Pensyariatan jual beli ini telah sabit dengan nas al-Quran, hadis dan juga ijmak. Terdapat lebih daripada sepuluh jenis akad jual beli dalam Islam yang boleh berlaku dalam bentuk dan gambaran yang berbeza. Antara jenis-jenis akad jual beli tersebut ialah:
- Bai’ al-sil’ah bi al-naqd (بيع السلعة بالنقد): iaitu jual beli sesuatu barang dengan mata wang. Jenis ini adalah yang paling meluas berlaku dikalangan manusia. Contonya ialah membeli sehelai baju dengan Ringgit Malaysia atau US Dollar dan seumpamanya.
- Bai’ al-muqayadhah (بيع المقايضة): iaitu jual beli sesuatu barang dengan barang, seperti menjual baju dengan beg atau menjual binatang ternakan dengan beras dan sebagainya.
- Bai’ al-salam (بيع السلم): ialah jual beli sesuatu barangan secara tangguh dengan bayaran harga secara tunai, seperti menjual barangan yang telah disifatkan butiran bentuk, spesifikasi, kualiti dan kuantiti secara terperinci dengan bayaran harganya dibuat secara tunai, manakala penyerahan barang ditangguhkan pada suatu masa yang ditetapkan.
- Bai’ al-sharf (بيع الصرف): iaitu jual beli mata wang dengan mata wang yang sama atau berbeza jenis, seperti menjual emas dengan emas, perak dengan perak atau emas dengan perak, ringgit Malaysia dengan rial Saudi dan sebagainya.
- Bai’ al-murabahah (بيع المرابحة): iaitu jual beli sesuatu barangan pada harga kos bersama tambahan margin keuntungan, seperti menjual sesuatu barangan berharga RM100 dengan harga kos dan ditambah pula margin keuntungan sebanyak RM10 yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak.
- Bai’ al-wadhiah (بيع الوضيعة): ia adalah lawan kepada jual beli secara murabahah, iaitu jaul-beli yang dibuat atas sesuatu barangan dengan harga yang lebih murah dari harga kos, seperti harga barangan adalah RM10 dan dijual dengan harga RM9 atau lebih rendah.
- Bai’ al-tauliah (بيع التولية): ialah jual beli sesuatu barangan dengan harga kos tanpa ada lebih mahupun kurang dari harganya. Seperti barangan berharga RM100 dijual dengan RM100.
- Bai’ al-urbun (بيع العربون): iaitu satu bentuk jual beli dimana pembeli membayar sejumlah wang pendahuluan. Sekiranya jual beli diteruskan maka wang pendahuluan ini akan menjadi sebahagian daripada harga barangan. Jika tidak, maka wang yang ini tidak akan dikembalikan kepadanya.
- Bai’ al-talji’ah (بيع التلجئة): ialah suatu bentuk jual beli yang dibuat oleh penjual yang dalam kesempitan (terpaksa) kerana kuatir dan takut hartanya diambil oleh orang lain. Bagi menyelamatkan hartanya, ia bersepakat dengan seseoarang bagi menzahirkan akad jual beli dan menyembunyikan tujuannya yang sebenar. Seperti menjual rumah untuk mengelak dari dilelong oleh bank atau permiutang.
- Bai’ al-wafa’ (بيع الوفاء): iaitu jual beli barangan dengan syarat apabila penjual membayar semula harga barangan yang dijual maka pembeli akan mengembalikan semula barangan yang dijual kepada penjual.
- Bai’ al-istishna’ (بيع الاستصناع): iaitu jual beli dalam bentuk tempahan perbuatan barang tertentu dengan spesifikasi yang tertentu yang menghendaki penjual, pemaju, pengilan atau orang lain membuatkan barangan yang ditempah tersebut untuk pembeli.
- Bai’ al-inah (بيع العينة): iaitu jual beli yang berlaku antara penjual dan pembeli, di mana penjual menjual asetnya kepada pembeli dengan harga tangguh lebih tinggi, kemudian penjual membeli semula aset tersebut daripada pembeli dengan harga tunai yang lebih rendah. Keadaan sebaliknya boleh berlaku.
(sumber e-mualamalat,JAKIM)
kisahnya, ana salah seorang pembeli yang sering menggunakan Online sebab kekangan musabab yang mengurangkan kerajinan untuk melangkah sendiri ke pasaraya atau seumpamanya, baru-baru ni, ana memesan baju daripada kenalan tapi terlepas pandang bahawa beliau merupakan agen dropship kepada syarikat pakaian tersebut, apabila barang telah diterima, alamat dan nama pengirim yang tertera bukan nama kenalan ana sebaliknya pemilik syarikat yang beralamat di Kuala Lumpur sedangkan kenalan ana tinggal di Kedah, sah dropship rupanya,
ana pernah juga berniat untuk menjadi agen dropship jadi ana dapat sedikit pengetahuan tentang perjalanan juala beli yang ditawarkan, bila ditanya pada kenalan ana, dia mengiyakan sahaja, biasanya agen dropship akan mendapat harga borong dan harga kepada pelanggan adalah dibawah pertimbangan agen dropship sendiri, pertimbangan tersebut merupakan hasil keuntungan yang dipersetujui antara pelanggan dengan agen kepada agen kerana keuntungan kepada pembekal telah dimasukkan dalam keistimewaan agen yang ditawarkan,
lagi tentang dropship ialah baki jualan, biasanya jika pembekal mempunyai stok sendiri maka pembekal akan selitkan baki jualan bersama dengan bungkusan tetapi sebaliknya bagi agen dropship pula keadaan ini tidak berlaku dan ia menyukarkan bagi pendapat ana bila mana jual beli masih tidak selesai walaupun barang telah sampai, untuk bank in RM2-RM5 sebagai baki mungkin agak susah bagi agen jika tiada akaun yang sama dengan pelanggan, oleh itu, ana tidak begitu menggemari berurus-niaga dengan agen dropship lagi, awalnya baki seperti rendah sahaja tapi jika dua-tiga bungkusan sedemikian makin bertambah pula,
SEKILAS RENUNGAN
Tiada unsur yang bercanggah dalam perjalanan jual beli dropship jika ia mengikut rantai jual beli seperti diatas, malahan terdapat dua bentuk jual beli yang dibenarkan dalam Islam menepati definisi dalam perjalanan jual beli dropship, di samping wujudnya persetujuan pihak pelanggan, agen dan juga pembekal berhubung dengan barangan serta proses yang berlaku,
oleh yang demikian, secara amnya ia masih tidak membawa hukum haram kecuali jika terdapat unsur haram seperti barangan, tipu dan seumpamanya
namun, berhubung dengan baki jualan kepada pelanggan adalah menjadi hak pelanggan untuk membuat tuntutan serta menjadi tanggungan agen untuk memulangkan hak tersebut dengan cara apa sekalipun,
jika merujuk kepada ceteknya pengetahuan agen dropship pada barang jualan sama ada tentang rasa, keadaan, bentuk, dan seumpamanya, ia tidak mampu menjatuhkan hukum haram pada pelanggan untuk membeli melalui agen kerana wujudnya redha pada pengetahuan sedia-ada yang dipromosikan oleh agen tersebut,
kemudian, perbahasan dilanjutkan pula tentang isu keuntungan atas angin kepada agen dropship yang mana tiada barangan dan harga keuntungan mengikut pertimbangan melalui gambar yang biasanya menjadi perantaraan antara agen dan pembekal?
ana masih mencari pencerahan tentang isu-isu yang berkaitan dengan dropship tambahan pula ana tidak begitu menggemari jual beli dengan agen dropship,
renungan diatas hanya pandangan dari sebutir fikrah dan sekecil pembacaan, jika ada yang mahu membincangkan tentang isu ini dengan ana, dialaukan untuk menghantarkan email pada alamat nihayahsaidah@yahoo.com, mungkin anda mampu menjadi sebahagian daripada cakerawala di sini,
sekian,
0 comments:
Post a Comment