SILA "CLICK NEW TAB FOR DETAIL POST" JIKA MENGHADAPI MASALAH MEMBACA ENTRI SILA EMAIL KAN PADA CAKERAWALA IBTISAM TERIMA KASIH

Jan 31, 2015

QUACK !! QUACK Bukan Itik






kalau enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing

aur pula bertemu tebing

madu buangkan sepah selepas habis diratah

bagaimana rasanya jadi angsa dalam kandang itik?

..........................................................


Majlis perkahwinan pertama yang melibatkan vip negara, mengenali cara hidup orang kaya, dan belajar dari setiap satu yang diperhatikan, antara hadirin yang memeriahkan majlis tersebut, "cousin" pun pakai button, menarik mungkin?
ana cuma rasa kenyang pada masa ni, syukur terima kasih kepada yang terlibat.



rasa kek tu tak dak pun, ana perhatikan "design" pelamin yang berada di hadapan dan cuba untuk menghitung belanja yang dihabiskan, rupanya ada protokol yang dijemput khas dari badan awam tertentu, memang ekslusif dunia VVIP, bagaimana agaknya VVIP syurga nanti?



barisan kumpulan nasyid yang mendapat jemputan membawa lagu dari kumpulan in-team, terima kasih kepada mysuami sudi bawa itik macam ana, sebenarnya memang dari dulu ana rasa nak saksikan persembahan kumpulan DGWA secara "live" , alhamdullillah selepas ni nak tengok pertandingan nasyid yang membawa lagu DGWA sendiri





rasa macam terjawab persoalan mencari tuan rumah walaupun bukan rumah tapi dewan Puspanita/Putrajaya yang menjadi tempat berlangsungnya majlis tersebut, kenal?

" isteri saya merupakan pengarah/ CEO bagi majlis ini dan saya adalah penasihat sahaja walaupun tiada satu pun nasihat saya diendahkan bagi menyiapkan majlis pada hari ini, yang paling utama saya juga merangkap bendahari besar sungguhpun tidak mahu jawatan tersebut tapi terpaksa juga terima," ucapan beliau yang ana ingat,



0 comments: