SILA "CLICK NEW TAB FOR DETAIL POST" JIKA MENGHADAPI MASALAH MEMBACA ENTRI SILA EMAIL KAN PADA CAKERAWALA IBTISAM TERIMA KASIH

SELAMAT DATANG

Rasulullah Saw bersabda, “Janganlah sekali-kali engkau menganggap remeh suatu perbuatan baik, meskipun (perbuatan baik itu) dengan engkau menjumpai saudaramu (sesama muslim) dengan wajah yang ceria." (HR. Muslim).

IBTISAM = SMILE = SENYUM

semua insan adalah sama dan yang membezakannya hanya taqwa

HEART FOR RABBI

tiada perkara yang lebih indah melainkan jatuh cinta pada Allah

PETUA IMAM SYAFIE

Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati

ISLAM THE WAY OF LIFE

syariah- akidah- akhlak = BAIK (B= bahasa, A= adab, I=imej, K=kelakuan)

Feb 17, 2015

Perginya Seorang Murabbi P2




20 FEBUARI 2015, KHAMIS, 9.40 P.M merupakan detik masa pemergian Tuan Guru Nik Aziz yang merupakan Menteri Besar Kelantan, dan juga mursyidul am PAS jika disandarkan kemashyuran beliau dalam bidang politik di Malaysia, namun ana kagumi beliau bukan kerana dua jawatan besar yang sandangnya dalam bidang politik sebaliknya sifat tawaduk dan ilmiah serta keagamaannya yang menjadi pengaruh besar pada ana untuk menyelitkan sekeping penghormatan sebagai tanda ingatan mengenangkan tarikh ini.


Ana  sempat mengamati sedikit perjalanan hidup beliau yang dinyatakan dalam laman sosial, secara ringkasnya beliau menjadi hebat apabila diasah sejak kecil daripada keturunan yang juga tidak kurang hebatnya, beliau berketurunan Raja Jembal, ana tidak pasti kedudukan Raja Jembal dan susuk kronologinya dalam lipatan sejarah, namun pendidikan pondok daripada kecil yang juga ditubuhkan oleh ayahandanya memberi peluang untuk beliau menadah kitab-kitab yang muktabar tentang bahasa arab sehingga melanjutkan pelajaran ke luar negara antaranya India, Pakistan, dan Mesir sehingga tahun 1962 kembali ke tanah air

“abg nak anak-anak kita jadi alim ulama yang juga bermula dari pendidikan tahfiz dan pondok, biar hebat dari kita sebab abg nampak perbezaan ketara antara anak pendidikan sekolah biasa dengan sekolah tahfiz”  besar harapan zauji
-amiiiin ya rabbal alamin-

Arwah Tuan Guru Nik Aziz menerima kunjungan hormat pada hari ini dengan jumlah ribuan penduduk tempatan sehingga melimpahi perkarangan rumahnya di Pulau Melaka, Kelantan, tapi tidak dihairankan kerana arwah pernah berkunjung ke tempat ana suatu masa dulu atas urusan politik dan menerima kehadiran yang juga luar biasa, beruntunglah beliau apabila disembahyangkan oleh ribuan umat Islam malah ada juga yang berkongsi beberapa keajaiban semasa proses pengebumian arwah seperti awan mendung yang berarak memayungi jenazah yang diusung serta lakaran kalimah Allah di awanan sekitar rumah arwah.

“andai syurga untuknya, pasti beliau bahagia dari kita yang bersedih menerima peninggalannya,” itu sahaja yang bermain di ruang minda ana melihat serba satu yang berlaku sepanjang tempoh pengurusan jenazah Tuan Guru Nik Aziz


Cumanya, ana agak terkilan apabila mengenangkan seakan hilang sesuatu selepas ini dan bagaimana kehilangan itu ditampung bagi mengatasi sekalian umat Islam di Malaysia, kerdilnya diri ana memikirkan seluas kotak itu tapi izinkanlah ana menjadi sayap kiri dakwah bagi suami ana, moga Allah menilainya sebagai suatu wadah keimanan dalam menjadi taqwa.


cc: nihayahsaidah@yahoo.com / skyjamil

Feb 13, 2015

PERGINYA SEORANG MURABBI P1







KOTA BHARU - "Semua orang sayang Tok Guru (Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat), sebab itu ramai yang datang hari ini," kata isteri Mursyidul Am Pas, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak.

Petikan ini ana ambil di dalam Sinar Harian Online pada 13 Februari 2015. Negara kita digemparkan dengan pemergian ketua Mursyidul Am PAS dan pengulas sukan iaitu Datuk Hasbullah Awang tapi ana hendak berkongsi dengan pembaca tentang TGNA. Ana lihat begitu ramainya pengikut mahupun pengunjung yang hadir untuk memberikan penghormatan yang terakhir kepada Almarhum Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Antum bayangkan selama 23 tahun beliau memegang tampuk pemerintahan Negeri Kelantan, rakyat negeri Cik Siti Wan Kembang ini dapat membentuk biah Islamiyyah yang utuh lagi jitu. Selepas peletakan jawatan beliau pada tahun 2013, beliau berehat tetapi dakwah tidak pernah luput kerana dakwah itu tiada penghujung. 

Akan tetapi beliau masih lagi pengerusi Mursyidul Am PAS dan sentiasa memberi tunjuk ajar kepada anak buahnya. Tidak dinafikan negara Malaysia telah kehilangan ulama yang hebat lagi zuhud. Bibirnya sentiasa mengukir senyuman walaupun beliau sakit. Percakapannya sentiasa membuatkan para pengikut sentiasa bersemangat untuk menegakkan syiar Islam. Bagi ana, walaupun ana tinggal di Kuala Lumpur dan tidak melihat secara dekat beliau, almarhum TGNA adalah seorang yang kuat pengaruhnya lagi-lagi bagi penduduk Kelantanis. Tidak hairan Negeri Kelantan sentiasa dipegang oleh beliau dan menjadi Menteri Besar lebih 20 tahun.

Visi dan misinya yang ingin menjadikan negara Malaysia sebuah negara Islam sentiasa kuat di sanubari. Pemerhatian ana hanya berdasarkan ilmiah dan bukan kerana politik. Setiap pemikiran manusia berbeza dan berlainan cara. Secara amnya, TGNA memang seorang yang sangat lembut dan sentiasa melakukan yang terbaik untuk rakyatnya. Perjalanan beliau sepanjang menjadi seorang Menteri Besar banyak menjadikan negeri Kelantan adalah sebuah pusat ilmuan Islam.

Apa yang menariknya pemergian beliau pada tarikh tersebut sama dengan pemergian seorang ulama yang hebat iaitu AsSyahid Sheikh Imam Hasan Al Banna pada 12 Februari 1949. Subhanallah sungguh terharu dan ana berasa Allah telah meletakkan seorang ulama pada kelasnya yang tersendiri.





Mudahan rakyat negeri Kelantan sentiasa menjadikan semangat TGNA sebagai panduan mereka selepas ketiadaannya. Selepas ini rakyat Kelantan perlu mengekalkan biah Islamiyyah dengan lebih kuat agar rahmat Islam itu tidak jatuh dengan sewenang-wenangnya. Kita semua adalah Islam dan bukan mereka sahaja yang patut mengekalkan suasana tersebut. 

InsyaAllah ISLAM itu sentiasa KUAT.


cc: muhammadsyahmi247@yahoo.com /Putra Ibtisam




Feb 7, 2015

Buku Resepi Terbaik



"sebelum nak kawen, antara perkara yang gusar difikirkan selain baju pengantin dan pelamin adalah lauk-pauk dan kuali yang ketung!! ketang!! selepas nikah, nak masak sambal camna? nak masak kisap pun xsedap lagi, resepi sup pun tak ingat"

pernah tak berada dalam situasi ni? ana ada penyelesaiannya sebab ana antara magsa yang mengidap penyakit tersebut, bukan penyakit keturunan anak dara tapi biasalah hidup bujang dengan tak bujang kan berbeza walaupun cuma bertambah perkataan tiga huruf tu "Tak bujang"

Pikir Sonang Baru Jadi Mudah

kebetulan dapat baucar buku bernilai RM250 makan ana memang berniat sepenuhnya untuk membeli buku berkaitan dengan nikah dan alam perkahwinan yang berkaitan dan yang paling penting dalam penting termasuklah buku resepi, agak sukar nak memilih buku resepi yang menjadi resepi malah sedap juadahnya, namun apa yang ana inginkan buku resepi tersebut mestilah menepati dua syarat,

yang pertama ==> mudah dan ringkas cara memasaknya tanpa memerlukan peralatan yang terpaksa ana tambah pula untuk menyiapkan setiap satu resepi

yang kedua ==> sedap hasilnya walaupun cukuplah komen daripada blogger dan google,

sejujurnya, matlamat tercapai apabila ana mendengar pendapat daripada mereka yang juga menghadapi masalah masak-memasak ni mencadangkan buku resepi daripada chef hanieliza, kalau nak tahu chef hanieliza juga ada blogspot yang beralamat http://hanieliza.blogspot.com/ , dalam blog pun menggunakan resepi yang sama sepeti dalam buku tapi mungkin sedikit berbeza,

setakat ni ana telah mencuba beberapa resepi, semuanya senang menjadi dan yang penting sedap dengan rasa yang sederhana, tidak begitu teruk sebagaimana sesetengah resepi tidak menjadi pun, kandungan resepi sahaja yang gempak tapi hasilnya tak seindah rupa,


Kan Mokcik Udah Kabor

jadi bagi yang sedang mencari buku resepi terbaik di pasaran, ana cadangkan resepi chef hanieliza, ada pelbagai menu seperti ayam, daging, kambing, seafood, sayur, puding, kuih-muih serta kerabu dalam satu buku, masakan chef lagi

tak perlu risau dan gusar lagi, selain daripada google resepi tapi bila tak dak internet wifi, buku ni boleh bagi idea untuk menyiapkan juadah hari-hari kita, insyaAllah lama-kelamaan kita juga mampu menjadi seperti ibu/mak kita yang pakar dalam memasak tak perlu lagi tengok buku =)

EzyDakwah –Baca Untuk Sendiri Dulu







Dah lama tak beli majalah, dalam kepala hanya memikirkan barang masak dan keperluan rumah sahaja bila berkunjung ke pasaraya, dalam keadaan sekarang agak berkira-kira kalau nak keluar apatah lagi jalan-jalan di pasaraya tanpa sebab, penat + letih semua dah terbayang hatta kereta belum pun “parking” dalam petaknya,

Rupanya majalah Solusi dah sampai ke jilid 76, tajuk terbaru mengupas tentang peranan telinga vs mulut, “cover” majalah juga makin cantik tapi rasa mukasurat majalah sahaj makin kurang, ada juga beberapa orang penulis lama tidak lagi mempunyai kolumn dalam solusi atau diganti dengan yang baru, lagi satu harga pun dah naik, kalau dulu hanya RM9 tapi kini RM10, kenaikan harga menerima penangan semua sudut walaupun harga minyak dah turun tapi keadaan tu juga membimbangkan sebagaimana harga minyak naik tahun lepas,
Hanya Orang Ekonomi Dapat Menilai Tepat Hipotesisnya

Satu kolumn yang menarik dalam majalah solusi bila mana idea penyebaran dakwah dipelbagaikan secara kreatif, biasanya bila beli makanan seperti coco crunch, susu kultur dan seumpamanya ada diselitkan teka-teki pada kotak, ala-ala “trademark” coklat tu, dapat makan dan main jadi pakej, idea dari situ agaknya majalah solusi memuatkan kolumn EzyDakwah, peringatan penting..baca untuk diri sendiri dahulu,

EzyDakwah – Potong dan Kongsi

Satu mukasurat dikhaskan dalam majalah solusi bukan sekadar untuk dibaca tapi boleh digunting buat origami kad pintar, Solusi 76 menerapkan hadis yang diselitkan sebagai perkongsian dalam pelbagai sudut dibawah satu tajuk, boleh simpan dalam poket sebab bentuk ekonomi,

Syukurlah dakwah dapat menjadi elemen kreatif dalam mendekatkannya dalam kehidupan harian masyarakat, bagi menyokong idea Solusi sepatutnya kita juga harus sedar peranan sebagai da’I juga terpikul pada bahu kita sebagai sebahagian daripada Muslimin dan Muslimat, Cuma satu, hadis yang dikongsikan biasanya tidak mempunyai matan, hanya sekadar makna dan riwayat, kenapa agakny?

“pilihlah kami menjadi orang-orang yang berkumpul di jalan-Mu, andai kami berundur kerana lalai dan sesuatu yang menghendakinya, maka kuatkanlah kami agar tiada semangat pudar sebelum nafas terhenti