SILA "CLICK NEW TAB FOR DETAIL POST" JIKA MENGHADAPI MASALAH MEMBACA ENTRI SILA EMAIL KAN PADA CAKERAWALA IBTISAM TERIMA KASIH

Jan 26, 2015

PAC S27/ 2015




22 JANUARI 2015  -

jemputan hadir ke Program Assessment Center (PAC) bagi jawatan S27 yang merupakan saringan kedua selepas peperiksaan secara online yang dijalankan secara serentak beberapa bulan sebelumnya, mengikut kiraan kasar yang ana lakukan hampir dua tahun jarak masa yang diambil untuk menerima intake bagi jawatan S27, ana merupakan calon hari keempat dan berbaki 4 hari lagi bagi calon seterusnya, jumlah keseluruhannya 1152 orang calon yang layak ke PAC namun seperti biasa tidak semua hadir dan tidak semua lulus kepada saringan terakhir kelak iaitu sesi temuduga, diadakan di ILIM, Bangi,

APA YANG BERLAKU?

terdapat empat aktiviti dan ujian qiraah yang mana setiap sesi diberi masa sejam, aktiviti yang disediakan adalah berbentuk LDK dalam sepuluh calon setiap kumpulan, kemudian dibahagikan pula kepada dua kumpulan yang seimbang (jantina dan bilangan), tujuan bagi aktiviti tersebut adalah untuk mendedahkan kepada bidang tugas S27 di samping membuat penilaian kepada calon dari segi komunikasi dan juga dari segi daya tarik diri dalam membentangkan atau menghujahkan idea berdasarkan soalan yang diberikan dalam sampul,

biasanya aktiviti sebegini dilaksanakan dalam kem-kem fasilitator dan kepimpinan, itu jugalah tujuannya,

aktiviti pertama, soalannya tentang penyelesaian masalah bagi situasi konflik yang diberikan, ana ringkaskan soalan tersebut

Md Jani,seorang buruk perangai dan kurang pendidikan agama meminang Faizah anak kepada Imam Kamil namun ditolak kerana fitnah daripada Imran yang juga mempunyai perasaan kepada Faizah di sampin berperanan sebagai jiran dan kawan baik kepada Md Jani, konflik dilanjutkan dengan keterlibatan ibubapa Md Jani sehingga akhirnya menyebabkan Md Jani tertekan lalu membawa lari Faizah, konflik disudahi dengan kematian keduanya disebabkan kemalangan berlanggar dengan lori, siapa yang harus dipersalahkan?

pilih mana watak yang lebih tidak rasional dalam tindakan dan bentangkan hujahan sokongan secara berkumpulan melalui kertas majong yang diberikan

aktiviti kedua, temanya pengendalian program, berdasarkan soalan calon dikehendaki mengendalikan proses permulaan program namun tidak dinyatakan keperluan yang perlu dititik-beratkan atau soalan hanya berbentuk tajuk tajuk program serta watak yang menjadi jemputan

soalannya, program qiyamullail perdana di Masjid Mizan, minta izin menggunakan dewan sheikh Fatoni untuk jamuan dengan kelulusan Imam Besar serta jemputan penceramah bagi 2,000 orang belia

komen penilai tiada kaitan dengan kertas kerja yang kita bentangkan sebaliknya kefahaman pada soalan sambil memerhatikan kerjasama dalam kumpulan, rasanya idea pembentangan juga tidak dibandingkan antara betul dan salah

aktiviti ketiga, dakwah kepada non-muslim yang prejudis pada Islam dalam situasi calon sebagai S27 di IPD Polis Kundasang, bagi idea cara untuk hadapi situasi tersebut dan cara penyelesaian dalam daya hikmah, jawapannya : dakwah bil hal,

tapi apa saja solusi tiada masalah asalkan ada hujahan dan dalil yang menyokong dalam sesi pembentangan dan menjawab soalan dari pihak kumpulan lain, setiap sesi aktiviti terdapat dua orang penilai yang bertugas dari pihak JAKIM

aktiviti keempat pula, pengucapan awam, perempuan dalam bentuk tazkirah selama 4 minit dan lelaki menggunakan tempoh masa yang sama untuk khutbah dengan tajuk undian pada masa lapor diri, ana dapat tajuk : zakat menjana ekonomi,

penilai tak komen apa-apa pada calon dan dari riak wajah penilai juga bukan butir isi jadi nilaian selagi mana ada berkaitan dengan tajuk yang diberi, mungkin penilai mengambil kira daya kemampuan berceramah dan keupayaan kreativiti dalam menyampaikan ceramah, satu isi sudah memadai tapi mampu menarik minat dan respon penonton,

paling penting markah ujian qiraah ataupun bacaan al-quran, ikut nasib ada penilai yang akan mendera ilmu tajwid dan makhraj, tapi ada penilai yang hanya mendengar bacaan dari potongan ayat yang terpilih, tumpuan kepada makhraj dan sebutan huruf di samping panjang-pendek bacaan, ia dimaklumkan oleh urusetia yang ana tanya selepas selesai sesi qiraah, bertalaqqi dari sekarang terutama bacaan al-fatihah,


PENILAI DARIPADA BAHAGIAN PEMBANGUNAN INSAN, JAKIM



0 comments: