SILA "CLICK NEW TAB FOR DETAIL POST" JIKA MENGHADAPI MASALAH MEMBACA ENTRI SILA EMAIL KAN PADA CAKERAWALA IBTISAM TERIMA KASIH

SELAMAT DATANG

Rasulullah Saw bersabda, “Janganlah sekali-kali engkau menganggap remeh suatu perbuatan baik, meskipun (perbuatan baik itu) dengan engkau menjumpai saudaramu (sesama muslim) dengan wajah yang ceria." (HR. Muslim).

IBTISAM = SMILE = SENYUM

semua insan adalah sama dan yang membezakannya hanya taqwa

HEART FOR RABBI

tiada perkara yang lebih indah melainkan jatuh cinta pada Allah

PETUA IMAM SYAFIE

Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati

ISLAM THE WAY OF LIFE

syariah- akidah- akhlak = BAIK (B= bahasa, A= adab, I=imej, K=kelakuan)

Oct 27, 2015

3R Untuk Ibu Berpantang:Terjunlah Dengan Payung

"Berita apa?"
"Sorang ibu terjun bangunan dari tingkat 26"
"SEBAB?"tanya suami
"Sebab...tak mampu menyusukan anak yang berumur 10hari"

..............................................................
Awalnya ana pun rasa nak salahkan ibu tersebut kerana bertindak tanpa sabar dengan terjun dari bangunan setinggi 26 tingkat, tapi bila ana melihat komentar secara tak langsung dari pihak lain bahawa ia merupakan satu situasi yang dianggap sebagai stress atau tekanan perasaan malahan ibu tersebut juga masih dalam pantang bersalin

SEDIKIT PENGALAMAN

Semasa ana dalam pantang, mak pernah marah ana kerana menganggap perihal berpantang sebagai remeh-temeh dan tidak mengikut petua dengan konsisten,

"Jadi meroyan nanti...aku tak mau, yang susahnya diri sendiri, hang sakit suami bukan nak dah nanti"
Tajam betul kata-kata tu, tapi ana paham la, tu tandanya marah bonar, kalau langgar kona deh, dan jangan try...hoho

Tapi kata-kata tu boleh tahan lagi sebab ana pernah kena marah lagi teruk dulu..alaaa mak biasa la kan, cuma dalam tempoh lebih kurang 10hari jugak atau dalam awal berpantang, ana sedikit berbalah bila mana ana tidak mahu ke klinik untuk "check up" tahap jaundis anak, bukan sengaja ana tidak mahu pergi tapi kerana pada masa tu tiada kenderaan tambahan pula ana nak elakkan dari nyusahkan mana-mana pihak

Kisah bermula bila pihak klinik ugut tentang anak pada suami yang bekerja jauh dari kampung, suami agak marah apabila ana masih berlengah untuk ke klinik walaupun beliau telah minta abang ana balik dan hantar ke klinik segera, masa tu semua orang mula marah dan menuding jari pada ana seolah ana tak mahu jaga anak dengan betul atau perasaan yang mungkin sama dengan ibu berpantang stress tdi,

Buktinya ana stress bila tekanan darah ana sangat tinggi dan nurse muka nak spekulasi ana da penyakit lain, tapi akhirnya terjawab bila ana menangis tetiba, sebenarnya ana tak dapat tahan lagi dari rumah dan juga sikap mereka yang lain, mak tak bagi ana dukung anak sebab risau ana akan bertindak luar kawal pada anak

STRESS PERLUKAN 3R

Yang pertama, RELAX..ambil masa dengan tutup telinga pada semua suara dan bunyi, fokus pada benda yang bisu dan tak bergerak serta tiada riak seperti dinding dan batu, daun, bunga, dan sebagainya, jangan bayangkan apa2x..jika kepala cuba berfikir terus tajamkan pandangan pada objek

REST..atau solat sunat, semasa ana hadapi stress dalam berpantang, ana genggam tangan sekuatnya letak pada hati dan zikir, jika genggaman masih kuat, makin laju ana zikir, dan makin lama ia akan meregang dan tenang, jangan bercakap dengan sesiapa...jika perlu katakan sesuatu yang positif untuk diri, lihat anak dan kucup dengan selawat.,anak ini sangat baik, bisik pada diri

RIGHT..
Yups, sekarang kita tak perlu persalahkan diri, dan pilih apa yang lebih penting, do right things..jika kita merasakan gagal untuk menjadi ibu yang baik..katakan pada diri, saya mahu jadi baik, simpan dan kongsikan pada right person, semasa ana stress nurse pujuk untuk kongsi, dan sebenarnya ana malu nak g klinik tu lagi, huhu..mereka kenal

Oct 26, 2015

Kem Program di Negeri Sembilan:Eagle Ranch Resort...saya sebagai PA

"3 hari program admin kat PD..next week k..jommmm"

Senyum lebor dalam hati bila dapat jadi PA ni, bukan personal asst, tapi lebih kepada penyibuk alam..hehe, orang lain berjadual sampai ke malam, ana pulak sibuk alam sana-sini, terima kasih untuk suami sebab sudi "offer" jawatan mahal ni, hehehe

Seperti biasa, ana kongsikan apa yang menarik di Eagle Ranch Resort, Pasir Panjang Port Dickson dari sudut pandangan dan pengalaman serta sedikit pengetahuan, perjalanan dari putrajaya tanpa lebih kurang 2jam tanpa tolak masa singgah beli makanan dan cari tempat makan serta beli makan, lapor lapaq lapar belum kebuluq bek tinjau kan..

"Da shooting astro kat cni" kata receptionist
Terus teringat satu citer maharajalawak, babak hilang motor tu, tapi tak ingat tajuk lagi sampai sekarang, kami check in di bilik ala2x wagon, da 3 lagi pakej penginapan yang ada termasuk rumah red indian, kreatif kan?ana puji design architecture penginapan yang ditawarkan sebab unik dan menarik, sempurna untuk pengalaman program, dan untuk modelling background nice boleh jugakk..

Buat masa ni, sunyi ja resort ni, ana jalan2x nak cari myBOSS td, tapi tak jumpa, informer plak tak update, akhirnya ana balik bilik semula sebab agak risau suasana lengang ni,

HARI KEDUA, ESOK HARI SELASA

Terima kasih myBOSS
Althof tak masuk keja lagi, pukul 8 dia masih tido, sejuk dihembus air-cond dan juga tilam tenggelam buat si kecik lena di awal pagi sama seperti dirumah sedangkan hari kerja la..hehe,

Hari kedua, jadual program dihabiskan dalam dewan sahaja kecuali selepas asar da riadah, rope course..rupanya petang kelmarin mereka ke hutan belakang untuk latihan ala2x komando, ana jalan2x sendirian memantau kawasan bersama althof, sampai dirumah althof penat dan tidur sekejap,


Selepas asar, sengaja nak jenguk aktiviti rope course, agak tinggi jugak tapi cuma satu sahaja halangan yang diizinkan, kecewa nak tengok suami struggle panjat-panjat..nak challenge ana sendiri tak mampu, bukan tak pernah cuba, tanya la kem G7 Pulau Pangkor, ada sejarahnya

Hujan renyai bersama malam barbecue, makam sahaja, yang masaknya urusetia resort, esok last day..


Oct 22, 2015

AAMS 1 :Belum Berakhir Masih Ada Caranya

Ye saya...
"Nora..sy puan azlina dr uitm, kamu tak daftar masuk kuliah ka semester ni, semester dh stat"

Alamak menyesal angkat fon pun ada, tapi teringat gak bulan lepas beliau agak kesal sebab berkali-kali call tiada respon, ana sebenarnya dah simpan jauh perasaan tentang hal ni, tapi kerana hormat akan beliau, ana terus menjawab dan mengakui hal sebenar serta tak lupa untuk minta maaf atas segala yang berlaku

Suara puan azlina bersahaja dan agak faham dengan keputusan yang ana buat biarpun mungkin beliau tidak menyelami perasaan yang ana sembunyikan

"Dulu semangat sekarang tak dak dah ka?" Katanya lagi seolah membunuh tapi tak mati pada jiwa ana

"Maaf puan, keadaan ni saya dah bincangkan dengan suami, dan keputusan adalah yang terbaik, terima kasih puan, insyaAllah kelak saya akan datang fakulti untuk dapatkan surat penarikan diri" jawab ana menutup bicara tadi sekaligus bagi menghargai usaha beliau selepas berkali-kali membantu ana sepanjang penangguhan semester,

Beliau seorang pegawai yang bagus, ana doakan beliau akan bahagia selalo dalam kerjaya dan juga hidupnya, terima kasih puan azlina, jasamu dikenang...puan azlina coordinator DSLA UiTM SHAH ALAM

......................................................................................
Ana semadikan perasaan ni buat tatapan ana althofunnisa' binti muhammad syahmi kerana ana harap suatu hari apabila dia terbaca, dia akan menghayati dan dapat menyambung kembali segala yang ana lalui,

Bermula dari selepas tamat belajar ijazah di ukm, ana mencari satu jalan yang memberi laluan untuk ana bergelar peguam, bukan kerana minat yang mendalam dalam bidang bahas atau pidato malah kalau ikutkan ana sekalipun tak pernah menyertai pertandingan sedemikian, tapi hanya kerana satu keadaan yang ana khuatirkan pada Islam dan syariah

Sepanjang ana belajar, ana ingin menjadi sebahagian daripada tokoh-tokoh guaman yang tajam pemahamannya dalam memahami perundangan sehingga dapat memberi keterangan yang bukan dari jangkaan fikiran ana, itulah yang menarik jiwa ana untuk menceburi bidang guaman, cara berfikir dan juga kuasa yang ada dari fakta bukan khayalan atau imiginasi,

Bukan susah untuk memahami sesuatu jawapan pada satu perenggan, kita boleh agak huraian hanya berdasarkan tajuk, ana yakin semua melakukannya, sebagai contoh, jika pergi ceramah tajuk yang dinyatakan "kasih ibubapa pada anak perempuan".. kita boleh jangka apa yang akan dibicarakan seperti kasih sayang dari kecil, jaga anak, pendidikan, keistimewaan, nikah dan jodoh,
Tapi....dalam memahami akta dan seksyen yang tertera bukan demikian,
Cabarannya bagi seorang guaman perlu kreatif mengaitkan seksyen yang ada sebagai pembelaan atau penegasan, setiap seksyen walaupun menggunakan kata yang terus namun ia masih boleh dicabangkan untuk pelbagai masalah
Bagi ana, itulah salah satu peguam yang hebat...ana inginkannya

Lagi...ana memilih menjadi peguam syarie bukan sivil bukan kerana cas peguam mahal tapi lebih kerana ana ingin menjadi ahl dalam memahami syariat dan hukum Allah, menggali sehingga mampu menjadi kepercayaan kepada orang lain untuk ana sampaikan terutama kepada kaum wanita sama seperti ana, kaum wanita sering membiarkan diri buta dalam perundangan padahal mereka yang banyak membuka fail kes di kaunter mahkamah syariah,
Dan kerana ana inginkannya,........

Dan satu lagi, yang memberi kekuatan pengorbanan ana adalah jihad atau ana terjemahkan pada jawapan bagi persoalan "apa yang anda sumbang untuk agama?"
Ana berjiwa besar walaupun badan sekecil lada
Itu adalah komentar dari seorang guru tahfiz suatu ketika dulu,

Next AAMS 2,.continued

Oct 8, 2015

Cara Mudah Buat Reban Ayam Ala-ala Kampung

"Salam eidul adha walaupun agak lewat tapi daging korban lepas masih ada sekaligus mengiyakan aura eidul adha tak jauh mana kan..hehe"

Baru-baru ni, ana berkesempatan untuk melihat sendiri cara menjadi engineer reban ayam ala-ala kampung, dengan itu ana nak share dalam entri kali ni kaedah untuk membina reban ayam bagi kos tinggi, almaklumla tersalah bajet, dinasihatkan pada yang ingin membuat reban ayam boleh kurang bajet dr yang akan ana kongsikan ni,

Awalnya langkah untuk kurangkan bajet/pengajaran dr reban
1) guna kayu kayan yang second hand ja, boleh survey di kedai terpakai 1 playwood boleh dapat around RM10/pcs, zink plak dalam RM20/pcs berbanding kedai kayu yg baru Rm50/pcs..ingat words "reban kannn bukan banglo" hehe

2) dawai jarang lebey murah n mudah untuk najis ayam nanti, jaring pun amik yang jarang jugak sbb murah lebih kurang 5kaki untuk elak ayam merayau-rayau mengacau kawasan jajahan orang lain

3) kayu yg untuk tiang 4pcs, para lantai 4pcs, lantai 3pcs, dinding 9pcs campur gak dengan dahan-dahan kayu hutan, para bumbung 4pcs, alas zink 4pcs rasany, pancang pagar..kayu kayan hutan ja,, so boleh adjust mana-mana kayu yg ssuai, tak perlu tebal, cukup untuk tampung berat ayam, reban ana ni..lari bajet pada pilihan kayu..huhu

Okk done bahan untuk buat reban selain daripada tape ukur dan alat tukang yang lain,

langkah pertama, kipidap untuk tiang, 4tiang utama dengan setiap satu ditetak bentuk L dihujung bagi kemas bahagian atas, untuk bawah memadai dengan benamkan ke dalam tanah sehingga tegap kedudukannya, (rujuk pada gambar)


Kemudian pilih kayu yg agak sederhana ketebalannya bagi pelengkap kepada dinding, lantai dan juga bumbung, bahagian bumbung perlu melepasi tiang sedikit sebagai tujuan mengelakkan tempias apabila hujan, susun kayu seperti dalam gambar supaya reban lebih kukuh binaannya


Seterusnya, nampak luas dan kemas kan? Keluasan boleh dikurangkan mengikut kuantiti ayam yang akan dibela, jika reban seperti ana, bolehlah dijadikan reban bertingkat, sekarang ni usaha pemasangan dawai sebagai dinding dan lantai, papan playwood tu sengaja letak sebab nak elakkan tarikan daripada binatang, kawasan luar reban yang terdedah kepada binatang lain mengugat keselamatan ayam disamping mudah dari segi penjagaan lain, jelas tujuan senangla nak engineer reban plak kan


Bahagian lantai, nampak ada tiang sokong ditengah bagi menjadikan lantai lebih bertahan, kemudian lantai ni juga akan diletakkan kayu diatas secara bertentangan arah untuk memberi kemudahan tenggek beramai-ramai kelak(untuk ayam), siap pemasangan dawai dan kekemasan, try la goyahkan reban, xgoyang punyaaa, jangan lupa pintu k

Pintu memadailah dengan menggunakan jaring pagar sahaja tanpa dawai sebagai keselamatan ayam keluar masuk, siapkan penyusunan zink menjadi bumbung, ana guna 10 keping zink bersaiz 4 kaki, pagar pula guna jaring yang biasanya digunakan pada kolam ikan tu, 5kaki lebar, pagar dijarakkan dari reban supaya ayam boleh main dan gurau senda sesama ayam kelak, tangga reban dan lagi satu bagi kekalkan panas dek ujan dan embun, ana hiaskan dengan hamparan kain menutupi dinding di kiri dan kanan sahaja

Dah siap, jangan lupa bekas makan ayam dan minum serta lampu tidur, ayam tak tahan sejuk dan sentiasa memerlukan suhu yang panas, panggil ayam kokokokokokokokokokokokok,,..........,,,,,,,,................selamat ber ayam