SILA "CLICK NEW TAB FOR DETAIL POST" JIKA MENGHADAPI MASALAH MEMBACA ENTRI SILA EMAIL KAN PADA CAKERAWALA IBTISAM TERIMA KASIH

Oct 8, 2015

Cara Mudah Buat Reban Ayam Ala-ala Kampung

"Salam eidul adha walaupun agak lewat tapi daging korban lepas masih ada sekaligus mengiyakan aura eidul adha tak jauh mana kan..hehe"

Baru-baru ni, ana berkesempatan untuk melihat sendiri cara menjadi engineer reban ayam ala-ala kampung, dengan itu ana nak share dalam entri kali ni kaedah untuk membina reban ayam bagi kos tinggi, almaklumla tersalah bajet, dinasihatkan pada yang ingin membuat reban ayam boleh kurang bajet dr yang akan ana kongsikan ni,

Awalnya langkah untuk kurangkan bajet/pengajaran dr reban
1) guna kayu kayan yang second hand ja, boleh survey di kedai terpakai 1 playwood boleh dapat around RM10/pcs, zink plak dalam RM20/pcs berbanding kedai kayu yg baru Rm50/pcs..ingat words "reban kannn bukan banglo" hehe

2) dawai jarang lebey murah n mudah untuk najis ayam nanti, jaring pun amik yang jarang jugak sbb murah lebih kurang 5kaki untuk elak ayam merayau-rayau mengacau kawasan jajahan orang lain

3) kayu yg untuk tiang 4pcs, para lantai 4pcs, lantai 3pcs, dinding 9pcs campur gak dengan dahan-dahan kayu hutan, para bumbung 4pcs, alas zink 4pcs rasany, pancang pagar..kayu kayan hutan ja,, so boleh adjust mana-mana kayu yg ssuai, tak perlu tebal, cukup untuk tampung berat ayam, reban ana ni..lari bajet pada pilihan kayu..huhu

Okk done bahan untuk buat reban selain daripada tape ukur dan alat tukang yang lain,

langkah pertama, kipidap untuk tiang, 4tiang utama dengan setiap satu ditetak bentuk L dihujung bagi kemas bahagian atas, untuk bawah memadai dengan benamkan ke dalam tanah sehingga tegap kedudukannya, (rujuk pada gambar)


Kemudian pilih kayu yg agak sederhana ketebalannya bagi pelengkap kepada dinding, lantai dan juga bumbung, bahagian bumbung perlu melepasi tiang sedikit sebagai tujuan mengelakkan tempias apabila hujan, susun kayu seperti dalam gambar supaya reban lebih kukuh binaannya


Seterusnya, nampak luas dan kemas kan? Keluasan boleh dikurangkan mengikut kuantiti ayam yang akan dibela, jika reban seperti ana, bolehlah dijadikan reban bertingkat, sekarang ni usaha pemasangan dawai sebagai dinding dan lantai, papan playwood tu sengaja letak sebab nak elakkan tarikan daripada binatang, kawasan luar reban yang terdedah kepada binatang lain mengugat keselamatan ayam disamping mudah dari segi penjagaan lain, jelas tujuan senangla nak engineer reban plak kan


Bahagian lantai, nampak ada tiang sokong ditengah bagi menjadikan lantai lebih bertahan, kemudian lantai ni juga akan diletakkan kayu diatas secara bertentangan arah untuk memberi kemudahan tenggek beramai-ramai kelak(untuk ayam), siap pemasangan dawai dan kekemasan, try la goyahkan reban, xgoyang punyaaa, jangan lupa pintu k

Pintu memadailah dengan menggunakan jaring pagar sahaja tanpa dawai sebagai keselamatan ayam keluar masuk, siapkan penyusunan zink menjadi bumbung, ana guna 10 keping zink bersaiz 4 kaki, pagar pula guna jaring yang biasanya digunakan pada kolam ikan tu, 5kaki lebar, pagar dijarakkan dari reban supaya ayam boleh main dan gurau senda sesama ayam kelak, tangga reban dan lagi satu bagi kekalkan panas dek ujan dan embun, ana hiaskan dengan hamparan kain menutupi dinding di kiri dan kanan sahaja

Dah siap, jangan lupa bekas makan ayam dan minum serta lampu tidur, ayam tak tahan sejuk dan sentiasa memerlukan suhu yang panas, panggil ayam kokokokokokokokokokokokok,,..........,,,,,,,,................selamat ber ayam


0 comments: