SILA "CLICK NEW TAB FOR DETAIL POST" JIKA MENGHADAPI MASALAH MEMBACA ENTRI SILA EMAIL KAN PADA CAKERAWALA IBTISAM TERIMA KASIH

Apr 18, 2014

Pendidikan Seks Berteras Islam Atasi Gejala Sosial





Assalamualaikum semua..fi hazal yaum wahua sayyidul ayyam..bi ma'na hari adalah hari segala penghulu hari..orang semua akan pergi menunaikan solat Jumaat pada tengahhari nanti..ana nk berkongsi sedikit maklumat ttg pelajaran seks di sek ni..jd sama2 menikmati ilmu ni ya hehe

Pendidikan seks sebenarnya telah menjadi suatu isu yang kontroversi dalam masyarakat kita. Sementara itu terdapat pihak-pihak yang menentangnya. Hal ini disebabkan oleh pelbagai gejala seks rambang,seks luar tabii dan seks bebas telah melanda masyarakat terutamanya kalangan generasi muda umat Islam. Pelbagai alasan telah diberikan oleh kedua-dua belah pihak. Dalam masa yang sama, fenomena sosial moden termasuk isu-isu berkaitan seksual yang dianggap berpunca daripada hal ini terus berlaku dalam masyarakat seperti lahirnya anak luar nikah dan pembuangan bayi. Justeru itu, Islam sangat melarang pergaulan bebas yang boleh menjerumuskan ke arah gejala sosial.

Seringkali pula generasi muda dikaitkan dengan masalah sosial berkenaan menjadi mangsa keadaan. Penghalang pendidikan seks ini adalah pandangan masyarakat terhadap pelaksanaannya. Ia perlu dilakukan di peringkat sekolah secara ilmiah, berilmu dan mengikut peringkat demi peringkat. Pandangan generasi baharu terhadap pendidikan seks sebenarnya sudah mula menampakkan perubahan. Perkara yang penting adalah nama "Peendidikan Seks" itu sendiri banyak membawa konotasi yang berbeza. Terdapat juga konflik dalam menerima perubahan ini terutama dalam kalangan ibu bapa. Mereka bimbang dengan isi kandungan dan sukatan yang boleh menjurus kepada masalah seksual yang lebih bahaya seperti peningkatan pergaulan bebas,kes rogol, pembuangan bayi dan sebagainya.

\Justeru itu, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memperkenalkan pendidikan seksualiti diajar sebagai subjek yang  berasingan yang dikenali sebagai Pendidikan kesihatan Reproduktif dan Sosial (Peers).lantaran itu, KPM menetapkan mata pelajaran itu diajar selama 40 minit sebanyak dua kali sebulan di sekolah menengah manakala selama 30 minit setiap minggu bagi murid-murid sekolah rendah.

Persoalannya, mengapakah pendidikan seks perlu dan adakah sesuai dalam masyarakat Malaysia????

Kita juga tidak mahu anak-anak memahami seks hanya melalui saluran yang tidak sihat seperti melalui internet dan juga VCD lucah. Oleh itu, pendidikan melalui Peers mestilah selari dengan pelajaran akidah dan agama. hanya melalui pendidikan, pelajar dapat memahami seks hanya halal apabila setelah berkahwin.

Terdapat kebaikan dan keburukan terhadap pendidikan seks dengan mengaitkan kepada isu-isu sosial berkaitan. Pendidikan seks mestilah berlandaskan perspektif agama. Pandangan Islam terhadap pendidikan seks mestilah diambil kira sebagai teras pendidikan. Kita harus memberikan kepercayaan sepenuhnya kepada guru-guru yang terdidik dan terlatih untuk mengajar mata pelajaran Peers ini di sekolah. Sehubungan dengan itu, pendidikan seks mestilah berteraskan Islam iaitu membawa makna perkahwinan, tujuan perkahwinan dan pembangunan keluarga. Melalui pendidikan di sekolah, ia patut diterapkan juga tuntutan perkahwinan dan faedah perkahwinan yang sah. Selain itu, ia juga mestilah menjelaskan tentang hubungan yang halal dan keburukan hubungan yang haram kepada anak-anak di sekolah. Ia juga perlu menjelaskan jalan untuk mencapai kebahagiaan hidup, keindahan berumahtangga dan sebagainya.

Islam menjelaskan bahawa pendidikan rumahtangga melalui perkahwinan yang sah akan melahirkan zuriat yang suci dan dapat membangunkan ummah ke arah kekuatan tamadun bangsa. Membina keharmonian dalam rumahtangga seharusnya dijadikan fokus utama dan bukan hanya pendidikan seks semata-mata. Nabi SAW bersabda bermaksud,


Kesimpulannya,sama ada wanita atau lelaki, memelihara kehormatan adalah sangat diutamakan dalam kehidupan seharian dan juga kehidupan berumahtangga. Bagi remaja juga, memelihara kehormatan mestilah dijadikan didikan sejak dari awal lagi. Justeru itu sebagai remaja, jauhilah seks bebas, seks rambang, dan seks luar tabii yang boleh merosakkan nasab keturunan, merosakkan akal, merosakkan agama, merosakkan adab sopan dan merosakkan kehidupan masa depan.




0 comments: