SILA "CLICK NEW TAB FOR DETAIL POST" JIKA MENGHADAPI MASALAH MEMBACA ENTRI SILA EMAIL KAN PADA CAKERAWALA IBTISAM TERIMA KASIH

Feb 7, 2015

EzyDakwah –Baca Untuk Sendiri Dulu







Dah lama tak beli majalah, dalam kepala hanya memikirkan barang masak dan keperluan rumah sahaja bila berkunjung ke pasaraya, dalam keadaan sekarang agak berkira-kira kalau nak keluar apatah lagi jalan-jalan di pasaraya tanpa sebab, penat + letih semua dah terbayang hatta kereta belum pun “parking” dalam petaknya,

Rupanya majalah Solusi dah sampai ke jilid 76, tajuk terbaru mengupas tentang peranan telinga vs mulut, “cover” majalah juga makin cantik tapi rasa mukasurat majalah sahaj makin kurang, ada juga beberapa orang penulis lama tidak lagi mempunyai kolumn dalam solusi atau diganti dengan yang baru, lagi satu harga pun dah naik, kalau dulu hanya RM9 tapi kini RM10, kenaikan harga menerima penangan semua sudut walaupun harga minyak dah turun tapi keadaan tu juga membimbangkan sebagaimana harga minyak naik tahun lepas,
Hanya Orang Ekonomi Dapat Menilai Tepat Hipotesisnya

Satu kolumn yang menarik dalam majalah solusi bila mana idea penyebaran dakwah dipelbagaikan secara kreatif, biasanya bila beli makanan seperti coco crunch, susu kultur dan seumpamanya ada diselitkan teka-teki pada kotak, ala-ala “trademark” coklat tu, dapat makan dan main jadi pakej, idea dari situ agaknya majalah solusi memuatkan kolumn EzyDakwah, peringatan penting..baca untuk diri sendiri dahulu,

EzyDakwah – Potong dan Kongsi

Satu mukasurat dikhaskan dalam majalah solusi bukan sekadar untuk dibaca tapi boleh digunting buat origami kad pintar, Solusi 76 menerapkan hadis yang diselitkan sebagai perkongsian dalam pelbagai sudut dibawah satu tajuk, boleh simpan dalam poket sebab bentuk ekonomi,

Syukurlah dakwah dapat menjadi elemen kreatif dalam mendekatkannya dalam kehidupan harian masyarakat, bagi menyokong idea Solusi sepatutnya kita juga harus sedar peranan sebagai da’I juga terpikul pada bahu kita sebagai sebahagian daripada Muslimin dan Muslimat, Cuma satu, hadis yang dikongsikan biasanya tidak mempunyai matan, hanya sekadar makna dan riwayat, kenapa agakny?

“pilihlah kami menjadi orang-orang yang berkumpul di jalan-Mu, andai kami berundur kerana lalai dan sesuatu yang menghendakinya, maka kuatkanlah kami agar tiada semangat pudar sebelum nafas terhenti

0 comments: