SILA "CLICK NEW TAB FOR DETAIL POST" JIKA MENGHADAPI MASALAH MEMBACA ENTRI SILA EMAIL KAN PADA CAKERAWALA IBTISAM TERIMA KASIH

Oct 27, 2015

3R Untuk Ibu Berpantang:Terjunlah Dengan Payung

"Berita apa?"
"Sorang ibu terjun bangunan dari tingkat 26"
"SEBAB?"tanya suami
"Sebab...tak mampu menyusukan anak yang berumur 10hari"

..............................................................
Awalnya ana pun rasa nak salahkan ibu tersebut kerana bertindak tanpa sabar dengan terjun dari bangunan setinggi 26 tingkat, tapi bila ana melihat komentar secara tak langsung dari pihak lain bahawa ia merupakan satu situasi yang dianggap sebagai stress atau tekanan perasaan malahan ibu tersebut juga masih dalam pantang bersalin

SEDIKIT PENGALAMAN

Semasa ana dalam pantang, mak pernah marah ana kerana menganggap perihal berpantang sebagai remeh-temeh dan tidak mengikut petua dengan konsisten,

"Jadi meroyan nanti...aku tak mau, yang susahnya diri sendiri, hang sakit suami bukan nak dah nanti"
Tajam betul kata-kata tu, tapi ana paham la, tu tandanya marah bonar, kalau langgar kona deh, dan jangan try...hoho

Tapi kata-kata tu boleh tahan lagi sebab ana pernah kena marah lagi teruk dulu..alaaa mak biasa la kan, cuma dalam tempoh lebih kurang 10hari jugak atau dalam awal berpantang, ana sedikit berbalah bila mana ana tidak mahu ke klinik untuk "check up" tahap jaundis anak, bukan sengaja ana tidak mahu pergi tapi kerana pada masa tu tiada kenderaan tambahan pula ana nak elakkan dari nyusahkan mana-mana pihak

Kisah bermula bila pihak klinik ugut tentang anak pada suami yang bekerja jauh dari kampung, suami agak marah apabila ana masih berlengah untuk ke klinik walaupun beliau telah minta abang ana balik dan hantar ke klinik segera, masa tu semua orang mula marah dan menuding jari pada ana seolah ana tak mahu jaga anak dengan betul atau perasaan yang mungkin sama dengan ibu berpantang stress tdi,

Buktinya ana stress bila tekanan darah ana sangat tinggi dan nurse muka nak spekulasi ana da penyakit lain, tapi akhirnya terjawab bila ana menangis tetiba, sebenarnya ana tak dapat tahan lagi dari rumah dan juga sikap mereka yang lain, mak tak bagi ana dukung anak sebab risau ana akan bertindak luar kawal pada anak

STRESS PERLUKAN 3R

Yang pertama, RELAX..ambil masa dengan tutup telinga pada semua suara dan bunyi, fokus pada benda yang bisu dan tak bergerak serta tiada riak seperti dinding dan batu, daun, bunga, dan sebagainya, jangan bayangkan apa2x..jika kepala cuba berfikir terus tajamkan pandangan pada objek

REST..atau solat sunat, semasa ana hadapi stress dalam berpantang, ana genggam tangan sekuatnya letak pada hati dan zikir, jika genggaman masih kuat, makin laju ana zikir, dan makin lama ia akan meregang dan tenang, jangan bercakap dengan sesiapa...jika perlu katakan sesuatu yang positif untuk diri, lihat anak dan kucup dengan selawat.,anak ini sangat baik, bisik pada diri

RIGHT..
Yups, sekarang kita tak perlu persalahkan diri, dan pilih apa yang lebih penting, do right things..jika kita merasakan gagal untuk menjadi ibu yang baik..katakan pada diri, saya mahu jadi baik, simpan dan kongsikan pada right person, semasa ana stress nurse pujuk untuk kongsi, dan sebenarnya ana malu nak g klinik tu lagi, huhu..mereka kenal

0 comments: