SILA "CLICK NEW TAB FOR DETAIL POST" JIKA MENGHADAPI MASALAH MEMBACA ENTRI SILA EMAIL KAN PADA CAKERAWALA IBTISAM TERIMA KASIH

Oct 22, 2015

AAMS 1 :Belum Berakhir Masih Ada Caranya

Ye saya...
"Nora..sy puan azlina dr uitm, kamu tak daftar masuk kuliah ka semester ni, semester dh stat"

Alamak menyesal angkat fon pun ada, tapi teringat gak bulan lepas beliau agak kesal sebab berkali-kali call tiada respon, ana sebenarnya dah simpan jauh perasaan tentang hal ni, tapi kerana hormat akan beliau, ana terus menjawab dan mengakui hal sebenar serta tak lupa untuk minta maaf atas segala yang berlaku

Suara puan azlina bersahaja dan agak faham dengan keputusan yang ana buat biarpun mungkin beliau tidak menyelami perasaan yang ana sembunyikan

"Dulu semangat sekarang tak dak dah ka?" Katanya lagi seolah membunuh tapi tak mati pada jiwa ana

"Maaf puan, keadaan ni saya dah bincangkan dengan suami, dan keputusan adalah yang terbaik, terima kasih puan, insyaAllah kelak saya akan datang fakulti untuk dapatkan surat penarikan diri" jawab ana menutup bicara tadi sekaligus bagi menghargai usaha beliau selepas berkali-kali membantu ana sepanjang penangguhan semester,

Beliau seorang pegawai yang bagus, ana doakan beliau akan bahagia selalo dalam kerjaya dan juga hidupnya, terima kasih puan azlina, jasamu dikenang...puan azlina coordinator DSLA UiTM SHAH ALAM

......................................................................................
Ana semadikan perasaan ni buat tatapan ana althofunnisa' binti muhammad syahmi kerana ana harap suatu hari apabila dia terbaca, dia akan menghayati dan dapat menyambung kembali segala yang ana lalui,

Bermula dari selepas tamat belajar ijazah di ukm, ana mencari satu jalan yang memberi laluan untuk ana bergelar peguam, bukan kerana minat yang mendalam dalam bidang bahas atau pidato malah kalau ikutkan ana sekalipun tak pernah menyertai pertandingan sedemikian, tapi hanya kerana satu keadaan yang ana khuatirkan pada Islam dan syariah

Sepanjang ana belajar, ana ingin menjadi sebahagian daripada tokoh-tokoh guaman yang tajam pemahamannya dalam memahami perundangan sehingga dapat memberi keterangan yang bukan dari jangkaan fikiran ana, itulah yang menarik jiwa ana untuk menceburi bidang guaman, cara berfikir dan juga kuasa yang ada dari fakta bukan khayalan atau imiginasi,

Bukan susah untuk memahami sesuatu jawapan pada satu perenggan, kita boleh agak huraian hanya berdasarkan tajuk, ana yakin semua melakukannya, sebagai contoh, jika pergi ceramah tajuk yang dinyatakan "kasih ibubapa pada anak perempuan".. kita boleh jangka apa yang akan dibicarakan seperti kasih sayang dari kecil, jaga anak, pendidikan, keistimewaan, nikah dan jodoh,
Tapi....dalam memahami akta dan seksyen yang tertera bukan demikian,
Cabarannya bagi seorang guaman perlu kreatif mengaitkan seksyen yang ada sebagai pembelaan atau penegasan, setiap seksyen walaupun menggunakan kata yang terus namun ia masih boleh dicabangkan untuk pelbagai masalah
Bagi ana, itulah salah satu peguam yang hebat...ana inginkannya

Lagi...ana memilih menjadi peguam syarie bukan sivil bukan kerana cas peguam mahal tapi lebih kerana ana ingin menjadi ahl dalam memahami syariat dan hukum Allah, menggali sehingga mampu menjadi kepercayaan kepada orang lain untuk ana sampaikan terutama kepada kaum wanita sama seperti ana, kaum wanita sering membiarkan diri buta dalam perundangan padahal mereka yang banyak membuka fail kes di kaunter mahkamah syariah,
Dan kerana ana inginkannya,........

Dan satu lagi, yang memberi kekuatan pengorbanan ana adalah jihad atau ana terjemahkan pada jawapan bagi persoalan "apa yang anda sumbang untuk agama?"
Ana berjiwa besar walaupun badan sekecil lada
Itu adalah komentar dari seorang guru tahfiz suatu ketika dulu,

Next AAMS 2,.continued

0 comments: