SILA "CLICK NEW TAB FOR DETAIL POST" JIKA MENGHADAPI MASALAH MEMBACA ENTRI SILA EMAIL KAN PADA CAKERAWALA IBTISAM TERIMA KASIH

Nov 11, 2015

Bintik Merah Pada Bayi Tapi Bukan Ruam

11 November 2015 - baru balik dari dapatkan rawatan untuk bintik-bintik merah pada althof, awalnya berat kaki nak ke klinik tapi bila tengok ruam merah merebak makin banyak, angkat kaki juga ke klinik,

Baru 2 hari lepas, bawak althof ke hospital sebab suhu badan yang naik, memang demam, demam virus katanya
Hari kesinambungan tentang demam virus

5 SOALAN KENALPASTI

Ana sampaikan apa yang doktor dari hospital dan klinik akan tanya:

1- bayi aktif macam biasa tak?
2- ada batuk, selesema atau muntah?
3- sesak nafas, seolah tercungap-cungap dan mendengus?
4- siapa jaga? Ada orang sekeliling yang demam?
5- berapa hari dah demam?

Jawapannya

Althof tiada masalah yang kronik, lagi pula dia tidak terdedah kepada nurseri, kebiasaannya hari fasa awal demam dengan suhu badan yang tinggi, suhu demam 37-39 darjah celcius, manakala suhu 40 darjah celcius terus bawa ke hospital kerana dikhuatiri akan mengalami sawan pada bayi, jika tiada alat suhu boleh cium dahi bayi jika terasa panas, mungkin suhu ny sudah tahap demam, kemudian bawa ke klinik untuk tahu suhu badan bayi, kemudian jika panas makin bertambah pada hari mendatang mungkin tanda suhi badan lalu makin meningkat, dengan cium kita lebih mudah rasakan peningkatan

Pada hari keempat biasanya akan mula timbul ruam merah bermula dari muka atau dari atas kemudian badan dan kaki, demam virus akan menyebabkan campak atau rubeola, perlu ditegaskan demam campak tidak sama dengan demam chicken pop, berikut kata doktor lagi, demam campak akan berulang dialami pada bayi, biasanya bayi berumur 1tahun, suntikan virus campak akan diberikan pada umur bayi 1 tahun, tapi jika bayi kena terlebih awal, itu bermakna antibiotik bayi agak kurang, pihak klinik tidak beri ubat la

Tak perlu fikir tentang antibiotik melainkan jika pemulihan secara semulajadi seperti pemakanan

Klinik beri ubat calamine lotion, sama seperti bulan terdahulu apabila ruam lampin althof tidak surut, hospital pula beri cream aqueous yang biasanya sebagai pesakit ekzema yang memerlukan kulit lembab, krim aqueous cegah dari serapan air yang menyebabkan ruam, calamine lotion penah kurangkan ruam dan nampak perubahan berbanding krim aqueous, sepanjang pemerhatian ana,

BOLEH BERJANGKIT

demam campak boleh berjangkit kepada bayi atau individu yang tidak pernah dijangkiti lagi, oleh yang demikian, althof dinasihatkan untuk kuarantin dari keluar rumah tanpa alasan berikutan althofunnisa' juga masih awal dalam jangkaan umur bayi normal mendapat demam campak

Ia akan beransur pulih dalam tempoh seminggu secara sendiri tanpa ubatan dan sebagainya, ada petua lama gunakan daun semambu sebagai mandian, dan juga air tawar untuk minum

Perkara penting, bayi yang demam tidak boleh diselubungi seperti orang dewasa demam untuk berpeluh kerana ia akan menyebabkan sawan, ealaupun bayi mengigil, kata doktor

Itu sahaja yang dapat ana kongsikan dari apa yang dibicarakan dari pihak doktor, supaya para ibu google dapat hasil yang memuaskan hati dari seacrh...hehehe


AAMS- tak jelaa ruam merah dari muka, tapi boleh google yang lain..hehhe

0 comments: