentadbiran fatwa di peringkat persekutuan



Pentadbiran fatwa di peringkat Persekutuan ialah berada di JAKIM yang beralamat di Bahagian Pengurusan Fatwa,Aras 5 Blok D7,Kompleks D,Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62519 Wilayah Persekutuan Malaysia.Latar belakangnya ialah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia telah ditubuhkan pada awal 1970 sebagaimana diperuntukkan dalam perkara 11 Peraturan Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI).Jawatankuasa ini merupakan badan yang berperanan untuk membincang dan memberikan pandangan berkaitan hukum hakam di peringkat kebangsaan.
Sejak penubuhannya,muzakarah/mesyuarat Jawatankuasa ini diurusetiakan oleh Urusetia MKI (kemudian dipanggil sebagai Bahagian Hal Ehwal Islam dan sekarang JAKIM) dan tidak terdapat satu bahagian khusus yang berperanan sebagai urusetia dalam hal-hal berkaitan fatwa.
Isu penubuhan sebuah institusi khusus yang bertanggungjawab dalam bidang kefatwaan ini telah mula dibincangkan dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa MKI kali ke 33 pada 11 Oktober 1993,Muzakarah ini pada prinsipnya bersetuju dengan cadangan supaya ditubuhkan Darul Ifta’ bagi memperkasakan institusi fatwa di Malaysia.Walaubagaimanapun,pelaksanaan cadangan tersebut ditangguh disebabkan halangan-halangan dari aspek perundangan.
Isu Penubuhan Darul Ifta’ ini dibangkitkan semula setelah didapati kepentingan terhadap penubuhan institusi tersebut sangat diperlukan dan isu ini telah dirafakkan kepada Seri Paduka Yang Di Pertuan Agong semasa Majlis Menghadap oleh semua Ahli Jawatankuasa Fatwa MKI pada 21 Mei 2008 di Istana Negara dan pada dasarnya Baginda bersetuju supaya pengurusan fatwa diperkukuhkan.
Pertemuan Jawatankuasa Fatwa MKI dengan YAB Perdana Menteri pada 20 Jun 2008 juga telah membangkitkan isu penubuhan sebuah institusi khusus untuk pengurusan fatwa yang akan berperanan sebagai pusat penyelarasan fatwa di peringkat nasional dan ia mendapat perhatian daripada YAB Perdana Menteri.
Mesyuarat Pre Council Majlis Raja-Raja pada 1 Julai 2008 dan Mesyuarat Majlis Raja-Raja kali ke 214 kemudiannya telah bersetuju supaya fungsi Jawatankuasa Fatwa MKI pada kali ini diperkukuhkan dari aspek pengstrukturannya.
Pada Mesyuarat Pasca Kabinet Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada 17 Septtember 2008,persetujuan telah dicapai supaya urus setia kepada Jawatankuasa Fatwa MKI dinaiktaraf dan diasingkan menjadi satu bahagian baru di JAKIM.
Berkuatkuasa pada 2 Januari 2009,urusetia kepada Jawatankuasa Fatwa MKI ini telah ditubuhkan secara pentadbiran dan dinamakan sebagai Bahagian Pengurusan Fatwa dan Pembangunan Ijtihad.Pada 15 Jun 2009 jakim telah memperolehi waran perjawatan Cadangan Penjenamaan Semula JAKIM Fasa 1 berkuatkuasa 1 Jun 2009 dengan rasminya wujud Bahagian Baru iaitu Bahagian Pengurusan Fatwa.     

Visi
Berazam menjadi pusat rujukan fatwa yang berwibawa dan berintegriti di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
Misi
Memartabatkan fatwa di Malaysia melalui perancangan,penyelidikan,pengurusan dan penyelarasan fatwa dalam pelbagai bidang ke arah mengembangkan proses ijtihad jama’I dalam penentuan hukum. 
Objektif
  1. 1.      Menjadi Urusetia kepada Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia.
  2. 2.      Mewujudkan jaringan hubungan dan perkongsian pintar dalam pengurusan dan penyelarasan hal ehwal kefatwaan di dalam dan luar negara.
  3. 3.      Menjadi pusat rujukan fatwa yang berwibawa di dalam dan luar negara.
  4. 4.      Menjalankan kajian dan penyelidikan yang berkaitan isu-isu kefatwaan.
  5. 5.      Menyebar dan melaksanakan pendidikan fatwa kepada masyarakat.
  6. 6.      Memberi kesedaran dan pendidikan kepada masyarakat tentang pelbagai dimensi fatwa pelaksanaannya dalam masyarakat majmuk.

Definisi Fatwa
Pada bahasa ia diambil daripada afta-ifta’an yang member maksud menjelas dan menghuraikan hukum permasalahan.

Dari segi istilah
Pada istilahnya pula,fatwa mempunyai pelbagai definisi antaranya:
1.      Fatwa adalah sebagai jawapan yang dibuat oleh mufti pada perkara yang berlaku apabila diajukan soalan kepadanya.
2.      Fatwa ialah mengkhabarkan hukum Allah SWT sama ada pada yang mesti atau harus.

Fungsi
1.      Menjadi penasihat kepada Kerajaan Persekutuan dalam hal-hal berkaitan fatwa
2.      Menjadi sumber rujukan dengan mengemukakan fatwa sebagai penyelesaian terhadap setiap permasalahan berkaitan hukum hakam.
3.      Mengkaji dan menyelidik isu-isu kontemporari dalam pelbagai bidang yang timbul dalam maysarakat.
4.      Menjadi urusetia kepada Jawatankuasa Fatwa MKI dan mesyuarat/persidangan yang berkaitan.
5.      Menyelaraskan pandangan hukum/ fatwa yang telah diputuskan di peringkat negeri dan negara anggota MABIMS
6.      Memastikan semua keputusan yang telah diputuskan disalurkan,difahami dan dipatuhi oleh semua pihak.
7.      Membangunkan manhaj dan metodologi istinbat hukum yang berkesan.
8.      Meningkatkan koordinasi antara Jabatan/Pejabat Mufti seluruh negeri.
9.      Menyebarkan semua hukum/keputusan yang telah diputuskan kepada masyuarakat awam.
10.  Menjadi Pusat Rujukan pandangan hukum/fatwa di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
Keurusetiaan
Bahagian ini menjadi Urus setia kepada jawatankuasa-jawatankuasa berikut:
1.      Jawatankuasa Fatwa majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia.
2.      Persidangan Mufti-Mufti Seluruh Malaysia.
3.      Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Pengurusan dan Pembangunan Fatwa (JKPPF)
4.      Mesyuarat Jawatankuasa Penetapan Awal Puasa Dan Hari Raya
5.      Mesyuarat Jawatankuasa Penyelaran Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Negeri-Negeri Seluruh Malaysia.
6.      Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Muzakarah Jawatankuasa Fatwa MKI.

Peruntukkan Mengenai Fatwa Dalam Undang-Undang Persekutuan
 Di dalam Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 [Akta 505], peruntukan mengenai fatwa dijelaskan di bawah Seksyen 34 iaitu:
1.      Maksud Fatwa iaitu pendapat atas apa-apa persoalan yang belum diselesaikan atau yang menimbulkan pertikaian mengenai atau berhubung dengan Hukum Syarak.
2.      Mengenai bila sesuatu itu boleh dibuat, iaitu apabila diperintahkan oleh Yang di-Pertuan Agong,atau atas permintaan orang ramai melalui surat yang dihantar kepada Mufti,atau dibuat atas kehendak Mufti itu sendiri.
3.      Sesuatu pernyataan yang dibuat oleh Mufti hanya boleh diambil sebagai fatwa jika pernyataan itu disiarkan dalam warta berhubung dengan Hukum Syarak
4.      Sesuatu fatwa yang telah disiarkan dalam warta hendaklah dipatuhi oleh semua umat Islam yang berada di negeri itu,kecuali amalan peribadi yang dibenarkan mengikut Hukum Syarak dan
5.      Fatwa yang diwartakan merupakan sebahagian daripada undang-undang yangperlu diikuti oleh semua Mahkamah Syariah bagi negeri itu.
Status Keputusan Jawatankuasa Fatwa MKI
Keputusan/pandangan hukum yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa MKI bukan merupakan fatwa mengikut peruntukan undang-undang.Ia adalah merupakan keputusan/pandangan hukum yang dicapai secara bersama oleh Mufti-Mufti di seluruh Malaysia yang menganggotai Jawatankuasa berkenaan. Keputusan/pandangan yang dibuat sebenarnya tidak mengikat negeri-negeri,tetapi sebaliknya ia hanya boleh dikuatkuasakan di peringkat negeri jika negeri berkenaan mengambil tindakan atau menerima pakai keputusan/pandangan tersebut dan menjadikan ianya sebagai fatwa mengikut proses pembuatan/pengeluaran fatwa negeri masing-masing.Oleh itu,Jawatankuasa fatwa MKI hanya merupakan majlis diskusi/muzakarah bagi membincang dan memutuskan sesuatu isu atau perkara yang memerlukan pandangan hukum khususnya yang berkaitan dengan isu/persoalan yang bersifat nasional dan melibatkan kepentingan seluruh persekutuan.
Tugas
Tugas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan mengikut pada Perkara 14 Peraturan Majlis Kebangsaan bagi hal Ehwal Ugama islam Malaysia adalah menimbang,memutus dan mengeluarkan fatwa atas apa-apa perkara berkenaan dengan agama Islam yang dirujuk kepadanya oleh Majlis Raja-Raja.Jawatankuasa ini akan mengemukakan pendapat-pendapatnya kepada Majlis Kebangsaan bagi hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) yang kemudian menghantarkannya bersama dengan pengesyoran- pengesyoran kepada Majlis Raja-Raja.
Keanggotaan
Ahli-ahli Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia terdiri daripada:
        i.            Seorang pengerusi yang dilantik oleh Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam Malaysia (MKI) di kalangan ahlinya;
      ii.            Mufti tiap-tiap negeri yang mengambil bahagian atau seorang yang mewakili Negeri dalam Hal Ehwal Agama Islam;
    iii.            Lima orang alim ulama yang dipilih dan dilantik oleh Majlis Raja-Raja; dan
    iv.            Seorang ahli yang beragama Islam dari Perkhidmatan Kehakiman dan Undang-Undang atau dari profession undang-undang yang dipilih dan dilantik oleh Majlis Raja-Raja; dan
Mengikut Perkara 13 Peraturan Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia menyatakan bahawa tiap-tipa ahli melainkan pengerusi dan Mufti-Mufti hendaklah daripada calon-calon yang diperakukan oleh Perdana Menteri,selama tempoh tidak lebih daripada tiga tahun, tetapi ia adalah layak untuk dilantik semula. Ia hendaklah memegang jawatan selama tempoh yang diperkenankan oleh Majlis Raja-Raja.

Kaedah Pengeluaran Hukum/Pandangan Syarak Oleh Jawatankuasa Fatwa
Pengeluaran hukum/pandangan syarak oleh Jawatankuasa adalah melalui dua cara;
          i.            Arahan Mesyuarat majlis Raja-Raja
Proses pengeluaran hukum/pandangan syarak ini bermula ini bermula apabila mesyuarat Majlis raja-raja menitahkan supaya Jawatamkuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia mengeluarkan hokum atau pandangan syarak tentang sesuatu isu yang timbul dalam masyarakat. Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa aakan diadakan dan apabila mesyuarat bersetuju mengeluarkan hokum atau pandangan syarak,maka hokum atau pandangan syarak berkenaan akan dirafa’kan kepada Mesyuarat Majlis raja-Raja melalui Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama islam Malaysia. Hokum atau pandangan syarak yang telah diterima oleh Majlis Raja-Raja tersebut akan dibawa kepada Jawatankuasa Fatwa/Perundingan Syarak Negeri-negeri tanpa boleh dipinda dan seterusnya akan diwartakan oleh negeri berkenaan sebagai fatwa.
        ii.            Tanpa Arahan Mesyuarat Majlis Raja-Raja
Proses pengeluaran hukum atau pandangan syarak ini adalah melalui permohonan dari masyarakat Islam atau pihak-pihak tertentu. Isu yang dikemukakan akan dikaji, disediakan satu kertas kerja berkaitan dan kemudiannya dibentangkan dalam Mesyuarat Panel kajian Syariah atau Mesyuarat Panel Kajian Akidah mengikut kategori isu yang dibincangkan. Seterusnya satu kertas kerja beserta  Panel kajian Syariah atau Mesyuarat Panel Kajian Akidah akan dibentangkan di dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia. Keputusan dan pandangan yang diputuskan dalam Muzakarah ini akan dibawa ke Jawatankuasa Fatwa/Perundingan Syarak Negeri-negeri dan negeri boleh meminda keputusan tersebut atau menerimanya tanpa pindaan. Maka seterusnya dilakukan proses pewartaan sebagai fatwa di peringkat negeri-negeri.
Pihak-pihak tertentu yang pakar akan dipanggil untuk memberikan pandangan dan penjelasan terhadap isu-isu yang tidak jelas atau memerlukan penjelasan dan taklimat yang terperinci supatya semua Ahli Jawatankuasa Fatwa majlis Kebangsaan mendapat maklumat yang tepat bagi membuat dan memutuskan keputusan.

KEAHLIAN JAWATANKUASA FATWA MAJLIS KEBANGSAAN BAGI HAL EHWAL UGAMA ISLAM MALAYSIA (MKI)
          i.            Y. Bhg.Prof.Emeritus Tan Sri Dato’ Dr.Abdul Shukor Bin Haji Husin,Pengerusi Jawatankuasa Fatwa MKI
        ii.            Y.Bhg.Tuan Haji Othman Bin Mustapha Setiuasaha Jawatankuasa Fatwa MKI
      iii.            Y.B.S.S Tan Sri Dato Seri Hj.harussani Bin Hj. Zakaria Mufti Negeri Perak Darul Ridzuan
      iv.            Y.Bhg.S.S.Dato’ Setia Haji Mohd.Tamyes Bin Abd.Wahid,Mufti Negeri Selangor Darul Ehsan.
        v.            Y.Bhg.S.S Dato’ Haji  Wan Zahidi Bin haji Wan Teh Mufti Wilayah Persekutuan.
      vi.            Y.Bhg.S.S Datuk Hj. Ahmad Alawi Bin Hj. Adnan,Mufti Negeri Sabah
    vii.            Y.Bhg.S.S Dato’ Haji Hassan Bin Haji Ahmad,Mufti Negeri Pulau Pinang
  viii.            Y.Bhg.S.S Datuk Wira Hj. Rasyid Rezda Bin Hj. Md.Saleh,Mufti Negeri Melaka.
      ix.            Y.Bhg.S.S Dato’hj.Muhammad Shukri Bin Muhammad,Mufti Kerajaan Negeri Kelantan
        x.            Y.Bhg.S.S dato’ Hj.Abd.rahman Bin Hj.Osman,Mufti Negeri Pahang
      xi.            YB.S.S Dato’ Hj.Mohd Tahrir Bin Dato’ Shamsudin,Mufti Negeri johor
    xii.            Y.Bhg.S.S. Dr.Haji Alias Bin Abdullah,Mufti Negeri Terengganu
  xiii.            Y.Bhg.S.S Dato’ Hj.Mohd Yusof Bin Hj.Ahmad Mufti Negeri Sembilan
  xiv.            Y.Bhg.S.S Tuan Haji Kipli Bin Haji Yasin,Mufti Negeri Sarawak
    xv.            Y.Bhg.S.S Dr.Juanda Bin Jaya,Mufti Negeri Perlis

Ahli Dilantik Oleh Majlis Raja-Raja
·         ,Penasihat Perundangan Syariah Jabatan Peguam Negara
·         Y.Bhg.Dr.Abdul Hayei Bin Abdul Shukor Ahhli Dilantik Majlis Raja-Raja
·         Y.Bhg.Prof.Zakaria Bin Stapa
·         Y.Bhg.Prof Madya Datin Dr.Paizah Bt. Hj.Ismail
·         Y.Bhg.Dr.Haji Mat Saad Bin Abdul Rahman
·         Y.Bhg.En.Faisal Bin Ahmad Sabri




Tatacara Pentadbiran Pengeluaran Fatwa di Peringkat Persekutuan
Kaedahnya Bahagian Pengurusan Fatwa tidak mengeluarkan fatwa sebaliknya mengeluarkan panduan hukum.Bahagian fatwa negeri yang akan mengeluarkan fatwa untuk diwartakan.Pada peringkat persekutuan,proses kerja bermula apabila bahagian pengurusan fatwa telah diminta oleh pihak tertentu memberi  penjelasan tentang isu tertentu,mesyuarat raja-raja atau pihak lain,maka pihak yang berwajib akan meneliti isu tersebut.
Kemudian isu yang hendak dibincangkan akan diberikan kepada pengkaji pendidikan akademik dari Bahagian Perancangan JAKIM.Di dalam bahagian ini,ia melibatkan pencarian secara menyeluruh seperti,menyiasat,menyelidik,intipan serta mengkaji isu terbabit.
Kajian yang telah sempurna akan disediakan dan diserahkan kepada Mesyuarat Panel Kajian Akidah/Mesyuarat Panel Kajian Syariah iaitu dua badan yang bertanggungjawab di dalam JAKIM.Ahli jawatankuasa seperti para ulama,pakar-pakar yang arif tentang hukum-hakam seperti pensyarah bahagian syariah di UM ataupun di UKM.
Selepas ahli panel telah memberikan pandangan masing-masing terhadap kajian isu terbabit,maka ia akan dibawa di dalam Muzakarah di jabatan Fatwa Kebangsaan dan keputusan menentukan hukum akan dibuat.
Dalam isu-isu yang memerlukan ilmu kepakaran seperti di dalam perkara bioteknologi,Jawatankuasa Fatwa akan dipanggil untuk berbincang.Mereka akan memanggil orang yang layak terhadap isu ini dan orang yang pakar ini akan menyiasat sehingga selesai.Selepas itu,keputusan diberi dan apabila Jawatankuasa Fatwa telah membuat keputusan,maka   ia akan dihantar kepada pihak yang meminta atau dihebahkan kepada pada orang lain.
Dalam pada yang sama,pihak persekutuan akan menghantar kepada Jawatankuasa Fatwa Negeri untuk negeri tersebut mewartakan fatwa tersebut.Perbincangan fatwa ini akan dilakukan selama enam kali dalam setahun oleh itu,dua bulan sekali perbincangan.Akan tetapi,sekali-sekala mereka akan mengadakan mesyuarat khas atau mesyuarat tambahan.Sekarang,Bahagian Pengurusaan Fatwa telah menjalankan kajian tentang sejauh mana Islam menerima Fatwa yang telah dihebahkan.Selain itu,mereka juga mengkaji fatwa yang hendak diubahsuai mengikut kesesuaian peredaran zaman dan mengkaji isu-isu semasa yang memerlukan fatwa.





0 comments: