buktinya, ana telah lalui,
PENYAMBUNG CERITA
"Ketika Cinta Bertasbih"
watak utama dalam cerita tersebut bukan sahaja meletakkan peribadi yang unggul milik muslimah malah nama yang ditonjolkan sebagai sandaran juga menjadi pelengkap hebatnya watak yang cuba diketengahkan,
"Bukan Kerana Posmen"
yang ini bukan cerita tapi realiti yang berkait dengan watak di atas, kontroversi terjadi apabila nama yang sama dengan watak tadi dijadikan sebagai penerima warkah dari jauh, mujurlah akhirnya terlerai dengan satu penjelasan di hujung nama,
"Janji Yang Terbuku"
dari saat itu jauh sudut hati telah bersatu menyimpan rasa janji pada diri dengan nama yang sama, namun tanda tanya masih berdendang dalam lambungan mata yang merenung masa depan membisu kerana bukan masanya, jadi simpan dan simpan dahulu walaupun hati dah lama terpaut dengan keindahan dan keunikan nama yang sama
"Tidak Kecewa Tapi Tetap Memilih"
awalnya pakar memberitahu bahawa jantina kandungan rahim adalah seorang mujahid, redha mendengar kerana ia tetap pemberian bukan calang dari illahi, namun pakar menyambung bicara bahawa jangkaan awal bagi tempoh tersebut untuk memastikan kesahihan penglihatannya ilmu pada tubuh yang mengembung,
MASJID MENJADI SAKSI SEGALANYA
akhirnya tempat yang sama menjadi penutup cerita yang bersambung tapi ana yakin ia masih boleh bersambung walaupun di bawah episod yang lain, Masjid Pink bagi orang Putrajaya pasti semua dapat membayangi keindahannya dari jauh dengan awanan redup melingkari kubah yang meninggi, tempat pertama ia tidur selepas dilahirkan dan menjadi tempat yang disucikan dengan sunnah tahnik oleh warga Masjid Putra termasuk Imam Besar, Ketua Imam serta Imam buat sang puteri dari nama yang sama,
nama puteri bukan diberi pada hari ketujuh atau aqiqah sebaliknya 2 tahun yang lalu telah dipilih untuknya, alangkah ajaibnya kuasa aturan Allah yang menyambungkan cerita dari pelbagai perasaan dan insan akhirnya dapat dicantum menjadi satu rangkaian yang melengkapi ruangan plot,
ANA ALTHOFUNNISA' BINTI MUHAMMAD SYAHMI
nama milik puteri sulung ana dan suami, siapa sangka, yang dulu kita cuma ciptakan sebagai cerita ibarat dongengan sendiri tapi Allah rancangkan dan cantumkan segalanya menjadi sebuah drama yang lengkap untuk dipentaskan mungkin bukan untuk tajuk Ketika Cinta Bertasbih lagi tapi Setelah Perasaan Beratib, hehe..
kepada tuan Habiburahman el-shirazy jika membaca entri ana ini, moga beliau berbangga bahawa karya menjadi pilihan yang juga mewarnai cerita kami, hanya dengan satu nama,
Althofunnisa' dilahirkan pada 29 Mac/ 6.45 a.m di Hospital Putrajaya yang memegang kod kelahiran 06,
0 comments:
Post a Comment