12.56 a.m- alhamdulillah selesai majlis zikir perdana yang pertama kali diadakan di Malaysia, masjid putra jadi perasmian jelajah zikir perdana yang direalisasikan
Sebenarnya majlis usai secara rasmi 3jam yang lepas tapi kerana tugasan staff masjid perlu dipastikan telah siap, baru la berangkat pulang bersama suami, dan cadangnya masa menunggu dapatlah siapkan satu entri blog tapi angin dan angan memang nampak serupa tapi bila bersatu kita pun tak sedar,.,,hehe
"Moral of story jangan salahkan angin atau pun angan"
APA YANG BERLAKU?
Soalan tu ana tanya bila nampak khatam khawajagan dalam jadual perjalanan majlis, jawapan mereka amat dukacita bagi yang bertanya, ada ka patut suruh tunggu ja? Ermmmm..,fineeee, biar ana ceritakan apa yang ana nampak dan faham
Ana melangkah ke sof paling depan supaya ia seiring dengan pemandangan bawah atau nampak dekat lagi barisan pentas masyaikh yang hadir, tapi anak kecil ana meragam jadi ana tenangkannya dahulu di pinggiran sof yang sama, di hadapan skrin besar, jika tadi di sebalik celahan ukiran masjid, ana yakin belakang ana antara barisan tarekat juga sebab mereka petah dengan alunan zikir yang dibawa, walaupun ana keseorangan tanpa hadir dari kelompok yang sama tapi ana tetapkan diri untuk berada di situ untuk mencari jawapan tadi,
Zikirnya merdu,
Selawat dan zikrullah biasa sahaja,
Ada ketua yang baca qasidah mungkin doa atau intro,
Diakhir dengan doa,
Selesai...itu sahaja yang berlaku, ana saksikan!
WOW! WAU! WOU,
Ramainya yang hadir, mungkin mereka anggota pengikut tarekat, sebelum terlupa zikir perdana ni melibatkan tarekat yang disahkan tidak menyeleweng dari luas pelusok dunia, termasuk canada kerana itu antara yang hadir juga tidak kuranh syeikh dari luar negara
Kenapa ana hadir?
Ana ingin mengenali syeikh agung dalam dunia sufi termasuk habib zainal abidin walaupun ana tak berpeluang bersua muka, lagi pula mereka keseluruhannya adalah muslim, kurang adab jika ana sebagai muslimat redah hanya untuk bersua muka pada syeikh-syeikh tersebut, cukup sekadar berada di tempat yang sama,
0 comments:
Post a Comment