SILA "CLICK NEW TAB FOR DETAIL POST" JIKA MENGHADAPI MASALAH MEMBACA ENTRI SILA EMAIL KAN PADA CAKERAWALA IBTISAM TERIMA KASIH

SELAMAT DATANG

Rasulullah Saw bersabda, “Janganlah sekali-kali engkau menganggap remeh suatu perbuatan baik, meskipun (perbuatan baik itu) dengan engkau menjumpai saudaramu (sesama muslim) dengan wajah yang ceria." (HR. Muslim).

IBTISAM = SMILE = SENYUM

semua insan adalah sama dan yang membezakannya hanya taqwa

HEART FOR RABBI

tiada perkara yang lebih indah melainkan jatuh cinta pada Allah

PETUA IMAM SYAFIE

Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati

ISLAM THE WAY OF LIFE

syariah- akidah- akhlak = BAIK (B= bahasa, A= adab, I=imej, K=kelakuan)

Apr 18, 2014

Pendidikan Seks Berteras Islam Atasi Gejala Sosial





Assalamualaikum semua..fi hazal yaum wahua sayyidul ayyam..bi ma'na hari adalah hari segala penghulu hari..orang semua akan pergi menunaikan solat Jumaat pada tengahhari nanti..ana nk berkongsi sedikit maklumat ttg pelajaran seks di sek ni..jd sama2 menikmati ilmu ni ya hehe

Pendidikan seks sebenarnya telah menjadi suatu isu yang kontroversi dalam masyarakat kita. Sementara itu terdapat pihak-pihak yang menentangnya. Hal ini disebabkan oleh pelbagai gejala seks rambang,seks luar tabii dan seks bebas telah melanda masyarakat terutamanya kalangan generasi muda umat Islam. Pelbagai alasan telah diberikan oleh kedua-dua belah pihak. Dalam masa yang sama, fenomena sosial moden termasuk isu-isu berkaitan seksual yang dianggap berpunca daripada hal ini terus berlaku dalam masyarakat seperti lahirnya anak luar nikah dan pembuangan bayi. Justeru itu, Islam sangat melarang pergaulan bebas yang boleh menjerumuskan ke arah gejala sosial.

Seringkali pula generasi muda dikaitkan dengan masalah sosial berkenaan menjadi mangsa keadaan. Penghalang pendidikan seks ini adalah pandangan masyarakat terhadap pelaksanaannya. Ia perlu dilakukan di peringkat sekolah secara ilmiah, berilmu dan mengikut peringkat demi peringkat. Pandangan generasi baharu terhadap pendidikan seks sebenarnya sudah mula menampakkan perubahan. Perkara yang penting adalah nama "Peendidikan Seks" itu sendiri banyak membawa konotasi yang berbeza. Terdapat juga konflik dalam menerima perubahan ini terutama dalam kalangan ibu bapa. Mereka bimbang dengan isi kandungan dan sukatan yang boleh menjurus kepada masalah seksual yang lebih bahaya seperti peningkatan pergaulan bebas,kes rogol, pembuangan bayi dan sebagainya.

\Justeru itu, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memperkenalkan pendidikan seksualiti diajar sebagai subjek yang  berasingan yang dikenali sebagai Pendidikan kesihatan Reproduktif dan Sosial (Peers).lantaran itu, KPM menetapkan mata pelajaran itu diajar selama 40 minit sebanyak dua kali sebulan di sekolah menengah manakala selama 30 minit setiap minggu bagi murid-murid sekolah rendah.

Persoalannya, mengapakah pendidikan seks perlu dan adakah sesuai dalam masyarakat Malaysia????

Kita juga tidak mahu anak-anak memahami seks hanya melalui saluran yang tidak sihat seperti melalui internet dan juga VCD lucah. Oleh itu, pendidikan melalui Peers mestilah selari dengan pelajaran akidah dan agama. hanya melalui pendidikan, pelajar dapat memahami seks hanya halal apabila setelah berkahwin.

Terdapat kebaikan dan keburukan terhadap pendidikan seks dengan mengaitkan kepada isu-isu sosial berkaitan. Pendidikan seks mestilah berlandaskan perspektif agama. Pandangan Islam terhadap pendidikan seks mestilah diambil kira sebagai teras pendidikan. Kita harus memberikan kepercayaan sepenuhnya kepada guru-guru yang terdidik dan terlatih untuk mengajar mata pelajaran Peers ini di sekolah. Sehubungan dengan itu, pendidikan seks mestilah berteraskan Islam iaitu membawa makna perkahwinan, tujuan perkahwinan dan pembangunan keluarga. Melalui pendidikan di sekolah, ia patut diterapkan juga tuntutan perkahwinan dan faedah perkahwinan yang sah. Selain itu, ia juga mestilah menjelaskan tentang hubungan yang halal dan keburukan hubungan yang haram kepada anak-anak di sekolah. Ia juga perlu menjelaskan jalan untuk mencapai kebahagiaan hidup, keindahan berumahtangga dan sebagainya.

Islam menjelaskan bahawa pendidikan rumahtangga melalui perkahwinan yang sah akan melahirkan zuriat yang suci dan dapat membangunkan ummah ke arah kekuatan tamadun bangsa. Membina keharmonian dalam rumahtangga seharusnya dijadikan fokus utama dan bukan hanya pendidikan seks semata-mata. Nabi SAW bersabda bermaksud,


Kesimpulannya,sama ada wanita atau lelaki, memelihara kehormatan adalah sangat diutamakan dalam kehidupan seharian dan juga kehidupan berumahtangga. Bagi remaja juga, memelihara kehormatan mestilah dijadikan didikan sejak dari awal lagi. Justeru itu sebagai remaja, jauhilah seks bebas, seks rambang, dan seks luar tabii yang boleh merosakkan nasab keturunan, merosakkan akal, merosakkan agama, merosakkan adab sopan dan merosakkan kehidupan masa depan.




Apr 16, 2014

MEMBACA DOA SELEPAS SOLAT SECARA BERJEMAAH

Assalamualaikum..kelmarin ana ade solat di masjid Negeri Sembilan la..ps2 ana ade tgk hamba Allah ni yg x tadah tangan ms doa..jd ana pelik la..mungkin die ni lain mazhab kot haha..jd ana nk ceritakan ckit ttg doa ni..insyallah

Dalam Tuhfah al-Ahwazi Sharh Sunan al-Tirmizi, ulama telah berbeza pendapat dalam hal ini dan sebehagiannya mengatakan harus dan sesetengah yang lain mengatakannya tidak harus dan menganggapnya bidaah.

Ulama yang mengatakannya harus berpegang kepada tiga buah hadis, antaranya:
Daripada Abu Hurairah ra “Sesungguhnya Nabi mengangkat tangannya selepas memberi  salam dalam keadaan Baginda mengadap kiblat lalu berdoa yang bermaksud, Ya Allah,tewaskanlah Khalid al Walid (tatkala sebelum masuk Islam), Ayyash bin Rabi’ah..”

Daripada Muhammad bin Abi Yahya: “Aku melihat Abdullah az-zubayr, dan beliau melihat seorang lelaki mengangkat tangannya berdoa sebelum tamat daripada solat, Abdullah az-zubayr berkata kepadanya, Rasulullah tidak pernah mengangkat tangannya sehingga Baginda tamat daripada solatnya  ” (Riwayat Abi Shaibah)

Daripada Anas bin Malik: “Telah datang seorang lelaki daripada kalangan orang kampong kepada Rasulullah saw pada hari Jumaat lalu berkata: Wahai Rasulullah, musnahlah binatang, keluarga dan manusia. Maka Baginda terus mengangkat tangannya lalu berdoa bersama-sama Nabi saw.” (Riwayat Bukhari)

Dalam hadis Al-Aswad bin al-A’mrii dan al-Fadl bin ‘Abbas, mereka berpegang dengan umum hadis mengangkat dua tangan semasa berdoa lalu berkata bahawa berdoa selepas solat fardhu adalah elok dan digalakkan, dan telah sah dariapda Nabi Muhammad saw bahawa Baginda berdoa selepas solat dan mengangkat tangan adalah merupakan salah satu daripada adab untuk berdoa. Mereka juga berkata bahawa tiada sebarang dalil yang melarang daripada mengangkat tangan ketika berdoa selepas solat.


Setelah mengutarakan perbincangan masalah ini, Sheikh al-Mubarakfuri berpendapat, bahawa pendapat yang rajih adalah menyatakan perbuatan mengangkat tangan semasa berdoa selepas solat adalah harus dan tidak mengapa bagi mereka yang melakukannya. (Tuhfah al-Ahwazi, jilid 1, hlm.235)






Apr 15, 2014

ANCAMAN BAGI ORANG YANG TIDAK MENUNAIKAN ZAKAT


HADIS QUDSI






Daripada Jabir bin Abdullah r.a, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: “Tidaklah seorang pemilik unta yang tidak menunaikan zakatya, melainkan pada hari kiamat ia akan dihempaskan ke daratan yang sangat luas bersama unta-untanya dalam jumlah yang sangat banyak. Kemudian unta-unta itu akan menginjak-injak orang tersebut dengan kaki dan kukunya.”

Tidaklah seorang sapi yang tidak menunaikan zakatnya melainkan pada hari kiamat ia akan dihempaskan ke daratan yang sangat luas bersama-sama sapi-sapinya dalam jumlah yang sangat banyak. Lalu sapi-sapinya itu menanduknya dengan tanduknya dan menginjak-injak dengan kakinya.
Tidaklah seorang pemilik kambing yang tidak menunaikan zakatnya melainkan pada hari kiamat ia akan dilemparkan ke tanah yang sangat luas bersama-sama kambingnya dalam jumlah yang sangat banyak. Lalu kambing itu menanduknya dengan tanduknya dan menginjak-injak dengan kukunya, padahal antara kambing-kambing itu tidak ada yang bertanduk ataupon yang patah tanduknya.
Tidaklah seorang pemilik harta simpanan yang tidak menunaikan zakatnya, melainkan harta simpanannya akan menjelma pada hari kiamat menjadi seekor ular yang botak. Ular itu akan mengikutinya dengan mulut yang terbuka siap mematuknya. Jika ular itu mendatanginya, serempak ia berlari meninggalkannya.
Setelah itu Rabnya berseru kepada orang itu, “Ambillah harta yang telah kamu simpan itu! Sesungguhnya Aku tidak lebih memerlukannya daripadamu.” . tatkala ular tersebut mendapati pemilik simpanan harta itu berada dalam keadaan terdesak, tidak boleh menghindarkan diri daripadanya, maka ia pun menggigit tangannya dengan mulutnya, lalu menggigit dengan gigitan yang sangat kuat.

(riwayat Ahmad



ASSALAMUALAIKA YA RASULULLAH

Rasulullah Kerap Berlapar

Nu'man bin Basyir ra meriwayatkan: "Bukankah kalian biasa makan dan minum sesuka hati kalian? Sungguh aku pernah melihat Rasulullah saw tidak menemukan apa-apa pon untuk mengisi perut Baginda, tidak jugak kurma yang buruk," (riwayat Tirmizi, Muslim, Ahmad dan Ibn Sa'd)

Apr 9, 2014

tempat kerja baru..

Assalamualaikum semua..da lme rasanyer ana x update ibtisam ana ni..cian die,da muram aje xde senyuman yang boleh trukir pabila membacanya..insyallah ana baru aja ada kelapangan sebenarnya hehe..al maklum la,nk cari duit nikah..alhamdulillah segalanya berjalan dgn lancar..

al an,ana da keje di sebuah syarikat Koperasi Tahfiz tp baru aje bukak..Koperasi ni dibawah Sek Ren Islam Integrasi Darul Ulum.mmg da 4 tahun bertapak dan Koperasi ni baru aje ditubuhkan..dan ana masuk2 aje da kene buat paper minit mesyurat..masyaAllah..terkejut jgk ana tau..jadi xtau la nk buat mcner lg..terpaksa la ana belajar dari bawah ttg koperasi ni..

bertempat di Ampangan dekat dengan sek lama ana..di SMADKLANA Petra Maamor Ampangan Negeri 9..haha mknenyer da 11 tahun ana duk di negeri 9 atas urusan belajar dan kerja..negeri lain ckit aje tau,
walaupun pejabatnya kecik tp bnyak kerja untuk menguruskan Kompleks Tahfiz Darul Ulum.

mudahan segalanya berbaloi..dan lepas ni nk kmpul wit tuk ke Jambi untuk konvo plak..ana da nk dapat ijazah dan dapat zaujah hehe insyallah doakan kepada semua pembaca ye..