SILA "CLICK NEW TAB FOR DETAIL POST" JIKA MENGHADAPI MASALAH MEMBACA ENTRI SILA EMAIL KAN PADA CAKERAWALA IBTISAM TERIMA KASIH

Feb 17, 2015

Perginya Seorang Murabbi P2




20 FEBUARI 2015, KHAMIS, 9.40 P.M merupakan detik masa pemergian Tuan Guru Nik Aziz yang merupakan Menteri Besar Kelantan, dan juga mursyidul am PAS jika disandarkan kemashyuran beliau dalam bidang politik di Malaysia, namun ana kagumi beliau bukan kerana dua jawatan besar yang sandangnya dalam bidang politik sebaliknya sifat tawaduk dan ilmiah serta keagamaannya yang menjadi pengaruh besar pada ana untuk menyelitkan sekeping penghormatan sebagai tanda ingatan mengenangkan tarikh ini.


Ana  sempat mengamati sedikit perjalanan hidup beliau yang dinyatakan dalam laman sosial, secara ringkasnya beliau menjadi hebat apabila diasah sejak kecil daripada keturunan yang juga tidak kurang hebatnya, beliau berketurunan Raja Jembal, ana tidak pasti kedudukan Raja Jembal dan susuk kronologinya dalam lipatan sejarah, namun pendidikan pondok daripada kecil yang juga ditubuhkan oleh ayahandanya memberi peluang untuk beliau menadah kitab-kitab yang muktabar tentang bahasa arab sehingga melanjutkan pelajaran ke luar negara antaranya India, Pakistan, dan Mesir sehingga tahun 1962 kembali ke tanah air

“abg nak anak-anak kita jadi alim ulama yang juga bermula dari pendidikan tahfiz dan pondok, biar hebat dari kita sebab abg nampak perbezaan ketara antara anak pendidikan sekolah biasa dengan sekolah tahfiz”  besar harapan zauji
-amiiiin ya rabbal alamin-

Arwah Tuan Guru Nik Aziz menerima kunjungan hormat pada hari ini dengan jumlah ribuan penduduk tempatan sehingga melimpahi perkarangan rumahnya di Pulau Melaka, Kelantan, tapi tidak dihairankan kerana arwah pernah berkunjung ke tempat ana suatu masa dulu atas urusan politik dan menerima kehadiran yang juga luar biasa, beruntunglah beliau apabila disembahyangkan oleh ribuan umat Islam malah ada juga yang berkongsi beberapa keajaiban semasa proses pengebumian arwah seperti awan mendung yang berarak memayungi jenazah yang diusung serta lakaran kalimah Allah di awanan sekitar rumah arwah.

“andai syurga untuknya, pasti beliau bahagia dari kita yang bersedih menerima peninggalannya,” itu sahaja yang bermain di ruang minda ana melihat serba satu yang berlaku sepanjang tempoh pengurusan jenazah Tuan Guru Nik Aziz


Cumanya, ana agak terkilan apabila mengenangkan seakan hilang sesuatu selepas ini dan bagaimana kehilangan itu ditampung bagi mengatasi sekalian umat Islam di Malaysia, kerdilnya diri ana memikirkan seluas kotak itu tapi izinkanlah ana menjadi sayap kiri dakwah bagi suami ana, moga Allah menilainya sebagai suatu wadah keimanan dalam menjadi taqwa.


cc: nihayahsaidah@yahoo.com / skyjamil

0 comments: