SILA "CLICK NEW TAB FOR DETAIL POST" JIKA MENGHADAPI MASALAH MEMBACA ENTRI SILA EMAIL KAN PADA CAKERAWALA IBTISAM TERIMA KASIH

Jun 5, 2015

'Mall Online' Barang Elektrik Terbaik




                              *ni bukan mesin yg ana beli tapi model yang sama- pinjam pic


Lagi-lagi tentang  ‘shopping online’, dah jadi trend sekarang apabila masing-masing terpaksa menggandakan masa dan tenaga untuk mencari duit untuk menyara keluarga atau segala bil-bil kehidupan, jadi bila munculnya ‘mall’ alam maya ni memang banyak kemudahan yang disepakati termasuklah ana walaupun tidak mengalami keadaan yang sama tapi kekangan lain boleh juga di-setaraf-kan untuk memilih ‘mall online’

Biasanya beli baju atau tudung ajelah, kat ‘mall online’ segalanya ada, jenis mana pun kita boleh taip sahaja, pernah jugak beli buku terpakai, dan yang paling teruja bila beli mesin basuh pun kat online ja dan lebih murah daripada kat kedai sebelah daerah ni-Bangi, alhamdullilah baru sampai tengahri tadi, jenama MaStar 7kg, yang istimewanya, penghantaran depan rumah tu, entah dari mana datangnya mesin tu


LAZADA – BEST


Tipu ja, mana da best  sangat pun sebab kebanyakkannya barang yang mahal  ja dalam tu, sebab tu dulu tak jenguk pun wesite Lazada, sekali tengok barang ratusan, namun disebabkan keadaan kat atas tadi maka mula la berjinak-jinak buka mata buat survey dalam website lazada
Seriously kena tunggu promosi la, hehe..mesin basuh tu promosi dapatla RM308 tanpa cas penghantaran, bila ‘check’ resit tadi, sebenarnya harganya RM290 sahaja tapi yang lebih tu cas GST, makin teruk masyarakat kita membanting tulang siang dan malam untuk tanggung GST pula,
Lagi satu, ana suka tengok pampers promosi kat lazada, memang Lazada bagi harga kilang tanpa kos penghantaran pulak tu, berbaloi-baloi, maklum la dulu tak sentuh pun tentang pampers ni sebab ada napkin untuk uruskan anak tapi sekarang getah napkin pun dah susah nak cari,


LAZADA VS Mudah.my



Mana boleh buat versus la, sebab mudah.my ni banyak lagi, tapi dua-dua guna trademark ‘largest’ kan, inilah bukti yang bisnes online leh jadi tauke ‘mall’, kebanyakkannya bermula daripada online kemudian maju sampai boleh  sewa butik atau kedai, semua boleh mulakan!

0 comments: