Pertamanya, entri kali ni khusus untuk komentar dari blog Sekelumit Fitrah berkenaan entri Diploma Lepasan Ijazah Guaman, sebenarnya komentar paling akhir pada 2bulan lepas, dengan rendah diri ana mohon maaf kerana tidak memberi respon awal tentang soalan-soalan tersebut
Maaf, sorry, asifni
Oleh yang demikian, bagi meraikan kunjungan visitor yang sudi meninggalkan komentar pada entri ana, ana satukan keseluruhannya pada entri ini, satu persatu ana akan jawab
ENCIK ZHARIFF AIMAN, sebelum ana lanjutkan penjelasan, ana ingin tegaskan bahawa diploma ini sebagai memenuhi pra syarat yang diletakkan oleh kebanyakan negeri di malaysia sebagai kelayakan peguam syarie yang sah, berikutan itu, ipta tempatan mengambil inisiatif sebagai tempat yang sah melatih ilmu khas berhubung kerjaya peguam syarie, secara amnya semua program yang ditawarkan dibawah kursus diploma lepasan ijazah guaman adalah sama, perbezaan mungkin dari tenaga pengajar dan juga sistem kuliah di setiap universiti
Hal ini tidak sama sekali mengugat dengan melabelkan pelajar diploma guaman dari UiA lebih bagus atau pelajar diploma guaman USiM pula dilabelkan sebaliknya,
Dari pengalaman ana, hampir keseluruhan pelajar yanb mengikut progam diploma guaman adalah peguam sivil namun mereka ingin turut beramal dibawah enakmen syariah, atau dengan kata ringkas mereka adalah peguam, manakala lulusan syariah pula biasanya sedang berkhidmat atau chambering di pejabat guaman, sekaligus memudahkan dan mengurangkan pra syarat menjadi peguam syarie iaitu chamberinh 9bulan paling kurang,
Biasanya, mereka memilih UiTM kerana yuran jauh lebih murah disamping tenaga pengajar yang besar pengalaman dalam mengendalikan kes-kes syariah seperti Tuan Faisalluddin (beberapa kali masuk tv3), Tuan Musa Awang (semester 2 ,2015 masih baru) ustazah Asmak Husin (popular di tv9) serta beberapa orang lagi peguam syarie yang lebih 7tahun beramal termasuk dari sektor awam Bahagian BSK, kelebihannya mereka akan berkongsi idea-idea mengendalikan kes dan memahami situasi kes termasuk berkongsi isu serta rujukan,
Jika Encik Zhariff Aiman dari bidang syariah, ana titipkan beberapa sokongan supaya Encik Z.A tidak merasa rendah diri apabila berada dalam kalangan peguam sivil yang fasih menggunakan english serta sentiasa menggunakan kelebihan diri yang lebih baik menguasai bacaan dalil serta pemahaman kaedah hukum yang lain, lagi pula subjek dari program ini ibarat refresh pengajian terdahulu kecuali idea untuk tepat memahami kes serta psiko guaman, semoga berjaya, ana harap ia memadai sebagai menjawab soalan saudara,
SAUDARI HAZWANI OTHMAN, di mana saudari belajar sekarang? Jika UKM, saudari boleh dapatkan di PPU, pusat pengajian umum berhampiran kolej ibu zain, maaf jika lokasi tidak tepat kerana sudah hampir 5 tahun ana meninggalkam ukm, mungkin ukm kini telah di upgrade, dan borang sudah boleh didapati secara online, oleh itu, ana sarankan saudarinmenghubungi pihak PPU untuk sumber yang tepat dan terkini,
Pada borang kelak perlu mendapat sokongan, saudari boleh minta mana-mana pensyarah menjadi penyokong, kuliah bagi diploman pada hari sabtu sahaja bermula pagi hingga petang (seharian), jadi bila konvokesyen, saudari dapat dua jubah berbeza, selamat berjaya, bagi universiti lain, ana tidak pasti, oleh itu saudari juga disarankan melayari website rasmi universiti tersebut,
Waalaikumussalam KASTURI PUTIH (K.P) kelayakan spm tidak menjadi masalah, yang penting K.P mempunyai ijazah sarjana muda syariah atau ijazah sarjana muda undang-undang, Untuk permohonan ana telah jelaskan dalam entri tersebut, namun jika sukar merujuk semula, K.P boleh mendapatkan talian rasmi fakulti undang-undang yang menawarkan program ini, layari website rasmi terlebih dahulu, biasanya ada dijelaskan termasuk yuran dan jadual semester
Wslm LES IPSA LIQUITOR, biasiswa secara spesifik biasanya merujuk kepada bantuan zakat dan kebajikan dari pihak universiti atau pihak majlis agama boleh dimohon, program ini hanya 2 semester sahaja,
Wslm saudari NURUL,tempoh 1 tahun sahaja atau 2 semester, kuliah pada hari sabtu sahaja bermila pagi hingga 9 malam, yuran 1 semester lingkungan 2k, jadi keseluruhan 4k +++, terpulang pada saudari berkenaan mara kerana jika proses permohonan tidak makan masa lama mungkin boleh diusahakan,
Wslm ENCIJ ABDUL MUIZ AZHAR, segala pertanyaan boleh disenaraikan pada komentar, jika banyak ana akan buat satu entri khusus untuk menjawab persoalan tersebut
Alhamdullillah selesai, maaf atas kekurangan