SILA "CLICK NEW TAB FOR DETAIL POST" JIKA MENGHADAPI MASALAH MEMBACA ENTRI SILA EMAIL KAN PADA CAKERAWALA IBTISAM TERIMA KASIH

Jun 4, 2015

4 *Star* Difikirkan Sebelum DROPSHIP

                                                          * tiada kaitan dengan pic


Selama pemerhatian ana sebagai sebahagian daripada pengguna laman sosial yang memang makin menjadi shopping mall yang largest daripada IOI city agaknya, seluruh pelusuk negeri lagi daerah menawarkan pelbagai jenis keperluan dan paling banyak kehendak peribadi jelah,

setakat ni, belum lagi ana jumpa page atau orang perseorangan jual bawang, cabai, asam jawa atau daun sup, hehe..agaknya kalau kelak akan ada sedemikian maka kemajuan bisnes melalui online menjadi persaing buta bagi kedai depan mata


4 KELEMAHAN DROPSHIP

* pengalaman ana sendiri apabila tidak dapat membuat bayaran tepat melalui bankin deposit tunai jadi mempunyai baki sebanyak RM3 dari pembelian, kesukaran untuk memulangkan baki

berbeza apabila ana beli bukan daripada dropship kerana penjual boleh membayar baki pembelian dengan menyelitkan wang lebihan pada parcel yang akan dihantar walaupun RM1 kita akan dapat semula,

awalnya ana tak tahu yang beliau adalah dropship namun dengan kejadian tadi akhirnya o0o0o0oooo ajelah


**  Penipuan online yang mungkin berjela dan lebih mudah, pengajaran ni ana amik daripada orang lain apabila akaun facebook di-block oleh dropship disebabkan ugutan daripada pembeli akan membawa kes kepada polis kerana barang yang dipiesan tidak sampai dalam jangka masa yang lama

dropship tidak dapat berbuat apa kerana tracking number postage dikawal oleh supplier dan penghantaran juga daripada orang lain, alasan ini tidak munasabah tuk diterima oleh pembeli walaupun ditimbang dengan neraca UMNO..hehe


* * *  hek eleh...jual dengan harga yang lebih rendah kepada dropship, kononnya lebih ramai lebih menguntungkan, padahal cuba bayangkan situasi ini secara adil,

harga untuk dropship rendah tapi sesiapa sahaja boleh menjadi dropship tanpa sebarang bayaran, jadi dropship boleh gunakan kesempatan daripada keistimewaan tersebut untuk dirinya, jadi apa la gunanya harga yang dipaparkan sebagai jualan, harga bagi satu item banyak tapi model yang sama, ketidak-adilan kepada pengguna

tapi ini kelebihan pada dropship tapi agak kurang cerdik kepada penjual kecuali jika penjual menghadkan dan memberi syarat terhadap pengambilan dropship,


* * * *  kualiti barang kepada pengguna menjadi tanggungan siapa? adakah adil disalahkan pada dropship jika berlaku penyelewengan tu? tapi itulah hakikatnya apabila dropship menjadi mangsa yang lebih berisiko tinggi walaupun untuk menjawat jawatan tersebut lebih mudah malah tanpa modal untuk ulang alik ke pejabat atau butik

situasinya begini, biasanya apabila kita membeli pakaian daripada sebuah butik dan jika berlaku sebarang kerosakan yang merugikan maka mudah untuk kita menyasarkan tanggungjwab pada siapa dan di mana, tapi sebaliknya pada situasi pembelian melalui dropship? namun yang masih sama adalah dropship menjadi sasaran yang bertanggungjawab atas kerugian tersebut walaupun kadang-kala mereka sendiri tidak pernah memegang pakaian tersebut,



CADANGAN

ana rasa lebih baik pembelian secara borong jika mahu dapatkan harga yang lebih rendah tapi kuantiti pulak yang banyak sehingga mengekang kewangan untuk membuat pesanan, tapi kaedah borong lebih selamat daripada dropship atau ;

kaedah stokis, menukarkan dropship kepada agen yang mengawal stokis bagi sesuatu kawasan, ia lebih menjimatkan masa untuk pembungkusan pos dan mengurangkan risiko dari pelbagai sudut atau mangsa dan pemangsa


PENUTUP

segala yang di atas adalah sekadar idea dari pemerhatian ana sahaja dan tiada kaitan dengan mana-mana yang tidak bersetuju dengannya, malah ana sentiasa terbuka untuk menerima sebarang pandangan kontra atau pengalaman pro daripada sesiapa sahaja,

jangan tanya mana "star" dari tajuk..hehe

0 comments: