KOTA BHARU - "Semua orang sayang Tok Guru (Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat), sebab itu ramai yang datang hari ini," kata isteri Mursyidul Am Pas, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak.
Petikan ini ana ambil di dalam Sinar Harian Online pada 13 Februari 2015. Negara kita digemparkan dengan pemergian ketua Mursyidul Am PAS dan pengulas sukan iaitu Datuk Hasbullah Awang tapi ana hendak berkongsi dengan pembaca tentang TGNA. Ana lihat begitu ramainya pengikut mahupun pengunjung yang hadir untuk memberikan penghormatan yang terakhir kepada Almarhum Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Antum bayangkan selama 23 tahun beliau memegang tampuk pemerintahan Negeri Kelantan, rakyat negeri Cik Siti Wan Kembang ini dapat membentuk biah Islamiyyah yang utuh lagi jitu. Selepas peletakan jawatan beliau pada tahun 2013, beliau berehat tetapi dakwah tidak pernah luput kerana dakwah itu tiada penghujung.
Akan tetapi beliau masih lagi pengerusi Mursyidul Am PAS dan sentiasa memberi tunjuk ajar kepada anak buahnya. Tidak dinafikan negara Malaysia telah kehilangan ulama yang hebat lagi zuhud. Bibirnya sentiasa mengukir senyuman walaupun beliau sakit. Percakapannya sentiasa membuatkan para pengikut sentiasa bersemangat untuk menegakkan syiar Islam. Bagi ana, walaupun ana tinggal di Kuala Lumpur dan tidak melihat secara dekat beliau, almarhum TGNA adalah seorang yang kuat pengaruhnya lagi-lagi bagi penduduk Kelantanis. Tidak hairan Negeri Kelantan sentiasa dipegang oleh beliau dan menjadi Menteri Besar lebih 20 tahun.
Visi dan misinya yang ingin menjadikan negara Malaysia sebuah negara Islam sentiasa kuat di sanubari. Pemerhatian ana hanya berdasarkan ilmiah dan bukan kerana politik. Setiap pemikiran manusia berbeza dan berlainan cara. Secara amnya, TGNA memang seorang yang sangat lembut dan sentiasa melakukan yang terbaik untuk rakyatnya. Perjalanan beliau sepanjang menjadi seorang Menteri Besar banyak menjadikan negeri Kelantan adalah sebuah pusat ilmuan Islam.
Apa yang menariknya pemergian beliau pada tarikh tersebut sama dengan pemergian seorang ulama yang hebat iaitu AsSyahid Sheikh Imam Hasan Al Banna pada 12 Februari 1949. Subhanallah sungguh terharu dan ana berasa Allah telah meletakkan seorang ulama pada kelasnya yang tersendiri.
Mudahan rakyat negeri Kelantan sentiasa menjadikan semangat TGNA sebagai panduan mereka selepas ketiadaannya. Selepas ini rakyat Kelantan perlu mengekalkan biah Islamiyyah dengan lebih kuat agar rahmat Islam itu tidak jatuh dengan sewenang-wenangnya. Kita semua adalah Islam dan bukan mereka sahaja yang patut mengekalkan suasana tersebut.
InsyaAllah ISLAM itu sentiasa KUAT.
cc: muhammadsyahmi247@yahoo.com /Putra Ibtisam
0 comments:
Post a Comment